Friday, September 16, 2011

Tema Kemerdekaan

Setiap kali masuk kelas aku suka tanya soalan berbentuk pengetahuan am dan agama (cewah cewah)

Hari Selasa yang lalu waktu Pendidikan Seni aku suruh mereka lukis poster sambutan kemerdekaan.

Setelah beri penerangan yang panjang lebar dan diulang lebih dari kadar yang afdal, aku tanya tema sambutan kemerdekaan tahun ini.

'Tema peperangan cikgu!'

Perang?

'Merepek kamu ni!'

'Hormat yang hindu, cikgu!'

Hindu je yang kena hormat? Yang jawab kena hormat Hindu ni Melayu yang tak berapa nak cerah. Ok, aku faham.

******

Malam itu aku dan rakan-rakan sekolah keluar membaham. Aku cerita pada mereka dan semua tergelak-gelak. Bila ditanya kelas mana, aku terus bagitahu.

'Kelas tu memang la. Nak sebut transformasi pun belum tentu reti'

Kahkahkah.

Tak sengaja aku gelak besar.


4 comments:

khairul_bariyyah said...

sejak bila ajaq pndidikan seni? hehehehe

yui92 said...

tcher melebarkan sayap dlam bidang seni yer? =p=p=p

Wawa Amran said...

Pendidikan Seni sgt best!

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

adik: awal2 dulu 5 kelas seni kakteh ajar. hebatkan?

solihin: teacher adalah manusia. sayap pun tak ada. macam mana nak lebar2 plak.huhuhu

wawa: erm. no comment. hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...