Wednesday, November 30, 2011

Bila dah malas...






Sama ada mahu mengaku atau tidak, setiap manusia yang tidak bersifat maksum akan ada sifat malas walaupun hanya sebesar tahi mata semut hitam. Sifat malas sering dianggap sebagai penyakit tetapi harus diingat walaupun dianggap sebagai penyakit, ia sebenarnya bukan terdapat dalam genetik dan bila kau ada penyakit malas suka-suka hati blame mak bapak. Sedar atau tidak, dalam sehari mesti ada sedikit perasaan malas. Kadang-kadang malas nak bangun, malas nak mandi, malas nak makan, malas nak kawen, eh! Cuma tepuk dada tanya iman, nak layan atau tak malas-malas yang ada. Ayuh kita lihat sikap-sikap manusia bila dah malas.



Anak bila dah malas...
Anak bila dah malas suruh buat apa pun tak mau. Penat mak mengandung sembilan bulan teran bagai nak suruh keluar alih-alih dah besar malas pulak. Hari-hari kerja mentekedarah tak hengat rezeki yang ada bukan mai free. Duduk di rumah hari-hari mengadap tv. Nama nak membantu itu ini memang tak sudi. Yang perempuan cara perempuan, yang lelaki cara lelaki. Dua-dua jenis tak sedar diri. Kalau aku mak bapak, kecik-kecik aku picit hidung biar mati.






Suami bila dah malas...
Hari-hari tau order makan dari bini. Nak itu nak ini. Nak menolong bini jauh sekali. Buat anak pandai, nak tolong jaga buat-buat tak pandai. Perangai masa bujang tak reti-reti nak buang. Balik kerja mengadap tv buat gaya macam tak ada anak bini. Rumah berterabur, dapur berselerak dia boleh buat tak tahu. Kalau macam ni punya gaya, sampai mati tak dapat title bapa mithali.




Bini bila dah malas...
Dahulu sebelum kawen dialah yang paling segak. Melawa tak kira siang malam sampai bakal suami tengok tak sabar nak menikah. Tapi bila dah kawen suami sendiri tak lalu nak pandang. Hari-hari pakai kain batik dengan t-shirt sampai suami pun naik cemuih. Nama nak melawa tunggulah time keluar shopping baru nak letak gincu eye-shadow bagai. Sudahlah malas melawa, bau pun semacam saja. Masa bercinta sembur minyak wangi mengalahkan kedai bunga. Tapi bila dah kawen hari-hari bau minyak gamat atau minyak angin saja. Esok-esok kalau suami cari yang lain baru nak meroyan. Cermin diri sendirilah, kawan.




Cikgu bila dah malas...
Pergi sekolah makan gaji buta. Orang lain sibuk ke kelas pompang sana sini dia sedap membuta. Bila masuk kelas konon buat latihan kutip buku bagai tapi sudahnya sekadar jadi hiasan atas meja. Orang lain risau anak murid boleh jawab tak periksa, dia boleh lagi curi tulang membuta tidur sampai mimpi raksaksa. Kalau ikut hati aku, mahu sahaja aku belasah biar dia rasa. Sudahlah nak mengajar pun malas, kerja-kerja lain pun tak mahu buat. Sudahnya orang lain yang kena buat sampai terpaksa balik lewat. Kalau macam ni punya perangai baik tak payah jadi cikgu. Kerja cikgu ni kat luar sana ramai lagi yang mahu. Esok-esok kalau dah kena buang, menangis tak berlagulah jawabnyaaaa.




Budak sekolah bila dah malas...
Mak ayah hantar pi sekolah suruh belajar tapi duk buat perangai tak masuk ajar. Kerja sekolah tak buat, warna rambut, buat masalah dalam kelas menyusah cikgu yang ada. Agak-agak tak suka dengan sekolah, buat perangai memonteng. Pusing pusing ukur shopping complex tak sedar mak ayah hantar pi sekolah nak bagi dia senang. Kalaupun mak ayah orang senang ada duit ribu riban juta-juta belum tentu kau pun boleh senang jugak. Dengan perangai malas yang ada belum tentu mak ayah kau nak wariskan harta yang ada. Apa kau ingat mak ayah kau tak rasa malas nak tulis nama kau kat bahagian wasiat tu? Kau punya malas je kau tahu, malas orang lain kau belum tahu.




Tecer Widad bila dah malas...
Aku tak malas. Aku rajin. Tak percaya? Tanya adik aku. Tanya Bini Ustaz. Confirmlah depa kata aku rajin. Kahkahkah.








Friday, November 25, 2011

Menu-menu yang tidak boleh dipesan di kedai makan


"Ya kak, adik manis mau makan apa. Roti ada, nasi ada, mee ada, macam-macam ada, semua ada"

Bagi anda yang biasa makan di luar sudah pasti biasa dengan dialog keramat pelayan-pelayan kedai makan atau restoren yang anda kunjungi. Keramat di sini bukan bererti benda yang suci dah berhikmat atau mungkin anda yang terbayangkan kisah seram suam-suam kuku dari Indonesia. Tetapi dialog keramat yang dimaksudkan dalam konteks ini adalah dialog yang sering diulang-ulang sehingga anda sebagai pengunjung sudah boleh hafal selancar anda menghafal ayat lazim dan doa-doa harian dalam kelas Kafa semasa di bangku sekolah. Dah besar panjang gini cuba tanya doa keluar tandas. Belum tentu semua lepas.

Tetapi dalam sedar atau tidak sebenarnya penggunaan phrase atau frasa 'semua ada' adalah sangat tidak wajar digunakan kerana tidak semua menu yang bermula dengan perkataan makan atau air boleh dibuat walaupun tiada dalam menu. Ya' know, bila kita pergi kedai makan memang biasa kita cakap 'minum air epal segar, makan kuetiau ladna' *sanggup google ejaan kuetiau yang betul*

Ayuh kita lihat (dan baca) menu-menu yang tidak boleh dipesan di kedai makan.

1) Makan kenduri
Menjawab makan kenduri sebagai pilihan menu untuk dimakan adalah tidak dibenarkan kerana berkemungkinan mendatangkan rasa marah dari pelayan atau tauke kedai tersebut. Sekiranya tauke kedai mengamalkan ilmu hitam tidak mustahil anda bakal disentet dan mendapat sengal-sengal badan apabila sampai di rumah. Makan kenduri bukan sejenis menu tetapi aku rasa lebih kepada sejenis perbuatan. Tambah-tambah time cuti sekolah begini memang banyak orang buat kenduri dan kita yang dijemput bolehlah pergi makan kenduri.


Sepanjang aku makan-makan di luar di samping membuat tinjauan menu-menu yang ditawarkan aku biasa lihat beberapa kedai makan atau restoren menawarkan hidangan dalam bentuk set. Pelbagai nama diberikan kepada set-set makan tersebut seperti set yang meletakkan abjad-abjad di belakangnya, atau sekadar meletakkan nombor. Paling biasa kita jumpa; Set A - Nasi putih, tomyam (ayam/daging/seafood/campur), telur dadar, kailan ikan masin. Ini memang menu paling lame di hampir semua kedai makan. Tetapi walaupun diberikan pelbagai nama aku rasa belum pernah aku jumpa kedai makan atau restoren yang letak nama Makan Kenduri. Mungkin tauke kedai bimbang pelanggan makan tak mau bayar. Ye lah, tak pernah dibuat orang makan kenduri bila nak balik kena bayar.



2) Air bateri
Memesan air bateri sebagai menu pilihan adalah lawak yang paling lame. Sekiranya anda membaca majalah-majalah lawak yang terdapat di Malaysia, dan pada aku majalah tersebut makin lama makin hampeh, lawak sebegini sering di-recycle sehingga dah tak lawak lagi. Air bateri adalah air yang diminum oleh kenderaan sahaja.


Tapi yang aku tahu kereta-kereta sekarang pun dah tak banyak yang minum air bateri sebab majoriti prefer pakai bateri sel kering maka tak perlu susah-susah nak jamu minum pada kereta. Air bateri memang tidak dijual di mana-mana kedai makan. Kalau ada mana-mana kedai makan yang jual bersegeralah report kepada polis atau Kementerian Kesihatan kerana tidak mustahil tauke kedai tersebut termasuk pekerja-pekerjanya ada konspirasi mahu membunuh para pelanggan secara senyap.



3) Air selusuh
Air ini memang dikenali di kalangan wanita-wanita Melayu kerana ia memudahkan proses bersalin. Ada kawan aku yang bukan Melayu pun minum juga air ini tapi aku tak tahulah mujarab atau tidak pada dia kerana dia bukan beragama Islam kerana setahu aku air ini ada bacaan-bacaan ayat Al-Quran.



Air ini juga tidak boleh dipesan di kedai makan kerana air ini hanya diminum di saat-saat mahu terberanak. Kalau ada yang kedai makan yang jual, mungkin tauke kedai merupakan pengedar atau ada kawan kepada tauke tumpang letak di kedai dan boleh tuan kedai share komisyen dengan kawan beliau. Walaupun berkemungkinan boleh didapati di kedai-kedai makan atau restoren, aku yakin tidak ada yang memesannya untuk diminum bersama makanan yang ada kerana seperti yang aku beritahu, air ini hanya diminum di saat-saat mahu terberanak. Tidak ada mana-mana wanita di saat-saat mahu terberanak ajak suami singgah kedai makan nak beli air selusuh sebelum pergi hospital. Makanya kalau dibeli pun air selusuh ini ketika membuat pembayaran di kaunter. Tetapi awas. Walaupun air ini diminum di saat-saat mahu terberanak, air ini tidak dijual di hospital.




4) Air Yaasin
Ini juga merupakan antara minuman pilihan hati terutama bagi mereka yang mahu menduduki peperiksaan. Biasalah di saat-saat terdesak baru cari tuhan. Masa hati senang asyik berjoli mana ada ingat air-air begini. Aku pun sama sahaja. Aku mengata diri aku sendiri sebenarnya.

Letak sahaja botol air mineral time orang baca Yaasin

Aku rasa agak keji sekiranya ada kedai makan atau restoren menjual air Yaasin. Tak kiralah mana-mana kedai aku tetap rasa tak patut jual air ini. Cara mudah nak dapatkan air Yaasin, buat sahaja sendiri. Bacalah Yaasin sendiri atau pergi sahaja mana-mana masjid atau surau pada malam Jumaat. Pasti ada jemaah yang ramai-ramai baca Yaasin dan anda boleh tumpang letak botol air anda sendiri. Tapi ada juga yang jenis tak letak botol air tapi bila dah habis baca Yaasin dan berdoa boleh pula dia pergi rembat botol air orang lain. Huii tak tahulah berkesan ke tidak air tersebut ke atas dia.



