Tuesday, November 22, 2011

Sebab-sebab guru mahu berpindah sekolah

Guru merupakan salah satu pekerjaan yang diangkat sebagai mulia. Banyak lagi pekerjaan-pekerjaan lain yang dianggap mulia seperti jururawat, doktor, askar dan polis. Tapi polis dan askar yang ambil rasuah atau menjadi pencacai kepada 'pihak-pihak tertentu' memang tak mulia malah hina dina keji tak bermaruah.

Setiap pertengahan atau hujung tahun, guru-guru akan mendapat peluang untuk bertukar ke sekolah lain atau menjadi pegawai di Pejebat Pelajaran Daerah dan yang sewaktu dengannya. Tetapi tahukah anda sebab sebenar guru-guru mahu berpindah sekolah. Sebagai seorang guru dan pernah berada di JPN selama satu hari dan melihat gelagat-gelagat guru, maka dapat aku lihat sebab musabab guru mahu berpindah sekolah. Ayuh baca secara senyap.


1) Pertukaran status
Ini merupakan alasan yang paling common untuk guru-guru memohon pertukaran. Guru-guru yang berjaya mendapat jodoh sekaligus menikah dan buat kenduri sudah pasti mahu duduk bersama melayari bahtera dan tidak rela berjauhan.

Sebab tu nak duduk dekat-dekat -_________-


Maka kerana itu memohon pertukaran merupakan perkara yang paling pantas ingin dilakukan kerana amalan PJJ hanya sesuai untuk pembelajaran, bukan perkahwinan.


2) Ancaman
Jangan terkejut sekiranya pekerjaan sebagai guru merupakan pekerjaan yang boleh membawa ancaman. Ancaman boleh datang dari pelbagai pihak. Tak mustahil datang dari ibu bapa pelajar. - Kalau anak saya tak dapat A, cikgu tahulah nasib cikgu. Ibu bapa zaman sekarang memang ramai jenis ugut-ugut cikgu nih. Patutlah budak-budak zaman sekarang pun pandai jugak guna teknik yang sama. Ugut nak bunuh diri, lari rumah. Well, apple doesn't fall far from the tree.

Ini aku dapat dari google. Huii confirm dapat pindah dalam tempoh 24 jam!


Terdapat juga ancaman yang diakibatkan dari keretakkan rumah tangga. Memanglah kalau rumah retak semua rasa nak pindah sebab rasa tak selamat. Tapi kalau rumah tangga terbelah dan pasangan jadi gila talak, itu juga boleh diklasifikasikan sebagai ancaman. Dan bila dah terancam, sudah pasti rasa tidak selamat mahu mengajar dengan cemerlang maka cepat-cepat isi borang mintak tukar. Tapi kalau cikgu yang type semua pandang dia terus kata cikgu tu 'mengancam' pun aku rasa tidak mustahil cikgu itu rasa terancam.



3) Gangguan emosi
Pekerjaan yang deal dengan manusia memang boleh mendatangkan tekanan dan sekaligus menyebabkan gangguan emosi.  Semua ini datang dari pelbagai sudut sehingga tak mampu lagi ditanggung maka senang cerita pindah sekolah. Dapat sekolah baru seolah-olah dapat rejuvenate diri terus jadi bersemangat waja terus berusaha, yakin boleh!



Macam aku, aku pindah kerana gangguan emosi akibat dari tekanan yang diberi oleh rakan sekerja. Aku tak mahu panjang-panjang cerita, nanti tak pasal-pasal bertambah pula haters yang sedia ada. Aku jenis manusia yang tak kisah banyak kerja sebab konsep aku mudah. Kalau aku rajin, aku buat. Kalau aku malas, aku tak buat. Tunggulah bila aku rajin aku sambung buat. Tapi biasanya aku memang rajin. Hahahaha.



4) Step out of the comfort zone
Berada di sesuatu tempat yang sama untuk satu tempoh yang lama bukanlah perkara yang menyeronokkan. Perasaan jemu dan bosan akan timbul dan untuk menenggelamkannya hanya dengan cara berpindah sekolah. Aku juga antara manusia yang cepat rasa bosan maka kerana itu dahulu aku mahu menjadi PTD. Tetapi ibarat bercerai talak tiga dengan PTD dek kerana satu sebab yang memang aku tak dapat aku atasi sampai bila-bila pun, maka aku memilih menjadi guru. Lagi satu pernah juga aku baca satu kajian pasal kerja-kerja nih di mana bila kita sentiasa buat perkara yang sama untuk satu jangka masa panjang, hilang thrill yang ada dan kita mungkin jadi kurang produktif. Itu yang aku baca dan kalau tak mau percaya pun tak apa. Lagipun sekadar kajian manusia, bukan datang dari Quran.






5) Kerja sembilan jam
Aku rasa ini akan menjadikan sebab baru kenapa guru mahu bertukar. Aku pinjam ayat Wawa Amran, harus sahaja kita sekolahkan mereka yang ada di kementerian. Aku pasti guru-guru yang berada di Melaka, Johor, Pahang dan Sarawak sudah tidak senang duduk kerana terpaksa menjadi tikus makmal bekerja sembilan jam dan dalam hati memang ada rasa nak pindah. Aku pun tak faham kenapa ramai sangat yang dengki dengan cikgu-cikgu nak suruk kerja sembilan jam. Siapa yang kata kerja cikgu mudah mai sini aku tabuh. Pompang-pompang dalam kelas satu period yang 40 minit memang letih tak terhingga especially kalau budak kelas hujung-hujung. Baru satu period. Belum yang lima atau enam period. Tak mustahil boleh datang period.

