Saturday, October 29, 2011

Tabiat-tabiat manusia ketika menonton wayang

Aku adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang gemar menonton wayang. Menonton wayang merupakan aktiviti yang paling kerap aku lakukan semasa aku berada di universiti dahulu tetapi bila dah dekat 30-an semakin kurang. Aku percaya pasangan yang bercinta merupakan penyumbang dapatan terbesar kepada syarikat-syarikat wayang memandangkan ada di antara mereka menjadikan menonton wayang sebagai tempat untuk main wayang. Huiii memang tak elokkkkk. Tahukah anda terdapat pelbagai jenis tabiat manusia yang dapat kita lihat ketika menonton wayang. Orang Perlis dan Kelantan mungkin tidak pernah lihat kerana negeri mereka tidak ada panggung wayang (baguslah kurang maksiat yang kerajaan negeri mahu tanggung).





1) Menjadikan wayang sebagai tempat maksiat memang tak cool. Orang lain datang nak tengok wayang dan release tension tetapi menjadi lebih tension bila terpaksa melihat maksiat yang anda lakukan. Kebiasaannya mereka akan mencari tempat yang agak tersembunyi dan tidak kisah walaupun seat tersebut bermasalah. Pernah aku menonton wayang di TGV KLCC dan seat yang aku dapat basah kerana air air-cond maka aku duduk seat yang di sebelah. Datang satu pasangan yang tiba-tiba ubah tempat duduk dan mahu duduk di situ. Bila aku cakap seat tu basah yang si pakwe boleh cakap takpa lepas ni nak basah jugakkkk dan awek dia pulak gelak gedik. Sumpah annoying!




2)Mereka yang menjawab telefon sewaktu menonton wayang memang mengundang cacian dan cercaan dari penonton-penonton lain. Kalau yang jawab jenis cakap macam dalam kelambu tak apa. Ini macam ada built-it-microphone. Memanglah iklan suruh silentkan handphone, tapi kalau mengaji agama kira kita guna hukum qias la kat sini. Tu lah, zaman sekolah dulu waktu agama tidur. Maqasid syariah pun tak reti.



3)Memberi reaksi yang berlebihan juga mengundang rasa menyampah. Kalau nak gelak, jangan panjang sangat harakat. Siap dengan tashdid lagi. Bila nak berhenti gelak tu pakai pulak mad aridh lissukun yang enam harakat. Huiii ikut hati memang nak bagi sedas dua. Tapi sebab masih berakhlak mulia maka tahankan saja. Kadang-kala reaksi berlebihan memberi advantage kepada lelaki hidung belang especially kalau horror movie yang menjadi pilihan. Mulalah ada yang mahu peluk-peluk konon takut sangat.


4) Ada juga yang menjadikan wayang seperti menonton tv di rumah sendiri. Suka-suka hati individu sebegini keluar masuk lebih dari sekali. Kalau seatnya hujung sekali tempat laluan mungkin kurang bermasalah. Tetapi yang jenis pundi kencing saiz XXS duduk pulak bahagian paling dalam sekali. Bila nak keluar pergi tandas mula la nak tumpang lalu dik, excuse me kak bagai. Lain kali download sahaja movie kemudian usung laptop tengok dalam tandas. Ada juga yang jenis suka duduk bersila atau melunjurkan kaki. Kalau tak mengganggu orang lain, memang tak ada masalah. Tapi yang sampai makan space orang sebelah memang mendatangkan marah.


5) Menonton wayang juga kadangkala mendapat pengalaman pergi ke taman burung. Tapi hanya ada satu spesis burung sahaja yang terdapat di panggung wayang iaitu burung kakak tua. Mereka yang jenis burung kakak tua ini akan cerita story line dari mula sampai habis dan sungguh menjadi kebencian kerana sudah hilang thrill menonton wayang. Kalau sudah tengok sila diam dan aku percaya pihak panggung wayang tidak pernah menganjurkan pertandingan bercerita.


6) Panggung wayang juga kadangkala bertukar menjadi nursery atau playground. Sewaktu aku menonton Night at the Museum, kanak-kanak antara sebahagian besar penonton. Di awal cerita semuanya ok. Tapi bila dah masuk setengah jam masing-masing mula buat perangai. Yang menangis nak susu siap hentak-hentak kaki ada, yang lari-lari macam main polis sentri pun ada. Aku tak marah budak-budak kecik nih. Yang aku nak marah kepada yang tukang bawa masuk wayang. Dah tahu anak jenis buat perangai beli cd sudah. Tengok kat rumah dua puluh kali pun tak apa tak ada siapa nak larang. Ini tidak, asyik nak buat orang naik berang.






Antara tabiat-tabiat di atas, aku selalu buat macam rumah sendiri yakni duduk bersila. Tapi aku kategori kecil maka sudah pasti aku tak makan space orang lain. By the way, above all aku suka tengok cerita hindustan berbanding cerita-cerita lain kerana bayaran yang sama tapi cerita lebih panjang. Walaupun ada bau macam pergi kuil, aku tak kisah sangat. Baru feeling bollywood tu lebih sikittttt.






8 comments:

yui92 said...

kahkahkah... saya xpnah jumpa lg la yg mcm tcher cerita tu.. maybe orang2 sp sgt baik dan behave kot?

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

ayuh kita buat rombongan ke kL dan saksikan sendiri tabiat-tabiat orang kita yang seperti membuang tabiat

Gigi Monster said...

time tgk HKLBR dlu mmg ada yg gelak gegila punya mcm yg no 3 tuh. ada sekali tu org blkg smpai tertendang2 kerusi. tpi rsa mcm tergolong jugak dlm kategori tuhhh kekadang. eh? hoho

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

kalau dapat satu panggung yang macam anda, jangan runsing. afdal untuk anda teruskannnn.

eh eh. bajet macam soal jawab agama pulakkk

Wawa Amran said...

Dah berzaman tak tengok wayang.. Mungkin faktor berada di tanah Kelantan menjadi pengaruh boleh hidup tanpa wayang.. hehe~

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Samalah kita. Sebelum kembali aktif dua tahun tidak menonton wayang. Tapi memang jihad betulll

Ekmi Rabat said...

yeah. mujuq saya jenis berada dalam universiti bertahun2 jadi dapat berwayang lg smpi skang. Saya plg tak suka kategori 6.mak ayah yang bwk anak tgk wayang. kalu citer kartun leh tahan lg tp kalu citer Twilight tu tak perlu kot. Everytime ada scene kissing depa dok buat2 smbg ngn anak2 supaya anak2 x tgk scene tu. ha.kn dh susah. Kategori burung bercerita tu pon ada. tmbh2 time citer antu.ilang saspen tol.

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Konon nak bagi anak cepat dewasa kot. Kategori burung kakak tua memang tak belajar sivik. Harus sahaja tampar biar bisu setahun.


Cemburu betul orang yang dapat sambung belajar. Tak payah duk pikaiq pasal hutang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...