Monday, December 26, 2011

Jenis-jenis promoter di kaunter produk kecantikkan


Gadis dan kecantikkan mempunyai hubungan yang sangat akrab. Makanya setiap gadis normal memiliki satu hormon untuk tampil cantik dan diiringi kemahuan mencuba pelbagai jenis produk yang berada di pasaran. Hubungan para gadis dan produk kecantikkan bolehlah ditafsirkan seperti carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga atau  air dicincang tak akan putus. Buktinya, walaupun selepas kecewa dengan produk kecantikkan yang dibeli, kekecewaan tersebut tidak kekal tetapi sudah pasti gadis-gadis akan move on dengan mencari produk kecantikkan yang lain berdasarkan iklan-iklan yang ditayangkan atau testimoni-testimoni palsu di majalah dan akhbar. Hahaha. Suka-suka aku nak kata palsu. Aku jenis manusia yang tak percaya cerita dongeng dari majalah atau surat khabar. Scarlet Johansson pun cakap 'How do I know it was a lie? Because I read it on newspaper'. I loikeeee.


Aku mempunyai beauty awareness yang agak tinggi. Bermula dari zaman universiti, dah pegang duit sendiri telah bermacam-macam produk yang aku guna. Dari Safi kepada Olay, terjah ke Nano dan kembali ke Olay dan terkini combination Olay dan Hada Labo. Ada juga produk-produk lain yang aku guna dalam sebulan dua tetapi kerana tak ada kesan aku buang begitu sahaja atau sedekah kepada yang berminat. Memandangkan aku telah menggunakan pelbagai jenis produk, maka aku perlu berhadapan dengan pelbagai jenis manusia yang bekerja sebagai promoter di kaunter-kaunter produk kecantikkan. Ayuh kita lihat jenis-jenis promoter yang terdapat di kaunter kecantikkan.


1) Perasan lawa
Promoter yang perasan lawa adalah promoter yang rasa dirinya cukup cun padahal sekadar boleh tahan. Dah tepek make-up segantang memanglah nampak putih melepak dan gebu padahal lihat di leher kesan daki pun ada. Hahaha. Promoter yang perasan lawa adalah promoter yang boleh dikatakan mempunyai self-esteem yang tinggi kerana tanpa ragu-ragu membandingkan dirinya dengan kita sebagai pembeli. Aku pernah mengahadapi situasi begini dan sumpahlah kalau aku lelaki tak hadap sangat pun dengan muka dia. Sungguh berani mati dia mengeluarkan statement dia lagi cantik dari aku padahal aku ni siapa yang kata aku tak comel? Kahkahkah. Statement riak rasa macam nak tabuh tapi itulah hakikat sebenarnya. Sebagai promoter, kalau benar pun hang lagi lawa tak payahlah nak telus sangat. Jaga hati customer yang boleh jadi tengah PMS maka tak jadi beli barang.


2) Indah khabar dari rupa
Ini merupakan pengalaman aku ketika mahu mencuba produk Syurah tapi hasrat aku terbatal melihatkan wajah si promoter dek kerana statementnya yang pada aku ibarat dia telah membunuh kariernya sebagai promoter. Si akak promoter dengan jayanya menghasut aku membeli produk Syurah dan memberi syarahan panjang lebar tentang keberkesanan produk Syurah. Aku hampir percaya dan perlahan-lahan menanam tekad untuk membeli dan mencubanya tetapi nafsu aku secara tidak sengaja atau mungkin juga sengaja, dimatikan apabila si akak promoter mengaku telah menggunakan produk tersebut lebih dari dua bulan. Ini bukan nak menghina tapi wajahnya berjeragat dan berjerawat sedangkan sebelum tu promote kat aku produk ni boleh hilangkan jerawat jeragat bagai. Makanya lebih baik si akak promoter tak buat statement berani mati begitu kerana bisa melumpuhkan syahwat membeli produk itu. Dalam konteks ini bukan produk Syurah yang salah, tapi akak promoter yang salah. Ya, dia yang salah.


3) Encyclopaedic knowledge of beauty products
Aku cukup suka kalau dapat promoter begini. Yang sanggup cerita pro and cons semua produk yang ada. Promoter jenis ini juga akan berkongsi tips-tips dan juga regime penjagaan wajah yang betul. Masa aku beli produk Olay, aku dapat promoter sebegini dan aku memang cukup bernafsu nak beli. Di samping itu, promoter sebegini juga akan bertanya tentang jenis kulit dan permasalahan yang ada supaya dia dapat mengsuggestkan produk yang sesuai dan kemungkinan untuk berlaku penyesalan di kemudian hari mungkin sedikit rendah. Mengikut kajian rambang aku, promoter sebegini biasanya boleh didapati di kaunter-kaunter kecantikkan yang menjual produk yang dah established atau bahasa mudahnya, dah gah berbanding produk-produk lain.


