Sunday, September 18, 2011

Tips Mengulangkaji Dengan Efektif

Rakyat Malaysia merupakan antara penduduk di dunia yang perlu menerima membelajaran formal dalam tempoh yang panjang berbanding penduduk di negara lain. Macam bagus saja padahal aku hentam. Aku kan suka hentam-hentam ni. Janji bunyi ayat macam best. Nak guna khidmat pakcik google malas. Berbalik pada pokok cerita ramai di kalangan kita yang malas untuk mengulangkaji. Kalau rajin pun study tak dapat dan tak ingat dan lama kelamaan menjadi malas. Oleh yang demikian, aku dengan bermurah hati ingin berkongsi dengan anda tips-tips mengulangkaji dengan efektif.

1) Betulkan niat
Kenapa study rajin-rajin ni?

Aku dah besar nanti nak jadi doktor.

Salah tu. Betulkan niat anda. Anda belajar kerana Allah. Kalau belajar dan mengulangkaji kerana nak jadi doktor tak dapat pahala. Sia-sia sahaja.

Apabila niat sudah betul, baca doa. Ini tak. Time makan je baca doa. Time belajar tak  mahu atau pun tak tahu.

2) Posisi yang betul dan selesa.
Posisi di sini bermaksud anda perlulah duduk dalam keadaan yang paling selesa untuk anda. Macam aku, aku suka duduk di atas kerusi secara santai dan kadang-kala berbaring terutamanya ketika menghafal. Menghafal sambil duduk atau berdiri stress tahu? Jangan ikut pandangan orang kalau study kena duduk tegak meja ada di depan. Kalau gitu orang miskin tak ada meja study tak berjaya sampai hari ni. Kan?


Orang macam aku yang ada back pain juga tak boleh duduk lama-lama. Tak kan aku hendak jadikan ia sebagai alasan tak mahu belajar. Kan? Kan? Kan?

3) Waktu yang sesuai
Waktu yang sesuai juga bergantung pada selera masing-masing. Ada yang suka belajar waktu pagi selepas subuh. Aku pula suka belajar waktu malam. Kebiasaannya aku akan tidur sebelum bangun belajar. Bila sudah tidur kemudian bangun malam untuk belajar dapat pahala qiamullail tahu. Sebab itulah aku cakap penting untuk betulkan niat. Qiamullail tak semestinya sembahyang, berzikir dan baca quran. Apa-apa yang tidak salah di sisi agama dan kita buat kerana Allah insyaallah dapat pahala qiamullail. Wah, aku rasa ini entri aku paling berilmiah. Hihihi. Fokus Widad, fokus.

4) Mengamalkan diet yang sesuai
Budak-budak asrama selalunya paling tak suka makan ikan. Zaman aku belajar di sekolah menengah, menu makan tengah hari atau malam jarang sekali dihidangkan ikan. Kebiasaannya ayam atau daging. Tetapi apabila masuk ke UIA, aku sangat kurang makan ayam dan daging. Aku lebih kerap makan ikan. Maka kerana itu mungkin ia menjadi salah satu faktor mengapa aku lebih pandai ketika di universiti berbanding sekolah menengah.

Aku zaman sekolah dulu memang tak berapa pandai. Dah masuk U, asyik dapat A je. Hahaha. Macam haram syok sendiri. Tetapi, tahukah anda ikan membantu anda mengekalkan daya ingatan yang baik melalui kandungan protein dan omega. Orang Yahudi juga kurang makan daging dan ayam. Makanan asasi mereka lebih kepada ikan dan kekacang. Sebab tu orang Yahudi pandai. Orang kita, tambah budak zaman sekarang, asal menu ikan je mulut muncung complain tak sedap terus beratur beli makan kat kantin. Macam aku tak tahu perangai budak asrama. Aku dulu pun duduk asrama. Tapi aku makan semua tanpa complain, tahu. Selepas ini lebihkan ikan dalam menu anda. Pastikan ikan tersebut diperoleh dari sumber yang halal. Kalau kau curi jadi haram tak berkat kau belajar.

5) Jangan study last minute
Bayangkan kau nak terberak tapi kau tahan-tahan. Ke manakah tahi anda akan jatuh? Ya. Geli bukan untuk dibayangkan berak dalam seluar? Macam tu juga nak belajar. Dah kalau belajar last minute macam mana nak dapat. Nanti mula la gabra tak tentu pasal pastu bila exam tak boleh jawab. Mula sedih kemudian menyesal. Tapi insaf sekejap sahaja. Lepas tu buat lagi dan lagi dan lagi.


Kaji kemampuan diri anda. Kalau otak kau jenis hard disk 500GB memang awesome-lah. Tapi kalau asyik kena virus, dah format pun macam tu jugak sila study dengan bersungguh-sungguh dan bermula lebih awal.Macam aku selalu pesan, 'jangan dah nak terberak sangat baru nak gali lubang!'

6) Nota dan latihan
Rajinkan diri anda membuat nota. Aku antara manusia yang sangat rajin buat nota. Tanpa nota yang sempurna dan terperinci maka kaburlah masa hadapan anda. Tak perlu pen warna warni bagai. Aku dulu cuma guna pensel sahaja dan tulis atas kertas terpakai. Tapi kalau kau selesa pen warna-warni silakan. Terpulang pada kemampuan diri.
 Bila dah study mesti rajin buat latihan. Kalau kau malas sangat kau paksa kawan-kawan kau tanya soalan pada kau, tengok kau boleh jawab ke tak. Kalau kau tak boleh jawab, faham-faham sendirilah. Kalau kau boleh jawab pun, jangan nak confident sangat. Tak elok, tahu. Tak elok. Kalau kau takbur kau kena ingat tuhan sekarang balas cash.

7) Masa untuk Allah
Ini pun penting juga. Rajin-rajinkan beribadah dan banyakkan amalan sunat. Kalau kau tak ada masa untuk Dia, Dia pun tak ada masa nak layan kau. Yang ini tak payah elaborate panjang-panjang. Semua tahu dan faham apa yang perlu dibuat.

Macam mana? Cukup efektif tak tips yang aku bagi? Ini semua sekadar pendapat dan pandangan aku. Kalau ada yang nak tambah atau berkongsi, sila tambah dan kongsi di blog post anda. Hihihi. Okay. Okay. Aku serius. Kalau nak share di sini pun boleh. Apa pandangan anda?




Tapi kalau ada yang jawab 'pandangan aku kabur' aku tibai sorang-sorang!







9 comments:

yui92 said...

nombor 5 dan 6 tu mmg masalah saya yg plg dahsyat lah..hohoho

masa utk allah tu ada... setakat ni ok lah..

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Tak apa la solihin. Hg 500GB. hihi

suffiakmal said...

TEACHER WIDAD KA. KANTOI LAH I SAMBUNG MANA. HAHHAHAHA. TAK SANGKA U ADA BLOG. HAHAHA

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

ya la suffi yg comel. i pun tak sangka i ada blog. hahaha

yui92 said...

hehhe zaman era teknologi ni blog macam berus gigi je.. semua org ada..

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

orang yang pakai gigi palsu tak pakai dah berus gigi. sebab sekarung basuh pakai polident. hahaha.

yui92 said...

basuh pkai polident? saya taw polident yg pelekat tu ja =p=p

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

alaaa. ni mesti tak tgk tv. yang iklan dia ada dialog 'gigi palsu tidak sama seperti gigi biasa kerana ia lebih lembut. membasuh menggunakan berus gigi biasa boleh mencalarkan..' ok, dah tak ingat.

yui92 said...

ha ah... saya lebih mesra blog dan fb berbanding tv =p=p=p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...