Saturday, July 30, 2011

Leaving on a jet plane (Part II)

Yes. Finally aku telah meninggalkan sekolah yang entah aku pun tak tahu nak klasifikasikan bagaimana. Terima kasih En Faezal di JPN yang banyak tolong aku. Untuk En Ahmad juga terima kasih. Encik yang seorang lagi En Zahini, pun aku nak ucap terima kasih. Sekiranya anda mendengar cerita pegawai JPN garang-garang dan sombong belaka makanya itu semua cerita tahyul umpama filem-filem cikai yang diterbitkan oleh pengarah bertitle professor tu.They were so helpful dan boleh bergurau siap bertepuk tampar. Ok tipu sahaja bertepuk tampar. Dah gila ke apa nak tepuk-tepuk kerana tidak mustahil tepukan aku dibalas dengan tampar menampar.

Hari terakhir adalah pada 10 Julai. Aku juga diminta memberikan ucapan sewaktu perhimpunan. Ucapan aku sekadar memberikan perghargaan kepada Encik Pengetua, Penolong Kokurikulum, Kak Ain dan Kak Zai serta pelajar-pelajar yang sungguh dekat di hati macam tv9. Sungguh aku gagah berani dan air mata juga tidak mengalir sewaktu memberi ucapan. Tetapi sewaktu sesi bermaaf-maafan sudah seperti hari raya atau menonton cerita hindustan kerana air mata, air hidung dan hingus semua mengalir. Mata dan pipi menjadi merah seperti clown dan bibir menjadi tebal seperti disengat tebuan. Sungguh tak cantik.


Hadiah yang diterima tak usah ceritalah. Dari kain sembahyang hingga ke teddy bear sehingga aku rasa majlis perkahwinan aku nanti pun belum tentu sebanyak ini. Hehehe. Mungkin lepas ni boleh pindah sekolah selalu kemudian dapat hadiah banyak-banyak lepas pencen boleh buka kedai bundle atau kedai cenderahati. Ok. Keji kalau buat perangai macam ni.

Tak ada laa banyak gini. Tapi boleh tahan laa banyaknya
Untuk guru-guru yang perangai mereka sungguh tidak aku berkenan *bukan aku sahaja, guru-guru lain pun tak berkenan juga* langsung tidak aku jumpa. Memanglah orang kata sedangkan nabi maafkan umatnya tetapi aku bukan nabi. Apa yang mereka buat sungguh menyakitkan hati dan kalau boleh macam nak tampar laju-laju biar bisu setahun. Mungkin dalam hati mereka pun tak ingin aku berjumpa mereka. Baguslah kalau begitu kerana sekurang-kurangnya aku tak bertepuk sebelah tangan.

Yang membuatkan aku bertambah terharu kakak-kakak office pun menangis juga. Wahhh terasa diri begitu disayangi. Pesanan yang paling banyak aku terima 'kalau kahwin jangan lupa jemput'. Aku sudah lost count berapa ramai manusia yang buat pesanan begini. Semenjak zaman UIA sehingga membuat pelbagai kerja dan akhirnya menjadi guru inilah pesanan yang paling kerap aku terima. Nanti kalau aku dah jemput jangan tak datang pula. Kalau tak boleh datang poskan sahaja hadiah. Aku mengharapkan hadiah berbentuk barangan elektrik atau set pinggan yang cantik dan tahan lasak. Hehehe

Kepada pelajar-pelajar yang tolong angkatkan barang masuk dalam kereta terima kasih juga kerana aku tak sangka banyak betul barang aku. Untuk pelajar 3 Ikram yang siap buat cheer untuk aku *tak tahan sebab cheering sambil menangis. hihihi* memang buat aku terharu kalau boleh nak record upload dalam blog tapi apakan daya aku tak berkemampuan nak beli video camera jadi tak boleh nak record. Jika pelajar perempuan membuat aksi cheer tanpa berlakunya sebarang gegaran, pelajar lelaki menulis surat lovey-dovey yang buat aku bertambah sayang pada mereka. Surat tersebut tidaklah disapu bedak atau ditulis dengan pen yang wangi tetapi ayat-ayat terharu buat aku rasa nak peluk mereka semua. As a whole memang 3 Ikram sangat dekatttttt di hati.