5) Air sembahyang
Air sembahyang juga tidak ada dijual di mana-mana kedai makan atau restoren dan setahu aku tidak pernah lagi aku jumpa manusia yang minum air sembahyang. Aku tak tahu kalau ada mana-mana manusia yang setiap kali dia ambil air sembahyang dia tadah tiap titisan yang jatuh kemudian dia buat minum pulak. Meloya pulak tekak aku bila terbayang.


Sekiranya air ini dipesan di kedai makan dan pelayan terus hilang dan datang hidangkan kepada anda maka usahlah diminum. Mungkin juga permintaan anda akan dibalas dengan 'Tak masuk lagi waktu. Dah masuk waktu nanti baru ada air sembahyang'. Senang cerita tak payahlah nak tunjuk alim sangat sampai bila orang tanya nak minum air apa jawab air sembahyang pulak. Tak lawak pun padahal.




Bagaimana? Pernahkah anda memesan menu-menu ini di kedai makan atau restoren yang anda kunjungi? Apakah hasil yang anda perolehi? Atau mungkin selepas ini anda boleh cuba memesan menu-menu ini ketika mahu makan. Beritahu aku apa yang anda perolehi. Oh ya, sekiranya anda mengalami sengal-sengal badan tidak mustahil anda telah disentet oleh tuan punya kedai atau pekerjanya. Sekiranya anda tetap merasa sengal-sengal badan walaupun tidak memesan menu-menu ini, tidak usah syak yang bukan-bukan kerana aku rasa mungkin tukang masak letak banyak sangat ajinomoto sampai bila lepas kau makan rasa kering muluit dan tekak serta sakit-sakit sendi.













Wednesday, November 23, 2011

Perkara-perkara yang menjadi spoiler ketika 'bergayut'


Pernahkah anda dilamun cinta atau anda sekarang memang sedang bercinta? Jika soalan ini ditanya kepada aku, aku cuma akan ya untuk soalan pertama bermakna kisah cinta aku adalah past tense. Eceh. Nak habaq kata single lew tuewww. *GEDIK* Oh ya, konsep percintaan yang aku maksudkan adalah antara yang bukan mahram. Ye lah, kalau dah bukan bukan mahram sudah pastilah haram. Incest. Gila apa bercinta adik-beradik.

Apabila sedang berkasih-kasihan atau bercinta-cintaan sudah pasti handphone diibaratkan seperti blogger dan entri. Satu hubungan yang sangat rapat sentiasa memerlukan antara satu sama lain. tidak cukup update di Facebook dan Twitter, ianya tidak lengkap tanpa ber-sms atau 'bergayut' di handphone dengan pasangan anda. Yang ada blog siap dedicate entry special untuk si dia walaupun tak tahu ke orang lain dah menyampah dengar cerita bajet lovey-dovey mengalahkan suami isteri. Walau apa jua jenis komunikasi yang digunakan, ianya sudah pasti tidak sama dengan aktiviti bergayut di handphone. Tetapi tahukah anda terdapat beberapa perkara yang menjadi spoiler ketika mereka ini 'bergayut' dengan pasangan masing-masing. Hasil kajian ini diperoleh berdasarkan kajian ke atas diri sendiri dan sesi terjah separa liar ke atas responden-responden yang sedang bercinta.


1) Kredit tak cukup atau bil disekat
Kebiasaannya mereka yang bercinta sudah pasti memilih untuk bergayutan menggunakan handphone berbanding land line yang ada di rumah. Menggunakan land line boleh menyebabkan anda dibebel oleh emak dan ayah anda dan isi perbualan tidak mustahil didengari oleh adik-beradik anda yang telinga kuali walaupun suara sudah perlahan ibarat berada di dalam kelambu.



Andai tiada kredit atau kredit tamat tempoh atau bil kena potong sudah pasti derita di hati. Terbakar kampung nampak asap, terbakar di hati siapa tahu. Tidak mustahil sekiranya syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, DiGi atau U-mobile menghadapi masalah, tidak pasal-pasal mulut anda akan menjadi ringan untuk menyebut najis-najis ringan dan juga berat. Apabila syarikat-syarikat telco pilihan anda menghantar mesej berbentuk sebaran akan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan sudah pasti anda tidak berasa tenteram dan mula mencari alternatif lain supaya dapat juga meneruskan aktiviti bergayut dengat pasangan anda. Anda harus ingat, walaupun papan tanda Anda Kini Berada di Wilayah Celcom hanya beberapa ratus meter dari rumah anda ia tidak menjamin talian Celcom di tempat anda selamat dari sebarang gangguan.




2) Handphone rosak
Kalau benda nak jadi, memang ia akan terjadi walaupun tidak disangka tambah-tambah kalau handphone baru beli. Situasi handphone rosak tidak hanya menjadi spoiler pada masa tersebut tetapi sudah pasti memberi kesan kepada poket anda. Tambah-tambah yang sedang belajar di universiti. Sanggup bangun pagi ponteng kelas pergi Sungei Wang atau Low Yatt cari handphone baru demi pasangan tercinta padahal kalau kelas pagi tidur buat tak tahu sahaja. Kalau dah rindu tahap dewa ada juga yang sanggup berjalan dari bilik ke bilik tanya kawan-kawan siapa yang sudi pinjamkan handphone.



3) Bunyi-bunyian asing
Bunyi-bunyian asing adalah bunyi-bunyian yang tidak termasuk dalam kategori pencemaran bunyi. Sekiranya anda tinggal di kawasan pelabuhan, bunyi kapal mengaum tanda sampai ke pelabuhan adalah alah bisa tegal biasa. Macam aku yang tinggal hampir dengan kawasan pekan dan kemudahan-kemudahan awam, hari-hari aku dengar lagu Maher Zain sampai aku dah boleh hafal turutan lagu-lagu yang dimainkan. Rumah aku juga dekat dengan pusat latihan JPA maka setiap hari boleh dengar sukarelawan sukarelawati JPA buat macam-macam latihan macam kena serang hendap pun ada. Kadang-kadang bunyi kontraktor tembak gunung ambil batu kapur yang juga dekat dengan rumah aku, boleh buat aku pegang dada terkejut ingat aku pula yang jadi mangsa serang hendap. Maka ini semua bukan dalam jenis bunyi-bunyian asing tetapi diibaratkan seperti background music yang kalau pasangan anda tidak dengar ketika bergayut di handphone sudah pasti mengesyaki anda berada di tempat lain.



Bunyi-bunyian asing yang aku maksudkan di sini adalah bunyi sendawa dan bunyi kentut. Ya pembaca-pembaca sekalian. Bunyi kentut dan bunyi sendawa merupakan antara spoiler ketika bergayut. Bayangkan di saat pasangan anda meluahkan rasa rindu dan kasih tiba-tiba anda terkentut dan bunyi pula tak ubah seperti motobot yang baru-baru nak hidup. Tidak mustahil pasangan anda akan bertanya Eh! Bunyi apa tu sayang? tapi pantas mengelak cakap ada mat rempit buat dajal depan rumah. Ada juga yang buat-buat batuk atau berdeham-dehem untuk menyembunyikan bunyi-bunyian asing begini.



4) Panggilan pulau
Panggilan pulau merupakan bahasa kiasan yang digunakan atau kalau bahasa mudahnya nak terberak. Situasi tak tahan nak terberak juga merupakan spoiler besar ketika sedang bergayut dengan yang tersayang. Sudahlah mula-mula tadi ada bunyian asing 'mat rempit buat dajal' dan sekarang 'dajal' dah betul-betul muncul pula. Hahahaha.

Situasi ini menjadi spoiler sekiranya ini merupakan kali pertama anda bergayut dengan si dia. Biasanya alasan-alasan yang digunakan untuk mengkaver situasi begini adalah dengan konon emak tiba-tiba panggil atau macam dengar ada orang bagi salam padahal ada' benda lain' yang dah bagi 'salam' tak tau berapa kali.






Mungkin ada banyak lagi perkara-perkara lain yang menjadi spoiler tetapi bolehlah aku katakan spoiler-spoiler lain adalah tahap biasa-biasa sahaja. Sekiranya anda sedang bercinta atau sedang ingin bercinta, apakah perkara-perkara lain yang ada rasa menjadi spoiler ketika bergayut dengan si dia. Kalau macam aku memang relax sahaja aku bagi tahu aku nak terberak. Kalau aku cirit-birit pun aku cakap saja. Buat apa nak malu. Selena Gomez yang comel tu pun berak jugak tau tapi aku tengok Justin Bieber nak jugak kat dia.








Tuesday, November 22, 2011

Sebab-sebab guru mahu berpindah sekolah

Guru merupakan salah satu pekerjaan yang diangkat sebagai mulia. Banyak lagi pekerjaan-pekerjaan lain yang dianggap mulia seperti jururawat, doktor, askar dan polis. Tapi polis dan askar yang ambil rasuah atau menjadi pencacai kepada 'pihak-pihak tertentu' memang tak mulia malah hina dina keji tak bermaruah.

Setiap pertengahan atau hujung tahun, guru-guru akan mendapat peluang untuk bertukar ke sekolah lain atau menjadi pegawai di Pejebat Pelajaran Daerah dan yang sewaktu dengannya. Tetapi tahukah anda sebab sebenar guru-guru mahu berpindah sekolah. Sebagai seorang guru dan pernah berada di JPN selama satu hari dan melihat gelagat-gelagat guru, maka dapat aku lihat sebab musabab guru mahu berpindah sekolah. Ayuh baca secara senyap.


1) Pertukaran status
Ini merupakan alasan yang paling common untuk guru-guru memohon pertukaran. Guru-guru yang berjaya mendapat jodoh sekaligus menikah dan buat kenduri sudah pasti mahu duduk bersama melayari bahtera dan tidak rela berjauhan.

Sebab tu nak duduk dekat-dekat -_________-


Maka kerana itu memohon pertukaran merupakan perkara yang paling pantas ingin dilakukan kerana amalan PJJ hanya sesuai untuk pembelajaran, bukan perkahwinan.


2) Ancaman
Jangan terkejut sekiranya pekerjaan sebagai guru merupakan pekerjaan yang boleh membawa ancaman. Ancaman boleh datang dari pelbagai pihak. Tak mustahil datang dari ibu bapa pelajar. - Kalau anak saya tak dapat A, cikgu tahulah nasib cikgu. Ibu bapa zaman sekarang memang ramai jenis ugut-ugut cikgu nih. Patutlah budak-budak zaman sekarang pun pandai jugak guna teknik yang sama. Ugut nak bunuh diri, lari rumah. Well, apple doesn't fall far from the tree.

