Saturday, August 6, 2011

Cuaca Panas Rasa Nak Minum Tapi Nanti Batal Puasa

Cuaca sekarang memang panas. Kalau pelajar sekolah yang berhampiran sempadan Thailand tempat aku mengajar dulu akan cakap panas tahap. Tahap di sini bermaksud sangat. Very. Jiddan (nak tunjuk terrar bahasa Arab).

Memang cuaca sekarang panas. Bulan puasa pukul 11.00 pagi dah rasa mahu minum. Mulut kering, tekak perit rasa macam kat Africa (padahal tak pernah pun pergi Africa).

Bila sebut panas semua orang cakap tentang global warming atau pemanasan global. Tapi kalau yang menjawab rungutan aku tu (cuaca panas tak tahan) budak science bajet pandai nak jadi doktor laa. Kalau di kalangan yang bajet lindungan kaabah mesti cakap neraka nanti lagi panas. Macam-macam jenis jawapan yang sewaktu dengannya seperti;

'Akhirat nanti lagi panas'

'Ini baru panas dunia'

'Neraka nanti lagi panas' (Eh. Yang ini dah cakap tadi)

Kesimpulannya semua cakap benda yang sama.

Yang aku hairannya, mereka yang cakap neraka lagi panas nih, tahu macam mana? Dah pernah pergi ye?


11 comments:

Wawa Amran said...

Baca & imagine =D Teacher2, mengajar mne skang?

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Dekat2 rumah sahaja.
Tak boleh expose nama sekolah.
Nanti kontrobesi.
Hikhikhik (gelak gedik)

Wawa Amran said...

Hahaha!! Best wooo dpt mengajar dkt ngan rumah! =D

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Best gila!!!!!!!!!!!!!
Hari-hari makan yang mak masak.
Sila cemburu.
Hihihi

Wawa Amran said...

Sedang cemburu!! I'll pray hard! Hoping I'll be posted to school in Melaka =D Apa nie cikgu baru dah nk balik kg.. Patot g sabah sarawak lar kan.. =P

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Tak patut. Tak patut.
Kalau dah rezeki di kampung halaman yang lain jangan cemburu. Tak salah doa.Berangan lagi tak salah sebab dua2 FOC.

Wawa Amran said...

Tengah berangan lar nie.. siap wat kira2 bleh menyimpan byk mne kalu dpt mengajar kt kg hehehe =D

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Bagus. Bagus. Nanti bleh belanja akak dengan Khairul Bariyyah (tiba-tiba).

Wawa Amran said...

Bleh2~ Sile jalan2 makan angin di Melaka =D

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Apa barang makan angin. Kami mahu ikan bakar di umbai

Wawa Amran said...

Hahahaha!! Bisa diurus!! Dtg dlu, nanti Wawa blnjer =D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...