Syifa and friends (Bobo, Peykah, Fifie dan Idayu) were the last people that I met. Tidak ada sesi menangis kerana kami semua berjanji untuk keep in touch dan akan berhu-ha di lokasi yang tidak kurang hebatnya selepas Aidilfitri. Terima kasih menghadiahkan t-shirt Body Glove tetapi saiznya kecil sehingga akan menampakkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya menjadi tontonan umum. Mungkin boleh ditukar kerana price tag tidak dibuang (ke nak mintak teacher bayar harga hadiah? Hehehe).

Indeed aku sayang semua yang sayang aku. Panjang umur dan murah rezeki kita jumpa lagi. Aku sekarang di kampung halaman dan jarak sekolah adalah 18km. Walaupun jauh tetapi hati ceria dan manis sentiasa kerana tidak ada guru bajet bagus yang boleh buat aku mencarut atau menyumpah sehingga mengurangkan pahala yang aku rasa memang tak banyak mana. Peace yawww!!!!!!!

Peace yawww

Friday, July 29, 2011

Alif (hamzah di bawah) - Kaf - Ra - Mim

*This entry is dedicated to my dearie 3 Ikram 2011*

Sila kira sudah berapa hari kita berpisah? Ok, let me do the count. Erm...erm...erm...tambah..eh.. (otak lembab dah lama tak mengira. Minta maaf dari hujung kuku *termasuk kuku yang ada sekam* sampai hujung siku. Tak payah sampai hujung rambut. Rambutkan aurat*) Ok, jawapannya sudah 19 hari (sehingga 29 July sahaja). Wahhh, what a coincidence?! 19 hari iaitu samalah dengan umur aku. Apa? Tak percaya? Ahh..kamu semua memang cemburu. Buat apa nak tipu. Ya. Aku berumur 19 tahun, tapi 9 tahun yang lalu -___-

Kepada 3 Ikram yang jauh di mata tapi dekat di hati..sebenarnya tak tahu nak tulis apa. Teacher (terpaksa gunakan teacher kerana sesi bersama pelajar haruslah menggunakan kata ganti nama lain yang lebih afdal. Kelak aku akan dikeji kerana tak tahu penggunaan pronoun yang betul mengikut situasi) Ya, sebenarnya teacher masih tak tahu nak tulis eh! Nak taip apa. Kalau disamakan situasi ini dengan situasi menjawab exam sudah pasti teacher akan gagal kerana tidak tahu mengolah isi dan struktur ayat yang entah apa-apa. Tidak mustahil juga teacher akan menjadi satu-satunya pelajar ICU Bahasa Melayu. Hehehe

Teacher kat sini sihat-sihat sahaja. Sihat di sini bererti sihat tanpa sebarang penyakit. Bukanlah sihat yang bermaksud bertubuh 'sihat' atau mempunyai lebihan isi yang tidak diingini kerana teacher masih mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ok tipu. Mungkin separa sihat lebih tepat kerana setiap petang asyik tidur kemudian bangun dalam keadaan penuh sesalan kerana setiap hari berjanji untuk melakukan senamrobik tetapi semuanya sekadar melepaskan kahak di tangga sahaja.

Teacher pun selalu doa untuk semua student teacher especially you all lah! Ok, yang ini memang tak tipu. Tapi doa teacher saja tak cukup. Mesti ada usaha. Usaha pun mesti bersungguh-sungguh. Bersungguh-sungguh di sini bolehlah diibaratkan dengan situasi pelajar-pelajar lelaki yang bersungguh-sungguh mengelak dari ditangkap oleh geng-geng BADAR dan pengawas yang teacher dengar makin lama makin hampeh mereka ini. Hahaha.

Selain dari peringatan tentang exam yang teacher rasa tak perlu diulas panjang-panjang sebab memang annoying kalau sebut benda yang orang takut dan tak suka banyak-banyak kali, teacher nak pesan budak lelaki dan perempuan jangan bergaduh. Budak perempuan, kalau budak-budak lelaki ada usik biasalah. Dah nama pun lelaki. Tak perlu mengadu sana-sini kecuali mereka melebih-lebih. Apa-apa pun teacher lebih suka setiap masalah diselesaikan sendiri sebab bila ada campur tangan luar selalu sangat budak lelaki yang kena. 

Apa? Bias? Mana ada!!! Teacher tak bias ok. As for the boys jangan buat perangai yang bukan-bukan. Nak usik budak perempuan pun jangan lebih-lebih. Nanti kalau direport nescaya kelak akan 'dipanggil' umpama nasi ditanak menjadi hangit sebab tak biasa masak atas dapur. Selalu masak guna rice cooker bila dah tak ada elektrik baru menggelabah.

