Tuesday, September 20, 2011

Sungguh Aku Noob

Semasa mengomen di blog student plus adik kawan aku, aku secara tidak sengaja telah menulis phrase 'sungguh aku noob' apabila aku tidak reti untuk meninggalkan komen di blog beliau. Sebagai seorang yang sentiasa berfikir dengan cerdas aku terfikir untuk menulis sebuah lagu dan menajukkan ia sebagai 'Sungguh Aku Noob' dan menyanyikannya sendiri lantas di-upload ke Youtube. Dengan harapan aku boleh glamer macam Yuna atau Justin Bieber.

Malangnya tiba-tiba aku terbayang ustaz bangun dari kubur lantas merotan aku berkali-kali kerana tiba-tiba mahu menjadi menyanyi padahal dah elok-elok jadi cikgu pekerjaan yang mulia maka cepat-cepat aku cantas hasutan iblis dan syaiton yang sesedap oren eh. Yang suka-suka nak menghasut aku.

Tahukan anda walaupun aku antara anak ustaz yang pandai menjawab, ada beberapa situasi yang menyebabkan aku digelar noob.

Dulu-dulu aku selalu tak puas hati bila kawan-kawan aku kata 'Kau ni noob lah Widad' *ini kawan-kawan dari selatan*

Kalau kawan-kawan dari utara biasanya akan kata 'Slow la hang ni' yang aku terima pakai maksudnya macam noob jugaklah.

Walaupun aku selalu tak berapa nak terima, tapi bila aku teringat perangai aku dulu-dulu, memang agak boleh terimalah kejian kawan-kawan aku tu (macam nak terima tak mau terima je statement ni).

Masa aku berusia 5 tahun plus plus, Ustaz telah menghantar aku ke tadika kerana aku sering merungut bosan duduk di rumah tak ada kawan. Walaupun ada adik tetapi asyik gaduh dan Bini Ustaz sudah pasti sokong adik maka perasaan tidak mahu berada di rumah membuak-buak.

Awalnya Ustaz membawa aku ke pejabat beliau tetapi aku sering saja mengganggu tugas-tugas dan kerja-kerja sehingga Ustaz tidak dapat concentrate maka Ustaz membuat keputusan untuk mengtadikakan aku sahaja. Aku tak ingat apa perasaan aku masa tu tapi aku redha saja sebab tadika tu sebelah je dengan ofis Ustaz.

Hari pertama di tadika, aku diperkenalkan dengan tenaga pengajar di sana. Eksaited tahu. Sehinggalah selepas waktu rehat seorang ustazah (walaupun ustazah dia bukan bini ustaz dalam blog ini) masuk dan memperkenalkan diri sebagai Siti Hajar.

Aku terus menunjukkan muka puzzle (aku agak-agak je muka aku macam tu). Lama aku tenung muka ustazah tu. Lepas tu aku terus buat muka tak puas hati. Aku terus rasa gelisah dan tak sabar nak balik rumah. Aku tak dapat fokus apa yang diajarkan dan nama Siti Hajar bermain-main di fikiranku dan mulutku juga tak henti-henti menyebut nama Siti Hajar dengan nada tanda soal dibelakangnya. Sekali pandang pasti ramai yang ingat aku sedang berzikir. Maklumlahhhh anak ustaz.

Masa dirasakan begitu lambat berlalu. Kejap-kejap aku tengok jam. Oh,lupa. Masa tu belum pandai baca jam. Tengok jam pandai, baca waktu jam tak berapa nak pandai. Maka penantian untuk waktu pulang ke rumah terasa sangat panjang. Sepanjang mana? Aku tak tahu. Terlupa pula nak ukur.

Tepat tak berapa nak tepat pukul 12.30 tengah hari terus aku berlari ke pejabat Ustaz dan minta segerakan menghantar aku ke rumah kerana ada urusan penting. Tipu je. Perkataan urusan pun belum tentu aku pandai sebut. Tanpa melengahkan Ustaz terus mencapai kunci motorsikalnya dan menyegerakan penghantaran aku ke rumah. Pasti dalam fikiran Ustaz 'Bagus juga dia balik. Tak kacau aku kat pejabat'

Sampai di rumah aku terus cari Bini Ustaz. Salam apa tak bagi terus jerit-jerit panggil Bini Ustaz yang aku tak dapat recall dia tengah buat apa masa aku balik. Mungkin tukar lampin adik aku gamaknya.

Bila Bini Ustaz datang jumpa aku, aku terus menghamburkan persoalan yang membuatkan aku resah gelisah di tadika dan tak sabar-sabar nak balik rumah.

'Mak, ustazah kat sekolah tu nama dia Siti Hajar. Nama dia sama dengan mak?!'

Ya, Bini Ustaz namanya Siti Hajar.

'Pastu pasaipa?' giliran Bini Ustaz pula menunjukkan muka puzzle.

'Macam mana nama dia boleh sama dengan mak? Mana aci nama dia sama dengan mak? Mana boleh?!' Nah akhirnya terhambur persoalan yang membuatkan aku seperti disampuk dalam kelas tadi.

'La, biaq pi la nama dia sama dengan mak pun' ini jawapan malas-nak-layan dari Bini Ustaz.

'Tak boleh la macam tu! Mana boleh nama sama!' aku dengan gaya hentak-hentak kaki tak puas hati dengan jawapan malas-nak-layan Bini Ustaz.

Seminggu juga aku asyik tanya soalan yang sama pada Bini Ustaz sehinggalah Ustaz yang dengar tiap-tiap hari mengambil keputusan untuk turut sama masuk campur.

Macam mana dia masuk campur?

'YANG KALUT SANGAT NAMA SAMA TU PASAIPA?! DUK TANYA BANYAK KALI....'

Caps lock tu tanda Ustaz dah naik angin. Maka persoalan tersebut terkubur begitu sahaja dan aku mendapatkan jawapannya sendiri seiring dengan peningkatan umur.


Nampak tak ke-noob-an aku. Aku tak boleh terima satu nama dikongsi ramai-ramai. Aku ingat satu nama untuk seorang sahaja. Mana aku nak tau. Lagipun aku baru 5 tahun plus plus masa tu.








11 comments:

yui92 said...

kensel lah nak letak nama anak saya widad...hehe dan sila tanya kenapa anak kak pin (azah kot nama betol dia) sbb nama anak dia widad ibtisam =p=p=p

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

was ok
WAS a noob.

*caps lock tidak bermaksud marah dalam konteks ini. hanya sebagai penekanan.

Wawa Amran said...

Kelakar lar.. Mujur lar WAS noob =)

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

tapi tak tahu lah kalau continuous tense wujud dalam perkara ini.

yui92 said...

noob sekali tidak bermakna noob selama2nya tcher... heheh

Wawa Amran said...

Lets hope that doesn't happen =)

suffiakmal said...

comei gilaaaaa. kecik kecik dulu mesti ceria mcm sekarang kan ?

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

yui92: brilliant yui92, sy terima 'ayat pasrah' anda. hihi

wawa : but things happen for reason. (wahhhhh kelas ayat pasrah hg widad)

suffiakmal: mungkin perangai yg dikatakan comei. tecer kecik-kecik sampai zaman sekolah menengah dahi jendul tak comeiii maka tak berani nak tunjukkan perwatakkan ceria. tak pecaya? boleh tanya kakak kpd yui92.

yui92 said...

kakak saya itu sudah lama tak blogging... 4 bulan dah =p

Wawa Amran said...

Mmg kellas ayat pasrah u tue =P

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

yui92: agaknya dia pencen awal kot.

wawa: semua cikgu ada kelas (did u get what i mean?)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...