Friday, December 16, 2011

Gemuk tetapi sihat





Adakah wajah di atas kelihatan familiar untuk anda? Ya, beliau salah seorang tokoh agama yang boleh tahan famous selalu muncul di Astro Oasis. Aku bukan nak ulas apa pasal dia cuma nak berkongsi tips yang kakak aku bagitau.


Terus teranglah kalau kita tengok orang badan besar dan dah berumur kita selalu anggap dia berpenyakit. Kalau anda tak ada terfikir macam aku memang baguslah sebab aku memang ada perasaan macam tu. Lagipun memang orang selalu cakap gemuk mengundang macam-macam penyakit. Bukan aku nak cakap orang yang kurus sihat belaka cuma orang yang berisi nih lebih berisiko.


Nak jadi cerita semasa aku sedang menikmati sisterhood moment bersama kakak aku, dia cerita pasal Dr Fatma Al-Zahra ni. Statementnya samalah. Kakak aku nampak orang gemuk dan bertubuh macam berpenyakit tapi alhamdulillah Dr Fatima Al-Zahra sihat walafiat tak ada sebarang penyakit. Kebetulan kawan kepada kakak aku terjumpa dengan doktor falsafah ni dan tanpa rasa kedekut telah berkongsi tips untuk kekal sihat.


Tips Dr Fatima AL-Zahra mudah. Tapi aku susah nak amal. Katanya, sebelum makan, selain dari baca doa makan, baca Al-Fatihah tujuh kali. Ya. Tujuh kali adik-adik sekalian.


Dah dekat seminggu kakak aku bagitau tapi aku masih tak pas nak jadikan amalan. Aku ni, asal nampak benda makan, mengelupur tak sabar nak mentekadarah. Doa makan sahaja yang sempat. Dah makan kenyang baru teringat nak baca Fatihah tujuh kali. Tak ada maknanyaaa -_____-



7 comments:

yui92 said...

saya pun sama... bila nak makan bismillah je pastu ngappp...hehe


eh yang ariff tu suruh tcher mcm2 plak.. dah dia yg copy siap xedit atau link balik pastu nak suruh kita remove sini sana plak.. why not dy copy ja entry tcher tgur dia tu masuk blog dia? (like he did..hehe)

TecerWidad said...

@yui92 Ada jugak geng *lega*

Ntah. Demand lebih-lebih pulak. Kot kata nak minta maaf lain la jugak. Podah.

Wawa Amran said...

Tujuh kali.. Byk jugak.. Confirm jd cam tecer jugak.. but i'll give it a try.. mna tau x lahap sgt hikhik~ ye2 je =P

TecerWidad said...

@Wawa Amran Acu cuba try test tengok eh.

Wawa Amran said...

Selepas sehari, masih belom berjaya.. Tambah2 gie mkn nasi minyak kt kenduri dgn lauk kambing.. mmg tak ingat dah dekat nak baca.. Astaghfirullahhalazim...

TecerWidad said...

@Wawa Amran Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Eceh

Wawa Amran said...

@TecerWidad Betol2.. hehe~ Walaupun belom berjaya, akn trus mencuba huhu~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...