Thursday, December 1, 2011

Perangai awek sekolah yang menjadi dambaan pakwe sekolah

Setelah menjalankan kajian selama berbulan-bulan maka aku dengan jayanya akan membentangkan hasil dapatan ke atas kajian perangai awek sekolah yang menjadi dambaan pakwe sekolah. Sekiranya anda rajin menggodeh entri-entri aku yang lalu, sudah pasti anda pernah membaca entri tentang perangai awek sekolah yang membuatkan pakwe sekolah menyampah. Adalah tidak adil untuk tidak membuat entri balas supaya awek-awek berperangai lebih mulia sekaligus menjadi dambaan pakwe-pakwe sekolah anda dan seantero Malaysia amnya.

1) Perahsia
Awek-awek sekolah mesti bersikap perahsia kerana pakwe-pakwe sekolah memang menyampah dengan awek-awek sekolah yang mulut kepoh dah macam hormon terlebih ke apa. Sebagai contoh, budak sekolah zaman sekarang memang akan mengorat menggunakan teknik mengeadd anda di Facebook dan selepas itu berchatting-chatting mesra di Facebook. Seterusnya pakwe sekolah akan meminta nombor telefon anda dan anda tanpa segan silu sudah pasti memberi nombor telefon anda. Maka bermula saat itu sudah pasti anda kerap berbalas mesej.


Apabila sesi berbalas mesej berlanjutan, di sinilah sikap perahsia perlu awek sekolah tonjolkan. Sudah menjadi tabiat sebilangan awek sekolah gemar menghebahkan kepada kawan-kawan di sekolah tentang pakwe sekolah yang sering berbalas-balas mesej dengan anda. Walaupun tidak menzahirkan niat di hati, pakwe sekolah sebenarnya tidak suka sikap anda yang seperti radio karat atau mami jarum heboh-heboh pada sahabat ketat atau sesiapa sahaja. Sekiranya anda memilih menjadi perahsia, maka sudah pasti pakwe sekolah bakal memilih anda. Wah, dah macam tagline iklan apa lagi.



2) Tidak melebih-lebih
Ketika pakwe sekolah mula bermesej-mesej anda sebagai isyarat dia mahu mendekati anda, sekiranya ingin menjadi awek sekolah dambaan pakwe sekolah, anda tidak perlu mempamerkan keeksaitedan anda apabila berbual-bual di telefon, mesej-mesej atau terserempak di sekolah. Buat biasanya sahaja dan tak perlu tergedik-gedik kerana pakwe sekolah cukup menyampah dengan awek gedik. Berada di dalam situasi tidak bertepuk sebelah tangan memanglah menyebabkan paras hormon meningkat secara mendadak. Namun demikian sebagai awek sekolah, anda perlulah mengawal supaya tidak melebih-lebih. Sifat melebih-lebih kebiasaannya menjadi spoiler di awal-awal perhubungan pakwe-makwe sekolah.



3) Jual mahal
Awek sekolah mesti bersikap jual mahal. Mengaplikasikan sikap jual mahal menandakan anda ada maruah. Jangan tunjuk murah sangat. Ini tidak. Sebahagian besar awek sekolah jual murah kalah harga pasar malam. Kalau di pasar selonggok tiga hengget, dia jual mungkin sama tapi boleh diskaun atau bagi special price. Sungguh murah tanpa maruah. Mengamalkan sikap jual mahal juga boleh menguji sejauh mana pakwe sekolah tersebut mendambakan awek itu. Lagipun benda yang murah dan senang dapat biasanya kurang dihargai. Tetapi kalau yang susah nak dapat dan mahal pula memang akan disayangi hingga hujung nyawa. Cewahhhh.



4) Tak perasan dari segala segi
Setiap manusia mesti ada perasaan perasan kerana ia sebenarnya (sangat) membantu dalam meningkatkan self-esteem masing-masing. Tetapi sikap perasan sepanjang masa konon dalam semua bidang dia lah yang handal dan cemerlang sungguh attitude yang meloyakan. Menjadi awek sekolah dambaan pakwe sekolah mudah sahaja.
Perangai begini keji. Pakwe sekolah menyampah yang amat.
Walaupun dikurniakan wajah yang cun, awek sekolah jangan bajet cun sangat sehingga asal ada mana-mana pakwe sekolah yang senyum terus sangka nak mengorat. Kalau pakwe sekolah minta nombor telefon terus sangka pakwe sekolah nak meluahkan perasaan padahal pakwe sekolah nak pinjam latihan add maths nak mintak tiru. Maka jelaslah sikap perasan meloyakan pakwe sekolah. Walaupun anda memang gifted, cantik dan pandai tak usah perasan. Biasa-biasa sahaja. Tak mutahil beratur pakwe sekolah nakkan anda. Hehehehe.




5) Muka cun, perangai pun cun
Dikuniakan wajah yang menjadi dambaan setiap pakwe sekolah sememangnya menjadi dambaan setiap awek sekolah. Namun jangan lupa. Muka cun sahaja tak cukup, perangai juga mesti cun. Memiliki wajah yang comel, cantik, cun atau jelita tetapi mempunyai perangai yang ntahapaapa ibarat makan roti canai yang sedap tetapi tak ada kari untuk dicicah. Spoiler besar. Percaya atau tidak, kebiasaannya awek-awek sekolah yang wajahnya kategori boleh tahan ada pakwe berbanding awek sekolah berwajah comel, cantik, cun atau jelita. Ini kerana awek sekolah dari kategori suam-suam kuku mengamalkan sikap-sikap mahmudah maka sudah pasti menjadi dambaan pakwe sekolah.




