Sunday, December 18, 2011

Jenis-jenis angka yang orang tak suka, terpaksa suka dan suka





Setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis angka. Contoh mudah bangun pagi pukul 6.00 sembahyang subuh dua rakkat kalau rajin buat sunat qabliah dua rakaat dan dah berapa banyak angka yang ada di situ. Pendek kata setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai jenis angka. Memandangkan terdapat pelbagai angka dalam kehidupan kita, aku dengan tidak sengaja telah membuat penaakulan terhadap angka-angka ini maka bolehlah aku simpulkan terdapat angka-angka yang orang suka, terpaksa suka dan yang memang kita suka.


Angka yang orang tak suka

1) Markah peperiksaan yang rendah
Sebagai entiti yang dilahirkan dengan keupayaan otak diparas normal, mendapat markah keputusan yang rendah adalah antara angka yang tidak disukai. Ketidaksukaan akan menjadi lebih tinggi sekiranya akibat daripada markah yang rendah anda akan didenda sama ada oleh guru atau ibu bapa anda. Mungkin kerana bimbang didenda, sebahagian pelajar mempunyai kecenderungan untuk berbohong tentang bilangan markah yang diperolehi sama ada terhadap ibu bapa mahupun kawan-kawannya. Aku juga pernah dapat markah rendah gila masa di universiti. 8 sahaja aku betul dari 50 soalan sebab masa tu aku mengalami keracunan makanan yang pada mulanya aku ingat cirit-birit biasa. Memang azab masa aku jawab exam pakai hentam tanda tak baca soalan sebab dalam kepala duk tebayang mangkuk tandas berbanding nota-nota yang dibaca.

2) Matematik
Matematik adalah salah satu subjek yang kita pelajari dari umur tadika sehingga sekolah menengah. Dah masuk universiti tak semua course ada kaitan dengan Matematik. Di Malaysia, pelajar sekolah menengah tingkatan empat dan lima perlu mempelajari Matematik dan Matematik Tambahan. Walaupun perlu mempelajari kedua-dua subjek berkaitan angka ini, tidak semua meminati Matematik Tambahan terutamanya kerana sebab-sebab yang terlalu subjektif untuk dibincangkan di sini. Dan ada juga dengan Matematik biasa tu pun tak suka juga. Mungkin juga kerana faktor guru yang mengajar tak best dan syok sendiri bila kita tak faham marah pula. Ah, aku pun pernah dapat cikgu macam tu. Pendek kata, tak semua orang dalam dunia ni suka Matematik. Kalau suruh mengira yang biasa mungkin tak apa. Tapi dah masuk log, sets, reasoning bagai mungkin secara tidak langsung membuatkan anda mencarut ringan dan tak puas hati kenapa perlu belajar topik yang entah masa bila nak digunapakai.

3) Berat badan
Berat badan merupakan antara isu sensitif untuk gadis-gadis. Gadis-gadis lebih suka merahsiakan berat badan terutamanya bila berat badan melebihi paras normal dan secara tidak langsung akan mula berdiet dan sanggup tak makan malam walaupun emak di dapur masak sedap dan anda di dalam bilik berbaring di atas katil menangis teresak-esak dan pasrah dengan ujian dan godaan yang diberi. Hahahaha. Aku juga sebanarnya dalam proses mendietkan diri kerana telah mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dan makan mengikut nafsu. Terima kasih Herbalife walaupun ada yang kata shake aneh tetapi untuk aku masih sedap dan lazat diminum.


Angka yang orang terpaksa suka

1) Umur
Ini juga antara perkara sensitif untuk gadis-gadis. Aku juga boleh naik angin kalau ada yang cakap umur dekat 30 tetapi belum bernikah. Hoi, jodoh kerja tuhan. Kalau rasa diri seperti tuhan, cepatkanlah jodoh aku. Ikut hati mahu saja aku cakap ba wau dal wau ha. Okey. Berbalik kepada umur, ia merupakan angka yang terpaksa disukai kerana setiap tahun akan bertambah dan terus bertambah. Tahun depan aku akan berumur 29 tahun dan aku terpaksa suka walaupun sudah hampir dengan 30 tetapi tak kisah kerana masih comel dan jelita macam awal 20-an. Kahkahkah. Peduli apa orang kata. Yang penting diri young at heart.

2) Jam
Jam juga antara jenis angka yang kita terpaksa suka kerana mustahil nak cakap tak suka kerana dalam sehari kita lebih kerap tengok jam berbanding tengok Al-Quran. Hahaha. Aku pun tak tahu nak explain macam mana tapi pada aku jam dan waktu adalah angka yang terpaksa kita suka.


