Tuesday, September 27, 2011

Pesanan PENTING

Aku akan mengambil peperiksaan pada hari Khamis, 29 September maka sila doakan aku supaya aku lulus dengan cemerlang.

Oh ya. Peperiksaan ini adalah untuk mengesahkan jawatan aku.

Adakah maksudnya selama ini aku mengajar secara tidak sah atau haram?

Itu bukan persoalannya.

Tolong doakan aku.

Terima kasih.





 

Saturday, September 24, 2011

Things I miss about my school life (Part I)

'School sucks!'

'Sekolah macam haremmmmmmm'

'School *&%$@!'

Pernahkah anda mendengar rakan-rakan atau musuh-musuh anda melafazkan phrase di atas diikuti dengan carutan-carutan ringan atau berat atau mungkin kutuk-mengutuk dan kesimpulan yang anda dapat buat, sekolah memang tak best.

Zaman ketika anda sedang belajar mungkin anda merasakan zaman sekolah seperti neraka dunia terutama bagi mereka yang tinggal di asrama. Apa pun tak boleh. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Tetapi setelah anda menamatkan zaman sekolah menengah, pasti anda akan merindui beberapa perkara yang anda lalui semasa di sekolah especially bila anda sedang melayan perasaan atau down memory lane bersama rakan-rakan atau bekas musuh anda.

Aku juga bila datang angin gedik rindu zaman persekolahan yang penuh dengan gila-gila remaja Faizal Hussein.

1) Makan di dewan makan
Makan nasi kawah di dewan makan merupakan perkara pertama yang aku selalu rindu tentang zaman persekolahan. Aku dulu tak pernah miss makan di dewan makan. Tak kisah lauk ikan atau apa sahaja memang aku akan bersegera ke dewan makan apabila tiba waktunya. Masih ada beberapa menu yang aku ingat seperti sarapan nasi lemak on Mondays and Thursdays. Menu kari daging, ikan goreng dan gado-gado pada hari Rabu. Makan ice-cream setiap Jumaat. Dinner ayam goreng, tomyam sayur dan sambal belacan pada hari Sabtu. Kalau angin rindu aku terlebih biasanya aku akan request Bini Ustaz menyediakan combination menu dewan makan.


Zaman aku bersekolah dulu masakan di dewan makan memang sedap sampai rasa macam nak jilat tray tapi harus menunjukkan budi bahasa tinggi memandangkan diri anak ustaz dan dan perlu ada rasa malu kerana malu itu sebahagian dari iman. Air milo panas time supper juga aku tak pernah tak minum kalau tak ada sebab-sebab munasarawak. Tetapi sekiranya dewan makan anda tak best, mungkin aktiviti makan di dewan makan anda bukanlah salah satu perkara yang dirindui tetapi hanya menjadi kutukan atau carutan dan disudahi dengan penuh sesalan. Oh ya. Jangan lupa sembahyang sunat taubat.

2) Sembahyang berjemaah di surau
Statement ini bukanlah statement bajet bagus atau konon anak ustaz. Tetapi kadang-kala memang aku rindu nak sembahyang berjemaah terutamanya selepas 'ketiadaan' ustaz. Sembahyang berjemaah di surau seronok walaupun pernah beberapa kali. Okay. Tipu. Walaupun banyak kali juga aku didenda akibat lewat ke surau. Bukan sengaja. Ada hal. Tapi ada jugak yang sengaja. Hahahaha


Antara imam-imam yang aku suka Abang Zaidi dan Abang Izzuddin. Bacaan sedap. Makhraj sebutan jelas. Tidak terlalu berlagu sehingga aku sebagai jemaah hilang khusyuk ketika sembahyang. Kalau yang lain-lain bukanlah tidak bagus, tapi bukan favourite akulah.

Tazkirah selingan : 'Abu Mas'ud meriwayatkan: Seorang laki-laki berkata kepada Nabi s.a.w: Wahai Rasul, saya tidak tahu siapa yang solatnya lebih lama dari si polan... Aku (laki-laki itu) lalu bercerita: Maka saya pada saat itu melihat Rasullullah sangat marah dan bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya kalian itu bermacam-macam, maka barangsiapa mengimami solat hendaknya meringankan, kerana (di dalam jemaah itu) ada orang-orang yang (mungkin) sakit, lemah dan punya kepentingan (mendesak).'

3) Melanggar peraturan asrama dan sekolah
Ini merupakan perkara yang paling menyoronokkan sewaktu zaman persekolahan. Ia menjadi perkara yang akan dikenang sampai bila-bila dan seorang dari kawan aku pernah meluahkan rasa kesalnya kerana tidak pernah langsung melanggar peraturan ketika di sekolah atau asrama dahulu. Awas, aku tidak berniat mahu menghasut siapa-siapa untuk melanggar peraturan. Aku pun tak adalah buat yang dahsyat-dahsyat. Sekadar ponteng prep, ponteng roll-call, tak pakai sarung kaki dan perkara-perkara lain yang tak perlulah didedahkan di sini. Hehehe.


Keseronokkan melanggar peraturan asrama atau sekolah adalah kerana ia menyebabkan anda menjadi sangat kreatif dan sekaligus menyebabkan adrenaline rush kerana anda seboleh-bolehnya akan elak dari terkantoi.

4) Hukuman dan denda secara berjemaah
Kehidupan zaman sekolah dan asrama bukan sahaja anda sembahyang atau makan secara berjemaah tetapi anda turut didenda secara berjemaah. Ia berkait rapat dengan point ketiga kerana apabila ada salahnya maka adalah habuannya. Sewaktu diri anda didenda, akan ada dua perkara yang bermain dalam fikiran anda dan ianya bergantung pada tahap ke'otai'an diri anda. Sekiranya anda baru sahaja menceburi bidang ini, pasti hati anda penuh dengan sesalan dan berjanji tidak mahu buat lagi. Tetapi sekiranya anda memang otai tahap dewa sudah pasti anda relax sahaja dan habis-habis pun anda hanya akan menyumpah seranah diri sendiri kerana gagal dalam operasi anda sendiri.
Ihsan pokcik google

Aku rasa tak perlulah aku memanjangkan entri dengan menceritakan denda-denda yang telah aku lalui untuk memanjangkan entri ini kerana semuanya telah aku ceritakan dalam entri terdahulu. Bukanlah aku merindui denda-denda atau hukuman yang pernah aku lalui nanti ada pula yang tiba-tiba jumpa aku mahu denda aku. Tetapi aku terasa lucu dengan perbuatan sendiri dan salute dengan cikgu-cikgu yang sungguh kreatif memikirkan jenis-jenis denda untuk pesalah-pesalah seperti aku.

