Wednesday, November 16, 2011

Cara-cara makan masyarakat kita


Hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Kalau ditanya kepada aku tanpa segan silu aku mengaku aku ni type hidup untuk makan. Antara nikmat yang tiada tolok bandingnya adalah nikmat makan. Ada juga orang nasihat aku, jaga pemakanan. Nanti dah sakit susah. Terima kasih atas nasihat anda. Nikmat makan datang dari tuhan, sakit juga tuhan yang bagi. Aku pakai konsep redha dan tawakkal di samping exercise dan aerobic secara konsisten.


Mamandangkan kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, sudah pasti cara kita makan juga berbeza. Mari kita saksikan kepelbagaian cara makan di kalangan masyarakat Malaysia.




1) Makan cara sunnah
Makan cara sunnah iaitu mengikut keperibadian Nabi Muhammad adalah yang paling bagus dan menjamin kesihatan perut. Makan dengan tangan, kunyah secara perlahan dan banyak kali, tidak minum bersulam air. Selain cara makan, duduk juga apply sunnah nabi dan sememangnya inilah yang dianjurkan dalam agama.



2) Makan bajet western
Aku naik hairan dengan masyarakat melayu yang suka dan mudah sangat terpengaruh dengan budaya orang lain. Kalau anda kerap menonton cerita melayu anda dapat lihat scene makan-makan di rumah biasanya makan pakai sudu dan garfu. Kalau di kedai makan, memang aku tak berapa kisah sebab aku juga kadang-kala makan pakai sudu garfu bila aku tengok tuan kedai tak sedia sabun. Bukan apa, nanti tangan bau sambal kari bagai tak selesa. Bila aku blog walking dan tengok gambar-gambar makan di rumah pun pakat makan pakai sudu garfu belaka. Kalau makan mee, laksa semua tu aku ok lah. Ni nasi berlauk pun nak tiru gaya omputeh padahal bila cakap omputeh pun berterabur.



3) Makan kambing
Kalau tidur ada jenis tidur kambing, makan pun ada juga. Ini bukan untuk mereka yang suka makan daging kambing atau makan ulam-ulam. Ini untuk mereka yang makan ada bunyi-bunyi. Aku tak tahu kenapa aku rasa sangat annoying dan irritating bila duduk sebelah manusia yang makan ada bunyi nih. Bunyi chup chap, chup chap rasa macam nak bagi back hand sahaja. Ini kes bila mengunyah buka mulut sebab tu ada bikin bunyi. Kalau mengunyah tutup mulut sudah pasti dalam mode silent.



4) Makan pelahap
Cara makan pelahap buat aku geli geleman. Selalu nampak yang makan pelahap nih bila aku tengok cerita tamil dan aku memang tak faham ada yang menganggap scene makan pelahap itu lucu. Aku bukan racist tapi cerita lain tak ada pula aku pernah tengok. Sekali suap nasi ambil macam gaya kita nak perah santan. Penuh tapak tangan pastu sumbat-sumbat dan bersememeh tepi bibir dengan nasi, tak campur dengan yang berterabur ke lantai. Geli! Geli!



5) Makan angin
Aku tahu makan angin merupakan simpulan bahasa. Tapi dalam konteks entri aku ini adalah orang yang makan makanan dan makan sekali angin-angin yang ada. Di penghujung lepas makan ada sendawa yang untuk aku, memang aku tak berapa berkenan. Kadang-kadang sendawa ada bau lepas tu pulak bercampur dengan angin. Bau memang boleh buat aku pening. Kalau nak sendawa, pergi jauh sikit. Hormat sama orang lain.






Kesimpulan yang dapat aku buat, kita orang melayu yang beragama Islam makanlah pakai tangan, ikut sunnah nabi. Ini tidak, ada jugak yang konon malu makan pakai tangan. Aku pergi hotel pun tak malu makan pakai tangan. Minta sahaja pada steward atau waiter air basuh tangan. Kalau takut dia kata kampung, masa mintak tu speakinglah sikittttt. Hahahaha. Lagipun takkan hotel berbintang-bintang tak ada bekas nak basuh tangan. Pergi rumah orang asli nun di pedalaman pun adaaaa.



6 comments:

Muhammad Faris 'Azim said...

Betul. Tambah-tambah orang yang makan tak reti nak tutup mulut. Macam tak senonoh sebab bunyi sampai kadang-kadang ada yang tersembur.

yui92 said...

makan dgn tangan best sbb ada 5 jari boleh jilat bila sudah makan.. kalau sudu cuma ada satu.. tambah garpu pun jadi dua..hehe

perenggan last tu mmg menusuk jiwa..

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Faris 'Azim: Agaknya kena train makan dalam library, baru gheti diam kot.


yui92: Tang jilat jari memang heaven ah. Erm, kalau menusuk jiwa tak apa. Jangan tersentuh jiwa. Batai ayaq semayang!

Kayun.Zack said...

tecer mmg konsisten aerobic noh. hehe. kena contohi ni jd buleh mkn dgn lebih senang hati lpas ni sbb tau cara mengatasi kelebihan lemak. hehe

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

zaman degree rajin jogging. nak aerobic takur room-mates cakap meroyan. hahahaha

Wawa Amran said...

Lagi satu tak suka makan sebelah org yang kuak tangan macam nk terbang.. terutama masa makan pakai sudu garfu.. Sepatutnya ketiak itu ditutup.. ini tidak, dikuak nye sampai berlanggar dengan kite.. serius tak selesa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...