Ini aku dapat dari google. Huii confirm dapat pindah dalam tempoh 24 jam!


Terdapat juga ancaman yang diakibatkan dari keretakkan rumah tangga. Memanglah kalau rumah retak semua rasa nak pindah sebab rasa tak selamat. Tapi kalau rumah tangga terbelah dan pasangan jadi gila talak, itu juga boleh diklasifikasikan sebagai ancaman. Dan bila dah terancam, sudah pasti rasa tidak selamat mahu mengajar dengan cemerlang maka cepat-cepat isi borang mintak tukar. Tapi kalau cikgu yang type semua pandang dia terus kata cikgu tu 'mengancam' pun aku rasa tidak mustahil cikgu itu rasa terancam.



3) Gangguan emosi
Pekerjaan yang deal dengan manusia memang boleh mendatangkan tekanan dan sekaligus menyebabkan gangguan emosi.  Semua ini datang dari pelbagai sudut sehingga tak mampu lagi ditanggung maka senang cerita pindah sekolah. Dapat sekolah baru seolah-olah dapat rejuvenate diri terus jadi bersemangat waja terus berusaha, yakin boleh!



Macam aku, aku pindah kerana gangguan emosi akibat dari tekanan yang diberi oleh rakan sekerja. Aku tak mahu panjang-panjang cerita, nanti tak pasal-pasal bertambah pula haters yang sedia ada. Aku jenis manusia yang tak kisah banyak kerja sebab konsep aku mudah. Kalau aku rajin, aku buat. Kalau aku malas, aku tak buat. Tunggulah bila aku rajin aku sambung buat. Tapi biasanya aku memang rajin. Hahahaha.



4) Step out of the comfort zone
Berada di sesuatu tempat yang sama untuk satu tempoh yang lama bukanlah perkara yang menyeronokkan. Perasaan jemu dan bosan akan timbul dan untuk menenggelamkannya hanya dengan cara berpindah sekolah. Aku juga antara manusia yang cepat rasa bosan maka kerana itu dahulu aku mahu menjadi PTD. Tetapi ibarat bercerai talak tiga dengan PTD dek kerana satu sebab yang memang aku tak dapat aku atasi sampai bila-bila pun, maka aku memilih menjadi guru. Lagi satu pernah juga aku baca satu kajian pasal kerja-kerja nih di mana bila kita sentiasa buat perkara yang sama untuk satu jangka masa panjang, hilang thrill yang ada dan kita mungkin jadi kurang produktif. Itu yang aku baca dan kalau tak mau percaya pun tak apa. Lagipun sekadar kajian manusia, bukan datang dari Quran.






5) Kerja sembilan jam
Aku rasa ini akan menjadikan sebab baru kenapa guru mahu bertukar. Aku pinjam ayat Wawa Amran, harus sahaja kita sekolahkan mereka yang ada di kementerian. Aku pasti guru-guru yang berada di Melaka, Johor, Pahang dan Sarawak sudah tidak senang duduk kerana terpaksa menjadi tikus makmal bekerja sembilan jam dan dalam hati memang ada rasa nak pindah. Aku pun tak faham kenapa ramai sangat yang dengki dengan cikgu-cikgu nak suruk kerja sembilan jam. Siapa yang kata kerja cikgu mudah mai sini aku tabuh. Pompang-pompang dalam kelas satu period yang 40 minit memang letih tak terhingga especially kalau budak kelas hujung-hujung. Baru satu period. Belum yang lima atau enam period. Tak mustahil boleh datang period.

Kalau semua student macam ni tak apalah jugak. Ini macam...LU PKIRLAH SENDIRI!



Secara ringkasnya, semua orang mahu bekerja di tempat yang boleh mendatangkan keseronokkan. Tambah-tambah kerja-kerja yang berkaitan dengan mendidik. Sudahlah jumlah client yang ramai. Belum lagi dengan pengkeranian dan kerja-kerja tambahan yang lain. Sebagai ingatan, sebagai seorang manusia yang ada akal, jangan menyusahkan orang lain di tempat kerja. Walaupun anda tak suka dengan rakan sekerja anda, diam sahaja. Tak perlu nak melaser 24 jam mengalahkan Azwan Ali dan sentiasa mencari salah orang lain dan bila ada di antara rakan anda melakukan kesilapan boleh pula anda pejam mata tutup hati telinga semua. Barulah cikgu-cikgu nih tak ada gangguan emosi bagai.








Update: Aku tahu Muhyiddin telah membatalkan Projek Guru Sembilan Jam. Tetapi alasan yang konon guru-guru tidak nampak ia untuk memperkasakan perkhidmatan guru sungguh tak matang macam anda tidak bersekolah. Kalau betul nak perkasakan perkhidmatan guru, sediakan kemudahan yang cukup untuk sekolah. Ini tidak, internet pun lembab mengalahkan siput babi. Makmal komputer pun hidup segan mati tak mahu. Guru nak naik DG pun susah berbanding kerja-kerja kerajaan lain. Kalau aku senarai semua kelemahan perkhidmatan perguruan mahu jadi entri bersambung-sambung. Puhhh-lease-lahhhhh.







Saturday, November 19, 2011

Mengapa gadis-gadis BENCI lelaki merokok


Kehidupan di dunia ini memerlukan kita bertolak ansur antara satu sama lain. Namun demikian aku percaya ada beberapa perkara sesetengah individu tidak dapat bertolak ansur malahan membenci pula, yakni golongan perokok. Bagi mewakili sekalian gadis-gadis cantik dan hangat, aku telah menjalankan kaji selidik dan survey mengapa gadis-gadis bencikan lelaki merokok. Maka dengan bangganya aku ingin mempersembahkan hasil kajian dan kejian aku terhadap perkara ini.



1) Mati cepat
Aku pasti ramai yang tahu dan sedar sebagai second-hand smoker kita lebih boleh mampos berbanding perokok itu sendiri. Dan aku juga sangat pasti tak ada siapa pun mahu mati cepat. Bukan kerana tak puas enjoy tetapi bimbang bekalan untuk masuk ke syurga belum mencukupi.


Dalam berkasih tidak ada sehidup semati. Kalau kau nak mati dulu, kau matilah sorang-sorang unless kalau mati sama-sama kau boleh confirmkan aku masuk syurga sekali. Antara lain juga, kalau dah berkahwin sudah pasti mahu hidup bersama pasangan dalam tempoh lebih lama. Maka andai yang dikahwini seorang perokok, macam mana mahu hidup lama. Jangankan sampai ke anak cucu, anak nombor dua pun belum tentu. Dengan tabiat merokok sudah pasti mendatangkan pelbagai penyakit dan tidak mutahil menjadi beban kepada gadis-gadis kerana perlu menjaga anda yang terkedang sakit.



2) Tak cukup jantan
Lelaki merokok juga sebenarnya tak cukup jantan. Memang ramai lelaki sedar merokok boleh menyebabkan mati pucuk dan menghasilkan perenang-perenang yang tidak handal dan rendah kualiti tetapi masih menunjukkan sikap bebal nak juga merokok. Maka sebagai gadis yang mempunyai sikap ibu-ibu sudah pasti mahukan anak sebagai pewaris keturunan pemuda harapan bangsa pemudi tiang agama.


Oleh yang demikian mengapa harus risikokan diri berkahwin dengan perokok? Anda tidak cukup jantan. Dan cara nak tambahkan kejantanan, tolaklah aktiviti merokok. Sudah pasti anda menjadi jejaka idaman dekat di hati dan ingin dikahwini.



3) Busuk Ya Rabbi!
Ini memang satu perkara yang ramai perempuan tak boleh tolerate. Gadis-gadis yang benci bau busuk, sila teruskan membaca.

Jangankan nak cium, nak pandang pun tak lalu

Lihat, memang ramai yang benci. Walaupun bergelen perfume disembur tidak dapat menutup bau busuk badan anda. Bau kepam satu macam sumpah buat ramai gadis kepala pusing dan muntah hijau. Busuk ini bukan sahaja busuk di badan tetapi mulut juga busuk. Dan andai sudah berkahwin bagaimana mahu bercumbu mesra kalau mulut busuk macam puaka. Senang cerita, apabila lelaki merokok, anda tak ubah seperti tong sampah bergerak. Bau busuk sampai entah ke mana-mana.



4) Hilang kekacakkan
Kekacakkan seorang jejaka bukan sahaja pada wajah tetapi bermula dari head to toe. Lelaki yang merokok hilang kekacakkan yang ada. Bukan sahaja kerana mulut yang sudah seperti adik-beradik jin makan asap tak kira tempat, tetapi juga menjejaskan bahagian-bahagian lain seperti bibir dan kuku.

Botak itu seksi, tapi nampak asap rokok terus rasa nak maki
Bibir yang hitam legam dan kuku yang kuning-kuning memang boleh menyebabkan gadis-gadis men-diet-kan diri secara tiba-tiba. Ibarat mimpi ngeri setiap kali teringatkan bibir dan kuku-kuku lelaki merokok terus tak lalu makan.



5) Rokok tu HARAM
Ya, tak payah nak dalih-dalih lagi. Rokok itu memang haram kerana merosakkan diri. Tak payahlah tunjuk kau terrer sangat agama nak berhujah bagai. Cari asal usul pokok tembakau ada di muka bumi. Kalau malas cari, sambung baca apa yang aku nak taip lagi. Semasa syaiton diterajang keluar jatuh ke muka bumi, syaiton kena marah kaw-kaw dengan Allah. Allah memang murka dan syaiton sebab takut gila kena marah dahsyat sangat sampai terkencing-kencing. Dan dari air kencing yang jatuh ke muka bumi terhasillah tembakau.


Makanya perokok-perokok sekalian tak lain tak bukan anda sedang sedut air kencing syaiton. Memang pengotorlah sebab benda-benda najis air kencing syaitan pun gagah nak masuk dalam mulut padahal air kencing adik kat rumah nak tolong basuh pun malas.





Sekiranya anda ada sebab-sebab lain, tambah-tambahlah apa yang patut. Di samping itu aku juga sedar zaman yang konon orang kata canggih padahal nak dekat dengan kiamat nih, perempuan pun dah pandai merokok. Tak payah tunjuk kedunguan anda nak tunjuk anda boleh buat apa yang lelaki boleh buat.

Ada sebilangan yang mengatakan lelaki merokok nampak macho *mata ke atas, tangan ke dada*. Ini tak lain tak bukan sindiran atau mungkin ada bakteria di sebalik kuman. dalam kata lain maksud tersirat di sebalik pujian nampak macho tu  'Lagi cepat hang mampos, lagi cepat aku boleh cari pakwe lain' atau 'Cepat-cepatlah hang innalillah, boleh aku joli harta hang!'















