Tuesday, December 13, 2011

Aktiviti-aktiviti budak asrama yang orang tak tahu #2



Setelah memebaca entri pertama berblenderkan aktiviti-aktiviti budak asrama yang mungkin orang yang tak pernah tinggal di asrama tidak tahu, maka selepas ini mungkin memasang impian apabila mempunyai anak mahu menghantar mereka ke asrama. Selain belajar menjadi independent, biasanya budak yang duduk asrama ni rajin sikit dari mereka yang tidak tinggal di asrama. Tak percaya? Buatlah pengamatan secara kasar. Pasti anda akan melihat perbezaannya. Okay, fikiran aku masih lembab-lembab kerana hujan-hujan dan sejuk-sejuk di luar maka paras normal otak aku berfikir kurang dari biasa dan menyebabkan tidak pandai mengarang intro dengan panjang lebar seperti biasa. Ayuh kita buang masa dan baca entri ini.




5) Jalan-jalan di kawasan sekolah
Ini memang aktiviti yang paling aku suka buat bersama rakan-rakan seperjuangan. Kebiasaannya malam minggu tiada aktiviti di asrama maka aku dan rakan-rakan akan pergi ke sekolah berjalan-jalan waktu tengah malam tanpa sebarang tujuan yang khusus. Biasanya dengan berjalan sebegini dapat mencuci mata melihat pakwe-pakwe sekolah yang menjadi idaman hati tetapi nama pun di dalam hati maka dipendamkan juga di dalam hati. Tak apa. Dapat syahid kecil. Kebiasaannya budak perempuan jarang buat aktiviti ini. Selalunya pelajar lelaki yang mendominasi carta tawaf sekolah dan aku juga kurang pasti apa yang mereka buat. Lepas sembahyang mahgrib dan baca Yaasin biasa ada tazkirah tetapi pakwe-pakwe sekolah yang otai sudah cau cin cin dari surau dan berjalan-jalan di kawasan sekolah. Kadang-kadang aktiviti berjalan-jalan begini berlanjutan sehingga lewat tengah malam. Orang lain di asrama sudah tidur tetapi yang jenis berjaga malam memang ini antara aktiviti kegemaran.


Untuk pakwe sekolah terutamanya sila berhati-hati dengan barang anda yang ditinggalkan di dalam laci meja kerana ada segelintir awek sekolah yang gedik akan menggodeh tempat anda ketika anda pergi sembahyang jumaat. Aku tak pernah buat sebab aku memang tak berani nak kacau barang orang dan kerana aku juga tak suka orang buat benda yang sama pada aku maka aku juga tak akan buat pada orang. Eceh. Berhikmah gila statement.



6) Bangun bergosip di tengah malam
Kawan-kawan aku kerap berjaga lewat malam tanpa membuat perkara yang berfaedah. Aku jarang berjaga lewat malam kerana aku manusia yang selalu tidur awal. Sekali sekala aku tidur lewat sudah pasti aku akan bersama kawan-kawan aku yang selama ini aku fikir mereka study tetapi mereka bergosip dan bersembang macam-macam cerita. Adatlah mulut perempuan yang memang suka bercakap sebab tu bahasa-bahasa yang ada dipanggil mother tongue sebab mak lebih banyak bercakap berbanding ayah.


Jangan ingat gadis-gadis sahaja begini. Pakwe-pakwe sekolah juga berkongsi tabiat yang sama. Mereka juga gemar bergosip terutamanya tentang awek sekolah yang hangat. Pakwe sekolah juga akan menjadikan sesi ini untuk mengutuk sikap-sikap gadis yang tergedik-gedik di samping memberi nama-nama gelaran yang akan digunapakai di kalangan mereka. Kepada gadis-gadis yang sudah menamatkan zaman persekolahan, silalah tanya kepada pelajar pakwe-pakwe yang sekelas dengan anda tentang nama samaran atau timangan untuk anda. Kalau tak ada, bermakna anda tak cukup glamer. Kahkahkah.



7) Main bola dalam dorm
Lelaki dan bola mempunyai hubungan yang sangat rapat kerana selain dari sifat suka bermain bola mereka juga dilahirkan mempunyai bola. Eh. Sebahagian pakwe sekolah yang otai gemar bermain bola di dalam dorm ditambah. Cermin pecah, bunyi bising dan kemungkinan didenda adalah perkara kecil untuk mereka kerana kepuasan bermain bola di dalam adalah berbeza dibandingkan bermain di padang. Gadis-gadis yang extreme mungkin juga bermain dalam dorm sekiranya ahli dorm semuanya okay dan bukan kaki mengadu macam nak jadi pengawas. Aku sekadar main zero point atau lompat getah dalam dorm. Nak main bola aku tak cukup berani. Bukan aku takut dengan pengawas atau warden, tetapi aku takut pada bola -__-



8) Buat facial secara berjemaah
Gadis-gadis peringkat umur ini ramai juga yang ada beauty concern. Maka secara berjemaah kami akan membuat facial, pedicure, manicure dan cuci rambut bagai. Aku dahulu memang hapa pun tak gheti maka selalunya mereka akan buat untuk aku sambil bergosip-gosip tentang cikgu-cikgu, pakwe sekolah, dewan makan, artis dan lain-lain.