Kalau semua student macam ni tak apalah jugak. Ini macam...LU PKIRLAH SENDIRI!



Secara ringkasnya, semua orang mahu bekerja di tempat yang boleh mendatangkan keseronokkan. Tambah-tambah kerja-kerja yang berkaitan dengan mendidik. Sudahlah jumlah client yang ramai. Belum lagi dengan pengkeranian dan kerja-kerja tambahan yang lain. Sebagai ingatan, sebagai seorang manusia yang ada akal, jangan menyusahkan orang lain di tempat kerja. Walaupun anda tak suka dengan rakan sekerja anda, diam sahaja. Tak perlu nak melaser 24 jam mengalahkan Azwan Ali dan sentiasa mencari salah orang lain dan bila ada di antara rakan anda melakukan kesilapan boleh pula anda pejam mata tutup hati telinga semua. Barulah cikgu-cikgu nih tak ada gangguan emosi bagai.








Update: Aku tahu Muhyiddin telah membatalkan Projek Guru Sembilan Jam. Tetapi alasan yang konon guru-guru tidak nampak ia untuk memperkasakan perkhidmatan guru sungguh tak matang macam anda tidak bersekolah. Kalau betul nak perkasakan perkhidmatan guru, sediakan kemudahan yang cukup untuk sekolah. Ini tidak, internet pun lembab mengalahkan siput babi. Makmal komputer pun hidup segan mati tak mahu. Guru nak naik DG pun susah berbanding kerja-kerja kerajaan lain. Kalau aku senarai semua kelemahan perkhidmatan perguruan mahu jadi entri bersambung-sambung. Puhhh-lease-lahhhhh.







14 comments:

sweetncy said...

hai..Tcr Widad, hmm saya setuju dgn topik u ni..ada banyak lagi alasan kenapa cikgu2 ni nak mohon pindah kan..saya pun nak mohon pindah jugak, sbb dan rasa berkurun2 dah kat sekolah lama..tapi tak lulus2 jugak permohonan pindah..huaaaa!!Tension!!

yui92 said...

tcher... cikgu2 sekolah tu byk dah pindah... huhu nnti balik sana nak g melawat sapa lah...

Muhammad Faris 'Azim said...

teacher pindah sebab apa (tanya sambil buat muka curious)

TecerWidad said...

sweetncy: terus pergi jumpa pegawai JPN. I did the same and believe it or not, they were very helpful. Cerita konon pegawai JPN garang adalah mitos. Pegawai PPD jauh lebih kerek berbanding pegawai JPN.


yui92: terus mai rumah tecer. tak payah dah p sana. hehehe. by the way tecer dalina pindanh SMS Tapah.


Faris 'Azim: Gangguan emosi. Dan sila percaya kerana ianya benar.

soooooour said...

Muhyiddon pernah jd guru x????

TecerWidad said...

Tak penah. Jadik ADO lepas graduate. Terus join politik. Biasalah, asal naik menteri baru semua nak tunjuk taring tapi tak sedar masing-masing pakai taring palsu.

Pak Ngah Din said...

ohh...patut la pindah gangguan emosi...boleh tak lepas ni tulis sebab2 guru ber-blog?

TecerWidad said...

wah. cadangan yang bagus.
tunggulah idea datang secara melimpah maka sudah pasti akan ditaip penuh berhikmah. eceh.

yui92 said...

cambest gak topik tuh... will be waitin patiently =p

TecerWidad said...

Baguslah tunggu dengan sabar kerana sabar itu memang sifat orang beriman.

Wawa Amran said...

Masalah nie jadi sebab PTD yang ade kat kementerian sekarang bukan guru.. Diorang tak pernah mengajar, tak pernah deal dgn murid tue sbb die fikir keje guru mudah.. Dulu, kementerian nie jawatan diisi oleh guru2 veteran yg DG mereka dah cecah 48 ke atas tp terpaksa hand over ke PTD sebab mereka lebih hebat dlm pengurusan.. Masalah mcm nie adalah kesan pertukaran.. Wawa tak pndg rendah pd orang kementerian tp diorang xde pengalaman, tak bleh decide policy utk cikgu2 tanpa fikir keadan, keperluan cikgu tue.. Being a teacher ain't easy.. You know better..

TecerWidad said...

Tak tahu tanyalah. Jangan berlagak pandai.

Wawa Amran said...

diorang pangkat tinggi.. taknak kot tanya cikgu2 nie br DG41 diorang dah M48 ke atas huhu~ kite terlepas yg keje 9jam.. sok2 taktau policy baru pe plak die nk kuarkan...

Cikgu Norazimah said...

terbaik !! tapi zie dah 3 tahun mintak tukar, tak dpat2 gak...jenuhnya nk mintak tukar ni kan? ada idea tak cara senang nk tukar?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...