Friday, November 18, 2011

Jenis-jenis blogger yang terdapat di Malaysia



Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai komuniti blogger yang besar. Ini bukan aku pandai-pandai cakap. Tapi kalau anda mempunyai ingatan yang bagus seperti aku, anda akan ingat line ini semasa Digi sedang mempromosikan Digi Wow Awards. Memandangkan blogger-blogger di Malaysia ini ramai, maka aku tanpa sebarang paksaan atau mengharapkan sebarang anugerah telah menjalankan kajian soal selidik secara detail (konon) jenis-jenis blogger yang terdapat di negara kita.


1) Blogger famous
Blogger famous adalah blogger yang ramai gila pengikut di blognya. Maksud aku bukan pengikut-pengikutnya gila. Gila di sini adalah adverb atau kata pengukuh. Blognya juga mungkin akan di link-kan dalam blog-blog lain dan kisahnya akan dipaparkan dalam majalah-majalah atau surat khabar dan mendapat carian terhangat di goggle.



Ciri-ciri blogger famous juga dapat dilihat melalui komen yang diterima. Walaupun hanya dengan meng-upload satu gambar tanpa sebarang catatan, entri tersebut akan mendapat ratusan komen dan like dari pengikut-pengikut tegarnya. Kadangkala kerana kefamesan blogger tersebut, blog-blog lain yang datang dari darah daging yang sama dengannya turut menjadi famoussss.



2) Blogger murah hati
Blogger jenis ini pula adalah blogger yang kerap mengadakan kuiz atau segmen yang menjanjikan hadiah sama ada hadiah yang tangible atau dedicate special entry. Kekerapan blogger sebegini mengadakan segmen-segmen dan kuiz-kuiz adalah lebih tinggi berbanding kekerapan aku bersedekah setiap bulan. Tak usah tanya berapa kali aku sedekah setiap bulan kerana biarlah Allah sahaja yang tahu keikhlasan hati ini. Ececeh.



Blogger yang murah hati juga biasanya mudah untuk mendapatkan bilangan follower yang tinggi. Ye lah, siapa tak suka dapat hadiah. Kalau ikutkan hati memang aku nak buat satu segmen yang menawarkan hadiah mengerjakan haji atau umrah. Tapi, nama pun ikutkan hati. Aku perlu ikut akal aku yang waras. Aku tak mampu maka tunggu sahajalah aku kaya kelak. Sambil tunggu tu, doa-doakan sama. Hehehe



3) Blogger usahawan
Aku rasa jenis-jenis usahawan begini mana-mana pun ada. Contoh yang mudah, di antara rakan-rakan anda pasti ada seorang yang nilai-nilai keusahawanannya luar biasa berbanding orang lain. Gula-gula sebiji pun mahu dijual. Nama nak bagi free memang tak lah. Tapi Bini Ustaz cakap orang kedekut cepat kaya. Haruskan aku kedekut? Wah wah wah, bajet diri pemurah beri itu beri ini.

Blogger usahawan adalah mereka yang selain menulis blog mereka juga melakukan aktiviti jual-jual (tak ada dia mahu beli, dia sahaja yang jual) di dalam blog mereka. Antara barang-barang yang dijual adalah handphone, tudung, kasut, baju (termasuk baju terpakai), dan diri. Eh. Tipu sahaja. Belum lagi aku jumpa blogger yang buat aktiviti jual diri. Dekat YM! banyaklah. Ada juga blogger yang menjadi usahawan secara tidak sengaja di mana membeli barangan yang dekat di hati tapi tak sesuai dengan diri maka paksa orang lain beli (rhyme).



4) Blogger up-to-date
Blogger up-to-date tak lain tak bukan blogger-blogger yang menulis isu-isu terkini tak kira politik, hiburan, ekonomi dan lain-lain. Mungkin cita-cita mahu jadi wartawan atau paparazzi tapi mak ayah tak bagi maka dalam blog sahaja pun jadilahhhh.




Blogger up-to-date juga kebiasaannya mempunyai follower yang ramai dan menjana trafik yang tinggi terutamanya blog-blog yang berbentuk hiburan dan gosip. Ibarat cerita-cerita gosip yang ada di tempat kerja atau kampung kita. Memang ramai yang suka nak dengar.



5) Blogger muka tembok
Blogger muka tembok adalah jenis blogger yang paling dibenci oleh seluruh umat blogosphere. Blogger jenis ini adalah blogger yang kerjanya mengmbil entri-entri orang lain dan di-publishkan dalam blog mereka tanpa memberi sebarang kredit dan mengaku merekalah yang menulis entri tersebut. Mereka inilah yang layak dipanggil blogger picisan.


Mungkin blogger sebegini sudah biasa dari zaman berhingus sehingga sudah tumbuh bulu aktiviti meniru adalah aktiviti rutin dan menjadi keperluan. Zaman sekolah meniru kerja sekolah dan time exam tiru rakan sebelah. Mahu sahaja aku cakap boleh blah. Pendapat aku, blogger muka tembok sebenarnya jenis yang mengikut orang sahaja. Orang lain nak berblog dia pun nak blog juga padahal idea sekupang pun tak ada. Nah pantun dua kerat aku, kereta api warna merah, piiiraaaahhhh.



6) Blogger awesome
Blogger awesome merupakan blogger yang menjanjikan entri-entri berkualiti walaupun kenyataannya blogger tersebut tidak mempunyai follower riban-riban atau entrinya mendapat ratusan mahupun puluhan like atau komen.



Blogger awesome tidak mengejar populariti dan berdasarkan pengamatan mata aku yang rabun sebelah ini, mereka jarang meng-feature-kan rupa sebenar di dalam blog. Mungkin juga kumpulan blogger awesome merupakan hidden gems yang ramai lagi belum discover keawesomen mereka dalam berblog.







Sekiranya anda merupakan seorang blogger, yang mana satu paling dekat dengan anda. Aku harap anda bukan blogger picisan yang muka tembok tak tahu malu kerana blogger sebegini hanya mengundang cercaan dan makian yang tidak mustahil melibatkan najis mughalazah. Mungkin ada jenis-jenis lain yang tidak tersenarai kerana kajian aku ini tidak mendapat sebarang tajaan sama ada dalam bentuk wang ringgit atau sokongan Islam (moral). Maka hasilnya pun limitlah jugak.




Wednesday, November 16, 2011

Ambush


Ayuh ramai-ramai kita ambush aliffcullen.blogspot.com kerana telah mencuri entri-entri aku dan bajet diri dia blogger hebat! 

Syaiton!

Cara-cara makan masyarakat kita


Hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Kalau ditanya kepada aku tanpa segan silu aku mengaku aku ni type hidup untuk makan. Antara nikmat yang tiada tolok bandingnya adalah nikmat makan. Ada juga orang nasihat aku, jaga pemakanan. Nanti dah sakit susah. Terima kasih atas nasihat anda. Nikmat makan datang dari tuhan, sakit juga tuhan yang bagi. Aku pakai konsep redha dan tawakkal di samping exercise dan aerobic secara konsisten.


Mamandangkan kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, sudah pasti cara kita makan juga berbeza. Mari kita saksikan kepelbagaian cara makan di kalangan masyarakat Malaysia.




1) Makan cara sunnah
Makan cara sunnah iaitu mengikut keperibadian Nabi Muhammad adalah yang paling bagus dan menjamin kesihatan perut. Makan dengan tangan, kunyah secara perlahan dan banyak kali, tidak minum bersulam air. Selain cara makan, duduk juga apply sunnah nabi dan sememangnya inilah yang dianjurkan dalam agama.



2) Makan bajet western
Aku naik hairan dengan masyarakat melayu yang suka dan mudah sangat terpengaruh dengan budaya orang lain. Kalau anda kerap menonton cerita melayu anda dapat lihat scene makan-makan di rumah biasanya makan pakai sudu dan garfu. Kalau di kedai makan, memang aku tak berapa kisah sebab aku juga kadang-kala makan pakai sudu garfu bila aku tengok tuan kedai tak sedia sabun. Bukan apa, nanti tangan bau sambal kari bagai tak selesa. Bila aku blog walking dan tengok gambar-gambar makan di rumah pun pakat makan pakai sudu garfu belaka. Kalau makan mee, laksa semua tu aku ok lah. Ni nasi berlauk pun nak tiru gaya omputeh padahal bila cakap omputeh pun berterabur.



3) Makan kambing
Kalau tidur ada jenis tidur kambing, makan pun ada juga. Ini bukan untuk mereka yang suka makan daging kambing atau makan ulam-ulam. Ini untuk mereka yang makan ada bunyi-bunyi. Aku tak tahu kenapa aku rasa sangat annoying dan irritating bila duduk sebelah manusia yang makan ada bunyi nih. Bunyi chup chap, chup chap rasa macam nak bagi back hand sahaja. Ini kes bila mengunyah buka mulut sebab tu ada bikin bunyi. Kalau mengunyah tutup mulut sudah pasti dalam mode silent.



4) Makan pelahap
Cara makan pelahap buat aku geli geleman. Selalu nampak yang makan pelahap nih bila aku tengok cerita tamil dan aku memang tak faham ada yang menganggap scene makan pelahap itu lucu. Aku bukan racist tapi cerita lain tak ada pula aku pernah tengok. Sekali suap nasi ambil macam gaya kita nak perah santan. Penuh tapak tangan pastu sumbat-sumbat dan bersememeh tepi bibir dengan nasi, tak campur dengan yang berterabur ke lantai. Geli! Geli!



5) Makan angin
Aku tahu makan angin merupakan simpulan bahasa. Tapi dalam konteks entri aku ini adalah orang yang makan makanan dan makan sekali angin-angin yang ada. Di penghujung lepas makan ada sendawa yang untuk aku, memang aku tak berapa berkenan. Kadang-kadang sendawa ada bau lepas tu pulak bercampur dengan angin. Bau memang boleh buat aku pening. Kalau nak sendawa, pergi jauh sikit. Hormat sama orang lain.






Kesimpulan yang dapat aku buat, kita orang melayu yang beragama Islam makanlah pakai tangan, ikut sunnah nabi. Ini tidak, ada jugak yang konon malu makan pakai tangan. Aku pergi hotel pun tak malu makan pakai tangan. Minta sahaja pada steward atau waiter air basuh tangan. Kalau takut dia kata kampung, masa mintak tu speakinglah sikittttt. Hahahaha. Lagipun takkan hotel berbintang-bintang tak ada bekas nak basuh tangan. Pergi rumah orang asli nun di pedalaman pun adaaaa.