5) Cinta monyet
Jangan tipu sekiranya anda tidak pernah minat siapa-siapa zaman sekolah dulu. Sekiranya berwajah comel jelita atau kacak membunuh sudah pasti anda menjadi buruan gadis-gadis atau jejaka-jejaka hangat di sekolah anda. Zaman sekolah dahulu aku berdahi jendul, hidung panjang atau senang cerita muka aku tidak begitu proportionate *nak cakap sekarang membesar jadi comel dan cantik*. Hahaha macam haremmmm.

Aku juga pernah TERminat pada sesorang yang setahun lebih tua dari aku. Orangnya kacak membunuh dan memang menjadi buruan gadis-gadis hangat dan hangit di sekolah. Aku mungkin kategori hangit. Aku sedar siapa aku yang dulu. Sehangit-hangit aku dahulu, sewaktu di tingkatan 4 aku mendapat nota cinta pertama dari jejaka N dan A. Paling seronok jejaka A merupakan jejaka hangat yang setahun lebih tua itewwww (sebut dengan penuh gedik).

6) Klik yang best
Kawan-kawan zaman sekolah memang terbaekkkkkkk. Kalau rasa sedih memang boleh menangis sama-sama. Kalau ketawa pun boleh sama-sama. Selepas tamat zaman persekolahan hubungan dengan rakan anda menjadi tak berapa best kerana faktor peningkatan usia dan kematangan. Bila dah ada pakwe atau makwe biasanya ketika menangis atau sedih sahaja mereka mencari kawan mereka. Zaman bekerja pula masing-masing mula berkeluarga dan ada anak maka berkemungkinan nombor anda pun telah terdelete dari handphone rakan-rakan anda.

Lima tahun di sekolah menengah aku berkawan dengan semua orang yang bukan pengawas. Hihihi. Geng-geng pengawas hanya beberapa orang sahaja yang menjadi pilihan kerana bimbang perbuatan-perbuatan aku dan rakan-rakan didedahkan dengan atau tanpa sengaja.





Banyak lagi perkara yang aku rindu tentang school life. Sewaktu aku sedang bersekolah mungkin aku rasa  rasa tak suka dan benci sehingga rasa mahu pindah sekolah atau mahu sentetkan cikgu-cikgu yang telah mendenda aku. Tetapi sekarang tidak lagiiii *sebut macam iklan syampoo anti kelumumur*

Pesanan aku jangan jadikan point ketiga aku untuk anda melanggar peraturan sekolah. Zaman aku dahulu tak ada merit demerit bagai maka peluang melanjutkan pelajaran tidak kelabu asap. Zaman sekarang maha mencabar maka sedikit sahaja kesalahan anda mungkin akan membuatkan anda menyesal sampai bila-bila.





Thursday, September 22, 2011

Cerita Tentang Buah

Ini buah bukan sebarang buah. Ini cerita tentang anak buah. Bukan cerita dua biji buah kawen lepas tu dapat anak maka dipanggil anak buah. Kalau bahasa orang selalu pakai anak saudara. Orang di utara panggil anak menakan.  Bahasa Inggeris panggil niece atau nephew berdasarkan jantina anak buah tersebut.

Kakak dan kaklong

Ini antara anak buah aku. Yang kakak dipanggil kaklong, yang adik dibahasa kakak. Bukan dibahasa-bahasakan. Tapi dia membahasakan dirinya sebagai kakak. Budak-budak sekarang pandai bercakapnya tak macam zaman kita dulu. Bukan aku nak kata kita dulu tak pandai bercakap. Tapi kita semua naive. Hehehe.



Situasi 1
Berlaku di shopping complex antara kaklong dan umminya *ummi dia kakak ipar aku. Maksudnya umminya telah berkahwin dengan abang aku. Bukan aku yang telah berkahwin dengan adik ummi itu* (saja nak jelaskan supaya entri bertambah panjang dan tak mahu anda semua salah faham nanti kata aku kawen tak jemput pulakkk)

'Ummi, kaklong nak handbag macam ummi tu boleh tak?'

'Mana boleh. Kaklong kecik lagi. Dah besar nanti baru boleh ada handbag gitu'

Situasi 2
Berlaku di rumah antara kaklong, kakak dan umi.

Si kakak menjerit 'Ummi!!! Tengok kaklong ni. Dia nak amek barang kite'

'Ish kaklong. Bape kali ummi nak pesan. Awak dah besar. Awak mengalah la dengan adik awak'

'Ummi ni. Kaklong tak faham. Kejap hari tu kata kaklong kecik lagi. Hari ni kata kaklong besar pulak. Pening kepala kaklong'

-_______________-






Nasib baik bukan aku ummi mereka.




Tuesday, September 20, 2011

Sungguh Aku Noob

Semasa mengomen di blog student plus adik kawan aku, aku secara tidak sengaja telah menulis phrase 'sungguh aku noob' apabila aku tidak reti untuk meninggalkan komen di blog beliau. Sebagai seorang yang sentiasa berfikir dengan cerdas aku terfikir untuk menulis sebuah lagu dan menajukkan ia sebagai 'Sungguh Aku Noob' dan menyanyikannya sendiri lantas di-upload ke Youtube. Dengan harapan aku boleh glamer macam Yuna atau Justin Bieber.

Malangnya tiba-tiba aku terbayang ustaz bangun dari kubur lantas merotan aku berkali-kali kerana tiba-tiba mahu menjadi menyanyi padahal dah elok-elok jadi cikgu pekerjaan yang mulia maka cepat-cepat aku cantas hasutan iblis dan syaiton yang sesedap oren eh. Yang suka-suka nak menghasut aku.

Tahukan anda walaupun aku antara anak ustaz yang pandai menjawab, ada beberapa situasi yang menyebabkan aku digelar noob.

Dulu-dulu aku selalu tak puas hati bila kawan-kawan aku kata 'Kau ni noob lah Widad' *ini kawan-kawan dari selatan*

Kalau kawan-kawan dari utara biasanya akan kata 'Slow la hang ni' yang aku terima pakai maksudnya macam noob jugaklah.

Walaupun aku selalu tak berapa nak terima, tapi bila aku teringat perangai aku dulu-dulu, memang agak boleh terimalah kejian kawan-kawan aku tu (macam nak terima tak mau terima je statement ni).