Angka yang orang suka

1) Tarikh yang cantik
Tarik yang cantik seperti 11.11.11 disukai ramai dan kerana itu ramai yang berebut nak kawen nak kenduri tarikh tersebut. Kalau dapat anak kemudian lahir pula di Terengganu sudah pasti nombor ICnya juga cantik 111111-11-####.  Biasanya gadis-gadis lebih tertarik dengan angka yang cantik begini dan mungkin kalau kena propose dengan boyfriend hari ini sanggup tunggu hari lain untuk say yes semata-mata nak tarikh yang cantik. Aku juga pernah lalui tarikh cantik untuk birthday aku yang ke 19 which was on 20.02.2002. Kalau aku boleh menikah tarikh tersebut mungkin lebih cantik tapi apa boleh buat, aku masih muda ketika itu dan sekarang pun masih muda lagi. Hihihi

2) Markah peperiksaan yang memberangsangkan
 Markah peperiksaan yang rendah adalah angka yang tidak disukai dan markah yang memberangsangkan sudah pasti dekat di hati dan lemak berkrim disukai ramai. Kerana ramai yang suka markah tinggi mencanak dan boleh menjadi kesayangan guru kerana pandai ada juga perangai ntahapapa yang sanggup meniru tak sedar hilang keberkatan dan kelak memberi kesan juga pada gaji yang diterima bila dah kerja. Biarlah dapat markah tak berapa nak cemerlang daripada meniru kerana akhlak mulia dan terpuji lebih penting dari otak yang bijak pandai tetapi rupanya pentiru.

3) Duit
Sembang banyak pun tak guna. Siapa yang tak suka duit? Orang yang zuhud pun suka banyak duit sebab nanti boleh derma kepada yang miskin. Sebab tu ramai budak suka hari raya boleh collect duit raya dan aku sebagai yang dah berkerja kadang-kadang sahaja beri duit raya dan lihat pada kemampuan diri. Tapi biasanya tak berapa nak mampu. Kahkahkah. Tapi duit banyak pun kalau tak berkongsi duk perabes buat beli batu permata harga juta-juta pun tak guna. Takpun dapat keuntungan berlipat ganda jual minyak serata dunia tapi semua bagi pada kroni dan punyalah dah banyak duit sampai bela lembu pun dalam kondo.




Banyak lagi jenis angka yang ada dalam dunia dan ada yang kita suka, ada yang terpaksa suka dan ada yang benar-benar suka. Bagi seorang blogger, mungkin bilangan follower yang ramai antara angka yang disukai. Tapi percayalah, dalam banyak-banyak angka, duit yang paling orang suka. Masa aku belajar zaman degree, aku ada juga belajar pasal nombor-nombor gini dan ada seorang lecturer aku sebut ada satu hadith yang bunyinya lebih kurang; Allah is odd (one) and He likes odd numbers. Haruslah esok aku menikah aku pilih tahun nombor ganjil, bilangan anak aku pun nombor ganjil. Eceh. Jauh aku berangan. Takpa, berangan tu free.





14 comments:

yui92 said...

kahkah paling setuju pasal duit tu.. kalau angkanya berbilang2 mmg best sungguh..

dalam perancangan nak beli baju sejuk baru.. winter's coming =p=p=p

MissCapitalA said...

part matematik tu,,slalu je mengomel "perluu ke blaja algebraic sume nii?takde gunenye pun.hoh."

Mim Hasniyah Yusof said...

Birthday teacher sama dengang birthday kakak saya... hehe :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wawa Amran said...

Angka dlmminda sy skarang ialah duit.. Cam tamak plak kan huhu~

TecerWidad said...

@yui92 kenapa tak gunakan kemahiran menjahit yang dipelajari dan jahit baju sejuk sendiri. pasti ramai gadis akan cair melihat kebolehan anda. hahah

TecerWidad said...

@MissCapitalA anggaplah kerana kita dah pandai sangat maka perlu belajar benda-benda yang mungkin tak ada kegunaannya kelak. ekekeke

TecerWidad said...

@Mim Hasniyah Yusof maka dengan itu tecer umumkan cuti hari tersebut. cuti makan dan minum sahaja. bukan cuti umum ponteng kuliah bagai. hahahaha

TecerWidad said...

@Wawa Amran Great minds think alike. kuikuikui

Muhammad Faris 'Azim Ab Razak said...

bilangan undi pilihan raya yang meransangkan amat disukai kerajaan dan pembangkang. :)

Wawa Amran said...

@TecerWidad I looiiikkkeee haha

TecerWidad said...

@Wawa Amran Even more!

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim Ab Razak Tapi kalau ada unsur hantu dan ghaib boleh jadi juga tak suka. hihihi

Kayun.Zack said...

21/6/2006 ---> kira tarikh cantik jugak x tecer? tak terpikir pulak dulu. sebenarya saja nak heboh2 besday sendiri. hihihi

TecerWidad said...

@Kayun.Zack Hahahaha. Kalau nak hadiah kena mai collect di rumah tecer di Baling

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...