Saturday, November 12, 2011

Kembang Semangkuk vs Kembang Seluar



Zaman aku kecil-kecil dulu ustaz selalu paksa aku makan buah kembang semangkuk. Aku memang tak selera tapi aku memang tak berani nak membantah. Ustaz cakap buah kembang semangkuk boleh bagi sejuk badan. Aku mamalia. Memanglah badan aku panas.




Bila dah besar begini baru aku tahu kalau kita order laici kang di kedai memang ada buah kembang semangkuk. Tapi kalau order kat kedai makanlah. Kalau order kat kedai basikal pun dapat jugak makan. Makan penamparlah tapinya.







Tapi aku bukan nak cerita asal usul buah kembang semangkuk nih. Tapi lebih kepada nak cerita kembang seluar. Kembang seluar yang berlaku bukan akibat jenis kain yang memang kalau tak kena gaya kalau basuh kembang satu macam. Dari saiz S boleh jadi saiz M atau L. Besar gedabak!




Aku sedang mengalami proses kembang seluar dalam konteks hyperbola kerana entri ini. Kalau aku kaya raya memang aku buat kenduri tujuh hari tujuh malam jamu makan dan minum yang sedap-sedap. Tapi kerana tidak ada wang yang mencukupi maka aku anjurkan kita sujud syukur ramai-ramai sahaja. Malangnya aku tidak boleh imamkan sujud syukur tersebut kalau ada makmum lelaki walaupun nama aku bunyi lebih kurang macam Amina Wadud.





Oh ya, sebagai tambahan aku sangat suka entri ini. Bagus juga ada balas-balas entri begini. Boleh tulis panjang-panjang dan ayat yang sedap dibaca. Nak balas pantun leceh sebab nak rhyme bagai. Pastu ada kerat-kerat lagi. Tapi sekali sekala gedik berpantun seronok juga. Macam sik-sik batang pinang, sapa bisik nak bertunang.


Klik to join


Aku menggalakkan anda mengimarahkan segmen ini kerana anda pasti dapat relate perasaan yang dialami oleh aku ketika ini. Dan pujian yang diberikan tidak melebih-lebih dan memang ada bau keikhlasan.





Ok Solihin. Thank you for the thoughts. Siapa-siapa nak aku belanja makan bolehlah buat entri tribute begini untuk aku. Sangat afdal tambah-tambah dilakukan secara istiqamah. Kahkahkah.




P.s. Tak sangka jugak aku ni rupanya aku boleh inspire orang lain. Maka di sini juga mahu memberikan kredit kepada Faris 'Azim for this beautiful entry. Kredit di sini bukan kredit top-up handphone. Lainlah kalau aku banyak duit (rakyat) macam Kak Mah. Kredit di sini maksudnya acknowledgement.





I heart you Solihin and Faris 'Azim.







Friday, November 11, 2011

Kisah kasih zaman sekolah (Final Episode)








Setelah empat episod yang penuh dengan gedik dan perasaan yang konon macam berbelah bahagi maka sampailah ke episod terakhir. Aku pun tak mahu tulis banyak-banyak entri nanti ada yang jemu atau hilang thrill nak tahu kesudahan kisah kasih aku.


Di entri yang lalu, endingnya aku sedang bersedia sekiranya kesudahannya aku bakal ditinggalkan. Sepanjang cuti akhir tahun, A menghubungi aku kerap dari biasa. Aku yang malu-malu alah tak berani nak tanya what would happen next. A yang tak ada kuasa psikik atau telepathy memang tak pernah jawab persoalan dalam hati aku.



Masuk tingkatan 5, aku datang sekolah dengan tak berapa nak semangat kerana pujaan hati dah tak ada depan mata. Tapi tak lama. Seminggu sahaja. Lepas tu memang semangat berkobar. Bukan kerana ada kisah kasih episod baru. Tapi A dipanggil pihak sekolah untuk melukis mural di dinding-dinding sekolah aku. Maka terjawablah kenapa dia macam tak kisah lepas dah habis SPM tak boleh jumpa dengan awek jendul letak empat jari pun boleh nihhh.



Aku memang seronok kerana A ada depan mata selalu. Sebelum recess hour A selalu belikan kuih atau keropok lekor untuk aku maka advantage untuk aku tak perlu berebut-rebut beratur di kantin. Duit pun jimat. Episod tinggal surat dalam buku pun bersambung-sambung dan tidak terkantoi-kantoi. Hehehe.



Di dewan makan pun A masih mengambil port duduk di depan aku. Aku pun dah kurang malu dan masa makan boleh senyum-senyum macam pengantin makan beradap. Semua masih sama. Beza sikit sahaja. A dah tak pakai baju sekolah. Bukan bererti dia half-naked. Tapi dia pakai kemeja atau t-shirt casual yang membuatkan dia bertambah kacak.



Mural terakhir A lukis adalah di tepi kelas aku. Sengaja buat last sekali. Aku rasa la. Hehehe. Kalau tak ada cikgu dalam kelas, A memang sembang-sembang dengan aku kerana kebetulan aku memang duduk tepi tingkap. Sembang pun bisik-bisik sahaja. Macam dalam kelambu.



Hampir dua bulan A berada di sekolah, dah sampai masa A balik rumah dan A pun dah dapat bayaran untuk hasil kerja yang disumbangkan. Aku mula rasa sedih macam aku rasa masa aku tingkatan 4 dulu. Kebetulan boleh balik rumah dan A call aku dari sekolah. For the first time, A ajak aku keluar. A cakap lepas ni tak tahu bila pula nak boleh jumpa. Lepas bincang-bincang dua tiga kali, aku setuju dengan syarat di pekan Baling sahaja dan keluar makan sahaja. Tak ada jalan-jalan merayap sana-sini. A pun tak kisah cuma berharap sangat boleh jumpa.



Sehari sebelum jumpa dengan aku, A keluar dengan kawan-kawan aku picnic dan BBQ di Lata Bayu, waterfall yang famous di Baling. Aku duduk di rumah tengok cerita hindustan dengan sepupu aku. Dalam hati berdebar-debar sebab esok first time nak dating. Tapi dalam berdebar-debar boleh menangis pulak sebab cerita hindustan sad ending. Memang aku tangkap syahdu dengan sepupu aku pun sama naik.




Dalam aku melayan syahdu, telefon rumah aku berbunyi. Ada tetamu yang datang di rumah maka menjadi tenggungjawab aku yang jawab. Kawan aku call. Kawan sekelas, lelaki. Kawan sekelas aku yang sama-sama picnic dengan A.





"Widad, aku ada benda nak habaq kat hang."

"Benda apa?"

"Tapi hang jangan terkejut."

"Benda apa ni?"

"Hang sabaq (sabar) banyak-banyak tau."

"Apa dia ni? Benda apa?"

"A" (kawan aku sebut nama A)

"Kenapa dengan A?"

"A dah tak dak. A dah meninggal"

"A yang mana satu?" Kebetulan sekolah aku memang ramai nama yang sama dengan A.

"Abang A hang la. Balak hang!"



Aku memang terus rasa lemah lutut. Aku tanya kawan aku banyak kali. Walaupun kawan aku ulang jawapan yang sama aku tetap tanya lagi dan lagi sebab dalam hati aku memang tak boleh terima. Sampai kawan aku explain dari mula sampai habis baru aku percaya. Baru aku boleh terima kenyataan.


Masa dalam perjalanan balik, A jadi tumpang motor H. H sebaya aku tapi kelas yang berbeza. Biasalah darah muda, main lumba-lumba di jalan raya. A banyak kali nasihat H supaya berhati-hati dan tak payah bawa laju-laju. Tapi memang dah takdir. Masa H nak overtake motor kawan, tak perasan ada kereta datang dari arah depan. A dan H melambung jatuh ke jalan. A meninggal kerana pendarahan organ dalaman. A sempat bisik, "Itulah, abang dah pesan, jangan bawa laju-laju"




Aku yang berada di rumah menangis berterusan. Memang aku sungguh-sungguh patah hati. Aku banyak habiskan masa dalam bilik. Crying my eyes out until my head starting to hurt from crying. Kesudahannya aku demam dua minggu. Aku terasa kehilangan yang besar walaupun mungkin ada yang anggap kisah kasih aku macam kisah-kisah cinta monyet yang lain. The fact that, it was different. Totally different.








**********************






Although it has been 11 years, it is so hard for me to forget what had happened. The way he left me had torn my heart apart. Grief and confusion haunted me for years and up to this moment, it is so hard for me to let him 'go'. I was hit by an overwhelming tide of emotions. After all, he was the nicest guy I ever met. And how I wish I could find someone like him...



Sometimes I'm wondering, if he's still alive, most probably I could marry my childhood sweetheart. But I have to realise, he's not meant to be mine. He was taken away from me when the love overwhelm the two of us. I loved him for him. I loved his strong side. I loved his sweet smile and so-called rambut seladang. I loved him and I still do.



Initially I thought it was just a simple case crush. But then I realised I started thinking about him and having the feeling of wanting to be with him all the time. It was something different, something that made me feel strange, but it was still an exhilarating feeling. Then I discovered I was so much in love. It made me feel so much alive. Many times I tried to deny the feelings that I experienced because I was afraid and scared to imagine of losing him, yet it really happened.



Whenever I was getting over my ex, instead of reminiscing the time I had with my ex,  A would simply steal the 'show'. Each moment that I treasured with him would jog in my mind. I didn't think about the pain that I went through. I thought about the things I would miss. That day I bumped into him. That day I broke his ruler. That day he sent me the first letter. That day he made his first call. That day he said he loves me. Sigh. I guess I would live all my life with all the moment locked in my heart.





*Al-fatihah*











Wednesday, November 9, 2011

Bergurau tak kena tempat


Aku dulu banyak menghabiskan masa bersama kakak aku yang tinggal di Ampang. Tinggal di tingkat sembilan belas menyebabkan kami berdua memang malas nak turun maka kebiasaannya aku sebagai adik akan mengalah terutamanya apabila perlu membuang sampah.

Ada satu peristiwa yang telah berlaku yang aku ingat sampai bila-bila. Aku yang salah dalam hal ini.

Aku.

Aku sedang menonton tv dan kakak aku meminta aku turun ke bawah membuang sampah kerana bimbang dapur busuk dan kewujudan lalat yang sudah pasti mengganggu kerukunan kami berdua. Lantas aku bangun dan menghentak-hentak kaki menunjukkan rebellious. Oh tidak. Semua itu kalau aku cukup berani sahaja. Aku simpan ketidakikhlasan aku di dalam hati dan pakai tudung terus ambil sampah dan tunggu lift untuk turun.