Masa aku berusia 5 tahun plus plus, Ustaz telah menghantar aku ke tadika kerana aku sering merungut bosan duduk di rumah tak ada kawan. Walaupun ada adik tetapi asyik gaduh dan Bini Ustaz sudah pasti sokong adik maka perasaan tidak mahu berada di rumah membuak-buak.

Awalnya Ustaz membawa aku ke pejabat beliau tetapi aku sering saja mengganggu tugas-tugas dan kerja-kerja sehingga Ustaz tidak dapat concentrate maka Ustaz membuat keputusan untuk mengtadikakan aku sahaja. Aku tak ingat apa perasaan aku masa tu tapi aku redha saja sebab tadika tu sebelah je dengan ofis Ustaz.

Hari pertama di tadika, aku diperkenalkan dengan tenaga pengajar di sana. Eksaited tahu. Sehinggalah selepas waktu rehat seorang ustazah (walaupun ustazah dia bukan bini ustaz dalam blog ini) masuk dan memperkenalkan diri sebagai Siti Hajar.

Aku terus menunjukkan muka puzzle (aku agak-agak je muka aku macam tu). Lama aku tenung muka ustazah tu. Lepas tu aku terus buat muka tak puas hati. Aku terus rasa gelisah dan tak sabar nak balik rumah. Aku tak dapat fokus apa yang diajarkan dan nama Siti Hajar bermain-main di fikiranku dan mulutku juga tak henti-henti menyebut nama Siti Hajar dengan nada tanda soal dibelakangnya. Sekali pandang pasti ramai yang ingat aku sedang berzikir. Maklumlahhhh anak ustaz.

Masa dirasakan begitu lambat berlalu. Kejap-kejap aku tengok jam. Oh,lupa. Masa tu belum pandai baca jam. Tengok jam pandai, baca waktu jam tak berapa nak pandai. Maka penantian untuk waktu pulang ke rumah terasa sangat panjang. Sepanjang mana? Aku tak tahu. Terlupa pula nak ukur.

Tepat tak berapa nak tepat pukul 12.30 tengah hari terus aku berlari ke pejabat Ustaz dan minta segerakan menghantar aku ke rumah kerana ada urusan penting. Tipu je. Perkataan urusan pun belum tentu aku pandai sebut. Tanpa melengahkan Ustaz terus mencapai kunci motorsikalnya dan menyegerakan penghantaran aku ke rumah. Pasti dalam fikiran Ustaz 'Bagus juga dia balik. Tak kacau aku kat pejabat'

Sampai di rumah aku terus cari Bini Ustaz. Salam apa tak bagi terus jerit-jerit panggil Bini Ustaz yang aku tak dapat recall dia tengah buat apa masa aku balik. Mungkin tukar lampin adik aku gamaknya.

Bila Bini Ustaz datang jumpa aku, aku terus menghamburkan persoalan yang membuatkan aku resah gelisah di tadika dan tak sabar-sabar nak balik rumah.

'Mak, ustazah kat sekolah tu nama dia Siti Hajar. Nama dia sama dengan mak?!'

Ya, Bini Ustaz namanya Siti Hajar.

'Pastu pasaipa?' giliran Bini Ustaz pula menunjukkan muka puzzle.

'Macam mana nama dia boleh sama dengan mak? Mana aci nama dia sama dengan mak? Mana boleh?!' Nah akhirnya terhambur persoalan yang membuatkan aku seperti disampuk dalam kelas tadi.

'La, biaq pi la nama dia sama dengan mak pun' ini jawapan malas-nak-layan dari Bini Ustaz.

'Tak boleh la macam tu! Mana boleh nama sama!' aku dengan gaya hentak-hentak kaki tak puas hati dengan jawapan malas-nak-layan Bini Ustaz.

Seminggu juga aku asyik tanya soalan yang sama pada Bini Ustaz sehinggalah Ustaz yang dengar tiap-tiap hari mengambil keputusan untuk turut sama masuk campur.

Macam mana dia masuk campur?

'YANG KALUT SANGAT NAMA SAMA TU PASAIPA?! DUK TANYA BANYAK KALI....'

Caps lock tu tanda Ustaz dah naik angin. Maka persoalan tersebut terkubur begitu sahaja dan aku mendapatkan jawapannya sendiri seiring dengan peningkatan umur.


Nampak tak ke-noob-an aku. Aku tak boleh terima satu nama dikongsi ramai-ramai. Aku ingat satu nama untuk seorang sahaja. Mana aku nak tau. Lagipun aku baru 5 tahun plus plus masa tu.








Monday, September 19, 2011

Lagu-lagu patriotik dan kempen yang buat aku tak tukar channel

Apabila kita menonton rancangan-rancangan di saluran 1 atau 2 milik RTM kebiasaannya kita akan dihidangkan dengan lagu-lagu patriotik atau kempen sebagai selingan untuk rancangan seterusnya. Kebiasaannya ramai di antara kita akan cepat-cepat cari remote controller dan terus tukar siaran. Aku juga begitu tetapi sekiranya lagu tersebut merupakan lagu yang aku suka, sumpah aku marah kalau ada yang pandai-pandai tukar channel. Dengki la tu aku nak menyanyi pun tak boleh. Mari kita lihat adakah anda seperti aku atau anda memang tak minat langsung dengan lagu patriotik dan kempen-kempen sebegini. Awas, meminati lagu patriotik tidak menjadikan anda seorang yang maha patriotik atau sebaliknya. Berkemungkinan juga anda tidak pernah dengar lagu-lagu yang menjadi pilihan aku berdasarkan faktor usia dan berbezaan umur.

1) Membaca Gaya Wawasan


Aku memang minat lagu ni. Tapi sekarang dah tak ada kat tv. Zaman aku belajar di UIA dulu, aku selalu breakfast di Zainab's College. Di antara pukul 9.00 hingga 10.00 pagi pasti lagu ini akan ditayangkan dan seperti biasa juga aku akan menyanyi dengan penuh semangat. Tapi dalam hati je la. Kau gila ke apa nak aku menyanyi lagu ni kuat-kuat. Tak pasal-pasal orang kata aku suka publisiti murahan.

Pada aku lagu ini wajar ditayangkan sehingga hari ini kerana menggalakkan budaya membaca. No wonder lah budak zaman sekarang liat benar nak membaca.

