Sunday, June 5, 2011

Tips-tips menghadapi mock interview

Pelajar tingkatan 4 sekolah aku semua mungkin makan tak kenyang tidur tak lena dan mandi tak basah. Bukan kerana result PPT tapi tengah gabra sebab buka sekolah ni dah start mock interview. Haha padan muka siapa suruh belajar kat sini. Macam-macam soalan mereka tanya sehingga kalau aku charge satu soalan satu ringgit aku sudah boleh bayar bil air rumah aku selama 4 bulan. Tapi kerana aku ini guru maka tak boleh berkira nanti orang tuduh guru tak ikhlas mengajar. Aku sudah dua kali menjadi interviewer jadi boleh untuk aku bocorkan sedikit tips. Jadi sila tadah bahagian yang bocor itu.

1. Pengetahuan am
General knowledge mesti tiptop. Kalau nama-nama menteri, nama sultan, nama agong mesti ada dalam kepala hotak. Nama penuh wokayy. Bukan setakat jawab Abdul Halim atau Sultan Mizan. Kau jangan ingat mereka bapa saudara atau jiran belakang rumah. Itu baru bab nama belum lagi tempat kau nak pergi. Tempat yang kau nak pergi tu pun kau mesti tahu latar belakang. Kalau bab suruh buat latar belakang lagu Justin Bieber kau hafal sangat, sekarang hamek kau! Mesti boleh beza antara UK, London and England. Ini soalan fevret Madam Hajar.


2. Communication Skills
The main objective of mock interview is to develop the communication skills of the interviewee. Jadi SILA BERCAKAP. Jangan buat macam duduk kat library walaupun sesi mock interview kau kat library padahal hari-hari lain kau pergi library mulut berkicau macam sebelum ni kau bisu setahun. Akan ada sesi kumpulan kau dapat tajuk then discuss. Yang ini biasanya berkait dengan general knowledge and current issues. Ini kadang-kadang globalisasi pun tak tahu. Langgan newspaper setiap hari baca hiburan sahaja inilah padahnya.

3. Kera dihutan disusui, diri sendiri mati terkangkang.
Ini namanya perlibahasa. Interviewer mintak kau cerita pasal diri kau. Kami bukan nak dengar adik-beradik kau 13 orang buat apa, abang kau engineer kat mana, kakak kau pakar apa. Tak. Tak mahu. Yang bab keluarga cerita sikit sahaja. Yang penting cerita pasal diri sendiri. Apa yang dah dicapai, akademik, kokurikulum jawatan. Masa ni lah kau perlu riak dan takbur tentang diri kau walaupun kau Majlis Syura atau bakal ketua BADAR hehehe.

4. Course/Bidang
Yang ni pun ramai jugak terkena. Kata nak amek medic tapi Biology dapat D. Pandai-pandailah jawab. Lepas tu mesti tahu dah amek course ni boleh kerja apa, kerja yang macam mana. Dekat sini pun ada opinion-giving question. Contoh kau ambil Civil Engineering. Interviewer mungkin akan tanya isu jalan runtuh, lebuhraya retak. Kalau amek pharmacy, easy access to drug. Hah, jangan nak tunjuk muka kelat. Jawab sahaja yang penting confident bukan jawapannya confidential.

5. Miscellaneous
Yang lain-lain mungkin perkara-perkara kecil sahaja. Jangan lupa bagi salam pada interviewer walaupun kau tak suka dia. Duduk mesti tegak. Muka jangan ketat macam lepas makan jeruk masam nak arwah. Kalau interviewer suruh nyanyi belasah saja. Pitching lari kau kejar sampai dapat Bila sesi wrap-up pun jangan buat muka. Kalau suka ambil buat pedoman kalau tak suka ambil buang jauh-jauh. Bila speaking jangan pakai taram sampai interviewer pun tak faham kau cakap apa.
Aku rasa itu sahaja tips-tips yang boleh ditadah. Tak payah risau, nama pun mock. Habis-habis pun kena deliver public speaking. Aku rasa interview yang dalam kubur lagi takut walaupun kau jawab sambil baring sahaja. Tsk tsk. Nasib baik zaman aku ada mock wedding sahaja. Hahaha best gila sebab main kawen-kawen tak perlu baca apa.

4 comments:

حماس الشجاعي said...

Thanks teacher Widad for giving us your great information. I really love and appreciate it. Thanks again!!! n_n

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Thank you, thank you jugak. Mesti bayar tahu. Buang air di KLCC sahaja sudah RM2.

حماس الشجاعي said...

Hmm, I'm sorry 'cause I'm not "orang berada" okay... (hehehe, juz kidding~) Tapi, ana 'bayar' dengan cara--->

"Kuberdoa kepada Tuhan semoga Miss Widad sentiasa mendapat rahmat dan reda-Nya atas baik budi yang Miss berikan..." :)

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Tsk tsk. Terus rasa tak tergamak nak mintak yang lain..err mentos sebiji sahaja tak boleh jugak kah? Hehehe

p.s Jangan panggil miss. Panggil tecer lebih mesra. Panggil miss terasa macam miss universe nanti riak menempah tiket ke neraka. Hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...