4) She thought she is an encyclopaedic knowledge of beauty products
This kind of promoter is definitely the opposite of the above type. Aku mengalami situasi begini apabila ketika aku ke pasaraya Aneka di Baling. Akak promoter tu seingat aku dah lama gila kerja kat situ. Dah lah jenis memaksa, kemudian berlagak pandai yang aku rasa macam nak simbah asid saja. Ada satu ketika aku pergi cari SPF lotion tajuk Banana Boat. Aku dah dapat rasa mungkin tak ada sebab pasaraya Aneka, what do you expect? Kahkahkah. Makanya akak promoter yang aku rasa lebih bersifat menyibuk berbanding menolong datang promote produk apa ntah yang langsung aku tak pernah dengar. Bila aku tanya ada tak produk Banana Boat, dia kata tak pernah dengar. Yang aku bengang sekali dia boleh tambah You pakai produk kampung. Mana ada jual kat sini. Aku tak buang masa mencarut dalam hati. Aku takdak kekuatan lagi nak mencarut right on face. Tunggulah kalau aku tengah PMS. Boleh jadi aku mencarut secara live kerana keperasanan yang dia tunjukkan.


Sikit punya glamer jenama ni dia kata produk kampung??? 
Harus aku bagi back hand dua kali berturut-turut di wajahnya


5) Tak ikhlas
Promoter yang tidak ikhlas adalah promoter yang tidak melayan anda ketika anda dibelenggu pertanyaan dan dia hanya akan menghampiri anda dikala anda sudah membuat keputusan untuk membeli. Biasanya dia cuma akan bagi tahu harga sambil buku resit di tangan kerana biasanya promoter di kaunter produk kecantikkan mendapat komisen berdasarkan jualan produk. Sekiranya bertemu promoter sebegini adalah afdal untuk anda nasihatkan dia berhenti kerja atau cuba bekerja di bahagian lain. Kadangkala juga wajah masam mencuka menjadi hiasan dan dipamerkan tanpa segan silu sedangkan pada aku sekiranya anda memilih bekerja sebagai promoter adalah wajib untuk anda berwajah manis dan anda tidak dibenarkan menggunakan PMS sebagai alasan untuk bermasam muka. Hahaha.



Aku percaya mana-mana gadis yang membeli produk kecantikkan pernah bertemu jenis-jenis promoter begini. Mungkin ada jenis-jenis lain yang belum aku discover kerana memandangkan aku tak suka berhadapan dengan promoter, aku lebih suka menggunakan khidmat kekasih gelap dan dari apa yang dia sampaikan aku terus membeli tanpa perlu dengar pendapat atau pandangan akak promoter. Cara begini juga dapat mengelakkan aku dari mencarut-carut ringan dan menyalahkan akak promoter kerana aku membuat pilihan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana akak promoter sekaligus tak adalah aku tambah kering duk mengata mereka. Kepada gadis-gadis, aku harap anda tidak mudah terpengaruh dengan pujukan dan kata-kata manis akak promoter kerana sebenarnya lebih banyak auta berbanding fakta.













Baru aku perasan, aku tak sepatutnya guna term akak promoter kerana ada juga promoter di kaunter produk kecantikkan yang nampak sahaja seperti akak.





15 comments:

Muhammad Faris 'Azim said...

for sure,
saya tak suka promoter kacau saya beli barang. macam tak dak privasi langsung. :(

Pak Ngah Din said...

gua pernah kluaq outing kat area KL, then sampai kl sentral ada promoter berukband maxis berteriak..."abg!!abg imam muda, andalah yg kami cari...". gua heran sapa imam muda yg dia maksudkan...rupa2nya gua..sebab? sebab gua pakai ketayab....KAHKAHKAH

Kayun.Zack said...

hahaaaaa, "u pakai produk kampung". sukaaa hati dia jaaa. hahaha. lawak2

Wawa Amran said...

Macam2 jenis promoter.. Wawa depends on product.. Kalau product baru I prefer to hear from the promoter tp lebih suka pergi booth product tue sendiri sbb promoter die lebih meyakinkan & knows everything bout the product =)

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim Dia follow yang hensem dan jelita sahaja. Sila berbangga. Hahaha

TecerWidad said...

@Pak Ngah Din Pasti kerana seri wajah tanda orang ada iman. Boleh buat sujud syukur ~teehee

TecerWidad said...

@Kayun.Zack Padahal dia pun duduk simpang empat wat siam yang mcamlah urban sangat.

TecerWidad said...

@Wawa Amran tidak mustahil juga ada fakta tambahan yang direka-reka untuk meyakinkan anda. hahaha

Hikaru Yui said...

kahkah teringat makcik2 promoter (xpernah jumpa plak akak promoter) yang di watson pantang lalu ja dia nak suruh beli pencuci muka... apa muka ini bermasalah sgt kah?

agaknya memang betol kot? hahaha

TecerWidad said...

@Hikaru Yui Redha sajalah. Anggap sebagai ujian untuk anda. Hahahaha

Muhammad Faris 'Azim said...

@TecerWidad- tiba-tiba rasa macam nak p bei barang dan tunggu promoter sampai. :)

Hikaru Yui said...

@TecerWidad daripada secanggih2 jenama sampailah homemade bedak resdung.. semua gheja nak attack saja...kahkah keji xingat tuu

Wawa Amran said...

Mungkin lar tp dkt booth tak memaksa... Tp kalau kat kelantan byk yg bedak sejuk buat sendiri siap suh testing2 kat tgn pastu paksa beli.. Mcm ape jer.. X berminat lgsg kot huhu

ilhambrothers said...

lagi sakit hati bila kita tgh pening nak pilh,dia suggest yang paling mahal dan dengan yakinnya kata yang tu paling elok..mentang2..*walaupun mungkin dia benar..kahkah

TecerWidad said...

@ilhambrothers mungkin anda mempunyai wajah stok orang kaya. hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...