2) Tangan Yang Menggapai
Kalau aku dengar je lagu ni mesti aku teringat zaman sekolah rendah dulu kakak aku berlakon sambil kawan-kawan dia menyanyi lagu ni. Lagu ini dinyanyikan sempena dengan kempen teledera zaman dulu-dulu.


Lagu ini telah ditukar arrangement. Versi yang original dinyanyikan oleh artis-artis NSR. Aku suka lagu ini kerana mesejnya yang ringkas dan mudah difahami. Hahaha, jangan tipulah Widad. Masa tu hang sekolah rendah lagi. Mana hang tau mesej-mesej ni -______-

3) Budi Bahasa Budaya Kita
Ini juga lagu kempen untuk memupuk nilai-nilai murni di kalangan rakyat Malaysia. Masa lagu ini ada di tv, aku dah faham maksud mesej yang ingin disampaikan.


Tambah pula lagu ini dinyanyikan oleh Kak Siti yang suatu masa dulu memang aku minat gila. Sekarang pun minat lagi cuma dah tak ada gila. Gila di sini adalah adverb ya, bukan adjective. Lagu ini masih ada di tv cuma dinyanyikan semula oleh artis-artis yang glamournya setakat suam-suam kuku sahaja. Kalau yang versi baru memang aku tukar channel. Tak kuasa aku nak tengok. Nak ikut menyanyi sekali apatah lagi. Bydeway aku rasa video di atas bukan yang original. Aku rasa laa.

4) Cintai Kraf Malaysia
Lagu ini juga antara lagu kempen yang dinyanyikan oleh Kak Siti. Masa dulu aku menyanyi ikut sedap aku sahaja. Bila dah pandai godeh-godeh internet dan cari di Youtube baru aku tahu lirik yang nyanyi dulu salah.


Aku suka lagu ini tetapi tidak bermakna aku memang beli kraf Malaysia. Kalau mahal nak arwah tak adanya aku nak beli. Kak Siti kita tak apalah menyanyi 30 minit dapat 40k. Aku seminggu mengajar lebih kurang 15 jam pun hujung bulan gaji 2k je.

5) Satu Malaysia.
Ini satu-satunya lagu patriotik yang dekat di hati aku. Walaupun aku tak berapa nak sokong konsep 1Malaysia tapi aku suka lagu yang budak-budak Lim Kok Wing ni nyanyi. Kadang-kadang tengah membasuh baju pun aku secara tidak sengaja akan humming lagu ini. Ye lah, dalam toilet takkan aku nak humming lagu zikir munajat. Alim tak bertempat.


Di AstroRia juga ada ditayangkan lagu ini. Tapi sekarang ditayangkan pula versi baru yang ntah artis mana nyanyi tak sedap langsung dan terus aku tukar channel sambil mencarut-carut ringan. Siapa yang suka versi ini memang tak tahulah aku nak cakap apa.

Bagaimana dengan senarai lagu patriotik dan kempen pilihan aku? Adakah kita mempunyai citarasa yang sama? Sekiranya sama, ayuh kita High 6 secara maya  (kita kalau high 6 perlu guna dua-dua belah tangan. Kalau Hrithik Roshan sebelah je).



Ermm dosa tak high 6 secara maya antara lelaki perempuan?



Sunday, September 18, 2011

Tips Mengulangkaji Dengan Efektif

Rakyat Malaysia merupakan antara penduduk di dunia yang perlu menerima membelajaran formal dalam tempoh yang panjang berbanding penduduk di negara lain. Macam bagus saja padahal aku hentam. Aku kan suka hentam-hentam ni. Janji bunyi ayat macam best. Nak guna khidmat pakcik google malas. Berbalik pada pokok cerita ramai di kalangan kita yang malas untuk mengulangkaji. Kalau rajin pun study tak dapat dan tak ingat dan lama kelamaan menjadi malas. Oleh yang demikian, aku dengan bermurah hati ingin berkongsi dengan anda tips-tips mengulangkaji dengan efektif.

1) Betulkan niat
Kenapa study rajin-rajin ni?

Aku dah besar nanti nak jadi doktor.

Salah tu. Betulkan niat anda. Anda belajar kerana Allah. Kalau belajar dan mengulangkaji kerana nak jadi doktor tak dapat pahala. Sia-sia sahaja.

Apabila niat sudah betul, baca doa. Ini tak. Time makan je baca doa. Time belajar tak  mahu atau pun tak tahu.

2) Posisi yang betul dan selesa.
Posisi di sini bermaksud anda perlulah duduk dalam keadaan yang paling selesa untuk anda. Macam aku, aku suka duduk di atas kerusi secara santai dan kadang-kala berbaring terutamanya ketika menghafal. Menghafal sambil duduk atau berdiri stress tahu? Jangan ikut pandangan orang kalau study kena duduk tegak meja ada di depan. Kalau gitu orang miskin tak ada meja study tak berjaya sampai hari ni. Kan?


Orang macam aku yang ada back pain juga tak boleh duduk lama-lama. Tak kan aku hendak jadikan ia sebagai alasan tak mahu belajar. Kan? Kan? Kan?

3) Waktu yang sesuai
Waktu yang sesuai juga bergantung pada selera masing-masing. Ada yang suka belajar waktu pagi selepas subuh. Aku pula suka belajar waktu malam. Kebiasaannya aku akan tidur sebelum bangun belajar. Bila sudah tidur kemudian bangun malam untuk belajar dapat pahala qiamullail tahu. Sebab itulah aku cakap penting untuk betulkan niat. Qiamullail tak semestinya sembahyang, berzikir dan baca quran. Apa-apa yang tidak salah di sisi agama dan kita buat kerana Allah insyaallah dapat pahala qiamullail. Wah, aku rasa ini entri aku paling berilmiah. Hihihi. Fokus Widad, fokus.

4) Mengamalkan diet yang sesuai
Budak-budak asrama selalunya paling tak suka makan ikan. Zaman aku belajar di sekolah menengah, menu makan tengah hari atau malam jarang sekali dihidangkan ikan. Kebiasaannya ayam atau daging. Tetapi apabila masuk ke UIA, aku sangat kurang makan ayam dan daging. Aku lebih kerap makan ikan. Maka kerana itu mungkin ia menjadi salah satu faktor mengapa aku lebih pandai ketika di universiti berbanding sekolah menengah.

