Friday, November 11, 2011

Kisah kasih zaman sekolah (Final Episode)








Setelah empat episod yang penuh dengan gedik dan perasaan yang konon macam berbelah bahagi maka sampailah ke episod terakhir. Aku pun tak mahu tulis banyak-banyak entri nanti ada yang jemu atau hilang thrill nak tahu kesudahan kisah kasih aku.


Di entri yang lalu, endingnya aku sedang bersedia sekiranya kesudahannya aku bakal ditinggalkan. Sepanjang cuti akhir tahun, A menghubungi aku kerap dari biasa. Aku yang malu-malu alah tak berani nak tanya what would happen next. A yang tak ada kuasa psikik atau telepathy memang tak pernah jawab persoalan dalam hati aku.



Masuk tingkatan 5, aku datang sekolah dengan tak berapa nak semangat kerana pujaan hati dah tak ada depan mata. Tapi tak lama. Seminggu sahaja. Lepas tu memang semangat berkobar. Bukan kerana ada kisah kasih episod baru. Tapi A dipanggil pihak sekolah untuk melukis mural di dinding-dinding sekolah aku. Maka terjawablah kenapa dia macam tak kisah lepas dah habis SPM tak boleh jumpa dengan awek jendul letak empat jari pun boleh nihhh.



Aku memang seronok kerana A ada depan mata selalu. Sebelum recess hour A selalu belikan kuih atau keropok lekor untuk aku maka advantage untuk aku tak perlu berebut-rebut beratur di kantin. Duit pun jimat. Episod tinggal surat dalam buku pun bersambung-sambung dan tidak terkantoi-kantoi. Hehehe.



Di dewan makan pun A masih mengambil port duduk di depan aku. Aku pun dah kurang malu dan masa makan boleh senyum-senyum macam pengantin makan beradap. Semua masih sama. Beza sikit sahaja. A dah tak pakai baju sekolah. Bukan bererti dia half-naked. Tapi dia pakai kemeja atau t-shirt casual yang membuatkan dia bertambah kacak.



Mural terakhir A lukis adalah di tepi kelas aku. Sengaja buat last sekali. Aku rasa la. Hehehe. Kalau tak ada cikgu dalam kelas, A memang sembang-sembang dengan aku kerana kebetulan aku memang duduk tepi tingkap. Sembang pun bisik-bisik sahaja. Macam dalam kelambu.



Hampir dua bulan A berada di sekolah, dah sampai masa A balik rumah dan A pun dah dapat bayaran untuk hasil kerja yang disumbangkan. Aku mula rasa sedih macam aku rasa masa aku tingkatan 4 dulu. Kebetulan boleh balik rumah dan A call aku dari sekolah. For the first time, A ajak aku keluar. A cakap lepas ni tak tahu bila pula nak boleh jumpa. Lepas bincang-bincang dua tiga kali, aku setuju dengan syarat di pekan Baling sahaja dan keluar makan sahaja. Tak ada jalan-jalan merayap sana-sini. A pun tak kisah cuma berharap sangat boleh jumpa.



Sehari sebelum jumpa dengan aku, A keluar dengan kawan-kawan aku picnic dan BBQ di Lata Bayu, waterfall yang famous di Baling. Aku duduk di rumah tengok cerita hindustan dengan sepupu aku. Dalam hati berdebar-debar sebab esok first time nak dating. Tapi dalam berdebar-debar boleh menangis pulak sebab cerita hindustan sad ending. Memang aku tangkap syahdu dengan sepupu aku pun sama naik.




Dalam aku melayan syahdu, telefon rumah aku berbunyi. Ada tetamu yang datang di rumah maka menjadi tenggungjawab aku yang jawab. Kawan aku call. Kawan sekelas, lelaki. Kawan sekelas aku yang sama-sama picnic dengan A.





"Widad, aku ada benda nak habaq kat hang."

"Benda apa?"

"Tapi hang jangan terkejut."

"Benda apa ni?"

"Hang sabaq (sabar) banyak-banyak tau."

"Apa dia ni? Benda apa?"

"A" (kawan aku sebut nama A)

"Kenapa dengan A?"

"A dah tak dak. A dah meninggal"

"A yang mana satu?" Kebetulan sekolah aku memang ramai nama yang sama dengan A.

"Abang A hang la. Balak hang!"



Aku memang terus rasa lemah lutut. Aku tanya kawan aku banyak kali. Walaupun kawan aku ulang jawapan yang sama aku tetap tanya lagi dan lagi sebab dalam hati aku memang tak boleh terima. Sampai kawan aku explain dari mula sampai habis baru aku percaya. Baru aku boleh terima kenyataan.


