Saturday, October 1, 2011

Jawapan-jawapan mengapa aku masih bujang

Umur aku sudah 28 tahun. Lebih kurang lima bulan lagi aku akan mencapai usia 29 tahun. Itupun nasib baik Bini Ustaz mengandungkan aku lebih sembilan bulan. Jika tidak sudah pasti lebih awal aku menginjak 29 tahun. Tapi aku tak kisah. Berbekalkan wajah yang tak kurang hangat, aku kelihatan muda remaja berbanding usia sebenar. Hahahaha

Memandangkan ramai gadis-gadis seusia denganku telah menamatkan zaman bujang sama ada kerana cinta atau paksaan, aku kerap dihujan ribut petirkan dengan soalan bila pula giliran aku. Terus terang aku sebenarnya tidak suka dengan soalan-soalan begini kerana seolah-olah mereka cuba menidakkan kuasa tuhan jodoh aku belum sampai lagi. Tetapi kerana menghormati mereka yang sudah tua dan mungkin ketuaan mereka menyebabkan mereka lupa dengan kuasa tuhan, maka tetap memberi jawapan kepada soalan yang tidak harus ditanya ini. Cekidaut the answers yang aku selalu recycle setiap kali berada dalam situasi ini. Cek cek cekidauttttt.

1) Belum ada jodoh
Ini merupakan jawapan yang paling cliché apabila ditanya tentang jodoh. Bukan aku tidak mahu berkahwin tetapi jodoh belum sampai dan jodoh juga urusan tuhan. Kalau aku gedik tahap maksima pun belum tentu aku boleh kahwin.
Mana tahu kerana kesabaran aku, aku boleh bernikah dengan Nabi Isa. Nanti dia nak turunkan?

Kebiasaannya jawapan ini diberikan kepada golongan-golongan berusia kerana walaupun mulut aku agak lazer tetapi masih terselit sedikit rasa hormat pada mereka. Tetapi selepas itu apabila sampai di rumah pasti aku akan mencarut-carut ringan kerana geram dengan soalan puaka itu. Benci!

2) Belum bersedia
Aku kenal siapa diri aku. Aku tahu apa yang aku lalui setiap hari. Maka dapat aku simpulkan aku sebenarnya belum bersedia. Setiap kali balik kerja aku pasti mahu tidur sebentar. Tapi kadang-kadang terlajak tak ingat waktu. Aku tak boleh tak tidur cukup 7 atau 8 jam. Pasti aku mudah diserang sakit kepala. Dari segi kewangan juga aku belum cukup bersedia ditambah dengan kegilaan baru aku yang suka membeli emas sebagai pelaburan. Apabila berkahwin aku perlu berkongsi segala-galanya dengan pasangan aku. Maka aku perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Apa yang aku perlu buat berdoa supaya Allah grants my prayer when He knows I am ready for it.
Ini mungkin terjadi andai aku berkahwin bila mana aku belum bersedia
Tapi ada juga sesetengah makcik yang tak faham apabila aku kata belum bersedia especially when it comes about money. Ada yang pandai jawab duit boleh dicari. Kalau macam tu makcik, saya cari dalam beg makcik je lah. Boleh gitu?

3) Tiada waktu dan hari yang sesuai
Jawapan ini diberikan dalam bentuk gurauan kepada yang mereka boleh menerima sahaja. Kebiasaannya berlaku ketika aku menghadiri majlis-majlis kenduri dan apabila ditanya aku akan menjawab


'Sepatutnya hari ni la kenduri saya. Tapi dah ada orang book dulu, tu yang tak dapat-dapat nak langsung'



Kelassss jawapan akukan? Kadang kala gurauan tersebut berlanjutan sehingga aku merancang untuk mengadakan majlis di bulan puasa dan lebih keji mungkin akan dibuat ketika waktu sahur. Jimat belanja.

4) Bertubuh kecil
Tinggi aku cuma 147cm dan berat badan aku di antara 41 hingga 43 kilogram. Aku mempunyai susuk tubuh yang kecil maka boleh juga dikatakan ia menjadi contributing factor mengapa aku masih bujang. Berdasarkan peristiwa yang berlaku baru-baru ini, ia mengukuhkan lagi mengapa aku masih bujang. Cerita ini diolah mengikut kesesuaian dan mungkin ada sedikit tokok tambah untuk menyedapkan jalan cerita.

Situasi : Berjoging di waktu petang dan melintasi rumah seorang makcik yakni kawan kepada Bini Ustaz

Makcik tersebut terus menegur aku mungkin untuk menunjukkan keramahannya kepada aku.

'Rajinnya joging. Sekolah mana la ni Widad?'