Aku ketika itu cuma memakai lengan pendek. Kebiasaannya aku sarung sweater tetapi mungkin konon rebellious sangat terlupa tangan sedang telanjang.

Ting!

Lif tiba di tingkat 19. Aku terus masuk dan tekan G.

Sampai tingkat berapa aku tak ingat seorang makcik Cina masuk bersama seorang budak perempuan yang mungkin anaknya atau mungkin juga cucunya.

Budak perempuan tersebut memandang aku seolah-olah aku ini alien. Aku sekadar tersenyum kerana perasaan tidak ikhlas buang sampah masih mengusai hati dan fikiran.

Makcik Cina itu juga tersenyum-senyum memandang aku dan untuk mengambil hatinya aku mencuit pipi budak perempuan yang dibawanya bersama itu.

Makcik Cina itu tanpa berlengah menyuruh budak perempuan itu memanggil aku jie jie (cie cie)

'Say hi to jie jie. Say hi to jie jie'

Aku pula terus cakap hi walaupun budak perempuan tu tak cakap apa-apa sebaliknya buat-buat malu padahal tadi macam dia yang ramah sangat.

Makcik Cina itu tersenyum dan memandang aku. Lama dia pandang.

'Wah, you manyak putih aa. Mak you makan apa masa pregnant dulu'

'Tak tau la aunty. Yang pasti mak saya tak makan babi'

Aku tak sengaja.

Sumpah.

Memang aku tak sengaja.

Aku bukan racist.

Nasib baik lif dah sampai bawah. Cepat-cepat aku lari tak sanggup hadapi kenyataan.








p.s.  Aunty, if you read this. I'm sorry. I was mean but I didn't mean it.





Things I miss about my school life (Part II)

Aku ada membuat entri tentang perkara-perkara yang aku rindu tentang zaman persekolahan aku dahulu. Entri tersebut hanya berkisarkan zaman sekolah menengah. Maka untuk bersikap adil aku rasa adalah wajar untuk aku menceritakan perkara-perkara yang tak kurang aku rindu tentang zaman sekolah rendah. Aku dahulu bersekolah di Penang dan kemudian berpindah ke Kedah setelah ustaz berpencen dan menyertai politik. Walaupun zaman sekolah masing-masing muka sememeh dan tak matured belaka tapi sungguh manis dan molek bila sekali-sekala dikenang.

1) Tunggu van atau bas
Semasa di Penang pergi sekolah dengan ustaz dan balik pula tumpang kawan yang duduk satu kawasan perumahan. Di sana memang kami mengamalkan car-pool di samping mengeratkan hubungan sesama jiran. Cewahhhh. Tetapi bila di Kedah ustaz terlalu sibuk maka aku ke sekolah dengan chartered bas dan van. Masa tahun pertama naik Bas Ane yang buruk dan selalu buat aku pening plus baju aku kotor.

Buruk-buruk bas ni, buruk lagi bas Ane.

Rumah aku dekat dengan sekolah tapi sebab Ane pusing naik Bukit Cinta dan lalu Kampung Haji Abbas terus merentasi Kampung Bawah Gunung maka aku sampai lambat. Tapi masa kecik-kecik dulu tak tahu pun rumah dekat. Bila dah besar tahu bawa basikal dan tumpang motor sepupu baru tahu dan tiba-tiba rasa nak marah dengan Ane tapi dah terlambat. Lepas setahun, naik pula van Paksu Ghani yang sudah pun arwah. Paksu tu yang dah arwah. Van tu...aku pun kurang pasti. Pagi-pagi naik van tunggu depan rumah dan aku naik trip terakhir sebab selalu liat nak bangun pagi plus lepas tu kena sembahyang jemaah dan menambahkan lagi lewat yang tersedia lewat. Cewah cewah, nak salah orang lain jugak tu. Buruk perangai!

2) Makan di kantin
Zaman aku dahulu semua makanan murah-murah belaka. Bini Ustaz cuma bagi lima kupang dan memang cukup siap ada baki masuk tabung. Dari kecil aku memang menjaga kesihatan maka aku bawa air kosong dari rumah. Tapi entah berapa kali tertinggal bekas air dan Bini Ustaz terpaksa beli baru. Setahun ada la tiga empat kali bekas air baru. Makan pula selalunya bawa bekal dan kalau teringin baru beli di kantin. Bihun sup, laksa, mee goreng semua harga kupang-kupang. Dua kupang, tiga kupang. Beli ayaq pun sekupang ja! Memang murah tak hengattt!

Memang makan dalam mangkuk. Tak kaler gini, kaler oren.

Bila dah besar sikit, cikgu-cikgu dah kenal dapat la tumpang seperut dan semulut membelasah makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Walaupun hanya kuih atau air kotak tapi sebab free semua rasa sedap. Hairan bin ajaib bila budak-budak yang dapat RMT tapi tak mau pi makan. Rugi rugi.

3) Main permainan yang ntahapaapa
Sekolah rendah juga tempat kita jumpa macam-macam permainan yang kita sendiri tak pernah tahu sebelum masuk sekolah. Aku dulu main pepsi-cola, zero point, teng-teng, galah panjang, rounders dan macam-macam lagi. Biasa main lelaki lawan perempuan tapi lepas tu selalu gaduh dan tak geng maka main sesama budak perempuan sahaja. Hahaha.

Kalau main lompat getah atau zero point macam-macam jenis dan versi lagu ada. Tambah-tambah bila ada budak negeri lain datang. Maka berlakulah perubahan dari segi music arrangement and lyrics. Bila ingat balik lirik memang tak masuk akal tapi sebab masing-masing baru tahap mumayyiz semuanya dianggap normal dan menyeronokkan. Eh, siapa pernah main tiang? Memang best gila dan advantage siapa yang tangan panjang. Aku memang taklah. Sokmo kalah.

4) Alam dan Manusia
Alam dan Manusia adalah salah satu pelajaran yang aku suka. Tapi untuk syllabus hari ini telah diganti dengan Kajian Tempatan dan Sains. Biasanya dah naik darjah enam cikgu-cikgu dah tak mengajar sangat Alam dan Manusia konon fokus untuk UPSR.

5) Kurang perasaan malu
Sekolah rendah juga masing-masing kurang perasaan malu. Malu hanya apabila terberak atau terkencing dalam seluar. Hahahaha. Tapi aku tak ada perangai berak-berah atau kencing dalam seluar nih. Walaupun malu itu sebahagian dari iman, tetapi bila kecil-kecil ia bukan dipanggil tak tahu malu tapi lebih comel dibahasakan naive. Masing-masing tak kisah lari selak kain atau mengaku suka dekat siapa. Baju kotor terkena ais-krim atau sambal bihun sup pun masih cool. Kotor itu seniii.

6) Rawatan pergigian
Yang ini memang aku tak boleh lupa sebab ramai gila budak sekolah takut tambah-tambah bila nampak van klinik pergigian datang sekolah. Aku dari kecil sudah dibiasakan maka memang langsung aku tak takut. Ada yang menangis macam histeria, tak kurang yang lari balik bagi yang rumah dekat dengan kawasan sekolah.


Selain rawatan pergigian, cucuk-cucuk pun banyak jugak. Rubella, BCG dan anti-tetanus dan macam-macam yang aku pun dah tak ingat. Cucuk BCG paling horror sekali ditambah cerita-cerita dari senior atau abang dan kakak di rumah, sampai aku rasa macam nak meroyan tiap kali nampak van klinik.



Kalau nak cerita lagi rasa macam nanti entri ni panjang sangat dan masing-masing rasa macam nak termuntah. Tidak mustahil selepas ini akan ada Part III dan seterusnya. Bila flashback cerita sekolah rendah teringat kawan-kawan lama yang aku tahu mereka juga ingat dengan aku. Hahahaha. Perasannn. Sumpah rindu gila zaman sekolah rendah. Hingus meleleh tak dan sedut sambil main aci ligan adalah saat yang paling awesome!






Monday, November 7, 2011

Kisah kasih zaman sekolah (PART IV)






Di entri yang lepas aku telah menceritakan saat-saat gedik aku menerima surat dari jejaka idaman hati. Mungkin kerana berdahi jendul letak empat jari pun boleh dan wajah pula hanya suam-suam kuku, itu merupakan surat pertama aku terima sepanjang aku bersekolah. Sekiranya anda seorang perempuan aku rasa anda boleh relate perasaan aku ketika itu. Sudahlah dapat surat kali pertama, dapat pula dari yang kita memang suka. Huiiii memang indah. Hahahaha


Seperti yang aku nyatakan, aku tak balas surat yang aku dapat. Aku tak mahu jadi kisah tipah tertipu maka aku ambil langkah wait and see. Harap-harap kerana langkah wait and see ini, aku tidak menjadi langkah kiri atau langkah kengkang -__-


Bila aku terserempak dengan A aku lihat dia biasa sahaja. Seolah-olah dia tidak ada hantar surat atau mahu berapa-apa dengan aku. Jadi aku rasa lega kerana menangguhkan tindakan membalas surat. Oleh kerana dia buat tidak tahu maka aku pun buat-buat tidak tahu walaupun dalam hati aku memang mahu. Sehinggalah sampai hujung minggu, boleh balik kampung. Jarak antara rumah dan sekolah cuma 10km maka aku tak lepas peluang. Lepas bebas dari kawasan sekolah memang saat yang paling heaven walaupun bila dah habis sekolah tergedik-gedik rindu teringat zaman duduk hostel.



Hari Jumaat memang biasanya aku dan keluarga menonton filem Hindi di tv2. Dari ustaz sampailah ke Bini Ustaz dan semua anak-anak ustaz yang ada akan duduk depan tv melangut tengok cerita hindustan. Kami sekeluarga memang peminat tegar ditambah kebolehan ustaz berbahasa urdhu dan hindi, dan Bini Ustaz pula keturunannya memang datang dari India.



Seingat aku masa tu jam 3.00 petang lebih-lebih sikit telefon rumah aku berbunyi ring-ring-ring. Ku angkat ku tanya, siapaaaa. Itu lagu masa belajar Pendidikan Muzik tapi bila ustaz ada di rumah kami semua tak berani nak jawab. Jadi ustaz terus bangun jawab telefon dan kami terus tengok cerita hindustan. Tiba-tiba dengar ustaz marah-marah. Bila ustaz datang join tengok tv ustaz cakap ada budak lelaki mahu bercakap dengan aku dan memanglah ustaz tak suka situasi sebegitu. Aku bernasib baik tidak dimarahi kerana aku memang tak pernah bagi nombor telefon rumah pada kawan sekolah.






