Tuesday, December 6, 2011

Aktiviti-aktiviti budak asrama yang orang tak tahu #1



Kehidupan di asrama merupakan fasa kehidupan yang boleh dikatakan agak seronok kerana kita hidup bersama rakan-rakan, musuh-musuh dan cikgu-cikgu. Macam aku, aku tinggal di asrama selama lima tahun bermula dari tingkatan satu. Mula-mula memanglah aku menangis memanjang padahal rumah 10km sahaja. Asal hujung minggu selalu fikir nak cari alasan supaya boleh balik rumah dan tak perlu berhujung minggu di asrama. Bayangkan setiap hari melalui rutin yang sama. Bangun pagi, mandi, sembahyang jemaah, makan di dewan makan, riadah, prep, gotong-royong...huii  mahu habis satu entri kalau aku senarai semua aktiviti-aktiviti dan rutin harian yang sangat lame ini. Maka apabila dah besar sikit dan boleh berlagak otai, aku dan kawan-kawan di sekolah mula mencari aktiviti-aktiviti lain untuk menghilangkan kebosanan tinggal di asrama dan menjadikan asrama tempat yang awesome. Dan aku juga dengan baik hati telah menjalankan kajian ke atas sebilangan jejaka untuk turut berkongsi aktiviti mereka selain dari rutin harian yang sungguh lame dan bosan. Ayuh baca secara berjemaah.



1) Skodeng
Ini adalah aktiviti setiap malam dan aktiviti di hujung minggu. Tak kira pelajar lelaki mahupun perempuan masing-masing melakukan aktiviti skodeng sama ada secara berjemaah atau bersendirian. Aktiviti skodeng di waktu malam terbahagi kepada dua. Umum ramai mengetahui budak asrama memang tak ngam dengan warden kecuali puak-puak pengawas atau puak-puak yang teringin nak jadi pengawas. Maka sekiranya mahu melakukan aktiviti lain selepas light off, sudah pasti akan ada watak tepi tingkap skodeng rumah warden. Hahahaha. Aku juga pernah memegang watak ini dan sangat mendebarkan kerana sekiranya salah informasi aku akan dibahankan oleh kawan-kawan.


Hujung minggu pula aktiviti skodeng yang lebih kepada mencuci mata. Kebiasaannya waris akan membuat kunjungan kepada anak-anak atau adik yang tinggal di asrama. Ketika aku di asrama, room-mate aku mempunyai koleksi abang yang kacak-kacak belaka. Maka setiap kali dia menerima kunjungan wajah aku boleh dilihat di tingkap nako dorm aku dan aku tidak berseorangan melakukan aktiviti ini. Tak adalah aku skodeng sejam dua, sekadar nak cuci mata buat penawar rindu. Kahkahkah. Sebahagian budak perempuan yang ada pakwe akan skodeng pakwe pergi sembahyang jumaat. Mungkin kerana bukan selalu boleh lihat pakwe sekolah pakai baju melayu lengkap bersampin. Hihihi. Aku tak terlibat kerana biasanya aku buat sunat tidur sekejap waktu-waktu macam tu. Selain itu mana-mana pelajar yang terlebih hormon gatal akan skodeng pelajar di asrama bertentangan. Yang lelaki skodeng perempuan dan yang perempuan skodeng lelaki. Semasa zaman aku di asrama, ada satu malam aku tengah baring sambil baca buku cerita. Tiba-tiba ada satu cahaya merah dekat baju aku. Bila aku selak tirai budak-budak laki duk main suluh-suluh benda alah macam torch light tapi lambu kaler merah. Sumpah aku mencarut, tapi dalam hati saja.


2) Merokok secara sulit
Ini adalah aktiviti pelajar lelaki biasanya. Memandangkan sekolah merupakan kawasan larangan merokok maka pelajar-pelajar lelaki akan mencari inisiatif untuk merokok secara sulit. Macam cikgu-cikgu lelaki juga. Kalau dah gila asap, mesti cari port baik nak pam sebatang dua.