6) Hebat serba serbi, tapi bukan pengawas sekolah
Ini sebenarnya yang paling penting. Pakwe sekolah cukup tak suka awek-awek pengawas. Kalau pakwe sekolah nak sangat pun, biasanya pakwe sekolah tunggu sampai habis sekolah ataupun ditakdirkan pindah sekolah. Biasalah. Dah kalau pengawas mesti skema.


Keskemaan pengawas seperti skema jawapan objektif. Salah hitamkan jawapan, tidak ada markah bagimu. Pakwe sekolah yang jadi pengawas tak apa, tak sama macam awek sekolah yang jadi pengawas. Oh ya, pengawas pusat sumber tidak termasuk dalam kumpulan ini. Walaupun mereka ada juga yang skema, tetapi keskemaan mereka bolehlah diibaratkan seperti kertas jawapan subjektif atau soalan struktur. Hahahaha




Berkemungkinan besar banyak lagi perangai-perangai lain yang menjadi dambaan pakwe sekolah tetapi aku hanya menyatakan perangai-perangai biasa sahaja. Bagaimana awek sekolah sekalian? Adakah kini anda menemui jawapan mengapa anda tidak menjadi dambaan pakwe sekolah? Jujurnya ada pakwe zaman sekolah bukanlah seronok. Setakat hadiah teddy bear dan pen sebatang yang konon mahal sungguh tak cool. Sudahlah beli pakai duit biasiswa atau duit kumpul hari-hari yang mak ayah bagi, lepas tu bajet couple sehidup semati. Belajar-belajar jual mahal. Andai benar pakwe sekolah dambakan anda, sudah pasti dia sanggup berusaha dan menanti sehingga sama-sama dah berjaya masuk universiti.
















Tetiba aku rasa macam nak nyanyi lagu Dambaan Pilu. Apa dah jadi dengan Khai AF1?



21 comments:

yui92 said...

kahkahkah... tang bhgn last entry ada unsur berbaur hasutan supaya membenci pengawas

TecerWidad said...

mana ada. tak baik sangka buruk dengan tecer tau. hahahah

Wawa Amran said...

Wawa pengawas dr sekolah rendah sampai sekolah menengah.. Ptot xde org nak kat Wawa pun.. (Padahal sekolah prempuan semua hikhikhik =P )

TecerWidad said...

Aneh kalau ada yang yang mahu. Hahaha.

Nalisa Syahira said...

haha , agak ah .

TecerWidad said...

Nalisa Syahira: Agak agak ahhh (sebenaqnya tak tau komen anda apa maksudnya)

Muhammad Faris 'Azim said...

suka point last yang bab pengawas tu. ;)

TecerWidad said...

Faris 'Azim: hahaha. pengawas kena belajar terima kenyataan mereka golongan yang tidak disukai di sekolah.

Pak Ngah Din said...

awek perempuan=pengawas=bini garang=queen kontrol---->tidakkkk

Pak Ngah Din said...

apakah aliff culas akan menculas lagi entry ini...? nantikan kemunculan aliff culas....pirates of the year

yui92 said...

tcher... taw dah masalah apa.. kita lupa nak masukkan blog id tadi... haa try sekali lagi.. tengok tutorial kat blog saya pun adaaaa..hehe

Wawa Amran said...

Very pelik & scary huhu~

TecerWidad said...
This comment has been removed by the author.
TecerWidad said...

PND: tapi puak mereka masih tak dapat terima hakikat. Dan aliffculas memang sahlah muka tak malu kalau masih amek entry org. si yangariff tu pun sama jugak. perangai masing2 serupa harang.


yui92: dah buat dan page berjaya muncul seperti yang diinginkan. tapi bila nak REPLY TO COMMENT tak berjaya. Katanya ERROR, PAGE NOT FOUND pulakkk

yui92 said...

@TecerWidad tahniaahhhhhhhh

Kayun.Zack said...

semua ciri2 ni ada kat syafiah. haha. dia mmg nmpk cold tp dlm masa yg sama hot. eh? haha

TecerWidad said...

@Kayun.Zack Percayalah jejaka-jejaka pasti bangun lewat tengah malam dan bergosip tentang dia. hihihi

Muhammad Iqbal said...

sangat setuju bab pengawas tu, hihi..

pakwe jugak suka awek yang solehah (adakah ini sesuatu kekantoian), even pakwe tu nampak ganas..

kita sama-sama nantikan adakah entri ini juga bakal dicalaih :)

TecerWidad said...

@Muhammad Iqbal kategori solehah boleh juga diselitkan dalam perangai cun. yang solehah biasanya perangai memang cun. yang berpura-pura solehah pula bagaimana? hahahah

Sabriza Hassan Assa'ari said...

Okay entry ni memang kelakar namun sahih berdasarkan pengalaman lampau. hahaha. betul betul bila lalu terserempak buat-buat cool senyum-senyum kecil harga sederhana padahal jantung melompat-lompat. pastu malam karang sambung sms balik. cinta monyet sungguh. and bila dah besar baru lah terfikir, owh sungguh tidak cool aku dahulu berkapel di sekolah. Cis kalaulah masa boleh diputar semula.


entri diplagiat? owh tu maknanya dah famous. Tahniah! ;)

TecerWidad said...

@Sabriza Hassan Assa'ari sila nasihatkan anak anda kelak supaya tidak menjadi seperti anda. hehehe

I missed you babe. I was in Kuantan on 9th and 10th of Dec but since it was only a short visit, I tak bagitau pun. Bila-bila nanti kita date hokeyy.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...