'Sekolah *tuut* kat Kuala Pegang.'

'Awat sekolah jauh sangat???'

'Tak palah. Jauh sikit ja' (ini statement tak berapa ikhlas dari aku) 'Dulu kat Kubang Pasu lagi jauh'

'Ooooo. Tahun ni nak amek SPM kan?'

HAHAHAHAHA AKU GELAK DALAM HATI

Kawan Bini Ustaz tidak tahu aku telah pun mengambil SPM 11 tahun yang lalu dan terus meminta maaf. Maka dapat aku simpulkan di sini mungkin tidak ada yang datang meminang kerana menganggap aku remaja belasan tahun dan tak cukup umur jadi tak boleh kawennnnnn.

5) Aku cantik sangat
Ada juga yang tidak percaya bila aku kata aku tak ada boyfriend. Apabila aku tanya kembali mengapa mereka tidak percaya, mereka mengatakan aku punya rupa jadi macam tipu kalau aku kata aku tak ada boyfriend. Baiklah. Allow me to explain.

Lelaki bujang dan available yang memandang aku mungkin berfikiran sama. Maksud aku sama macam apa yang kawan-kawan aku fikirkan. Mereka (lelaki) mungkin berpendapat;

'Ala, ada rupa macam tu takkan tak ada boyfriend'

Maka hasrat untuk mengurat aku dihentikan serta merta dan tinggallah aku membujang sehingga hari ini. Nampak macam perasan gila minah sorang ni macam cantik sangat tapi aku rasa teori aku ni memang logik. Kahkahkah. Macam bagus sangat.




Aku rasa ini antara jawapan-jawapan favourite aku apabila soal perkahwinan ditimbulkan. Ada juga yang membabi buta *aku tak ada niat nak mencarut* menuduh aku terlalu memilih. Pakcik dan makcik sekalian, haruslah aku memilih kerana kalau aku tersalah pilih dan tersilap langkah aku jatuh terkangkang siapa yang mahu tolong? Pakcik dan makcik kah?

Tapi dah memang jadi tabiat orang Melayu busy body tak bertembat. Belum kawen ditanya bila nak kawen. Dah kawen tanya pasal anak. Bila dah ada seorang anak tanya pulak bila nak tambah. Anak pertama dan anak kedua perempuan tanya pula takkan perempuan semua.

Jawapan aku;

Malas aku nak layan!










Tapi dalam hati sahaja.


15 comments:

yui92 said...

jawapan 'aku cantik sgt itu' terlalu tidak boleh blah...hehehe

tp tcher masa pakai baju sekolah tym hari guru tu mmg one of the very few yg mmg mcm budak sekolah.. (i say tcher hajar, cgu siti mulia, and u are the most budak sekolah like)

Wawa Amran said...

28 dah? X sngka.. Awet muda nye!

suffiakmal said...

serius 28 ? woahhhhhhhh

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

yui92: tak pakai baju sekolah pun orang ingat budak sekolah.hihihi

wawa: terima kasih. susah-susah je... (kahkahkah macam haremmm)

suffiakmal: tak ada la serius sangat

Faris 'Azim said...

majlis di bulan puasa dan lebih keji mungkin akan dibuat ketika waktu sahur. Jimat belanja.





suka part ni..

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

kalau buat betul-betul sila datang tapi tak sedia homestay

cik mas said...

hahaha! lawak2... :)

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Ni yang buat nak masuk Raja Lawak nih. Ekekekekeke

farouq said...

sama la kita alasan sbb kenapa tak kahwin lagi he,he.

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

bagus-bagus. Kalau ada jawapan tambahan sila kongsikan bersama. Hahahaha

fizah3309 said...

betul2. setuju!

TecerWidad said...

kalau aku masuk politik dan buat dasar baru jgn lupa sokong dan bersetuju dgn aku fizah

Rea said...

huhu....terase terubat at ader gak org senasib ngan sayer....syer pun 28thn n that kind of question mmg dah x lari duk dtnyer2. Well, nak jwb cm ner kn....jodoh ptmuan kt tgn Allah.....

Wish u n i wil, get the best man in the right time at the right place & moga perjodhn itu d berkati Allah...

~kinda stranger 2 share this but it kinda relief to know there is smone also feel what i feel~

Ina Omar said...

kalau kenduri kawen, makcik2 tanya,
"kamu bila lagi??"

kalau orang meninggal, tanya la makcik2 tu,
"makcik bila lagi??"

TecerWidad said...

@Ina Omar Tak boleh. rugilah kalau makcik tu ada anak yang kacak membunuh, sudah pasti tertutup peluang untuk diri sendiri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...