To be sincere I miss to call out Izzat Rahman's name. Rindu juga nak panggil sayang dekat Sharul. Hehehe. Ok, macam gedik. Rindu nak cakap 'lepas to, root word' to Hadirah. Rindu nak winking for no reason. I miss a lot of things about 3 Ikram. Tapi tak adalah macam pungguk rindukan bulan. Teacher pun tak tahu kenapa pungguk mesti rindukan bulan. Apa yang ada di bulan yang tak ada di bumi. Tak pandai bersyukur burung pungguk. Harus ditarbiyah supaya tak melarat. Anyways, tahap rindu adalah dalam keadaan terkawal. Tidak ada seperti meroyan atau air mata mengalir di pipi yang comel ini. Mungkin air mata dah habis sewaktu hari terakhir di sana. tsk tsk

Ok dah tak tahu nak taip apa lagi. Bulan 8 ni dah trial kan? Makanya tak usah seperti buat orang hilang ingatan. Study hard (study smart untuk orang bijak pandai je. Kalau tahu diri lemah effort mesti lebih) and may success follow your way. Ada masa kita jumpa. Sila pastikan ada makan dan minum supaya teacher lebih bersemangat untuk datang. Hehehe. Teacher sayangggggg 3 Ikram (Amir Rahimi, Ammar Yasir, Fahmi, Burn, Izzat Rahman, Wan Alahhudin, Iqbal, Ajwad, Afiffitri, Hanis, Hadirah, Shahira, Iwani, Izzati Adawiyah, Zhafirah, Sharifah, Safwatul Aiman, Suliana, Fathin Bolia, Syazwani, Izzati Iryani, Yaya,  Sharul, Ruzaini, Amir Adley, Shakir, Najhan, and Haniff Salleh). Mmuaakkkss!!!!!!!

*sori tak ada gambar*

Tuesday, July 26, 2011

Happy Birthday Khairul Bariyyah

Hari ini merupakan birthday Khairul Bariyyah iaitu adik aku yang paling bongsu. Sudah berusia 21 tahun makanya sudah boleh bernikah kalau ada calon dan ada penyakit gedik yang luar dari biasa. Hehehe. Harap-harap dapat yang punya agama dan harta kerana haruslah diberi barang kemas serba melintang dan menegak kiranya mahu melangkah bendul yang bukan sebarang bendul. Dua bendul yang cantik jelita dan rupawan tak kurang menjadi sebutan.

Jadi hari ini aku sangat berbesar hati untuk menceritakan perihal adik aku yang paling bongsu dan selalu dambakan perhatian dari aku dan kakak-kakak serta abang-abangnya yang lain. Ok, mungkin bukan semua abang (kan?).

Khairul Bariyyah atau sedikit manja dengan panggilan Adik adalah makhluk dalam rumah aku yang kaya dengan nama panggilan. Kawan-kawan dan musuh-musuh di sekolahnya memanggilnya K-Own. Sebenarnya aku kurang pasti ejaan yang betul untuk nama yang ejaannya tidak ada unsur-unsur K-Pop. Nama adik aku datang dulu baru K-Pop ada kat Malaysia. Masa kecil-kecil emak saudara sebelah ayah (Cu Yam) aku panggil Khairul Bariyyah dengan nama Awon. Dah macam jenama Avon tapi aku tak sampai hati nak gelakkan dia. Dia memang manja tahap gaban dengan Cu Yam kerana sewaktu umur belum mumayyiz dia ditinggalkan emak dan ayah aku yang pergi menyahut seruan Kaabah.

Selain dari K-Own dan Awon, ada juga yang memanggil Khairul. Tetapi hanya aku dan ayah sahaja yang memanggilnya Khairul Bariyyah. Ya. Aku memanggil nama penuh. Cukup dengan harakat dan tajdid sekiranya perlu. Sekali dua ada juga aku membahasakannya sebagai Adik. Ada di antara rakan-rakannya menganggap aku aneh kerana memanggil dengan yang panjang lebar lebih dari dua suku kata.

