Thursday, October 27, 2011

Jenis-jenis tidur di kalangan masyarakat kita

Tidur merupakan satu keperluan bagi manusia normal. Manusia yang tidak dapat tidur telah hilang satu nikmat yang paling awesome dan tidak dapat ditukar dengan nikmat-nikmat lain. Nikmat makan hanya di perut tetapi kemudian mendatangkan sesalan sebab perut berlapis atau maju ke depan. Terdapat juga di kalangan kita yang menjadikan tidur sebagai hobi padahal itu bukan dipanggil tidur sebenarnya tetapi lebih afdal dipanggil membuta.


Memandangkan tidur merupakan satu keperluan, terdapat pelbagai jenis tidur dan ayuh kita lihat bagaimanakah jenis tidur yang dimaksudkan.

1) Tidur rutin
Ini yang macam aku cakap tadilah. Tidur rutin bererti anda tidur pada waktu malam kebiasaannya selepas sembahyang isyak dan bangun ketika time sembahyang subuh. Sekiranya anda bangun lebih awal dari waktu subuh anda memang hebat. Jikalau ada rancangan menantu pilihan sudah pasti anda menang tanpa bertanding. Tetapi awas. Sekiranya anda bangun untuk menonton bola dan bukan bertahajud sila insaf.

2) Tidur paksa
Tidur paksa merupakan jenis tidur yang biasanya berlaku di kalangan mereka yang masih bersekolah atau bertadika. Hahahaha macam pelik bertadika. Okay, mari kita sambung. Kebiasaannya mereka yang berada di rumah akan dipaksa oleh ibu bapa mereka untuk tidur dengan alasan esok sekolah terutamanya ketika mereka sedang menonton tv. Bagi yang tinggal di asrama, warden yang bertugas akan melakukan rondaan dan memaksa mereka tidur. Senang cerita mereka terpaksa pejamkan mata dan mereka tidur dalam keadaan yang tidak ikhlas.

3) Tidur bergaji
Tidur jenis ini dilakukan oleh mereka yang bekerja. Apabila di tempat kerja, pekerja-pekerja ini akan mencari port yang sesuai dan tidur makan gaji buta. Mungkin ramai yang tidur di tempat kerja termasuklah aku tetapi tidak termasuk di dalam jenis tidur bergaji. Ini kerana tidur bergaji cuma untuk mereka yang tidur sehingga mengabaikan tugas yang telah diamanahkan.

4) Tidur kambing
Tidur-tidur ayam merupakan peribahasa dan tidur kambing merupakan salah satu jenis tidur. Tidur kambing bukan bererti anda tidur di kandang kambing atau tidur bersama kambing. Tidur kambing adalah anda yang tidur tanpa mandi atau senang cerita tidur macam kambing. Balik dari kerja atau sekolah badan kepam bau masam terus tidur. Memang anda sangat sesuai dalam jenis tidur kambing.

5) Tidur maut
Tidur maut tak lain tak bukan tidur ketika memandu. Huiiii memang marabahaya. Kalau mahu tidur berhenti dahulu di tepi jalan dan tidur. Mungkin ada yang beranggapan tidak semua membawa maut tetapi kalau tak maut pun, hampir maut jugaklahhhhh.

6) Tidur sunat
Tidur sunat ni tidur nak ambil pahala sebelum solat zohor. Masa ustaz masih ada memang beliau selalulah buat dan walaupun iman tak dapat aku warisi, tidur sunat ini ada jugak aku buat sekali sekala yakni mewarisi sifat beliau. Heheheh

7) Tidur 9
Ini bukan sleep like baby in the womb. Tidur sembilan kali pun bukan. Ini khas untuk pelajar yang suka tidur dalam kelas time cikgu mengajar dan pompang-pompang depan kelas dan di penghujung hari anda dapat gred 9 dalam peperiksaan. Padan muka.



Jadi, bagaimanakah jenis anda tidur? Aku memang jenis tidur rutin dan tidur sunat. Tidur sunat tu paling lama setengah jam sahaja. Biasa aku tidur dalam 15 minit atau omputeh cakap take a nap. Ketika zaman sekolah dahulu aku bukan jenis tidur paksa. Waktu prep lagi aku dan bantai tidoq tak ingat dunia. Tapi itu bukan tidur 9 ya kerana tidak ada cikgu yang pompang-pompang depan kelas. Sekiranya tidak ada satu pun jenis tidur yang sesuai dengan anda, anda memang tak 'berjenis'.








12 comments:

yui92 said...

hahaha... dalam banyak2 tu.. tidur 9 sangat tak tercapai akalku...

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Lompat biaq tinggi sikit bagi tercapai. Hahahah

suffiakmal said...

i la ni tidoq makan tidoq makan. paihtu badan membolat baru nak hingaqqq

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

mai la kita aerobic sama-sama. tobat lepas ni orang lain pulak hingaq suffi dah kuruihhh

suffiakmal said...

HAHAHA. boleh sajaaaaaa. bergegaq kolej . harhar

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

kita kasi gegar satu penangggg.
yeahhhhhh

Gigi Monster said...

wah, tidur paksa selalu nih dimana2 sja hatta di rumah mahupun di asrama dulu. oh nasib lpas msuk kolej x kena dah. hoho


dan...nasib tidur 9 tuh menghantui sgt..hahaha.

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Lepas nih kalau kena paksa bilang saja la ikra hafiddin. boleh gitu?

F. Aziz said...

menarik...saya ni jenis tidur paksa..kah3

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

kalau duduk hostel atau umur budak sekolah memang tidak syak lagi!

Nur Hazlin said...

Tidur 9 paling top. muahahahaha XD

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Walaupun paling top tapi xdak sapa mau

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...