Budak sekolah harian, depan pagar sekolah dia buang rokok.
Aku benci tengok perangai macam tu nak tunjuk ego sangat.
Kebiasaannya aktiviti ini dijalankan secara sulit dan sudah pasti tempat-tempat yang susah untuk dikesan. Salah seorang akan turun padang untuk melihat tempat dan memastikan kawasan pilihan clean and clear dari warden, pengawas dan mereka yang mahu jadi pengawas. Blok-blok yang agak jauh, gelap dan tersembunyi dari pandangan umat asrama akan menjadi port terbaik untuk perokok-perokok yang ketagih asap ini. Selain memilih merokok di blok yang jauh dari pandangan orang, ada juga mengambil tindakan ekstrim dengan membuka siling dan panjat naik dan tanpa membuka majlis dengan ummul kitab, mereka memulakan aktiviti merokok di situ.



3) Memasak secara berjemaah
Kehidupan di asrama membuatkan perut selalu lapar dan stok makanan sentiasa ada. Kawan-kawan aku banyaknya makan Maggi maka mudah saja turun dewan makan minta air panas, rebus dua minit siap. Tetapi aku adalah manusia yang tak makan Maggi atau sebarang instant noodles. Maka otak perlu kreatif untuk memenuhi keperluan perut yang lapar. Biskut kering, kerepek atau coklat jemu dimakan selalu maka setiap kali outing aku akan beli telur barang dua tiga biji. Aku juga sentiasa ada Planta dan roti Gardenia. Apabila perasaan lapar menyerang aku dan beberapa orang kawan akan turun ke bilik seterika. Plug dicabut dan aku akan basuh permukaan seterika. Pukul telur dalam mangkuk, sapu marjerin atas seterika, agak dah panas, tuang telur. Jangan lupa ejas-ejas dia punya panas. Hahahaha. Aku pun hairan macam mana aku boleh sanggup makan. Tapi zaman sekolah memang ada perangai tak kisah yang tinggi. Pakai baju kurung lari laju-laju pun tak kisah. Aktiviti ini perlu dilakukan secara berjemaah kerana anda memerlukan seorang rakan untuk memegang seterika dan seorang lagi sebagai watchman. Hihihihi.



4) Fly
Aktiviti ini juga seronok dilakukan kerana menyebabkan adrenaline rush dan paling penting dilakukan secara berjemaah. Walaupun mahu keluar secara berseorangan menahan teksi tetapi masih lagi memerlukan bantuan orang lain untuk cover anda di asrama. Matlamat fly dari sekolah hanyalah untuk berjimba tak kisah kalau tempat berjimba hanya pekan koboi. Kepuasan fly tidak dapat diceritakan kerana keghairahan...ok aku rasa macam tak sesuai. Passion and adrenaline rush bersatu membentuk keterujaan yang tidak dapat dikongsi bersama. Kalau tak faham tak apa. Sebab aku sendiri pun pening dengan ayat aku. Tetapi kepada mereka yang pernah fly, aku pasti mereka faham apa yang ingin aku sampaikan. Kalau fly untuk buat maksiat memang tak cool. Aku fly sebab lapar. Hahahaha. Pecah rahsia.

Tempting gila tengok cucuq pisang. Tambah tang kerak. Sedap wehhh
Paling sempoi aku pernah keluar selamba badak waktu siang. Kebetulan lepas sekolah aku rasa teringin gila nak makan cucuq pisang maka aku dan Kicik terus keluar lalu macam biasa ikut gate utama. Bila Pak Guard tengok kami, kami senyum dan aku siap angkat tangan padahal dalam hati ketaq tak dak dah. Keluar dari sekolah kami beli cucuq pisang, ada bahagian untuk Pak Guard tu. Bila dah masuk aku tengok Pak Guard tu tengah lena maka kami pun tak jadi nak bagi. Hahahaha.





