Tuesday, May 31, 2011

Perkara-perkara yang membuatkan susah nak tidur

Tidur ditafsirkan sebagai keadaan badan rehat secara semulajadi yang dialami oleh manusia dan haiwan (ihsan: pokcik wiki). Secara purata, manusia normal tidur antara 6 hingga 8 jam sehari. Memandangkan aku manusia normal paling cikai aku tidur 7 jam sehari. Tapi kadang-kadang, ada beberapa perkara yang membuatkan aku tak boleh nak tidur walaupun mata dah tak larat nak tongkat dan mulut macam dah nak cramp sebab menguap banyak kali sangat.

1. Tak gosok gigi
Memandangkan aku ni sangat cerewet, sebelum tidur aku mesti nak gosok gigi dulu. Mungkin aku takut kalau-kalau aku tidur mimpi jumpa dengan mamat hensem, tapi nanti dia tak mau cakap dengan aku sebab mulut aku berbau. Hihihi. Pernah beberapa kali aku tertidur tanpa menggosok gigi, tapi aku terjaga dan terus bangun ke bilik air. Lagipun, kebersihan tu kan sebahagian dari iman.

ihsan: pokcik google

2. Bunyi dengkuran
Bunyi orang berdengkur juga buat aku tak boleh nak tidur. Kadang-kadang dah tertidur tapi terjaga kerana dengkuran yang high-pitched. Dah la high-pitched, siap ada duet lagi. Paduan dengkuran yang maha dahsyat boleh menyebabkan aku tak tidur sampai pagi. -__- Jadi aku harap encik suami aku nanti bukanlah seorang pendengkur.
3. Bilik yang terang
Bilik yang terang bermaksud lampu tak dipadamkan. Bila lampu masih menyala, mata susah nak pejam. Aku bersyukur bila time kat hostel dulu, ada light off. Kalau tak sumpah aku tak boleh tidur. Sebab tu jugak zaman belajar dulu aku memang mengantuk dalam kelas, tapi tetap tak boleh tidur sebab persekitaran yang terang. Lagi satu, kalau lampu still on, panassss.

4. Kipas yang tak berfungsi
Aku kalau tidur, wajib on kipas. Diulang, wajib! Tak kira demam atau selsema, kipas tu mesti jugak pusing. Ef wai ai aku tak boleh tidur dalam air-cond. Ya, mungkin hanya semut yang boleh tidur dalam air-cond. Maksud di sini, aku dengan air-cond tak geng sebab air-cond menyebabkan aku sesak nafas dan sampai ke pagi tak boleh tidur. Kalau bermalam di hotel, aku akan off air-cond bila bilik dah sejuk, dan on semula kalau panas dan begitulah seterusnya sampai ke pagi. Berbalik hal kipas, kalau aku dah tidur dan tetiba terputus bekalan elektrik mata aku pun akan terus terbuka. Aku dan kipas ibarat isi dengan kuku, kalau takde elektrik ibarat ada sekam di antara kami. Sakittttt

So, setakat kehidupan 28 tahun, ini merupakan perkara-perkara yang menyebabkan aku susah nak tidur. Mungkin juga kalau aku dah kahwin, akan berlaku beberapa perubahan seperti anak yang tak sihat, suami tak balik dan lain-lain.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...