Saturday, November 5, 2011

Kisah kasih zaman sekolah (PART III)



Selepas habis tahun 1998, result PMR pun dah keluar aku masih meneruskan persekolahan di sekolah yang sama dan sekolah yang paling aku sayang. Aku memilih aliran perakaunan walaupun dalam hati langsung tak minat. Tapi pilihan lain yang ada hanyalah sains tulen dan kejuruteraan. Lagilah sebelah mata pun aku tak pandang.



Naik tingkatan 4 ada intake baru dan aku juga tak lepaskan peluang. Seperti semasa aku di tingkatan 3, aku mencari wajah-wajah hangat yang boleh menjadi bahan stalk atau daya penarik nak turun makan di dewan makan kerana untuk menaruh perasaan memang tak lah kerana sedar dahi jendul letak empat jari pun boleh.



Ada juga wajah-wajah hangat tapi untuk mencari yang sehangat A memang tak ada dan A yang berada di tingkatan 5 masih mendominasi carta gadis-gadis sekolah aku. Naik tingkatan 4, dapat dorm baru dan dorm-mates baru. Dalam dorm aku ada dua gadis lain yang minat dengan A. Salah seorangnya junior yang aku namakan sebagai Z.




Z boleh dikatakan peminat A paling tegar kerana hampir semua orang tahu dia memang minat gila dengan A. Seminat-minat aku dengan A memang tak terlawanlah dengan Z punya minat. Semua gambar A yang ada dalam majalah, semua dia tempah buat simpan dalam album, potong kecil letak dalam purse,letak  bawah bantal buat bahan mimpi. Aku dari segi effort memang zero.  Sekadar dalam hati, tulis dalam diari dan seronok sendiri-sendiri. Memang pathetic aku nih. Tapi at least dia tahu nama aku. Penting tu so please take note. Kahkahkah.




Bila dah tukar kelas, kawan pun bertukar. Aku rapat dengan Kicik dan Along. Reveal nama kawan tak apa. Kami bertiga memang gila makan ice-cream. Waktu rehat mesti beli ice-cream. Tak kira hujan sejuk gedi kami memang tak boleh tak makan ice-cream.




Satu hari nak dijadikan kisah aku dan Kicik membeli ice-cream di saat-saat loceng tamat rehat berbunyi. Memang kelam kabut lari masuk kelas sebab lepas rehat, kelas English yang cikgunya garang nak arwah. Sebab masing-masing tak matured maka berlari sambil pakai baju sekolah adalah perkara yang langsung tak perlu dimalukan.



Punya semangat aku lari dan akhirnya melintasi selekoh terakhir ke kelas prrrangggggggg!








Itu bukan bunyi aku kena penampar. Kicik kena tampar pun bukan. Bunyi barang jatuh sebab aku lari sehingga tertepis barang yang orang bawa dan barang itu jatuh ke lantai.  Bukan sekadar jatuh malah patah dua. Pembaris yang budak kejuruteraan pakai yang sekali tengok macam kayu golf pun ada. Masa zaman aku memang pembaris tu mahal gila. Aku memang cuak. Cuak sebab dah lambat masuk kelas plus cuak rosakkan benda orang.




Baru angkat muka nak mintak maaf tengok-tengok si A punya barang. Aduhaiiiii. Kenapalah banyak-banyak barang yang aku nak bagi rosak, dia punya yang aku pilih. Aku senyum kelat macam tergigit biji langsat. Tak sempat minta maaf Kicik dan tarik tangan lari balik kelas. Dalam hati rasa bersalah dan aku pun tertoleh-toleh tengok dia. Dia pun tercegat di situ sambil tengok aku lari masuk kelas.




Dalam kelas memang hati tak tenang. Aku tak tahu nak minta maaf macam mana. Ikut hati macam nak pergi jumpa A minta maaf sambil buat dikir barat atau boria. Baru macam gah sikit. Tapi bila difikir-fikir macam over sangat. Masa ni aku memang dah tak fikir perasaan suka aku tapi lebih kepada rasa bersalah. Lagi pulak dia senior. Takut juga kalau ada yang kata aku junior yang tak hormat senior.




Selang dua hari, belajar macam biasa dalam kelas dan lepas waktu rehat, kawan sekelas aku, lelaki panggil dan hulur sekeping kertas. Aku tengok ada tulis nama aku terus ambil simpan dalam pencil case. Agak dah tak ada yang pandang baru aku ambil baca. Biasalah. Zaman sekolah nak buat apa pun kena pandai cover. Silap langkah memang kena pangkah dengan pengawas. Jangan cari nahasss.





'Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh' terus aku jerit kuat-kuat. Tapi dalam hati sahaja. A hantar surat kat aku! Sekali lagi aku sugar high! Rupanya sebelum rehat ada spot check dan aset rambut seladang kena tebas dengan guru disiplin. Maka kerana sedih perlu luahkan perasaan dan tak bertangguh A hantar surat dan dalam ramai-ramai gadis suam-suam kuku dahi jendul letak empat jari pun boleh yang jadi pilihan.




Aku rasa sampai naik lunyai kertas yang aku dapat sebab ulang-ulang baca. Siap aku belek A punya signature supaya tak jadi tipah tertipu banggg. Memang hati berbunga-bunga rasa macam nak golek-golek ala-ala bollywood pun ada.




Walaupun memang aku minat dengan A, aku tak adalah gelojoh tak menyempat dan tunjuk sangat aku punya haloba. Maka aku tak balas pun surat yang aku dapat. Tunjuk sikit jual mahal padahal dalam hati memang tergedik-gedik nak tulis panjang macam tulis novel. Hahahahaha.

















to be continued...





p.s Tak banyak dah. Lagi dua entri habislah cerita gedik aku ni.

7 comments:

Hafizzudin Pendang said...

kah..kah..kah..tecer..tecer...baca ni adrenaline boleh naik tau..macam2..

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Tak pa, dua episod lagi lepas tu tak dak dah adrenaline rush. Hihihihi

yui92 said...

haha... tcher snap la surat original.. lagi best =p

Muhammad Faris 'Azim said...

betul cakap solihin. snap la gambar tuh.



tapi cerita ni mmg membangkitkan adrenaline. tapi terbabtut dek perkataan to be continued. :)

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

yui92: malas nak cari camera. lagipun biaq la surat tu jadi tatapan tecer sahaja. ekekeke


faris 'azim: terbantut yang itu tak apa. terbantut ketinggian memang tak dapat nak tolongggg

Gigi Monster said...

lepasni buleh jilidkan 5 episod ni tecer. hehe.

harap2 slps ni atas permintaan ramai, tecer akn sambung episod seterusnya. heheh

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

tapi kalau tecer jilidkan takut ada yang mintak royalti pulakkkk. heheheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...