Petang lepas sembahyang asar telefon berbunyi lagi dan kali ini memang ring-ring-ring, ku angkat ku tanya siapaaa. To my surprise A yang call dan masa ustaz marah-marah, dialah mangsa ustaz. Hahahaha. Kami berbual tak lama kerana aku memang hormat dengan ustaz. Macam pelik adjektif di situ. Ya, memang sebenarnya aku takut dengan ustaz. Boleh buat aku terkencing kalau ustaz naik angin. Tak kena gaya aku pula bakal menjadi mangsa. A cuma tanya kenapa aku tak balas surat yang dia hantar. Dah kenapa dia tak letak pecah-kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Masa tu muka aku memang merah menyala kerana malu. Ye lah, kecik-kecik dulu aku bukan outspoken type. Aku memang naiveeeee.




Aku juga ambil kesempatan tanya dari mana A dapat nombor telefon rumah aku. Katanya dia pergi pejabat cari register kelas aku dan menjalankan operasi. Dalam hati rasa terharu dan berbunga-bunga. Hikhikhik *gelak gedik*




Bila dah balik hostel, barulah aku nampak A menunjukkan kesungguhan yang dia memang suka dengan aku. Dia ubah tempat di dewan makan dan makan betul-betul straight depan aku. Aku yang maha pemalu (masa tu je lah) memang suap macam tak suap, kunyah macam tak kunyah. Bila jalan nak pergi surau, A memang tunggu supaya dapat berjalan beriringan. Aku pulak macam kena sampuk sawan pemalu muka merah selalu.





Semenjak itu bermulalah episod kisah kasih aku dengan A. A akan tinggal surat dalam buku yang aku tinggal bawah meja. Bila aku balas, pun aku tinggal bawah meja aku sendiri dan dia akan datang ambil sendiri. Kadang-kadang A tinggalkan coklat atau paket gula-gula bawah meja tapi aku cuma tinggalkan pembalutnya sahaja. Hehehehe. Bila outing A selalu belikan makanan kerana dia tahu aku badan sahaja seperti bilis tapi perut umpama ikan paus. Dari celik mata sampai nak pejam mata aku memang tahu lapar sahaja.








A juga menyebabkan aku minat dengan English. A kalau tulis surat memanjang guna omputeh. Lama-lama aku pun terikut-ikut dan dari A aku belajar identify grammar mistakes. Thank you A :') Bila cuti balik rumah aku dan A tak ada gayut-gayut kat telefon. Baguskan? Padahal dua-dua takut dengan ustaz  T___T
But honestly masa tu aku tak rasa satu keperluan sangat nak gayut-gayut. Maklumlah,budak-budak lagi.





Bila dah hilang sikit malu aku pun tanya dengan A kenapa dia suka aku padahal kalau dikira dari segi wajah memang out lah. Ditambah dengan dahi jendul yang letak empat jari pun boleh, memang self-esteem aku paras-paras negatif. Tapi A jawab bajet diri clairvoyant. A kata, dah besar nanti aku mesti jadi kategori comel-comel. Awwwwwwwww!





Di sekolah pun aku tak ada dating-dating melainkan kalau terserempak akan sembang-sembang tapi rasanya paling lama pun dua minit sebab aku sendiri memang rasa tak selesa. Aku juga tak pernah sekali pun terkantoi dengan pengawas atau mana-mana guru. Mungkin nasib aku masa tu. Tapi time aku dengan kawan-kawan buat jahat memang jarang kami tak pernah tak terkena dengan pengawas. Huhuhu.





Sampailah bila A ambil SPM aku ada rasa takut macam kehilangan. Cewah-cewah. Gediknyaaaa. Aku yang muda setahun akan berada di sekolah dan A pula lepas SPM confirmlah masuk matrik atau yang sewaktu dengannya. Maka pada ketika itu aku mempersiapkan diri dan hati yang aku bakal ditinggalkannnn. Tsk tsk.











to be continued...












*nantikan final episode kisah kasih pada 11.11.11
(Bajet entri terhangat macam drama Nur Kasih. Kahkahkahkah)




Sunday, November 6, 2011

Kita serupa

Zaman belajar di universiti dahulu, aku ada seorang rakan yang tua setahun yang bolehlah aku namakan dia sebagai Zue. Walaupun dia tua setahun, kami sangat friendly dan belajar di kelas yang sama maka aku rasa geli nak panggil kak atau akak.

Aku rasa semua sudah sedia maklum aku berumur 28 tahun. Mengikut zodiak cina aku lahir tahun khinzir atau bahasa mudahnya babi.

"Widad, kau lahir tahun 83 kan?"

"A'ah," sambil angguk-angguk.

"Hahahaha maknanya kau lahir tahun babi la kan?" Suka dia gelakkan aku. Lucu sangat agaknya lahir tahun babi.

"Hang lahir tahun apa?" Belum habis dia gelak aku tanya.

"Aku lahir tahun anjing," masih lagi gelak-gelak kes aku lahir tahun babi.

"Dah hang lahir tahun anjing tak payah nak gelakkan aku sangat. Hang pun sama ja haramnya"





Kahkahkahkahkahkahkahkahkah

Saturday, November 5, 2011

Kisah kasih zaman sekolah (PART III)



Selepas habis tahun 1998, result PMR pun dah keluar aku masih meneruskan persekolahan di sekolah yang sama dan sekolah yang paling aku sayang. Aku memilih aliran perakaunan walaupun dalam hati langsung tak minat. Tapi pilihan lain yang ada hanyalah sains tulen dan kejuruteraan. Lagilah sebelah mata pun aku tak pandang.



Naik tingkatan 4 ada intake baru dan aku juga tak lepaskan peluang. Seperti semasa aku di tingkatan 3, aku mencari wajah-wajah hangat yang boleh menjadi bahan stalk atau daya penarik nak turun makan di dewan makan kerana untuk menaruh perasaan memang tak lah kerana sedar dahi jendul letak empat jari pun boleh.



Ada juga wajah-wajah hangat tapi untuk mencari yang sehangat A memang tak ada dan A yang berada di tingkatan 5 masih mendominasi carta gadis-gadis sekolah aku. Naik tingkatan 4, dapat dorm baru dan dorm-mates baru. Dalam dorm aku ada dua gadis lain yang minat dengan A. Salah seorangnya junior yang aku namakan sebagai Z.




Z boleh dikatakan peminat A paling tegar kerana hampir semua orang tahu dia memang minat gila dengan A. Seminat-minat aku dengan A memang tak terlawanlah dengan Z punya minat. Semua gambar A yang ada dalam majalah, semua dia tempah buat simpan dalam album, potong kecil letak dalam purse,letak  bawah bantal buat bahan mimpi. Aku dari segi effort memang zero.  Sekadar dalam hati, tulis dalam diari dan seronok sendiri-sendiri. Memang pathetic aku nih. Tapi at least dia tahu nama aku. Penting tu so please take note. Kahkahkah.




Bila dah tukar kelas, kawan pun bertukar. Aku rapat dengan Kicik dan Along. Reveal nama kawan tak apa. Kami bertiga memang gila makan ice-cream. Waktu rehat mesti beli ice-cream. Tak kira hujan sejuk gedi kami memang tak boleh tak makan ice-cream.




Satu hari nak dijadikan kisah aku dan Kicik membeli ice-cream di saat-saat loceng tamat rehat berbunyi. Memang kelam kabut lari masuk kelas sebab lepas rehat, kelas English yang cikgunya garang nak arwah. Sebab masing-masing tak matured maka berlari sambil pakai baju sekolah adalah perkara yang langsung tak perlu dimalukan.



Punya semangat aku lari dan akhirnya melintasi selekoh terakhir ke kelas prrrangggggggg!








Itu bukan bunyi aku kena penampar. Kicik kena tampar pun bukan. Bunyi barang jatuh sebab aku lari sehingga tertepis barang yang orang bawa dan barang itu jatuh ke lantai.  Bukan sekadar jatuh malah patah dua. Pembaris yang budak kejuruteraan pakai yang sekali tengok macam kayu golf pun ada. Masa zaman aku memang pembaris tu mahal gila. Aku memang cuak. Cuak sebab dah lambat masuk kelas plus cuak rosakkan benda orang.




Baru angkat muka nak mintak maaf tengok-tengok si A punya barang. Aduhaiiiii. Kenapalah banyak-banyak barang yang aku nak bagi rosak, dia punya yang aku pilih. Aku senyum kelat macam tergigit biji langsat. Tak sempat minta maaf Kicik dan tarik tangan lari balik kelas. Dalam hati rasa bersalah dan aku pun tertoleh-toleh tengok dia. Dia pun tercegat di situ sambil tengok aku lari masuk kelas.




Dalam kelas memang hati tak tenang. Aku tak tahu nak minta maaf macam mana. Ikut hati macam nak pergi jumpa A minta maaf sambil buat dikir barat atau boria. Baru macam gah sikit. Tapi bila difikir-fikir macam over sangat. Masa ni aku memang dah tak fikir perasaan suka aku tapi lebih kepada rasa bersalah. Lagi pulak dia senior. Takut juga kalau ada yang kata aku junior yang tak hormat senior.




Selang dua hari, belajar macam biasa dalam kelas dan lepas waktu rehat, kawan sekelas aku, lelaki panggil dan hulur sekeping kertas. Aku tengok ada tulis nama aku terus ambil simpan dalam pencil case. Agak dah tak ada yang pandang baru aku ambil baca. Biasalah. Zaman sekolah nak buat apa pun kena pandai cover. Silap langkah memang kena pangkah dengan pengawas. Jangan cari nahasss.





'Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh' terus aku jerit kuat-kuat. Tapi dalam hati sahaja. A hantar surat kat aku! Sekali lagi aku sugar high! Rupanya sebelum rehat ada spot check dan aset rambut seladang kena tebas dengan guru disiplin. Maka kerana sedih perlu luahkan perasaan dan tak bertangguh A hantar surat dan dalam ramai-ramai gadis suam-suam kuku dahi jendul letak empat jari pun boleh yang jadi pilihan.




Aku rasa sampai naik lunyai kertas yang aku dapat sebab ulang-ulang baca. Siap aku belek A punya signature supaya tak jadi tipah tertipu banggg. Memang hati berbunga-bunga rasa macam nak golek-golek ala-ala bollywood pun ada.




Walaupun memang aku minat dengan A, aku tak adalah gelojoh tak menyempat dan tunjuk sangat aku punya haloba. Maka aku tak balas pun surat yang aku dapat. Tunjuk sikit jual mahal padahal dalam hati memang tergedik-gedik nak tulis panjang macam tulis novel. Hahahahaha.

















to be continued...





p.s Tak banyak dah. Lagi dua entri habislah cerita gedik aku ni.

