Thursday, October 13, 2011

Tabiat-tabiat orang kita yang aku tak berapa berkenan

Setiap manusia dilahirkan dalam bentuk, warna dan wajah yang berbeza. Kalau ada yang sama, kebiasaannya mereka merupakan pasangan kembar. Walaupun mempunyai persamaan fizikal sehingga 99.9 percent, tetapi masih wujud perbezaan yang ketara terutamanya apabila ia berkaitan dengan tabiat. Tabiat bolehlah didefinisikan sebagai perlakuan yang kerap dilakukan.

Tabiat dan rutin adalah perkara yang berbeza ya pembaca sekalian. Wah wah macam rancangan Astro Tutor tv pulak. Sekiranya setiap hari anda mandi tiga kali sehari, itu adalah rutin plus anda pembersih. Maksud di sini mandi itu adalah rutin. Tabiat pula sekiranya setiap hari anda akan mandi tengah hari. Dah tengah hari baru nak mandi selagi tidak dibebel memang matahari dah terpacak baru terhegeh-hegeh nak masuk bilik air.

Tetapi tidaklah bermaksud tabiat adalah perkara-perkara negatif. Ada juga tabiat-tabiat yang positif. Namun demikian hasil kajian selama 28 tahun, aku mendapati ada common behaviour atau tabiat orang kita yang aku tak berapa nak berkenan.



1) Apabila kehilangan barang atau telah misplaced barang kepunyaan anda sudah pasti anda akan bersungut diikuti carutan-carutan ringan atau berat sekiranya anda memiliki iman yang tidak kuat. Paling tidak anda mungkin memarahi diri sendiri kerana kecuaian anda telah menyusahkan diri sendiri. Hahaha macam promo keselamatan jalan raya.

Dah penat cari sudah pasti anda akan mengadu pada orang-orang di sekeling anda tentang barang anda yang hilang atau telah tersalah letak. Tapi kalau ada tengah sawah padi dan mengadu pada orang-orang tidak mustahil anda akan dikata kurang siuman. Tabiat orang kita, bila anda mengadu cari barang tak jumpa sudah pasti dijawab dengan pertanyaan letak kat mana?

Oh Em Jee. Kalau tahu letak kat mana tak perlu susah-susah tanya kot-kot hang nampak barang aku?


Kalau barang hilang pula jawab dengan pertanyaan juga; siapa yang ambil?

Aku memang selalu macam nak marah tapi mengawal emosi takut nanti kena jual (sepupu aku selalu cakap jangan marah nanti kena jual). Kalau aku tahu siapa yang ambil tak ada lah aku claim barang aku hilang.

*****

2) Sejajar dengan peningkatan usia, berat badan dan ketinggian seorang manusia normal akan turut bertambah. Walaupun aku rendah aku masih manusia normal. Masih berlaku pertambahan ketinggian walaupun sedikit T_T

Biasanya sewaktu umur tak berapa nak ada duit mesti mengadu dengan mak atau ayah kalau baju atau seluar dah tak muat. Tetapi yang aku pelik tabiat orang kita akan cakap;

'Mak baju ni dah kecik'


'Ayah, seluar ni kecik. Tak muat nak pakai'


'Adik, baju ni dah kecik. Ambil la kalau hang nak'


Memang aku tak tahu baju seluar kita boleh mengecil rupanya. Kalau gemuk mungkin aku percaya sebab basuh kain pakai air. Minum banyak sangat baju seluar jadi buncit. Pelik tidak ada yang mahu mengaku diri sudah besar atau gemuk maka baju dan seluar sudah menjadi sendat dan tidak muat atau orang utara kata tak celuih.

*****


3) Aku percaya ramai di kalangan pembaca blog aku mempunyai pengalaman dimarahi parents atau guru anda (bajet macam ramai sangat yang baca blog aku). Pernahkah anda melalui peristiwa di mana apabila anda dimarahi dan anda mahu memberikan penjelasan, mereka akan membalas dengan 'MENJAWAB?! MENJAWAB?!' walaupun sebelum itu mereka bertanya dengan penuh kemarahan. Faham tak? Faham tak?

Ya' know macam anda keluar kemudian balik lewat bila sampai rumah mak atau ayah anda terus tengking dalam bentuk pertanyaan like 'PASAIPA BALIK LAMBAT?!' Then bila anda mahu explain mereka akan lebih marah dan common dialogue is 'MENJAWAB?! MENJAWAB?!'

Aku memang pelik dan tak faham apabila aku berada di dalam situasi begini. Tadi tanya, bila aku jawab marah jugak. Kalau macam tu baik tak payah tanya. Kan? Its double the sakit hati yang dialami.


*****



4) Bagi yang pernah atau sedang tinggal di asrama, pernahkah anda mengalami peristiwa di mana anda sedang membasuh baju dan tiba-tiba kawan anda masuk ke bilik air tersebut dan tanya tengah buat apa tu atau duk buat apa tu?


Aku memang tak berapa nak berkenan kalau orang tanya soalan ini kerana sudah terang lagi bersuluh aku tengah basuh baju tapi masih bertanya. Kadang-kadang aku jawab tengah masak mee goreng walaupun aku tahu jawapan aku pasti mengundang cercaan atau makian melibatkan najis mughalazah. Kalau yang bertanya itu hamba Allah yang buta memang aku tak kisah. Awas, konsep malu bertanya sesat jalan tidak sesuai diaplikasikan dalam situasi ini.

Bila dah besar-besar begini time aku basuh kereta memang selalu makcik-makcik atau pakcik-pakcik yang lalu depan rumah akan tanya 'Basuh kereta kaaaaa?' Hui memang rasa nak jawab yang bukan-bukan tetapi simpan sahaja dalam hati. Mungkin mereka mahu tunjuk keramahan mereka tetapi tidakkah mereka sedar perkataan ramah itu jika ditukarkan kedudukan huruf r dan m akan menjadi marah.


*****


Ini antara tabiat-tabiat orang kita yang aku tak berapa berkenan. Bila aku tak berkenan bukan bermakna aku benci tetapi kalau tak kena gaya mungkin boleh menimbulkan kemarahan. Aku pasti ramai yang pernah melalui situasi-situasi di atas tetapi bergantung kepada penerimaan masing-masing. Aku pun kurang pasti mengapa aku tidak berapa berkenan dengan tabiat-tabiat ini. Agaknya aku yang buang tabiat kot?








3 comments:

Wawa Amran said...

Semua orang pun tak berkenan jugak kot tecer.. Tapi hampir semua ada tabiat camnie.. I mean kite jumpa tabiat nie mane2.. Bertahan je lar huhu~

gigi.taring said...

wu. tcer2, sya dulu sbpikp gak. sekelas ngan yui92. hehe tp x cemerlang mcm dia la. miahaha.

gulp, suma tabiat hat tcer list tuh sya rasa mcm sya ja org hat selalu buat tu.

keh3 xD

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

wawa: tecer tak ada tabiat ni (confident)

gigi.taring: sila bertaubat. hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...