Aku zaman sekolah dulu memang tak berapa pandai. Dah masuk U, asyik dapat A je. Hahaha. Macam haram syok sendiri. Tetapi, tahukah anda ikan membantu anda mengekalkan daya ingatan yang baik melalui kandungan protein dan omega. Orang Yahudi juga kurang makan daging dan ayam. Makanan asasi mereka lebih kepada ikan dan kekacang. Sebab tu orang Yahudi pandai. Orang kita, tambah budak zaman sekarang, asal menu ikan je mulut muncung complain tak sedap terus beratur beli makan kat kantin. Macam aku tak tahu perangai budak asrama. Aku dulu pun duduk asrama. Tapi aku makan semua tanpa complain, tahu. Selepas ini lebihkan ikan dalam menu anda. Pastikan ikan tersebut diperoleh dari sumber yang halal. Kalau kau curi jadi haram tak berkat kau belajar.

5) Jangan study last minute
Bayangkan kau nak terberak tapi kau tahan-tahan. Ke manakah tahi anda akan jatuh? Ya. Geli bukan untuk dibayangkan berak dalam seluar? Macam tu juga nak belajar. Dah kalau belajar last minute macam mana nak dapat. Nanti mula la gabra tak tentu pasal pastu bila exam tak boleh jawab. Mula sedih kemudian menyesal. Tapi insaf sekejap sahaja. Lepas tu buat lagi dan lagi dan lagi.


Kaji kemampuan diri anda. Kalau otak kau jenis hard disk 500GB memang awesome-lah. Tapi kalau asyik kena virus, dah format pun macam tu jugak sila study dengan bersungguh-sungguh dan bermula lebih awal.Macam aku selalu pesan, 'jangan dah nak terberak sangat baru nak gali lubang!'

6) Nota dan latihan
Rajinkan diri anda membuat nota. Aku antara manusia yang sangat rajin buat nota. Tanpa nota yang sempurna dan terperinci maka kaburlah masa hadapan anda. Tak perlu pen warna warni bagai. Aku dulu cuma guna pensel sahaja dan tulis atas kertas terpakai. Tapi kalau kau selesa pen warna-warni silakan. Terpulang pada kemampuan diri.
 Bila dah study mesti rajin buat latihan. Kalau kau malas sangat kau paksa kawan-kawan kau tanya soalan pada kau, tengok kau boleh jawab ke tak. Kalau kau tak boleh jawab, faham-faham sendirilah. Kalau kau boleh jawab pun, jangan nak confident sangat. Tak elok, tahu. Tak elok. Kalau kau takbur kau kena ingat tuhan sekarang balas cash.

7) Masa untuk Allah
Ini pun penting juga. Rajin-rajinkan beribadah dan banyakkan amalan sunat. Kalau kau tak ada masa untuk Dia, Dia pun tak ada masa nak layan kau. Yang ini tak payah elaborate panjang-panjang. Semua tahu dan faham apa yang perlu dibuat.

Macam mana? Cukup efektif tak tips yang aku bagi? Ini semua sekadar pendapat dan pandangan aku. Kalau ada yang nak tambah atau berkongsi, sila tambah dan kongsi di blog post anda. Hihihi. Okay. Okay. Aku serius. Kalau nak share di sini pun boleh. Apa pandangan anda?




Tapi kalau ada yang jawab 'pandangan aku kabur' aku tibai sorang-sorang!







Saturday, September 17, 2011

Membalas message dengan ringkas tetapi awesome

Hari ini dapat message dari kawan yang boleh tahan baiknya dengan aku.

'Hoi Widad! Lama gila tak jumpa hang. Aku balik kampung ni. Hang duk buat apa?'

'Buat best'

Agak-agak dia reply apa kat aku lepas tu?

Ambil iktibar dari cerita ini

Aku suka makan di Zack Western Food di Baling. Sekurang-kurangnya seminggu sekali nampaklah wajah aku di sana. Teman setia aku tak lain tak bukan Bini Pak Ngah.

Bila berpindah ke sekolah baru, ada juga sekali dua aku ke sana dengan mereka. Aku sudah kenal dengan salah seorang pekerja di situ. Nurul namanya.

Malam tadi aku makan di sana. Seorang diri. Fikiran berkecamuk fikir tentang exam. Bukan ini pokok pangkal ceritanya.

Aku dikenali sebagai seorang yang ramah. Kerana dah selalu sangat makan di sana, maka malam itu Nurul memberanikan diri menyapa aku.

Nurul : Hai, sorang ja malam ni?

Aku : Hmm. Kalau lapar tak boleh tunggu ada teman. Sorang pun jadi (nampak tak keramahan aku di sini?)

Nurul : Duk mana?

Aku : Dekat-dekat sini. Kat Klinik Kesihatan.

Nurul : Ooooo (tak ingat berapa harkat Nurul punya o). Kerja apa?

Aku: Cikgu.

Nurul : Kat mana?

Aku : Kuala Pegang.

Nurul : Sekolah menengah ke rendah? Ajar apa?

Aku : Sekolah menengah. Ajar bahasa Inggeris.

Diam. Mungkin Nurul dah habis modal nak tanya apa maka sebagai seorang yang ramah aku perlu buat sesuatu.

Aku : Nurul kerja apa?

Nurul : HAH?!

Ayuh, gelakkan aku secara berjemaah!

Friday, September 16, 2011

Tema Kemerdekaan

Setiap kali masuk kelas aku suka tanya soalan berbentuk pengetahuan am dan agama (cewah cewah)

Hari Selasa yang lalu waktu Pendidikan Seni aku suruh mereka lukis poster sambutan kemerdekaan.

Setelah beri penerangan yang panjang lebar dan diulang lebih dari kadar yang afdal, aku tanya tema sambutan kemerdekaan tahun ini.

'Tema peperangan cikgu!'

Perang?

'Merepek kamu ni!'

'Hormat yang hindu, cikgu!'

Hindu je yang kena hormat? Yang jawab kena hormat Hindu ni Melayu yang tak berapa nak cerah. Ok, aku faham.

******

Malam itu aku dan rakan-rakan sekolah keluar membaham. Aku cerita pada mereka dan semua tergelak-gelak. Bila ditanya kelas mana, aku terus bagitahu.

'Kelas tu memang la. Nak sebut transformasi pun belum tentu reti'

Kahkahkah.

Tak sengaja aku gelak besar.


Wednesday, September 14, 2011

Hello haters!

Pathetic betul dengan haters yang tak ada life ni. They hate me but they won't admit those hatred that they have is the direct result of jealousy. Jealous pasal apa tak tahu lah.