Adik aku ini seorang yang maha sensitif. Aku ulang, maha sensitif. Hehehe. Mudah tersentap kalau tak kena gaya. Mudah sahaja kalau mahu tahu dia merajuk atau disampuk kesensitifan. Kebiasaannya mulut akan dimuncungkan seperti boleh diikat dan dibuat penyangkut. Matanya juga kerap menjeling dan cara berjalan lebih baju dari biasa. Situasi-situasi ini berlaku sekiranya punca merajuk datang dari kalangan ahli keluarga.

Tapi kalau merajuk dengan boyfee lain pula. Tak perlulah aku ceritakan di sini kerana tidak elok membuka kisah rumah tangga orang. Hehehe.

Sewaktu usianya separa mumayyiz. aku dan Kakchik sering mengusik atau berkerjasama membuli dan memainkan hati dan perasaannya. Kami berdua memang sepakat membawa berkat dan mengatakan Khairul Bariyyah sebagai anak buluh betung. Sebenarnya kami berdua kurang pasti (tak tahu langsung hakikatnya) apa itu anak buluh betung. Yang penting niat dan objektif untuk mengusik tercapai. Selalu juga dia menangis dan pernah mengugut untuk lari dari rumah. Hihihi.

Aku harap dengan tumbesaran dan peningkatan umur makanya rajuk dan sensitif berkurangan. Selamat hari lahir Khairul Bariyyah. Semoga dimurahkan rezeki and may success follow your way. Tak sabar tunggu Adik balik kerana mahu bergosip!!!!

Friday, July 15, 2011

Parti Buih Bersama Jejaka-jejaka Hangat

Di saat aku mahu meninggalkan sekolah aku mendapat undangan ke parti buih bersama jejaka-jejaka hangat. Hangat yang bagaimanakah? Harap-harap bukan hangat kerana api neraka. Kalau hangat-hangat tahi ayam pun aku lebih rela dari hangat api neraka. Maka pada hari Jumaat bersamaan 8 Julai aku melapangkan masa untuk turut serta. Pukul 3.00 petang aku dah terpacak tapi tak ada apa pun. Bayang-bayang aku sahaja yang ada. Cuaca yang panas dan hangat buat aku berfikir lebih dari sekali. Adakah aku tersalah dengar. Cuaca hangat aku terdengar jejaka hangat. Tindakan pantas Gman yang tak cukup kasih sayang menghubungi aku sangat tepat kerana aku baru sahaja bercadang nak start engine balik rumah sambung tengok Masterchef Australia.
Making an entrance konon macam artis jemputan

Penat saja aku datang awal. Pukul 3.30 baru mereka datang. Masing-masing buat muka tak bersalah datang lewat. Bila dah kumpul ramai-ramai begini baru aku perasan I was the only girl. One and only. Apa sebenarnya watak aku dalam parti yang mungkin akan bertukar menjadi liar.

Lelaki: Sebenarnya cik dijemput sebagai striper girl
Aku : Owhhhhh! Mana boleh! Tercemarlah imej saya nanti!
Awek-awek sekolah sila buat pilihan. Sekiranya berminat boleh inbox aku.
Harga bisa dirunding
Ramai betul jejaka-jejaka hangat yang boleh menggoncang iman yang senipis kulit bawang ini. Walaupun temanya parti buih ia tetap dimulakan dengan doa tolak bala. Maklumlah kami semua bimbang kelak diserbu oleh BADAR atau Majlis Syura.

Gambar pertama berwajah sedih kerana tak sanggup nak potong kek berbentuk hati

Siap ada acara potong kek. Kek berbentuk hati yang tak sanggup aku nak potong kerana ibarat memisahkan pasangan bercinta tapi dalam terpaksa aku buat juga.

Sempat pose gedik sewaktu memberi ucapan

Acap Fakhri yang jadi emcee guna ayat perhimpunan menjadi mangsa gelak jejaka-jejaka hangat dan gadis hangat eh. Aku juga dijemput untuk memberi ucapan sebelum bermulanya kami semua lupa diri tenggelam dalam dosa. Bukan dosa berat sehingga perlu disebat atau direjam. Jangan fikir yang bukan-bukan. Tak elokkkkk.

Setelah bacaan doa yang aku rasa ada kesalahan tajwid tak cukup harakat dan dengung acara yang ditunggu-tunggu pun bermula. Ya. Acara makan-makan. Mulut dijamu makanan yang lazat-lazat dan mata dihidang dengan aksi striper yang boleh tahan juga.

