Friday, July 29, 2011

Alif (hamzah di bawah) - Kaf - Ra - Mim

*This entry is dedicated to my dearie 3 Ikram 2011*

Sila kira sudah berapa hari kita berpisah? Ok, let me do the count. Erm...erm...erm...tambah..eh.. (otak lembab dah lama tak mengira. Minta maaf dari hujung kuku *termasuk kuku yang ada sekam* sampai hujung siku. Tak payah sampai hujung rambut. Rambutkan aurat*) Ok, jawapannya sudah 19 hari (sehingga 29 July sahaja). Wahhh, what a coincidence?! 19 hari iaitu samalah dengan umur aku. Apa? Tak percaya? Ahh..kamu semua memang cemburu. Buat apa nak tipu. Ya. Aku berumur 19 tahun, tapi 9 tahun yang lalu -___-

Kepada 3 Ikram yang jauh di mata tapi dekat di hati..sebenarnya tak tahu nak tulis apa. Teacher (terpaksa gunakan teacher kerana sesi bersama pelajar haruslah menggunakan kata ganti nama lain yang lebih afdal. Kelak aku akan dikeji kerana tak tahu penggunaan pronoun yang betul mengikut situasi) Ya, sebenarnya teacher masih tak tahu nak tulis eh! Nak taip apa. Kalau disamakan situasi ini dengan situasi menjawab exam sudah pasti teacher akan gagal kerana tidak tahu mengolah isi dan struktur ayat yang entah apa-apa. Tidak mustahil juga teacher akan menjadi satu-satunya pelajar ICU Bahasa Melayu. Hehehe

Teacher kat sini sihat-sihat sahaja. Sihat di sini bererti sihat tanpa sebarang penyakit. Bukanlah sihat yang bermaksud bertubuh 'sihat' atau mempunyai lebihan isi yang tidak diingini kerana teacher masih mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ok tipu. Mungkin separa sihat lebih tepat kerana setiap petang asyik tidur kemudian bangun dalam keadaan penuh sesalan kerana setiap hari berjanji untuk melakukan senamrobik tetapi semuanya sekadar melepaskan kahak di tangga sahaja.

Teacher pun selalu doa untuk semua student teacher especially you all lah! Ok, yang ini memang tak tipu. Tapi doa teacher saja tak cukup. Mesti ada usaha. Usaha pun mesti bersungguh-sungguh. Bersungguh-sungguh di sini bolehlah diibaratkan dengan situasi pelajar-pelajar lelaki yang bersungguh-sungguh mengelak dari ditangkap oleh geng-geng BADAR dan pengawas yang teacher dengar makin lama makin hampeh mereka ini. Hahaha.

Selain dari peringatan tentang exam yang teacher rasa tak perlu diulas panjang-panjang sebab memang annoying kalau sebut benda yang orang takut dan tak suka banyak-banyak kali, teacher nak pesan budak lelaki dan perempuan jangan bergaduh. Budak perempuan, kalau budak-budak lelaki ada usik biasalah. Dah nama pun lelaki. Tak perlu mengadu sana-sini kecuali mereka melebih-lebih. Apa-apa pun teacher lebih suka setiap masalah diselesaikan sendiri sebab bila ada campur tangan luar selalu sangat budak lelaki yang kena. 

Apa? Bias? Mana ada!!! Teacher tak bias ok. As for the boys jangan buat perangai yang bukan-bukan. Nak usik budak perempuan pun jangan lebih-lebih. Nanti kalau direport nescaya kelak akan 'dipanggil' umpama nasi ditanak menjadi hangit sebab tak biasa masak atas dapur. Selalu masak guna rice cooker bila dah tak ada elektrik baru menggelabah.

To be sincere I miss to call out Izzat Rahman's name. Rindu juga nak panggil sayang dekat Sharul. Hehehe. Ok, macam gedik. Rindu nak cakap 'lepas to, root word' to Hadirah. Rindu nak winking for no reason. I miss a lot of things about 3 Ikram. Tapi tak adalah macam pungguk rindukan bulan. Teacher pun tak tahu kenapa pungguk mesti rindukan bulan. Apa yang ada di bulan yang tak ada di bumi. Tak pandai bersyukur burung pungguk. Harus ditarbiyah supaya tak melarat. Anyways, tahap rindu adalah dalam keadaan terkawal. Tidak ada seperti meroyan atau air mata mengalir di pipi yang comel ini. Mungkin air mata dah habis sewaktu hari terakhir di sana. tsk tsk

Ok dah tak tahu nak taip apa lagi. Bulan 8 ni dah trial kan? Makanya tak usah seperti buat orang hilang ingatan. Study hard (study smart untuk orang bijak pandai je. Kalau tahu diri lemah effort mesti lebih) and may success follow your way. Ada masa kita jumpa. Sila pastikan ada makan dan minum supaya teacher lebih bersemangat untuk datang. Hehehe. Teacher sayangggggg 3 Ikram (Amir Rahimi, Ammar Yasir, Fahmi, Burn, Izzat Rahman, Wan Alahhudin, Iqbal, Ajwad, Afiffitri, Hanis, Hadirah, Shahira, Iwani, Izzati Adawiyah, Zhafirah, Sharifah, Safwatul Aiman, Suliana, Fathin Bolia, Syazwani, Izzati Iryani, Yaya,  Sharul, Ruzaini, Amir Adley, Shakir, Najhan, and Haniff Salleh). Mmuaakkkss!!!!!!!

*sori tak ada gambar*

6 comments:

khairul_bariyyah said...

siku pon aurat jugak.. hihihi..

patutnya kena tambah sikit, 2 pun kalau ada adik teacher kat rumah, dia yang masak nasik.. hehehe...

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

siku sebab nampak yg hujung tajam tu..
sebenarnya tujuan mintak adik masak kerana mahu setiap hari semua ada sumbangan di meja makan. kakteh tiada masalah masak nasi tanpa rice cooker. dengan kayu api pun kakteh tetap champion. kahkahkah

khairul_bariyyah said...

kalo x masak pon khairul ada contribution jugak.. tp bab mhabiskan nasik laaa.. hihihihi

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

selepas ini harus untuk adik berebut dengan atif kerana dia juga suka mengikis periuk

Anonymous said...

miss you too three four lah teacher-iwani-

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

ala, teacher rindu awak lebih tahu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...