Aku dan dorm-mates aku suka mencuba fashion rambut yang kami lihat di majalah. Fashion rambut Karisma Kapoor, Madhuri Dixit, Amisha Patel, Amy Mastura adalah yang paling kerap ditiru. Kalau rasa mahu gedik lebih, siap ambil gambar dan posing. Zaman sekarang okay lah pakai kamera digital. Zaman aku kamera kuno. Dah tangkap gambar tunggu time berduit dan outing ke pekan baru boleh cuci gambar. Paling aku tak boleh lupa, ada kawan aku ajar macam mana nak rambut lurus guna jari pun boleh. Siap buat demo suruh baring dan rambut diluruskan ke belakang. Kemudian di atas rambur dialas dengan kain batik. On seterika dan iron-lah atas kain batik yang bawahnya ada rambut. Ya. Memang menjadi macam pergi rebonding di kedai. Tapi tahan satu hari sajalah. Hahahaha.



Macam-macam lagi aktiviti yang dibuat di asrama. Kebiasaannya aktiviti dibuat secara berjemah mengambil kira potensi untuk ditangkap oleh pengawas atau warden. Kepada yang bangun malam pergi raba kawan-kawan atau junior memang tak cool. Gila ke hapa duduk asrama belajar jadi gay. Masa aku form one, aku selalu buat macam-macam helah supaya boleh balik rumah dan tak perlu berhujung minggu di asrama. Tetapi bila dah besar dan dapat kawan yang best, tak balik pun tak apa kerana ada banyak aktiviti yang boleh dibuat di asrama. Aktiviti-aktiviti begini yang memupuk friendship intimacy dan berkekalan untuk suatu tempoh yang lama. Aku malas nak cakap sehingga akhir hayat kerana kebanyakkan kawan yang aku ada bila dah ada boyfriend lupa pulak dengan aku. Cis!













16 comments:

Kayun.Zack said...

ohohoh tecer, yg ni suma buat jugakkk. cuma tukaq main bola dengan main badminton. yg facial tu tengok org ja dok pakat sapu putih teluq kat muka. hehe

Muhammad Faris 'Azim said...

takraw juga. :)

TecerWidad said...

@Kayun.Zack Ya. kita memang pelajar asrama yang ada rutin lebih seronok berbanding manusia2 skema. kahkahkah

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim Budak sekarang dah ramai main takraw terpengaruh dengan libas mungkin

yui92 said...

haha facial pedicure bagai boleh buat reunion buka spa

Muhammad Faris 'Azim said...

@TecerWidad- cerita libas macam apa lagi. tapi, nasib baik ada rosyam nor cover balik. :)

meonism said...

main bola dalam dorm memang game wajib...mohon kpm luluskan liga bola dalam dorm antara sekolah-sekolah

TecerWidad said...

@yui92 Tak boleh. Nanti saloon Chinta Fasha Sandha bungkus pulak. Hahahah

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim Rosyam Nor memang nak tunjuk diri dia. Lagipun bukan filem tu dia yang bikin kah?

TecerWidad said...

@meonism Hahahaha. Mampos si Malik yang bangkang. Kahkahkah

Wawa Amran said...

Best oohh duk asrama nie.. Rugi plak lari balik rumah dlu hehehe~
Masuk asrama kat IPG dh kurang thrill sbb skema nk jd cikgu sume.. huhu~

meonism said...

keh keh keh

meonism said...
This comment has been removed by the author.
TecerWidad said...

@Wawa Amran Esok ada anak hantaq duk asrama bagi dia independent sikit. Lepas tu bolehlah bergosip dengan anak tentang aktiviti begini. Hahahah.

By the way, tunang wawa nampak otai tapi confirm dalam hati ada taman. hehehe

TecerWidad said...

@meonism kahkahkah

Wawa Amran said...

@TecerWidad Memang itu niatnya.. Harap tak buat perangai macam Wawa lar.. Jadi kene hantar asrama jauh2 sikit hehe~

Otai mcm mana tue kak? Jiwang jugak tue.. Jgn dtg angau die, x larat layan =P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...