Air musta'mal yang dihidangkan. Tak sah untuk berwudhuk
Walaupun berparti buih perut masing-masing tetap perut melayu. Makan nasi dan lauk yang lazat.



Gambar beraksi sebagai striper tidak dapat ditayangkan kepada umum kerana bimbang akan menerima kejian dan tohmahan dari pelbagai pihak terutamanya yang dengki dengan aku. Hehehe

Muka puas hati setelah menerima bayaran bagi aksi yang dilakukan


Makan sudah, beraksi pun sudah. Ayuh jejaka-jejaka hangat sekalian, kita bergambar sebagai tanda kita pernah bersama. Hepppp jangan fikir yang bukan-bukan. Jangan menguning atau membirukan kepala hotak anda. 

Aku dan Ghazwan seperti kanak-kanak autistic yang mengharapkan pertolongan.  Hahaha

Kami semua jejaka-jejaka hangat terhangat di pasaran

~Old skul~




Aku suka parti buih bersama jejaka-jejaka hangat kerana semua perangai tak centre dan boleh mengeji sesama sendiri tanpa ada luka atau parut di hati. Tak perlu nak minta maaf kerana kelak pasti akan buat lagi. Parti buih tamat sebelum jam 5.00 petang dan diakhiri dengan solat jemaah di surau As-Shafie eh! 

Nota bulu kaki : Jejaka-jejaka hangat UNITE sekalian, terima kasih buat parti untuk teacher. Looking forward untuk buat parti separa liar luar dari sekolah. I lap u olls!!!!!!!





Thursday, July 14, 2011

Perangai-perangai pakwe sekolah yang membuatkan awek sekolah menyampah

Majoriti penduduk Malaysia pernah atau sedang mengikuti sistem pembelajaran yang diperkenalkan semenjak zaman pemerintahan British. Secara purata setiap rakyat Malaysia menghabiskan sekurang-kurangnya 11 tahun untuk bersekolah. Zaman sekolah juga berkait rapat dengan cinta pertama dan cinta monyet. Hanya pelajar-pelajar terpilih sahaja yang mempunyai pakwe atau awek sewaktu belajar namun walaupun mereka mereka terpilih tidak ada sebarang anugerah khas yang diberikan ketika Majlis Penyampaian Hadiah atau Majlis Anugerah Cemerlang. Ada antara pelajar-pelajar lelaki tertanya-tanya mengapa tidak ada awek yang sudi menyambut cinta mereka walaupun dari segi rupa boleh tahan juga. Yang lebih memedihkan rakan-rakan sebaya yang dikategorikan muka pecah rumah memiliki awek cun tetapi kenapa tidak anda?

*keji gila copy paste intro*
1)Bajet cool/hensem/macho
Ramai di kalangan pakwe-pakwe sekolah suka membajetkan diri mereka cool, hensem atau macho. Maklumlah di usia belasan tahun ini pakwe-pakwe sekolah mengalami perubahan fizikal yang aku rasa tak perlulah aku ulas lebih-lebih. Sila faham-faham sendiri. Pakwe-pakwe bajet cool dan macho dikenalpasti melalui cara mereka berjalan. Lihat di sekeliling anda. Kebiasaannya pakwe-pakwe sekolah berjalan menjingkit atau terjingkit-jingkit. Tak tahu pula aku perubahan fizikal yang dialami termasuk tumbesaran tumit. Nak jejak lantai pun sakit kot. Hehehe. Pakwe-pakwe sekolah yang bajet hensem pula mula membajetkan kehenseman mereka apabila mereka mula digosipkan dengan awek-awek sekolah yang bajet cun. memang padan, Kebajethenseman mereka boleh dilihat apabila mereka akan dengan sengaja mengusha awek-awek ini dan akan sedaya upaya buat sesuatu di luar paras norma untuk menarik perhatian awek yang digosip dengan mereka.



