Saturday, November 19, 2011

Mengapa gadis-gadis BENCI lelaki merokok


Kehidupan di dunia ini memerlukan kita bertolak ansur antara satu sama lain. Namun demikian aku percaya ada beberapa perkara sesetengah individu tidak dapat bertolak ansur malahan membenci pula, yakni golongan perokok. Bagi mewakili sekalian gadis-gadis cantik dan hangat, aku telah menjalankan kaji selidik dan survey mengapa gadis-gadis bencikan lelaki merokok. Maka dengan bangganya aku ingin mempersembahkan hasil kajian dan kejian aku terhadap perkara ini.



1) Mati cepat
Aku pasti ramai yang tahu dan sedar sebagai second-hand smoker kita lebih boleh mampos berbanding perokok itu sendiri. Dan aku juga sangat pasti tak ada siapa pun mahu mati cepat. Bukan kerana tak puas enjoy tetapi bimbang bekalan untuk masuk ke syurga belum mencukupi.


Dalam berkasih tidak ada sehidup semati. Kalau kau nak mati dulu, kau matilah sorang-sorang unless kalau mati sama-sama kau boleh confirmkan aku masuk syurga sekali. Antara lain juga, kalau dah berkahwin sudah pasti mahu hidup bersama pasangan dalam tempoh lebih lama. Maka andai yang dikahwini seorang perokok, macam mana mahu hidup lama. Jangankan sampai ke anak cucu, anak nombor dua pun belum tentu. Dengan tabiat merokok sudah pasti mendatangkan pelbagai penyakit dan tidak mutahil menjadi beban kepada gadis-gadis kerana perlu menjaga anda yang terkedang sakit.



2) Tak cukup jantan
Lelaki merokok juga sebenarnya tak cukup jantan. Memang ramai lelaki sedar merokok boleh menyebabkan mati pucuk dan menghasilkan perenang-perenang yang tidak handal dan rendah kualiti tetapi masih menunjukkan sikap bebal nak juga merokok. Maka sebagai gadis yang mempunyai sikap ibu-ibu sudah pasti mahukan anak sebagai pewaris keturunan pemuda harapan bangsa pemudi tiang agama.


Oleh yang demikian mengapa harus risikokan diri berkahwin dengan perokok? Anda tidak cukup jantan. Dan cara nak tambahkan kejantanan, tolaklah aktiviti merokok. Sudah pasti anda menjadi jejaka idaman dekat di hati dan ingin dikahwini.



3) Busuk Ya Rabbi!
Ini memang satu perkara yang ramai perempuan tak boleh tolerate. Gadis-gadis yang benci bau busuk, sila teruskan membaca.

Jangankan nak cium, nak pandang pun tak lalu

Lihat, memang ramai yang benci. Walaupun bergelen perfume disembur tidak dapat menutup bau busuk badan anda. Bau kepam satu macam sumpah buat ramai gadis kepala pusing dan muntah hijau. Busuk ini bukan sahaja busuk di badan tetapi mulut juga busuk. Dan andai sudah berkahwin bagaimana mahu bercumbu mesra kalau mulut busuk macam puaka. Senang cerita, apabila lelaki merokok, anda tak ubah seperti tong sampah bergerak. Bau busuk sampai entah ke mana-mana.



4) Hilang kekacakkan
Kekacakkan seorang jejaka bukan sahaja pada wajah tetapi bermula dari head to toe. Lelaki yang merokok hilang kekacakkan yang ada. Bukan sahaja kerana mulut yang sudah seperti adik-beradik jin makan asap tak kira tempat, tetapi juga menjejaskan bahagian-bahagian lain seperti bibir dan kuku.

Botak itu seksi, tapi nampak asap rokok terus rasa nak maki
Bibir yang hitam legam dan kuku yang kuning-kuning memang boleh menyebabkan gadis-gadis men-diet-kan diri secara tiba-tiba. Ibarat mimpi ngeri setiap kali teringatkan bibir dan kuku-kuku lelaki merokok terus tak lalu makan.



