Friday, October 7, 2011

Perkara-perkara yang menyebabkan jejaka-jejaka hilang macho

Tahukah jejaka-jejaka sekalian anda sering menjadi topik perbualan gadis-gadis sekiranya kami (termasuk aku sekali) mempunyai masa lapang. Kadang-kadang waktu tak senggang pun anda tetap menjadi sebahagian dari topik kami. Macam ketika dalam kelas cikgu atau lecturer pompang pompang di depan anda nampak lelaki kacak cepat-cepat koyak kertas tulis Nampak tak mamat hensem tu lalu terus passing kawan sebelah. Sesi berbalas-balas nota berlaku walaupun pengirim tak tulis pantun dua kerat zaman sekolah dulu-dulu, pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas.

Ya memang aku selalu jugak buat.

Itu bukan gedik namanya. Proses nak remaja. Kalau yang tak pernah tulis apa-apa pun takkan dalam hati tak pernah ada rasa apa kotttt.

Memandangkan para jejaka sering menjadi topik hangat dalam perbualan seharian, tidaklah bermakna kerana anda memang hangat dan sangat popular hingga menggoncang iman kami. Biasalah. Perempuan memang suka mengomel. Kalau tak mengomel secara live, mungkin secara tertunda. Atau mungkin mengomel dalam hati sahaja. Perempuan atau jejaki akan mencari apa sahaja bahan atau topik untuk dibualkan atau diomelkan.

Selama lebih dari suku abad aku hidup (rasa macam dah tua kerepot bila guna perkataan abad) macam-macam jenis jejaka aku pernah jumpa. Bunyi macam gatal. Jumpa di sini bermaksud come across. Lintas begitu sahaja bukan semua jejaka aku jadikan boyfriend. Jejaka-jejaka memang terkenal dengan aksi control macho sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Namun demikian terdapat beberapa perkara yang menyebabkan sang jejaka hilang machonya. Kalau dah hilang macho report ke balai polis pun pak polisi tak dapat nak tolong.

1) Tidak boleh memandu kereta manual
Jejaka yang tidak boleh memandu kereta manual memang hilang lesap machonya. Kadang-kadang aku rasa macam tak cukup jantan sekiranya jejaka tidak dapat memandu kereta manual.


Penyataan aku di sini bukanlah mahu cakap lelaki kalau you betul-betul jantan you mesti bawa manual kerana aku tahu penggunaan kereta gear automatik lebih mudah dan sesuai di bandar-bandar atau kawasan yang sibuk. Apa yang aku maksudkan lelaki yang memang tak pandai atau tak berani bawa kereta manual memang hancur lebur machonya.


2) Mandi pakai sabun Shokubutsu
Zaman aku kerja part time di KL dahulu ada seorang jejaka yang memang semua kawan-kawan jejaki aku kata dia macho handsome muka kacak meleleh air liur. Tetapi ada suatu hari aku keluar beli barang di Tesco dengannya dan sampai di tempat toiletries aku mahu cari sabun mandi. Suggestion-nya untuk menggunakan Shokubutsu membuatkan aku rasa oh jejaka ini, hilang macho mu.

Bukanlah jejaka tidak boleh mandi pakai sabun Shokubutsu tapi aku rasa lebih afdal dirahsiakan penggunaannya. Aku rasa seorang jejaka lebih macho sekiranya menggunakan sabun Dettol kerana sabun tersebut lebih macho dan jantan. Hahaha. Suka-suka aku nak tentukan sabun jantan betina. Antara sabun lain yang agak kurang jantan dan machonya adalah Lux dan Enchanteur.

3) Muka macho suara penyek
Suara juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan aspek-aspek kemachoan. Jejaka yang wajahnya kacak membunuh, bertubuh six pack abs tetapi memiliki suara penyek sungguhlah tidak macho. Suara penyek ini seperti bercakap sambil picit hidung. Sebenarnya ada contoh yang mahu diberi. Tetapi aku rasa macam keji gila. Aku tahu mungkin ada yang kata hang tu dah memang keji tapi sekeji-keji aku tak mahulah buka aib orang. Buka aib aku tak apa. Buka aib sendiri untuk dijadikan pengajaran, bukan kejian.

4) Pakai lotion
Aku yang perempuan sejati pun tidak memakai lotion. Pemakaian lotion juga menyebabkan seorang jejaka menurunkan kadar kemachoannya. Aku berpendapat lelaki yang berkulit sawo matang gelap-gelap melayu adalah lebih macho berbanding lelaki berkulit cerah sebab pakai lotion sapu dari hujung rambut sampai ke kuku kaki. Lotion pula bukan setakat body lotion. Hand lotion, baby lotion semua dia bantai.

Sah-sah tangan perempuan. Memang tak ada iklan guna tangan jejaka
Lihat sahaja iklan di tv. Iklan-iklan tentang lotion selalunya dilakonkan oleh perempuan sahaja. Peranan jejaka tidak lebih dari watak gatal yang mengorat wanita pakai lotion sambil gesel-gesel sumpah aku yang tengok rasa macam nak terajang. Eh eh ter-emo pulak.

5) Jejaka dan pencuci muka
Aku memang tak ada masalah dengan jejaka yang memakai pencuci muka. Bagus juga hilangkan minyak di muka dan mengurangkan jerawat yang mungkin tumbuh bagai cendawan selepas hujan sekiranya muka tidak dicuci dengan bersih. Tetapi pemilihan jenama juga menjadi penyumbang kepada hilang atau bertambahnya macho seorang jejaka.


Seperti juga dengan penggunaan sabun mandi jejaka-jejaka perlu memilih pencuci muka yang lebih macho dan jantan seperti L'oreal for men, Dashing. Hilang macho sekiranya jejaka berwajah kental tiba-tiba memakai pencuci muka Safi dan bila dan umur 30-an pakai Safi Rania Gold. Geli bukan?


Jejaka-jejaka sekalian. Adakah anda rasa anda sudah kehilangan macho anda. Usah risau kerana macho seorang jejaka tidak sama di mata semua perempuan. Ada sebahagian perempuan merasakan jejaka memakai t-shirt warna pink tak macho langsung. Tetapi untuk aku hanya lelaki yang benar-benar macho sahaja berani memakai warna pink. Hahahaha.



Meleleh air liur (lap cepat-cepat takut ada yang nampak)





Hrithik Roshan macho nak arwah pakai kaler pink



Tapi...



setakat hilang macho apalah sangat.








Kalau hilang iman lebih parah. Kan?


8 comments:

Wawa Amran said...

Lelaki nie kelakar in certain ways kan tambah2 bab control macho.. =D

Faris 'Azim said...

sabun ada jantina?

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

wawa: kasihan bila mereka nak control macho tapi tak jadi kerana kesilapan diri sendiri

Faris 'Azim: begitulah kalau mengikut pengamatan tecer.

yui92 said...

hemmm klu bab kereta tu mmg saya xmacho.. tp sbg rebuttal, saya kata org bawak kereta auto sbg menghargai kemajuan teknologi..haha

sabun johnson tu jantan la kan sbb nama john... hehehe

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

yui92: 80 percent sahaja jantan sebab ada baby kat depan.

yui92 said...

pakai sabun cap kapak la klu camtu..hehehe

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

tu memang paling jantan sekali laa. boleh dapat title mister universe

Wawa Amran said...

Takyah cover macho.. Jadi diri sendiri sudah.. Kemachoan tue akan terpancar sendiri.. haha!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...