Pakwe-pakwe sekalian, awek-awek sekolah juga menyampah apabila anda membajet diri anda hensem. Sekiranya benar pun anda hensem tidak ada apa yang boleh dibanggakan unless kau ada duit berkepuk. Aku pun nak jugak. Kepada pakwe-pakwe yang berjalan terjingkit-jingkit awek-awek sekolah tidak menjadikan anda pakwe mereka kerana tidak mahu terconfuse antara pakwe dan penguin. Hehehe

2)Nerd
Pakwe sekolah yang nerd menghabiskan banyak masa dengan buku berbanding awek mereka. Kebiasaannya pakwe sekolah yang nerd boleh ditemui di kawasan yang banyak buku seperti library. Seandainya laci meja anda penuh dengan buku jangan lupa untuk kemaskannya kerana tidak mustahil anda akan menemui pakwe sekolah. Kalau bukan dalam bentuk manusia mungkin dalam bentuk haiwan. Aku juga tidak pasti mengapa pakwe nerd lebih sukakan buku berbanding awek sekolah. Mungkin di mata mereka bentuk buku lebih hot dari figura awek sekolah yang 36-24-36 *tolong jangan imagine apa-apa di sini.Aku tak mahu terlibat dengan dosa yang anda mahu atau bakal buat*

Muka nerd gini ada hati nak awek hot macam Preity Zinta
Awek sekolah tidak akan memilih ok, macam salah statement aku di sini. Kebiasaannya awek sekolah tidak memilih pakwe sekolah yang nerd. Ini kerana seperti yang diketahui awek-awek sekolah mendambakan perhatian pakwe sekolah yang dipilih. Dah kalau kau asyik berkepit dengan buku baik tak payah berawek. Kau kahwin laa dengan buku tu tengok dia boleh beranak ke tak eh. *pun jangan bayangkan apa-apa di sini*

3) Kuat mencarut
Sebilangan pakwe sekolah akan menunjukkan kemachoan mereka dengan mencarut. Aku pun tidak pasti tetapi boleh diibaratkan carutan umpama zikir dan sangat akrab hubungan mereka (antara carutan dan pakwe). Pantang ada kesalahan maka carutan ringan dan berat akan meluncur laju seperti baru meminum do do do the dewww. Ada kalanya dalam gurauan juga diselang-seli dengan carutan.

Punya la kuat mencarut, dengan jari kaki pun bolehhhh. Memang Malaysia boleh.
Seandainya awek kuat mencarut menyebabkan pakwe bertukar menjadi imam muda maka perkara yang sama akan terjadi pada awek-awek sekolah. Walaupun tanpa tudung di kepala atau kalau ada pun mungkin pakwe-pakwe boleh nampak tali yang sepatutnya tak perlu buat tayangan percuma sebab pakwe sekolah akan kata mak aku pun ada, mereka akan bertukar menjadi ustazah pilihan. Memandangkan awek sekolah juga punya hati wanita, sensitif dan emo maka mereka akan mudah terasa hati apabila diri menjadi mangsa carutan. Untuk mengelakkan makan hati berulang jantung sudah pasti pakwe sekolah yang kuat mencarut tidak menjadi pilihan hati ustazah pilihan.

4) Kuat bergaduh
Kuat bergaduh di sini bukanlah bererti pakwe tersebut menjadi kuat apabila bergaduh dan mesti menang lantas terasa ingin memberi ciuman di pipi tanda awak hebat namun tak jadi sebab nampak api neraka. Kuat bergaduh bermaksud pakwe sekolah suka menjadikan bergaduh sebagai penyelesaian masalah. Mungkin pakwe sekolah ingin menunjukkan kehebatan atau kesasaan mereka dengan tubuh six pack abs. Kebiasaannya pakwe sekolah yang kuat bergaduh banyak tanda G dalam Rekod Kedatangan. G di sini bukan bererti gagah tetapi bermaksud gantung. Ini kerana apabila terlibat dalam pergaduhan kebiasaannya digantung persekolahan.

Google 'kuat gaduh' dapat gambar ni. Betul ke gaduh? Musykil aku tengok gaya dua ekor ni
Awek sekolah tidak berminat dengan pakwe sekolah yang kuat bergaduh kerana bimbang sekiranya hubungan berlanjutan ke jinjang pelamin, awek sekolah mungkin menjadi pouncing bag pakwe sekolah. Susah payah menjaga kulit dari terkena sinar UV dengan membeli Olay, Syurah, Clean and Clear dan lain-lain yang sewaktu dengannya tetapi akhirnya menjadi habuan pakwe sekolah yang macam tak sekolah je sebab kau pukul orang. Ba wau dal wau ha betul!