Masa dalam perjalanan balik, A jadi tumpang motor H. H sebaya aku tapi kelas yang berbeza. Biasalah darah muda, main lumba-lumba di jalan raya. A banyak kali nasihat H supaya berhati-hati dan tak payah bawa laju-laju. Tapi memang dah takdir. Masa H nak overtake motor kawan, tak perasan ada kereta datang dari arah depan. A dan H melambung jatuh ke jalan. A meninggal kerana pendarahan organ dalaman. A sempat bisik, "Itulah, abang dah pesan, jangan bawa laju-laju"




Aku yang berada di rumah menangis berterusan. Memang aku sungguh-sungguh patah hati. Aku banyak habiskan masa dalam bilik. Crying my eyes out until my head starting to hurt from crying. Kesudahannya aku demam dua minggu. Aku terasa kehilangan yang besar walaupun mungkin ada yang anggap kisah kasih aku macam kisah-kisah cinta monyet yang lain. The fact that, it was different. Totally different.








**********************






Although it has been 11 years, it is so hard for me to forget what had happened. The way he left me had torn my heart apart. Grief and confusion haunted me for years and up to this moment, it is so hard for me to let him 'go'. I was hit by an overwhelming tide of emotions. After all, he was the nicest guy I ever met. And how I wish I could find someone like him...



Sometimes I'm wondering, if he's still alive, most probably I could marry my childhood sweetheart. But I have to realise, he's not meant to be mine. He was taken away from me when the love overwhelm the two of us. I loved him for him. I loved his strong side. I loved his sweet smile and so-called rambut seladang. I loved him and I still do.



Initially I thought it was just a simple case crush. But then I realised I started thinking about him and having the feeling of wanting to be with him all the time. It was something different, something that made me feel strange, but it was still an exhilarating feeling. Then I discovered I was so much in love. It made me feel so much alive. Many times I tried to deny the feelings that I experienced because I was afraid and scared to imagine of losing him, yet it really happened.



Whenever I was getting over my ex, instead of reminiscing the time I had with my ex,  A would simply steal the 'show'. Each moment that I treasured with him would jog in my mind. I didn't think about the pain that I went through. I thought about the things I would miss. That day I bumped into him. That day I broke his ruler. That day he sent me the first letter. That day he made his first call. That day he said he loves me. Sigh. I guess I would live all my life with all the moment locked in my heart.





*Al-fatihah*











26 comments:

pEngHun! bUm! Allah said...

sedihla tecer :(

yui92 said...

maknanya kan, saya dah dengar cerita A ni sejak 11 tahun lalu la jugak.. kakak saya pernah cerita.. xtaw la pulak ada kaitan dengan tcher.. mai pulak ajar kat sekolah saya.. kecik ja dunia ni..kan?

Wawa Amran said...

Tears dropping.. T__T

Would I be as strong as you if this happens to me..

Muhammad Faris 'Azim said...

sedihnya tecer. :'(


lagi thrill kalau tecer panjangkan sikit. macam tak puas baca.

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...
This comment has been removed by the author.
h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Axis Family : sedih sikit jaaaa


yui92: besaq jugakkk. tak habis2 lagi tecer round satu Malaysia nih. hihihihi. By the way, memang betul la yang kamu agak-agak tu. Nasib baik kamu tak cerita, kalau tak memang spoiler lahhhh :p


Wawa: Kalau benda tu jadi kat kita, maknanya Allah tau we are strong enough to go through the situation. Kan?


Faris 'Azim: Nanti jemu pulak banyak sangat to be continued. Hehehe

yui92 said...

byk kali gak dgr cerita pasal dia.. tp nama sbnar xtaw plak.. masa kakak saya crita ingatkan sama batch

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Naib baik tecer cerita kat sini kan? (bajet berhikmah la sangat entri nihhh)

Wawa Amran said...

Btol2.. HE knows us well..

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

:)

Kayun.Zack said...

Al-Fatihah.

Ya Allah, sungguh saya terkedu tecer.

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Terkedu tak apa. Jangan tersedu. Huhuhu.

Thanks for the thought sayang

Muhammad Iqbal said...

turut bersedih, mungkin besar hikmahnya di situ..** mungkin hikmahnya, tak payah la berdating..haha.

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Kesimpulannya memang kami tak penah dating ponnnn. Kan?

farouq said...

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


al-fatihah.

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Thanks for the thought :)

anar said...

tice...mural si A tu maseh ada sampai sekarang..yg dekat dewan utama..btw, si A memang hensem...pernah tengok gambaq kat cikgu halijah :P

TecerWidad said...

@anar

Ya. Dia memang kacak membunuh

MissCapitalA said...

Menangis baca.serious. :')

TecerWidad said...

@MissCapitalA La tahzan. Innallaha maa'na *berhikmah sungguh nasihatku ini*

cdah said...

cedey,first tyme sggah cni

TecerWidad said...

@cdah Sedih sikit ja. Sedih ayah meninggal lagi dasat. sobs

Yvonne Iman Felicianus said...

First time singgah!sedihnya.mula2 baca gelak mcm saitan.

`Al-fatihah!

TecerWidad said...

@Yvonne Iman Felicianus sila rekod aksi ketawa mcm saitan dan upload di youtube. boleh diriku tumpang tengok. kakakaka

by the way, thanks for the thought :)

ilhambrothers said...

i hope i am not too late to comment here..sejujurnya,mcm kisah novel dan tecer mmg watak utama yg kuat n tabah. :) al-fatihah..

TecerWidad said...

@ilhambrothers thank you

afterall, it's better late than never. eceh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...