Monday, September 19, 2011

Lagu-lagu patriotik dan kempen yang buat aku tak tukar channel

Apabila kita menonton rancangan-rancangan di saluran 1 atau 2 milik RTM kebiasaannya kita akan dihidangkan dengan lagu-lagu patriotik atau kempen sebagai selingan untuk rancangan seterusnya. Kebiasaannya ramai di antara kita akan cepat-cepat cari remote controller dan terus tukar siaran. Aku juga begitu tetapi sekiranya lagu tersebut merupakan lagu yang aku suka, sumpah aku marah kalau ada yang pandai-pandai tukar channel. Dengki la tu aku nak menyanyi pun tak boleh. Mari kita lihat adakah anda seperti aku atau anda memang tak minat langsung dengan lagu patriotik dan kempen-kempen sebegini. Awas, meminati lagu patriotik tidak menjadikan anda seorang yang maha patriotik atau sebaliknya. Berkemungkinan juga anda tidak pernah dengar lagu-lagu yang menjadi pilihan aku berdasarkan faktor usia dan berbezaan umur.

1) Membaca Gaya Wawasan


Aku memang minat lagu ni. Tapi sekarang dah tak ada kat tv. Zaman aku belajar di UIA dulu, aku selalu breakfast di Zainab's College. Di antara pukul 9.00 hingga 10.00 pagi pasti lagu ini akan ditayangkan dan seperti biasa juga aku akan menyanyi dengan penuh semangat. Tapi dalam hati je la. Kau gila ke apa nak aku menyanyi lagu ni kuat-kuat. Tak pasal-pasal orang kata aku suka publisiti murahan.

Pada aku lagu ini wajar ditayangkan sehingga hari ini kerana menggalakkan budaya membaca. No wonder lah budak zaman sekarang liat benar nak membaca.

2) Tangan Yang Menggapai
Kalau aku dengar je lagu ni mesti aku teringat zaman sekolah rendah dulu kakak aku berlakon sambil kawan-kawan dia menyanyi lagu ni. Lagu ini dinyanyikan sempena dengan kempen teledera zaman dulu-dulu.


Lagu ini telah ditukar arrangement. Versi yang original dinyanyikan oleh artis-artis NSR. Aku suka lagu ini kerana mesejnya yang ringkas dan mudah difahami. Hahaha, jangan tipulah Widad. Masa tu hang sekolah rendah lagi. Mana hang tau mesej-mesej ni -______-

3) Budi Bahasa Budaya Kita
Ini juga lagu kempen untuk memupuk nilai-nilai murni di kalangan rakyat Malaysia. Masa lagu ini ada di tv, aku dah faham maksud mesej yang ingin disampaikan.


Tambah pula lagu ini dinyanyikan oleh Kak Siti yang suatu masa dulu memang aku minat gila. Sekarang pun minat lagi cuma dah tak ada gila. Gila di sini adalah adverb ya, bukan adjective. Lagu ini masih ada di tv cuma dinyanyikan semula oleh artis-artis yang glamournya setakat suam-suam kuku sahaja. Kalau yang versi baru memang aku tukar channel. Tak kuasa aku nak tengok. Nak ikut menyanyi sekali apatah lagi. Bydeway aku rasa video di atas bukan yang original. Aku rasa laa.

4) Cintai Kraf Malaysia
Lagu ini juga antara lagu kempen yang dinyanyikan oleh Kak Siti. Masa dulu aku menyanyi ikut sedap aku sahaja. Bila dah pandai godeh-godeh internet dan cari di Youtube baru aku tahu lirik yang nyanyi dulu salah.


Aku suka lagu ini tetapi tidak bermakna aku memang beli kraf Malaysia. Kalau mahal nak arwah tak adanya aku nak beli. Kak Siti kita tak apalah menyanyi 30 minit dapat 40k. Aku seminggu mengajar lebih kurang 15 jam pun hujung bulan gaji 2k je.

5) Satu Malaysia.
Ini satu-satunya lagu patriotik yang dekat di hati aku. Walaupun aku tak berapa nak sokong konsep 1Malaysia tapi aku suka lagu yang budak-budak Lim Kok Wing ni nyanyi. Kadang-kadang tengah membasuh baju pun aku secara tidak sengaja akan humming lagu ini. Ye lah, dalam toilet takkan aku nak humming lagu zikir munajat. Alim tak bertempat.


Di AstroRia juga ada ditayangkan lagu ini. Tapi sekarang ditayangkan pula versi baru yang ntah artis mana nyanyi tak sedap langsung dan terus aku tukar channel sambil mencarut-carut ringan. Siapa yang suka versi ini memang tak tahulah aku nak cakap apa.

Bagaimana dengan senarai lagu patriotik dan kempen pilihan aku? Adakah kita mempunyai citarasa yang sama? Sekiranya sama, ayuh kita High 6 secara maya  (kita kalau high 6 perlu guna dua-dua belah tangan. Kalau Hrithik Roshan sebelah je).



Ermm dosa tak high 6 secara maya antara lelaki perempuan?



6 comments:

yui92 said...

semua video nostalgia... haha eh knapa senyum seindah suria xmasuk list? hummm =p=p=p

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

owh...yang jay jay nyanyi 2? sebab lagu tu pendek sgt maka tak puas hati jadi malas nak dengar

yui92 said...

xtaw la plak sapa nyanyi... tp lagu tu legend jugak pa.. =p=p

Wawa Amran said...

Baru wat presentation pg td gne video2 diatas sbg selingan.. =D

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

yui92: mungkin anda tak cukup minat dengan lagu tersebut

Wawa: If I were in the class, sumpah fokus seperti pelajar bajet cemerlang. hihihi

Hidayah Ahmad said...

Lagu membaca gaya wawasan tuh selalu nyanyi masa pelancaran bulan membaca dan bahasa.. Siap dpt lirik lagi tuh lps menyanyi lepas campak entah kemana..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...