5) Merokok
Tak kira la perokok tegar atau sebaliknya, awek sekolah tetap tak berminat dengan anda. Tak perlu ulas panjang-panjang. Merokok tu haram. Tak nak terlibat dengan benda-benda haram ni. Pakwe-pakwe sekolah sekalian tak tahu ke, tembakau yang tertanam di bumi hasil dari air kencing syaitan masa dia kena marah sebab kes buah khuldi tu. Ish ish ish *geleng kepala*.

Aku harap pertanyaan yang sedang tertanya-tanya di fikiran pakwe-pakwe sekolah sudah hilang tanda tanyanya. Sebenarnya kalau muka macam pecah rumah pun tapi sembahyang puasa tak tinggal sudah pasti anda menjadi dambaan awek-awek-sekolah dan aku yang bujang ni pun nak jugak. Untuk awek-awek sekolah tak perlu nak pilih pakwe sekolah yang kacak membunuh kerana kentut mereka tetap busuk macam pakwe-pakwe yang tak hensem.



Friday, July 1, 2011

Perangai-perangai awek sekolah yang membuatkan pakwe sekolah menyampah

Majoriti penduduk Malaysia pernah atau sedang mengikuti sistem pembelajaran yang diperkenalkan semenjak zaman pemerintahan British. Secara purata setiap rakyat Malaysia menghabiskan sekurang-kurangnya 11 tahun untuk bersekolah. Zaman sekolah juga berkait rapat dengan cinta pertama dan cinta monyet. Hanya pelajar-pelajar terpilih sahaja yang mempunyai pakwe atau awek sewaktu belajar namun walaupun mereka mereka terpilih tidak ada sebarang anugerah khas yang diberikan ketika Majlis Penyampaian Hadiah atau Majlis Anugerah Cemerlang. Ada antara pelajar-pelajar perempuan tertanya-tanya mengapa tidak ada pakwe yang mengorat mereka walaupun mereka mempunyai wajah yang boleh tahan juga.

1) Gedik tahap dewa
Hui aku juga menyampah kalau dapat student yang gedik tahap dewa. Awek sekolah yang gedik tahap dewa mungkin tidak ada di sekolah tahfiz. Tetapi di sekolah-sekolah lain dari Perlis sampai ke Sarawak memang mudah diperoleh. Antara sifat-sifat nature mereka adalah suka bercakap dengan kuat, ketawa dengan kuat, terkinja-kinja seperti di bawah pengaruh dadah, dan lain-lain yang berkaitan. Awek-awek yang gedik tahap dewa juga kebiasaannya suka mencari publisiti murahan dan mencapap.

gini la gaya bila gedik.
menyampah tak pakwe-pakwe sekolah sekalian????
Pakwe sekolah tidak akan mengorat awek yang gedik tahap dewa kerana kelak mereka juga akan dipersenda oleh rakan sebaya kerana kau dah kenapa, tak ada awek lain dah ke kat sekolah ni? Yang gedik-gedik tu jugak kau nak??? Pakwe sekolah juga berpendapat awek-awek sebegini berpotensi untuk mencanang satu sekolah tentang hubungan mereka. Kebiasaannya awek gedik tahap dewa hanya menjadi bahan usikan atau posmen kepada awek yang mereka minat sahaja.

2) Bajet hottt
Ramai di kalangan awek sekolah yang bajet hottt atau dalam bahasa mudahnya perasan cantik. Awek-awek sekolah sekalian, sekiranya anda dikurniakan wajah jelita atau cute, anda jangan rasa diri anda yang paling cantik di sekolah. As the saying goes, beauty lies in the eyes of the beholder. Ciri-ciri awek bajet hottt sangat mudah dikenalpasti. Apabila berjalan kebiasaannya matanya meliar kerana merasakan diri menjadi bahan tenungan pakwe-pakwe sekolah. Apabila makan di kantin atau dewan makan seperti pengantin makan beradap. Pendek kata awek bajet hottt memang control habis waima (pergh) hanya seorang sahaja kaum Adam itu pun yang belum mumayyiz dan dalam jarak 500 meter.

Awek sekolah bajet hottt tidak menjadi pilihan kerana pakwe sekolah terpaksa berhadapan dengan cinta tiga segi di usia yang muda. Ini kerana apabila awek-awek sekolah ini membajetkan diri mereka hottt, mereka merasakan ramai pakwe-pakwe sekolah dambakan (pergh lagi) cinta dan kasih sayang mereka. Itu belum kira cikgu lelaki. Ada juga awek bajet hottt mengatakan guru lelaki meminati mereka sehingga terkejar-kejar mahu mengajar di kelasnya -_____-

3) Awek hensem
Awek hensem selalunya tampak ganas dan tougher than pakwe sekolah. Perangai awek-awek ini dapat dilihat dengan mata kasar seperti cara mereka berjalan, cara percakapan dan pembawaan diri yang tidak seratus peratus perempuan. Mereka juga suka bergaduh dengan kaum Adam dan perkataan belasah, terajang, penendang atau bantai menjadi trademark apabila bergaduh.

