Saturday, December 24, 2011

Kisah aku dan pengawas


Ramai duk tanya aku siapa Ahmad Faryzzal@Afif tu. Tah la. Aku pun tak kenal dia dan aku rasa dia pun bukan kenal sangat aku tapi hati busuk duk komen kat blog aku bagi menyakit hati. Nak cakap pasal amanah sebesar biji sawi pun dikira, tidoq tak tidoq bilik pengawas. Ahh boleh buat aku period sepanjang tahun kalau duk melayan dia.

Dah tu nak buat macam mana aku memang tak suka pengawas? Ibarat hang memang jenis tak suka makan sayur, kalau ada orang paksa-paksa mesti hang rasa macam nak tabuh. Makanya sebab dah kata kita ni hidup negara demokrasi, tak payah nak komen atau buat statement yang indirectly memaksa aku sayang dan suka pengawas.

Ni aku nak cerita satu kisah zaman aku sekolah menengah dan seorang pengawas yang tak perlu aku bagi tau nama dia. Tak mau aku nak telanjang aib orang. Mungkin boleh bagi bukan nama sebenar supaya mudah aku nak karang cerita. Buh nama panjang bajet sedap macam novel Alaf 21 - Putri Amanna Damia Balkish. Kahkahkah. Gedik tak hengat nama.

Time aku belajar dulu, undang-undang sekolah aku memang ada yang macam pelik tak masuk dek akal tapi aku rasa ada blessing in disguise. Contohnya wajib lipat tudung siap buh jarum peniti kiri kanan, wajib pakai kain dalam time sekolah dan macam-macam lagi. Aku dikurniakan kulit putih berseri yang sangat sensitif pada cuaca panas atau keadaan panas maka tak boleh pakai kain dalam. Kalau pakai jenis berlapis-lapis musuh tapi teman setia akan datang melawat. Siapa lagi kalau bukan ruam-ruam merah yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Sebab tu lah aku minta Bini Ustaz buat kain sekolah kat aku, cari material yang tebal dan tak nampak tiang gol supaya tak pakai kain dalam pun tak apa. Bini Ustaz ibu mithali maka pastilah permintaan aku yang mudah begini dituruti.

Tapi kalau dah pengawas tu pengawas jugak. Aku selalu sangat kena tahan dengan si Putri Amanna Damia Balkish. Asal kena tahan tobatlah dia bagi tazkirah suruh aku jaga aurat sampai naik nanah taik telinga aku nih. Aku pun dah malas nak explain dan aku anggap dia ada amnesia. Padahal kalau aku kangkang test bawah lampu haram tak nampak dua batang kaki aku. Saja nak dajalkan aku.


Tak cukup pasal kain dalam, Putri Amanna Damia Balkish kata tudung aku tak cukup labuh. Nampak siku la, tak sesuai la. Benci tau dak? Benci yang amat dan ni la yang aku maksudkan duk cari kesalahan aku. Memang sampai aku tingkatan lima dia duk cari salah aku. Jeles kot aku comel dari dia.


Bila dah masuk universiti, aku pun tak amek tau apa jadi kat dia. Tapi Tuhan nak tunjuk kat aku barangkali. Satu hari aku pi Sunway Pyramid. Saja jalan-jalan cuci mata. Tup-tup aku nampak si Putri Amanna Damia Balkish ni. Lama aku tengok sebab takut salah orang.

Ya, aku memang tak salah orang. Hebat dia masa tu. Tudung dah tak dak. Kena ragut mungkin. Pakai jeans ketat nampak bonggol dua di belakang. Baju pun ketat. Dah ketat tak cukup kain pulak. Jalan pulak dengan boyfriend barangkali. Tangan melilit dengan tangan boyfriend. Aku tengok saja. Tengok dan tak kata apa.


Walaupun dulu aku tak pakai kain dalam, walaupun aku selalu culas pakai sarung kaki, walaupun tudung aku tak cukup labuh tak tutup siku, aku...ah, malas aku nak sambung ayat sendiri. Ini yang aku panggil cakap tak serupa bikin.




18 comments:

Kayun.Zack said...

puteri amanna ooh puteri amanna.

kalau kat skolah dlu saya pakai anak tudung hitam selalu jugakla kena ambik nama. haha

Faiqah Umaira said...

hmmm, rules are rules, that's what people saying

TecerWidad said...

@Kayun.Zack Kadang2 ada yang tak faham kan atau bahasa mudahnya, tak reti nak tolak ansur

TecerWidad said...

@Faiqah Umaira I don't get what are you trying to say. But I hope you do get the point of this entry.

Muhammad Faris 'Azim said...

haha. tulah.

meludah ke langit, akhirnya terkena muka sendiri. :)

ilhambrothers said...

bini ustaz mmg ibu mithali.. :)

meonism said...

haters gonna hate

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim Tepuk air di dulang terpercik muka sendiri


takpalah, mungkin dia masih amnesia

TecerWidad said...

@ilhambrothers it flows in the family actually. hahahaha.


ni abang angkat syarifah nur athirah eh?????? haipppp

TecerWidad said...

@meonism ever!

ilhambrothers said...

@TecerWidad sapa tuh?yalaa..anak murid ramai sgt,,smpai tecer xkenal.. :P

TecerWidad said...

@ilhambrothers Maafkan tecer yang dah tak so young anymore. Itulah ramai sangat anak murid. Belum campuq anak sendiri, anak menakan, anak bangsa, anak tangga dan macam-macam anak yang ada.

Makanya dengan rasa rendah diri silalah perkenalkan nama penuh. That's why people said never leave a burning candle unattended. Terbakar hangus apa pun tak dak.

*tinggi gila metafora.kahkahkah*

Wawa Amran said...

Puteri Amanna Damia Balkish.. mmg gedik tak hengat.. Isi borang buat I/C x cukup ruang kahkahkah..

Pernah ada pengalaman mcm nie tp bkn dgn pengawas.. Dengan kwn yg perlekehkan Wawa sekolah Methodist.. Kurang didikan agama katanya & dia yg sekolah agama cukup hebat agamanya hingga kini pemakaiannya lebih teruk dr si budak kurang didikan agama ini..

TecerWidad said...

@Wawa Amran Mungkin dia jugak ada masalah amnesia. Ayuh kita doa dia segera pulih. Hahaha

Wawa Amran said...

@TecerWidad Good one haha!

Amanina said...

Amnesia terlampau! Haha XD

Hidayah Ahmad said...

Huhu sampai begitu sekali perubahannye..

Atho Ath At A said...

setuju gila! haha. dulu masa sekolah (tak berapa nak dulu sgt la kot haha), pun tak berapa nak akrab sgt dgn pengawas. disebabkn segelintir trjebak dlm mmpunyai sikap tak serupa bikin, nama utk semua angkatan pengawas trcemar. wakaka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...