Tuesday, May 31, 2011

Perkara-perkara yang membuatkan susah nak tidur

Tidur ditafsirkan sebagai keadaan badan rehat secara semulajadi yang dialami oleh manusia dan haiwan (ihsan: pokcik wiki). Secara purata, manusia normal tidur antara 6 hingga 8 jam sehari. Memandangkan aku manusia normal paling cikai aku tidur 7 jam sehari. Tapi kadang-kadang, ada beberapa perkara yang membuatkan aku tak boleh nak tidur walaupun mata dah tak larat nak tongkat dan mulut macam dah nak cramp sebab menguap banyak kali sangat.

1. Tak gosok gigi
Memandangkan aku ni sangat cerewet, sebelum tidur aku mesti nak gosok gigi dulu. Mungkin aku takut kalau-kalau aku tidur mimpi jumpa dengan mamat hensem, tapi nanti dia tak mau cakap dengan aku sebab mulut aku berbau. Hihihi. Pernah beberapa kali aku tertidur tanpa menggosok gigi, tapi aku terjaga dan terus bangun ke bilik air. Lagipun, kebersihan tu kan sebahagian dari iman.

ihsan: pokcik google

2. Bunyi dengkuran
Bunyi orang berdengkur juga buat aku tak boleh nak tidur. Kadang-kadang dah tertidur tapi terjaga kerana dengkuran yang high-pitched. Dah la high-pitched, siap ada duet lagi. Paduan dengkuran yang maha dahsyat boleh menyebabkan aku tak tidur sampai pagi. -__- Jadi aku harap encik suami aku nanti bukanlah seorang pendengkur.
3. Bilik yang terang
Bilik yang terang bermaksud lampu tak dipadamkan. Bila lampu masih menyala, mata susah nak pejam. Aku bersyukur bila time kat hostel dulu, ada light off. Kalau tak sumpah aku tak boleh tidur. Sebab tu jugak zaman belajar dulu aku memang mengantuk dalam kelas, tapi tetap tak boleh tidur sebab persekitaran yang terang. Lagi satu, kalau lampu still on, panassss.

4. Kipas yang tak berfungsi
Aku kalau tidur, wajib on kipas. Diulang, wajib! Tak kira demam atau selsema, kipas tu mesti jugak pusing. Ef wai ai aku tak boleh tidur dalam air-cond. Ya, mungkin hanya semut yang boleh tidur dalam air-cond. Maksud di sini, aku dengan air-cond tak geng sebab air-cond menyebabkan aku sesak nafas dan sampai ke pagi tak boleh tidur. Kalau bermalam di hotel, aku akan off air-cond bila bilik dah sejuk, dan on semula kalau panas dan begitulah seterusnya sampai ke pagi. Berbalik hal kipas, kalau aku dah tidur dan tetiba terputus bekalan elektrik mata aku pun akan terus terbuka. Aku dan kipas ibarat isi dengan kuku, kalau takde elektrik ibarat ada sekam di antara kami. Sakittttt

So, setakat kehidupan 28 tahun, ini merupakan perkara-perkara yang menyebabkan aku susah nak tidur. Mungkin juga kalau aku dah kahwin, akan berlaku beberapa perubahan seperti anak yang tak sihat, suami tak balik dan lain-lain.

Monday, May 2, 2011

Leaving on a jet plane (Part 1)

Tak lama lagi dah nak tinggalkan S****P!
YEAYYYYYYYYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hati saya dah lama tak ada kat sekolah ni. Melihat diri dan kawan-kawan ditindas membuatkan saya semakin jelik dengan perangai 'mereka' ini. Sampai satu saat rasa jemu untuk berdoa supaya Allah bukakan pintu hati mereka. Saya tak pasti sama ada saya mampu untuk memaafkan perbuatan mereka. Sudah menjadi tabiat mereka untuk mencari kesalahan orang lain, mengutuk para pelajar dan mengadu domba.

Saya juga malu pada seorang guru praktikal yang bertanya pada saya,
 "Kak Widad, apesal cikgu-cikgu kat sini suka sangat mengutuk student, ha?" -__-

Tak tahu nak jawab apa. Gah mencanang pada dunia kononnya warga di sini mengamalkan penghayatan Islam. Sibuk ke hulu, ke hilir mentarbiyah pelajar supaya mengamalkan sahsiah yang terpuji, tapi si tukang cakapnya terlupa mencermin diri sendiri. Terlupa barang kali cakap-cakap seorang pendidik umpama doa untuk pelajar-pelajarnya! Saban hari saya mendengar mereka mengutuk pelajar.

Bukanlah saya nak kata saya memiliki keperibadian gred A, tapi sekurang-kurangnya saya tidak mengutuk para pelajar. Kalau saya marahkan pelajar, cukuplah pada waktu kejadian sahaja. Tak perlu untuk saya ungkit kejadian-kejadian yang lalu. Tak perlu saya jaja kesalahan pelajar saya di kelas-kelas lain. Tak usah saya sindir pelajar-pelajar ini atas kesalahan mereka.

Tapi inilah 'mereka'. Pelajar-pelajar ini disindir sehingga mereka mengaku hilang rasa hormat pada guru! Sehingga mereka rasa tak guna berbuat baik sekiranya mereka sering kali disindir dan kesalahan yang sama diungkit-ungkit. Cubit peha kanan, peha kiri terasa juga. Sedikit sebanyak, saya terkena tempias 'mereka' ini. Tapi mujurlah saya masih punya hubungan yang sangat baik dengan pelajar. Betapa mereka sangat sayangkan saya, saya baru sebut "mungkin saya akan berpindah", sudah ada yang mengalirkan air mata. Terharu, tahu!

Saya hanya mampu berdoa 'mereka' ini tidak akan menyebabkan pincangnya organisasi sekolah. Kepada rakan-rakan guru yang lain, banyakkan bersabar. Satu hari ini, Tuhan akan balas setiap perbuatan 'mereka'. "

What goes around comes around..What you give, you get back"

to be continued...

Sunday, May 1, 2011

Peti Ais HD

Cikgu Hafizz (memang nama sebenar) jalan-jalan satu bilik guru buat survey - dia tengah cari peti ais HD. Aku memang tak berapa up-to-date dengan mende-mende cenggini. Tapi yang biasa aku tengok kat iklan, TV HD je. End up, Cikgu Rizalman pun dah bengang agaknya dengan Cikgu Hafizz ni, so dia tanya kat Cikgu Wan. Cikgu Wan ni mentor ICT sekolah.

"Wei Wan, hang penah dengaq peti ais HD?"

"Dok tahu aku wehh. Sapo nak peti ais HD?"

"Hafizz ni. Dari tadi duk tanya ke aku mana nok caghi peti ais HD!"

Cikgu Hafizz memang muka yang macam takde perasaan terus jalan nak balik tempat dia. Aku pun terus toleh, pandang ke dia.

"Peti ais HD tu cane Hafizz?"

"Emmm peti ais HUTANG DULU..."

-______-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...