Berpotensi menjadi awek hensem di masa hadapan
Pakwe sekolah menyampah dengan awek hensem kerana mereka seolah-olah ingin membuktikan mereka juga gagah, sasa  dan jangan dipandang enteng. Sedangkan lidah lagikan tergigit. Inikan pula cinta monyet remaja sekolah. Sekiranya berlaku sebarang pergaduhan pakwe-pakwe berpotensi untuk dicampak dari koridor memandangkan mereka lebih tough justeru adalah lebih wajar tidak menjadikan awek hensem sebagai kekasih. Berdasarkan survey yang dilakukan secara random pakwe-pakwe sekolah berpendapat awek hensem kebiasaannya tidak begitu hormat pada pakwe sendiri.

4) Awek mengadu domba
Mengadu domba adalah perbuatan yang dibenci. Maka awek yang suka mengadu domba perlulah sedar mereka juga dibenci oleh pakwe-pakwe sekolah. Awek-awek sebegini memandang perkara remeh sebagai perkara yang besar punyaaa. Sebagai contoh sekiranya awek ini diusik oleh pakwe-pakwe sekolah, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengadukan perkara tersebut pada ustazah atau guru-guru komander askar. Hui sudah pasti kena panggil dan 'dibasuh' maka bertambahlah kebencian yang sedia ada.

Awek-awek lindungan kaabah juga kebanyakkannya suka mengadu domba. Kalau dah kau alim sangat kau nasihat aje lah pakwe tu. Yang kau nak mengadu sana sini kenapa *emo*


6)Awek kuat mencarut
Mencarut sudah menjadi sebahagian dari hidup mereka. Kadang-kadang tersadung kaki bagaikan kilat terus sahaja ada carutan yang meluncur dari mulut dibawakan secara live dari awek kuat mencarut. Awek kuat mencarut menyebabkan pakwe sekolah bertukar menjadi imam muda kerana segala carutan akan dibalas dengan beristighfar. Awek kuat mencarut juga sebahagiannya dipengaruhi oleh awek hensem dan kebarangkalian kecil untuk menjadi tomboy juga ada.
Apa nak jadi budak-budak zaman sekarang?
Tidak ada satu makluk pun di dunia ini yang sukakan awek kuat mencarut. Maka adalah wajar sekiranya anda berhentikan carutan anda kerana Tuhan juga marah. Awek-awek dalam gambar di atas sila insaf. Masih belum terlambat.

Bagaimana awek-awek sekalian? Aku rasa anda perlu muhasabah diri anda dan lakukan anjakan paradigma ke arah yang lebih positif (ayat karangan SPM). Untuk pakwe-pakwe sekolah, tidak ada orang yang sempurna. Berpakwe-makwe ketika zaman sekolah sebenarnya tidaklah menyeronokkan kerana belum ada duit dan susah nak dating nanti kena tangkap dengan cikgu atau pengawas eh! Macam berpengalaman sahaja.


Hat's off to Khairul Bariyyah!

My dearie Khairul Bariyyah


HATS' OFF TO YOU!!!!!!!!!!!!

countless hats

Zillions of congratulations for your outstanding achievement.

please relate this picture with the entry's title


Your hard work is finally paid off



Hui (see the lips) cayalah!!! Hebat hang no!!!!

takde motip

Thumbs up and keep up the good job.

As a piece of advice, we should never hope for rewards. Just be thankful and grateful for what we have achieved. I got 3.98 once but no one congratulated me but still I was filled with tremendous joy and happiness. I did it for myself, I asked Allah to bless me with outstanding achievement and when He granted my wish I believed He's the one deserved to receive those compliments and rewards. 

As a sister you're so close to my heart. I'm proud with you no matter what you're (don't cry). You're always in my prayer and last but not least.....








dapat gaji jangan lupa belanja wokayyyhhh!!!!!!

HAHAHAHAHAHAHA


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...