Somehow haters only hate the people they can't have or the people they can't be.

Kasihan. Benci banyak-banyak tak cool bro. Perangai coward komen kat blog orang tapi komen yang nhtahapaapa pun tak cool. Kalau aku tak suka dengan siapa-siapa pun, I don't go make fun of other people's blog post. Sebab aku cool.

Kalau terasa dengan blog post aku, what can I do? You yang makan cili, you rasa la pedasnya. Terasa semak sangat dengan perangai manusia macam anda semua. Jangan nak kepoh sangat hal aku, kepoh stalk kat blog aku lepas tu pompang pom pang gebang cerita satu dunia. Come on lah, grow up. You are not that great, not even close to awesome.

If you are sticking with this behaviour, you'll be in deep shit bro, seriously.

By the way, thanks for viewing my blog though you hate me.

Naik I punya Nuffnang earnings. Hihihi

" Patience has its limits. Take it too far, and it's cowardice. " - George Jackson.

Sunday, September 11, 2011

Tiada Panggilan Sepenting Seruan Ilahi

Pernah tak nampak pesanan penuh bermakna ini bila sembahyang di surau atau masjid. Kalau tak pernah mungkin anda cuma sembahyang di rumah. Bawa-bawalah sembahyang di surau atau masjid (ceh macam bagus padahal aku cuma pergi surau di shopping complex). Tapi kalau anda sembahyang berjemaah di rumah anda adalah calon Ustazah Pilihan dan Imam Muda kategori wajib pergi uji bakat.

Masa first time aku nampak this signboard, pesanan yang dipesan adalah 'Tiada panggilan sepenting panggilan Ilahi'.
Aku terus terbayang mati. Ya, MATI. Mim alif ta ya.
Mungkin pencipta pesanan ini membaca isi hati aku maka ditukar kepada seruan Ilahi.
Terima kasih.
Selesai keraguan aku.

Abang aku cakap handphone berbunyi masa tengah sembahyang boleh jawab. Tapi jawab masa nak rukuk atau sujud, atau bangun dari sujud dan cakap Allahuakbar masa jawab. Dengan harapan orang yang memanggil faham kita tengah sembahyang dan maksud tersirat telefon lepas ni atau hantar message jimat.

Tapi takut juga sembahyang terbatal sebab lebih dari tiga pergerakkan (aku confuse k ada satu atau dua). Mungkin handphone boleh diattachkan di pinggang dengan tali maka lepas jawab boleh lepas begitu sahaja tanpa perlu seluk letak dalam poket semula.

Tapi nanti handphone swing sana sini tak khusyuk juga.

Masalah. Masalah. (sambil geleng kepala)

Kalau si pemanggil bukan beragama Islam agak-agak dia faham tak tiba-tiba dia cakap hello aku jawab Allahuakbar.

Masalah juga. Masalah juga. (sambil angguk-angguk)

Tapi kalau yang beragama Islam pun kalau dia tak tahu parah jugak.
Dia bagi salam aku jawab Allahuakbar.
Agak-agak dia pergi report tak kat jabatan agama aku ikut ajaran sesat sebab jawab salam dengan Allahuakbar?


Friday, September 9, 2011

Pesanan Khidmat Masyarakat

Blog ini hanya untuk dibaca untuk mereka yang tahu tentang blogosphere.

Kalau tak tahu apa-apa tentang dunia blog, kindly leave this page.

Tak payah nak buat drama tentang blog aku.

Tak perlu nak bersoal-siasat bagai.

Aku punya blog, aku punya sukalah.

Save the drama for your mama LOSERS!



Akibat Iklan Bangang

Aku : Awak dah besar nak jadi apa?

Dia : Nak jadi doktor.

Aku : Kenapa nak jadi doktor?

Dia : Sebab nak cure your back pain.

Aku : Ooooo. Tapi saya nak duit banyak. Nak bayar PTPTN saya yang ribu-ribu tu. Awak jadi akauntanlah!

Macam bangang je aku ni. Agaknya inilah akibat tengok iklan-iklan bangang kat tv.

Nak salah orang lain jugakkk.

Thursday, September 8, 2011

Iklan-iklan bangang di tv

Aku suka tengok tv. Bila suka tengok tv bermakna terpaksa menonton iklan-iklan di tv. Aku rasa hampir semua orang pernah mengutuk sekurang-kurangnya sekali tentang iklan-iklan di tv yang selalunya aku kategorikan sebagai bangang. Kadang-kadang rasa seperti mahu menghubungi pengeluar bagi produk yang diiklankan dan jerit bangang sepuluh kali. Kalau tak sempat sepuluh kali, sekali pun jadi la.

1) Colgate Plax
Tipulah kalau anda kata tak pernah menonton iklan Colgate Plax yang lelaki mata sepet gargle all day. Sumpah aku rasa annoying gila tengok iklan nih. Lebih menyakitkan hati dekat Star World pun dah kerap tayang iklan bangang nih.


Aku tak jumpa English version. Yang paling aku rasa bangang sekali scene last sekali masa karaoke. Dah kalau  mulut kau tu duk gargle all day tak payah la gedik nak nyanyi berkaraoke bagai. Sumpah bangang!

2) Chupa chups
Iklan lolipop Chupa Chups juga antara iklan bangang yang ada di tv. Aku dah cari di youtube tapi tak jumpa pula. Biasalah bila nak mengeji ada saja halangan. Iklannya tentang seorang jejaka yang bajet kacak naik apa ntah yang aku rasa nama dia ada jumping-jumping, dan di sebelahnya ada seekor kanak-kanak yang sedang suckle the Chupa Chups lolipop. Kerana Chupa Chups lolipop that kid cool aje and takde jerit-jerit macam jejaka yang bajet kacak terjerir-jerit dan  terus hilang macho. Aku telah meletakkan ekor sebagai penjodoh bilangan untuk kanak-kanak dalam iklan ini. Harap maklum kerana ia bukan typo. Kalau betul Chupa Chups buat anda cool tak jerit-jerit letaklah kanak-kanak yang real di situ. Bukan letak budak kecik muka horrible macam karakter dalam Sesame Street. Baru aku percaya makan Chupa Chups lolipop won't cause adrenaline rush.

3) Colgate 12-hour protection
Seorang awek sedang berjalan-jalan di shopping complex dan seorang dentist menahan awek tersebut dan mengatakan mulut awek tersebut telah diserang.

