Monday, December 5, 2011

Bersih yang berbeza

Ini cerita zaman universiti. Aku dan kawan aku suka bertekak benda ntahapapa. Ini bukan bertekak sehingga membawa kepada episod bertarik rambut atau zaman sekarang menyebabkan di-unfriendkan di Facebook. Hahahaha. Lupa pula nak habaq, kawan aku nama Suri. Orangnya lawa tapi tak boleh lawan kelawaan aku lah pastinya. Kahkahkah. Ok. Ini bukan point cerita aku.


Di waktu petang ketika aku dan Suri berjalan-jalan di tepi sungai di dalam universiti yang ada bunyi Islam, Suri tiba-tiba buat ayat bajet drama tv "Bersih udara kat sini meresap sampai otak." Lebih kurang macam tu la ayat dia sebab mustahil aku boleh ingat sebijik sebentuk ayat dia memandangkan dah beberapa tahun berlalu.

Aku buat muka ntahapapa dan kalau dapat diulang mungkin aku akan buat aksi mata ke atas tangan ke bahu.


"Hang rasakan udara bersih dengan makanan yang bersih sama dak?" saja nak kona sikit satgi dia duk keluaq ayat filem professor tu pulak.

"Sama!"

"Mana sama?!" standard orang kita bila tanya pendapat orang, dah orang tu jawab jawapan yang tak kena dengan kita, tak boleh nak terima.

"Pasaipa pulak?!"

"Sebab tak sama la" jawapan yang tak da fakta maka Suri terus buat muka huduh tanda tak setuju.


Lepas jalan-jalan perut rasa lapaq singgah makan kat cafe dan Suri pilih nak makan roti planta kuah kari. Aku pulak..hahaha aku sendiri tak ingat aku makan apa time tu.

Sambil tunggu order siap aku tanya lagi kat Suri, "Baju yang hang pakai ni bersih tak?"

"Bersih!"

"Kedai mamak ni bersih dak?"

"Bersih laa"

"Makanan kat kedai mamak ni hang rasa bersih dak?"

"Bersihhhhhh" huruf h banyak tanda Suri menunjukkan reaksi geram aku banyak soal.


"ROTI PLANTA SIAPPPPPPPPPP!" ini mamak punya dialog.


Suri bangun ambil roti dan duduk dan makan dan makan dan makan. Cubit roti, cicah kuah kari, makan. Aku bangun ambil sudu dan duduk depan Suri. Aku ceduk sikit kuah kari, aku titik atas baju Suri.

"WOIIII??!! Kotoq la baju aku?!"

"Tadi hang kata baju hang bersih. Makanan kat mamak ni pun bersih. Mana pulak kotoq baju hang?" sambil buat muka innocent aku explain seolah-olah aku langsung tak bersalah.

Suri mencarut maka aku rasa tak payahlah aku tulis. Kahkahkah.








Terror dak aku buktikan bukan semua konsep bersih tu sama?













Bersih 2.0 tu lagi tak sama tapi aku sokong!



14 comments:

yui92 said...

sempoi yg amat =p=p=p....

tp at the same time mengcomplexkan kebersihan =p

Muhammad Faris 'Azim said...

perlu dibaca berulang kali baru faham. :)

Pak Ngah Din said...

pemikirin anak muda yang kita mahukan...tecer memang pandai kona merata...dia kilas kot nukot ni...asalkan dia menang...

TecerWidad said...

@yui92 ini sebenarnya tanda-tanda tecer akan menjadi cikgu hebat(lah sangat)

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim ya ka? takpa, takdak sapa marah nak baca beraoa kali pun

TecerWidad said...

@Pak Ngah Din Bunyi macam nak suruh tecer masuk calon jaaaa? Kahkahkah

yui92 said...

*kilas kot nukot ni* tu mcm satu phrase bahasa asing plak..hehe

TecerWidad said...

@yui92 Agak la sebab tecer pun baca dua kali baru faham

Pak Ngah Din said...

bukam phrase english tapi hebrew...bahasa lama...

TecerWidad said...

@Pak Ngah Din Cewahhhh. Nak kata belajar bahasa hebrew, mcm tak berapa nak percaya. Guna Google traslate saja kotttt

Kayun.Zack said...

tecer sempoi. haha. tp masa tecer buat mcmtu, mmg tecer berniat pun la nak tnjukkan pemahaman tecer tntg konsep bersih kat suri ka. ka tecer tiba2 dpt idea nak kaitkan situasi tu ngan idea yg tecer nk smpaikan dlm pos kali ni? pos ni tecer ada masukkan maksud tersirat ka? hehe, kalau baca literature mesti byk mksd tersirat.

TecerWidad said...

@Kayun.Zack Niat nak tunjuk pemahaman - ya

Situasi+idea *yang ni tak berapa faham*

Maksud tersirat - anda memang hebat. esok-esok boleh mengundi pangkah yang elok naa. Hahaha

Kayun.Zack said...

haha. baca balik soklan pun saya jd tak paham. (cita2 dlu nak jd wartwan tecer)

TecerWidad said...

@Kayun.Zack Padan laaa. Hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...