5) Rokok tu HARAM
Ya, tak payah nak dalih-dalih lagi. Rokok itu memang haram kerana merosakkan diri. Tak payahlah tunjuk kau terrer sangat agama nak berhujah bagai. Cari asal usul pokok tembakau ada di muka bumi. Kalau malas cari, sambung baca apa yang aku nak taip lagi. Semasa syaiton diterajang keluar jatuh ke muka bumi, syaiton kena marah kaw-kaw dengan Allah. Allah memang murka dan syaiton sebab takut gila kena marah dahsyat sangat sampai terkencing-kencing. Dan dari air kencing yang jatuh ke muka bumi terhasillah tembakau.


Makanya perokok-perokok sekalian tak lain tak bukan anda sedang sedut air kencing syaiton. Memang pengotorlah sebab benda-benda najis air kencing syaitan pun gagah nak masuk dalam mulut padahal air kencing adik kat rumah nak tolong basuh pun malas.





Sekiranya anda ada sebab-sebab lain, tambah-tambahlah apa yang patut. Di samping itu aku juga sedar zaman yang konon orang kata canggih padahal nak dekat dengan kiamat nih, perempuan pun dah pandai merokok. Tak payah tunjuk kedunguan anda nak tunjuk anda boleh buat apa yang lelaki boleh buat.

Ada sebilangan yang mengatakan lelaki merokok nampak macho *mata ke atas, tangan ke dada*. Ini tak lain tak bukan sindiran atau mungkin ada bakteria di sebalik kuman. dalam kata lain maksud tersirat di sebalik pujian nampak macho tu  'Lagi cepat hang mampos, lagi cepat aku boleh cari pakwe lain' atau 'Cepat-cepatlah hang innalillah, boleh aku joli harta hang!'















18 comments:

yui92 said...

tak suka jalan belakang perokok... busuk dan jadi mcm nak marah org..

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

tak payah nak macam marah. marah sahaja terusss

Pak Ngah Din said...

ada depa ni bagus jgak kdg2 tu...boleh wat halau nyamuk tirup...tu jelah...

Muhammad Faris 'Azim said...

that the reasons why i'm not smoking...


tapi, orang kata jangan benci sangat rokok tu. takut nanti kita jugak yang hisap benda tu.



so, buat biasa-biasa saja..

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Pak Ngah Din: pasang saja ubat nyamuk Fumakila tu. Lagi murah.

Faris 'Azim: Iman kita kuatttt. Hihihi. Lagipun jihad nih sebab benci melakukan benda harang gini.

Muhammad Faris 'Azim said...

betul tu. sebab tu kalau boleh. akan diusahakan untuk mengelakkan benda harang tuh. :)

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

bagusnyaaaaa. kalau tecer ada anak pompuan lama dah tecer booking buat menantu.
hikhikhik

Muhammad Faris 'Azim said...

haha.:)




~tak tau nak tulis apa-apa sebab tiba-tiba rasa lain macam.

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

suka la tuuuu

hihihihi

suffiakmal said...

dalam course saya ni ada 17 orang. hny 4 orang je tak merokok termasuk saya. cmna ?

Wawa Amran said...

Bo0lat was a smoker before we met.. Mujur bukan perokok tegar & dpt berhenti dgn cepat.. Terpaksa kejam, bagi 1 tempoh masa.. kalau die tak berhenti, Wawa taknak dia..huhu~ Tapi bagus lar die berhenti, dia kata bila kerja lebih fit..

Muhammad Faris 'Azim said...

:)

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

suffiakmal: cakap kat depa 'bawa-bawa tobat la buat kerja harang gini'


wawa: Tahniah. Memang anda bukan queen control. But you have to control him. I fahammmm
*jawab bajet kaunselor hebakkkk*


Faris 'Azim: ~teehee

Wawa Amran said...

Memang tecer hebakk pong! =D

TecerWidad said...

Mekaseh deh!

Muhammad Faris 'Azim said...

terima kasih tecer sebab tegur cerpen. nak buat cepat-cepat sampai tak perasan. ;)

TecerWidad said...

Faris 'Azim: kita sama saja. Tecer pun selalu typo. Esok2 kalau ada tecer silap habaq naaa

Pak Ngah Din said...

ok....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...