'Oleh apa?' (ayat paling menyampah).

Kenapa aku menyampah iklan ni? Sebab sangat ajaib dentist tu boleh tahu awek tu memang tak pakai ubat gigi colgate. Kalau aku jadi awek tu mesti aku cakap aku guna colgate.

Agaknya sebab tu sampai hari ni aku tak berlakon iklan.

4) Febreeze
Menyampah sebab semua last scene of the ads ketawa gembira. Apa yang mereka suka sangat pun aku tak tahu. Dan aku pun sebenarnya tak ingin nak ambil tahu. Sikit pun tak nak. Tak mahu.

Kadang-kadang kerana iklan-iklan bangang inilah yang membuatkan aku yang suka menonton tv rasa macam ah malas gila nak tengok. Kepada pembikin-pembikin iklan buatlah iklan yang boleh diterima dek akal atau at least aku tak cop iklan kau buat tu bangang.

Banyak gila sebut bangang. Ayuh sembahyang sunat taubat bersama.

Wednesday, September 7, 2011

Entri Paling Berguna

Objective : Students should be able to rewrite the entire passage and change it into past tense.

'Teacher, apa past tense untuk spend?'

'Tengoklah kamus. I'm not your walking dictionary'

'Aku rasa spoon la wei'

(Kepala hotak hang)

Hampir nak sebut.




Tuesday, September 6, 2011

Pasar malam je standard aku

Due to my back pain, I have to abstain myself from wearing heels. Well, perempuan mana tak suka pakai heels because heels make your legs look slimmer and your femininity is unstoppable. Thus I opted to wear flat shoes from Crocs.

Masa di sekolah lama the students adore my cutey shoes. Semua cakap comel dan wah mahal gila Crocs.

Tapi sekarang sekolah kampung. Kalau aku pakai Crocs budak-budak sini tak cakap pasal comel-comel.

Tapi dia tanya 'Teacher pakai kasut beli kat pasar malam ka?'

Tsk tsk.


Friday, September 2, 2011

Membaham di Rumah Terpelahang


Setiap kali hari raya, sudah menjadi tradisi keluarga aku akan mengadakan rumah terpelahang atau dalam bahasa omputehnya open house pada hari raya kedua. Kebiasaannya sanak-saudara dan rakan taulan akan muncul untuk membaham di rumah aku kerana seisi keluarga rumah Bini Ustaz semuanya handal memasak. Ini bukan cerita karut. Tidak ada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Selepas bermaaf-maafan, sesi membaham menanti kerana apabila ada open house perut diberi ruang istimewa kerana periuk digantung dan harus makan sepuas-puasnya. Hihihi

Tahun ini menu ditambah memandangkan selalu sahaja tidak cukup dan mereka yang datang di hujung-hujung tidak dapat menjamah hidangan lazat yang disediakan. Antara menu isimewa adalah nasi daging yang dihidangkan bersama air asam dan ayam masak merah, laksa Johor, baked macaroni cheese, trifle, puding roti, air roselle, dan kuih muih yang aku sendiri tak tahu nama mereka dan tak mahu ambil tahu pun kerana aku bukan peminat kuih raya.
Baked macaroni cheese. Credit to Tecer Widad.

Trifle. Credit to Khairul Bariyyah

Tetamu datang seawal jam 12.00 tengah hari. Aku belum mandi dan masih sibuk membakar macaroni. Sewaktu Bini Ustaz menghidangkan baked macaroni cheese, tidak sampai 10 minit telah habis dibaham para tetamu. Rahsianya haruslah diriku yang belum mandi ketika membakar macaroni tersebut. Hehehe.

Aku memang tak ramai kawan. Masing-masing mengexcusekan diri. Tapi tak apa, aku ini family type. Masa aku lebih banyak dihabiskan di rumah bersama Bini Ustaz dan anak-anaknya berbanding rakan-rakan. Kawan aku yang datang adalah Nurul Izani Zainol. Cantik gila dia sekarang!

Toothless smile vs kira-sendiri-gigi-aku smile

Pelajar-pelajar yang muncul adalah geng Baling sahaja. Yang lain-lain berjanji mahu datang tidak muncul tiba tanpa sebarang alasan yang munasarawak. Tsk tsk. Amar Yassir, you owed me.

Friends of Khairul Bariyyah
Cousins. Bini hang bunting kali kedua eh?
Family adik Bini Ustaz
With Athiyyah berlatar-belakang kuah laksa Johor Bini Ustaz.
: Lama gila tak jumpa hang!
Pak Ndak - adik ipar Bini Ustaz.
 Malu-malu padahal muda-muda dulu sakan bercinta tengok wayang segala.
Cousins. Kak Tun aku antara best chef in town.

Geng Baling. Jemput datang lagi tahun depan. Teacher up lagi duit raya tahun depan.
Saudara mara aku dari Penang tak datang tahun ini kerana abang Bini Ustaz yang aku panggil Pak Njang kurang sihat. Tahun depan sila datang dan meriahkan rumah Bini Ustaz kerana mereka semua pandai bergurau dan aku pasti harus menunaikan number one kerana ketawa tanpa henti kerana jenaka sambilan dari mereka.

Walaupun mengadakan rumah terpelahang, aku sempat bergedik-gedik di hadapan kamera. Pasangan aku tak lain tak bukan adik aku sendiri. Kami berdua memang pantang bertemu abang Haris abang ipar aku yang dulu pelajar aku ingat bapa saudara aku. Hahaha.
Kami gedik. Tapi bertempat.
Familyhood
Aku juga tak melepaskan peluang bergambar bersama keluarga. Seronok tahu bergambar bersama adik-beradik sendiri kerana mereka tidak akan ada kata mengata seperti gedik kerana masing-masing sudah mengenali. Kalau bersama rakan-rakan yang bajet lindungan kaabah sudah pasti anda akan dilabel gedik. Aku punya gambar, aku punya sukalah.

Pesta membaham tamat lewat petang. Aku tak ingat siapakah tetamu terakhir. Makanan masih berlebih tetapi tak perlu risau kerana anak-anak Bini Ustaz kebanyakkannya suka membaham.

Abang Haris and Kak Chaq
:Orang kata muka abang ipar aku macam Pak Ngah komposer tu. Ye ke?
Gambar-gambar yang ditangkap adalah ihsan abang ipar aku yang sangat baik hati. Bini dia, kakak aku baik hati juga. Dulu dia garang sekarang sudah boleh bergurau tanpa mengira waktu. Hehehe. Peace yaww!