Ramai yang ingat duduk di asrama bosan dan rasa macam nak panjat KB Mall terjun. Hahahah. Aku selalu buka nak baca entri ni tapi error pasaipa tak tau. Sebenarnya duduk asrama best tetapi otak kena kreatif, pilih kawan yang best dan warden hanyalah watak tambahan yang selalu mati tengah jalan cerita. Warden tu cikgu, maka dia pun tau mengantuk. Cukup masa dia lena bolehlah mula aktiviti. Hahahaha. Banyak lagi aktiviti lain yang aku nak karang tapi aku macam dah pening-pening sebab Bini Ustaz tengah perangat (reheat) gulai ikan dan aku yang dalam bilik pening kepala teruih rasa nak tidoq.



Mungkin jugak sebab aku takbur dengan yui konon tahun ni tak sakit lagi kepala maka lewat malam begini aku sakit kepala. Cis!




20 comments:

Muhammad Faris 'Azim said...

sayangnya, sbpikp tak boleh nak fly. buat rugi ja fly. :(

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim Sapa kataaaa. Haruslah berguru dengan tecer. Hahahah

yui92 said...

tang masak guna iron tu memang 1st time dengaq... kalau setakat serika milo buat jadi coklat bar tu biasalh buat..

masak telur.... xtreme buntinya..hehe

TecerWidad said...

@yui92 Boleh try lepas ni kalau mahu. Bunyi masak telur macah gah. Tunggu nanti tecer buat peknga pakai iron.

khairul_bariyyah said...

spnjg 5thun kat smkab, mmg dorm khairul kat blok yg tpi pdg tu jaa.. xdak la pluang nak mngintai asrama bdk laki.. akhamdulillah~ *ecececeh* :P

TecerWidad said...

@khairul_bariyyah konon berhikmah bajet redha la sangat tapi eja alhamdulillah pun jadi akhamdulillah

Nampak sangat pura-pura redha saja. kahkahkah

Pak Ngah Din said...

fly kat uia jelah

Pak Ngah Din said...
This comment has been removed by the author.
meonism said...

yang nak jadi pengawas tu paling tak tahan..mesti puak2 kuat merepot ni haha

TecerWidad said...

@Pak Ngah Din UIA tak penah fly tapi selalu balik lambat berfoya tak hengat nak tengok jam. Hahahah.

Lagipun curfew pukul 12, keluaq ja jam bapa pon. Ok punya.

TecerWidad said...

@meonism Memang terrer hang meon. Selalu paling menyampah puak-puak gini le

khairul_bariyyah said...

ohhhh, diri ini menaip di dlm kegelapaan.. maafkanlah diri yang tidak sempurna ini.. hihi

Kayun.Zack said...

haha. saya mmg kuat lapaq gak tecer tapi malas nak pesoh buat makanan sendiri pastu tahaq perut la sampai jumpak mknn kat kafe dgn dm. habih lapaq sangat mengadu lapaq kat kwn2. syukurlah sebab kwn2 rapat selalu x lalu mkn biskut2 yg mak depa bagi n entah kenapa saya jadi lalu sgt dengan biskut2 tuh sedangkan biskut2 saya pulak diberi kepada org lain. mcm continuous process ja tuh. hehe

TecerWidad said...

@Kayun.Zack Biasalah, kita memang selalu nampak yang orang punya lagi sedap.

aminuden khalid said...

arrghh senior agama berlin aku rpanya.. patot la skil asrama sama hebat!

aminuden khalid said...

hoho.. produk agama berlin mmg well- developed skil hostelnya..x hairanlah

TecerWidad said...

@aminuden khalid Tunggulah satu hari nanti nak kongsi cerita jahat zaman hostel. kahkahkah

TecerWidad said...

@aminuden khalid The same goes to you kan. Cuma kakak hang yang batch adik tecer tu skemalah sket.hehehe

aminuden khalid said...

btoi ka dia cmtu? maap tecer, watak sy x mncul lg taim 2..kalo x dia x jd camtu..kihkih
(kt umah beliau suster yg sgt lepak)

TecerWidad said...

@aminuden khalid Adik tecer la kata. Elok la kalau dia suster yg sgt lepak. Jangan suster ngesot sudahhh. Kuikuikui

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...