Friday, November 4, 2011

Tak habis-habis pasal kawen




Bila sampai hujung tahun, dah memang jadi rutin cikgu kena isi alamat dan nombor telefon untuk dihubungi masa bercuti kelak.


Che' Ros salah seorang kerani di tempat aku memang suka mengusik cikgu-cikgu perempuan yang bujang termasuklah aku yang baru nak masuk 4 bulan mengajar.


"Hah Widad, tulis alamat dengan nombor telefon. Esok time-time cuti kot sekolah nak contact senang"



Aku pun terus ambil pen dan mula menulis dengan tekun.



"Tang bahagian nombor telefon tu kalau ada handset laki (suami) tulis sekali" saja dia nak usik aku.



"Boleh ka?" aku buat-buat innocent plus naive tanya balik.



"Boleh belaka aihhhh"



"Nombor telefon Che Ros berapa? Mai saya nak tulis tang ni"




"Tudia aih budak ni!!! Tak berani dah aku nak usik lepas ni. Mampoih aku kena belasah dengan bini." Ambil buku terus pi tempat lain.






Kahkahkahkahkah. Usik lagi?!













Thursday, November 3, 2011

Segmen makan puji by yui92





Aku setiap hari akan ziarah blog-blog yang aku rasa aku suka nak baca. Kalau aku tak suka memang aku tak baca kerana kalau aku baca pun sekadar menambah berat bahu sebelah kiri dan bahan kutukan bila ada masa lapang. Hahaha. Keji sungguh perangai.


Ada blog-blog yang memang aku tak pernah tak terjah setiap hari. Tak banyak. Kurang dari sepuluh lebih dari lima. Kalau zaman kecik-kecik bila keluar balik lambat Bini Ustaz akan kata aku mengukur pekan. Pembaris pun aku tak bawa, apahal pulak kata aku mengukur pekan. Sekiranya aku mengaplikasikan konsep yang sama bolehlah cakap aku mengukur blog. Bila sampai di blog student aku nih, aku telah ditag oleh dia. Aaaahh aku ingat kalau pakai SmartTag tak payah berhenti. Rupa-rupanya aku telah terlanggar palang. Nak buat-buat tak tahu terasa keji sangat maka aku pun ikutkan sahaja.


Sudahlah aku ni agak noob bila bab tag-mengetag macam ni. Tambah pula suruh puji-memuji. Aku cuma tahu puji diri aku sahaja. Aku ulang, diri aku sahaja. Maka hari ini aku perlu meningkatkan usaha dan keyakinan diri untuk memuji orang lain pula *background lagu Yakin Bolehhhh, Rakan Mudaaaa*


Bila aku terjah blog pencipta segmen siap ada syarat bagai. Huiii syarat-syarat pulak. Lega tak perlu ada cogankata atau lengkapkan 'Saya suka melawat blog ini kerana (tidak kurang 20 patah perkataan)'.


Syarat keempat nak aku letak satu entri sendiri yang paling best. Aku mana ada satu entri. Satu blog aku best. Kahkahkah. OK. OK. Untuk sekarang entri gedik aku ini yang dapat sambutan. Kalau paling ramai view, cerita tentang bulan Ramadhan. Aku pun tak tahu. Aku tak berapa pandai nak buat pilihan. Tsk tsk.


Dan kesudahannya aku perlu komen blog pencipta segmen puji-puji ni. Ini yang paling aku lemah sekali. Tapi aku cuba. Relatively, in my opinion kahkahkah rasa macam jawab exam zaman degree dulu. Ok, mai kita cuba sekali lagi.



yui92 sekolah sekali dengan aku. Tapi dengan status yang berbeza. Dia student aku cikgu. Walaupun dia student aku, aku tak perlu bias bila mengomen. Blog jejaka ini hampir 60% Islamik tapi pendekatan yang lawak-lawak tapi kalau kau nak period kau rasa lawak dia adalah sindiran. Hahahaha. Lagi satu bila ada satu-satu isu dia ada pendapat dia sendiri yang most of the time different from the crowd. Oh ya, dia budak pandai. A lurus dari darjah 6 sampai habis sekolah. Kalau mana-mana student yang nak berguru memang sesuailah.


Jejaka ini juga idea banyak melimpah. Kadang-kadang hapdet blog tiga kali sehari. Aku memang kalahlah. Eh. Ini segmen puji-puji dia kutuk-kutuk aku ke? Harharhar.


Dah lah. Malas aku nak merapu panjang. Orang lain kena tag tulis pendek-pendek. Aku tak pandai. Anggaplah aku gifted bab-bab membebel gini.


By the way boleh tag orang lain. Tapi aku tak tahu nak tag siapa. Siapa rasa nak tag diri sendiri, sila ooooo silaaaa.
















Oh ya, aku tak makan puji. Alaaa macam Siti penyanyi tuhhh. Tak hidup dek puji, tak mati dek keji.













Tuesday, November 1, 2011

Kisah kasih zaman sekolah (PART II)

Di entri pertama aku telah ceritakan saat-saat gedik aku ketika mengalami first crush tetapi apakan daya tidak kesampaian. Tapi aku tak adalah kecewa sampai naik jumpa kaunselor dan lepas tu terjun bangunan. Aku meneruskan perjuangan mengambil PMR dalam keadaan pasrah tak pasrah. Hahahaha. Tipu sahaja. Masa tu aku pun dah macam lupa-lupa ingat sahaja tentang A.


Ayuh kita flashback sikit saat-saat aku ambil PMR.



Sebagai pelajar sekolah agama, sudah pasti doa berkoyan dibaca dan hari pertama adalah paper BM dan Sejarah. Sewaktu pulang dari dewan, lepas paper Sejarah aku dan rakan decide untuk terus ke surau tunggu sembahyang Asar sebab kalau balik dorm takut tertidur dan kesudahannya sembahyang di dorm. Maka semasa melintasi blok kejuruteraan tanpa aku sedari A muncul dan bila aku toleh tengok dia, dia terus senyum.



Huiiiiii dalam hati tak usah cerita laa. 'Dia senyum kat aku?! Dia senyum kat aku yang dahi jendul boleh letak empat jari nih?!' Hahahaha. Sumpah gedik nak arwah. Kalau Bini Ustaz tahu sudah pasti aku dipanggilnya meghela. Itu kalau orang Kedah kata memang gatai gedik yang top class laa.



Dup dap dup dap dalam hati. Dia boleh mai jalan sebelah aku pulak. Tak ada la betul-betul sebelah. Jaraknya jauh tapi beriringan gitu. Hihikhikhik (gelak gedik) *PANG* Bila dah beriringan dia tanya pulak "Macam mana Widad? Boleh jawab tak paper tadi?"



'Hoi hoi hoi! Dia tahu nama aku?! Dia tahu nama aku yang dahi jendul boleh letak empat jari nih?!'



Dek kerana hormon gedik maka soalan tersebut aku jawab dengan senyuman. Tapi bukan sebarang senyuman. Senyuman yang paling manis sekali sampai kalau pesakit diabetes tengok terus rasa macam nak potong kaki. Kahkahkah. Aku sahaja yang perasan senyuman aku manis masa tu.






Bila dah sampai hujung jalan A balik ke aspura dan aku rasa macam cepat-cepat nak sampai surau supaya boleh sujud syukur. Hahahaha. Mana ada. Aku cuma senyum memanjang. Kawan aku yang berjalan sekali dengan aku pun pandang aku lain macam. Benda dalam hatiiii. Hang apa tau?





Tapi dalam hati aku memang aku sahaja yang tahu tahap keseronokkan aku masa tu. Tidak mustahil kalau aku terlompat-lompat, lompatan aku yang terakhir adalah lompat yang tak turun-turun dah sebab rasa syok yang amat sangat.




Biasa budak hostel selalu ada diari. Aku pun zaman sekolah ada diari. Lepas sembahyang asar dan balik dorm terus capai diari cerita balik apa yang jadi. Nampak sangat aku eksaited lebih padahal A tanya pasal exam sahaja. Sahaja.




Esoknya lepas paper petang aku tak sabar-sabar nak habis jawab kemudian dengan semangat berkobar dan membara macam pejuang Palestine terus ke surau sembahyang asar. Umpama ada gula yang tinggi di sebalik penyakit diabetes, aku memang ada niat lain. Harapan tinggi menggunung Everest nak konon-konon terserempak dengan A lagi.




Sepanjang jalan dalam hati sebut mintak-mintaklah jumpa dia. Kali ini jalan bertiga dan kawan aku yang berdua rancak sembang pasal exam. Selalunya aku pun macam tu lah. Tapi hati punya kes memang terus jadi macam bisu.




Sampai sahaja di blok kejuruteraan, aku makin berdebar tahap dewa. Rasa macam nak jenguk-jenguk toleh-toleh cari A tapi gedik tambah malu maka tak jadi. Aku dan kawan-kawan terus sahaja berjalan nak ke surau dan sampai dah habis aku naik tangga laluan ke surau, A memang tak ada. Langsung tak ada. Bunyi tapak kaki orang berjalan pun aku tak dengar.




Tsk tsk  -__________-





Sampailah habis semua paper PMR, A memang tak pernah ada every time aku lalu dekat blok kejuruteraan. Jangan tanya aku sedih ke tidak. Rasa macam patah hati tapi sebab masa tu aku budak-budak lagi maka sedih aku tak lama. Habis PMR aku balik rumah cuti seminggu terus lupa. Hahahaha. Tak istiqamah langsung.
















to be continued...










Aku tak follow dia

Aku ke Sungai Petani kerana mengidam kek resepi rahsia sekaligus berjumpa kawan-kawan yang kami semua bajet konon macam Gossip Girl la sangattt.

"Wei hang Widad tak dak satu pun laman sosial ka hang join?"

"Aku ada blog. Sosial dak? Kekekeke (ini bunyi aku gelak. Aku tau huduh)." Bajet cool la sangat.

"Wahhh hang ada blog mesti hang kenai Hanis Zalikha."

"Hang pun kenai dia. Cuma dia la tak kenai kita." Ayat pasrah tak hengattt.

"Hang follow dak blog dia?"

"Dakkkkk"

"Awat? Pasaipa?"

"Sebab dia tak tutup aurat"






Sekian.






Ya, aku cuma baca blog dia dan memang semua blog yang aku follow adalah mereka yang menutup aurat sahaja.










p.s. Adakah aku terpengaruh dengan budak Mesir ini?









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...