Kepada semua tahun depan jemputlah meriahkan rumah terpelahang aku. Boleh kita membaham sambil bergurau senda bertepuk bertampar dan mengambil gambar tanpa dikenakan sebarang bayaran (aku harap begitu).  Pelajar-pelajar aku yang selalu mengaku rindu sila panjangkan langkah anda jika tidak aku tidak percaya dengan kata-kata rindu anda semua.

Selamat menyambut puasa enam!
Dapat duit raya jangan membazir

Perkara-perkara yang aku suka tentang raya


Hari Raya hari yang mulia. Tua muda miskin kaya, semua menyambutnya dengan gembira. Berhati-hati di jalan raya, semoga anda selamat tiba. Ok. Seperti biasa aku tidak tahu bagaimana memulakan entri-entri aku maka dengan kejinya aku telah menjadikan lagu raya iklan apa ntah sebagai intro entri ini. Entri terdahulu aku menceritakan tentang perkara-perkara yang aku suka tentang puasa. Di entri ini aku ingin menceritakan perkara-perkara yang aku suka tentang raya.

1) Makanan yang lazat-lazat
Rakyat Malaysia dan makanan berkolestrol tinggi mempunyai hubungan yang sangat rapat umpama carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga. Mungkin tak berapa lama. Selalunya perihal diet dilupakan apabila tibanya hari raya. Segala ketupat lemang dan rendang dihentam tanpa berfikir panjang.



Lemang tahun ini sedap sehingga aku lupa tentang berat badan

Lihatlah dunia. Syurga makanan!

Kek raya. Ini semua punca kepada kaki kena potong

Ini juga contributing factor kepada pemotongan kaki

Konon bulan puasa jaga badan bagi yang  muda remaja. Yang tua pula takut penyakit tiga serangkai. Tidakkah seperti carik-carik bulu ayam, tapi dalam konteks ini tak lama. Kejap je terus bercantum.

2) Merapatkan ukhwah
Pemilihan perkataan bajet ustazah pilihan seperti biasa. Tetapi memang benar. Hari raya membolehkan aku berjumpa sanak saudara dan sahabat handai. Handai tu apa maksudnya? Aku memang selalu confuse. Kalau tengok karangan masa aku sekolah dahulu pasti ada garisan merah kerana aku tulis sahabat handal. Di mana kita tadi? Ya, merapatkan ukhwah. Semenjak kecil Encik Ustaz dan bininya akan membawa kami 9 adik-beradik ke rumah saudara-mara terutama yang telah tua. Encik Ustaz kata yang dah tua perlu dilawat kerana meraka sudah tidak punya tenaga mahu bergerak sana sini. Yang muda-muda boleh KIV dulu. Maka tradisi diteruskan dengan mendahulukan mereka dalam sesi lawatan sambil bergosip. Eh.

Cu Yam bersama Bini Ustaz.
Cu Yam sangat handal bercerita dan pasti membuat aku ketawa terkekeh-kekeh.
Ini pulak Cu Minah. Second best cook in town.
Long Jah. Zaman remajanya antara anak dara yang paling meletup di kampung aku
Sesi bersama warga berumur mencapai objektif merapatkan ukhwah. Tetapi kalau dengan mereka yang umurnya hanya lebih kurang aku sahaja sudah pasti menjadi sesi bergosip.

Gosip! Gosip!
Minah kepoh
Aku antara anak Bini Ustaz yang popular. Pergh, cakap nak gah aje. Ok, aku tukar. Aku antara anak Bini Ustaz yang paling dikenali kerana mulut aku yang ramah. Aku boleh bergaul dengan setiap lapisan umur kerana konon dulu aku mahu jadi D.O tapi aku malas nak cerita kenapa cita-cita aku itu tidak menjadi kenyataan.

3) Gantung periuk
Menggantung periuk ini mempunyai hubung-kait dengan perkara pertama iaitu makanan yang lazat. Hidangan yang lazat di rumah sanak-saudara dan jiran tetangga membuatkan Bini Ustaz membuat keputusan untuk menggantung periuk. Kebiasaannya periuk diletakkan di atas dapur. Maka apabila digantung bererti tidak ada aktiviti masak-memasak.
Membaham di rumah Cu Minah
Masing-masing muka tembok buat macam rumah sendiri
Hentam sahaja makanan di rumah orang. Bedal sahaja semua menu dan lupakan agenda memasak. Bagus juga kerana secara tidak langsung tak perlu membasuh pinggan dan periuk. Seronok bukan?

4) Duit raya
Umur 28 bukan halangan untuk mendapat duit raya. Tahun ini aku berjaya memperoleh duit raya kurang dari RM150. Walaupun tidak balik modal tapi harus bersyukur dengan apa yang ada. Lagipun Kak Mah dan Abang Jib dah bagi duit raya. Harap-harap hujung tahun nanti Kak Mah akan pujuk lagi Abang Jib untuk buat perkara yang sama.

5) Mencuci mata
Hari Raya juga aku berpeluang mencuci mata dengan melihat jejaka-jejaka memakai baju Melayu. Tahukah jejaka-jejaka hangat sekalian, anda kelihatan lebih kacak dengan berbaju Melayu. Melihat jejaka berbaju melayu terus melompat rasa nak ajak nikah tapi nanti nampak desperate maka pendamkan sahaja perasaan.
Walaupun masih kecil tetapi boleh di-booking buat menantu.
Dah besar nanti harus wajahnya kacak membunuh.
6) Bergambar tak ingat dunia
Ketibaan Abang Ipar aku sangat dinanti-nanti kerana beliau suka mengambil gambar dan aku pula memang suka berposing sakan. Setiap tahun ratusan keping gambar diambil dan aku mengambil peluang ini melihat tranformasi diri aku sama ada semakin gemuk atau sudah hilang keremajaan.
Masih kecil dan comel. Terima kasih.
Bagaimana dengan sambutan raya anda? Setiap tahun aku memang menantikan hari raya kerana banyak perkara menarik yang hanya ada ketika raya. Tahukah anda apabila anda menjadi ibu bapa dan anak sudah besar anda bakal menerima duit raya. Sekarang perasaan tak-sabar-nak-nikah muncul semula kerana mahu anak yang ramai dah besar nanti boleh mngepau mereka.

Oh ya, the best cook in town is none other than me, myself and I.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...