Sunday, December 4, 2011

Perkara-perkara yang menjadi spoiler di kenduri kahwin


Di sepanjang musim cuti sekolah, pasti ramai yang meluangkan masa di samping memenuhi tuntutan agama menghadiri majlis perkahwinan. Kebiasaannya, golongan pra-dewasa, dewasa dan post-dewasa akan menghadiri majlis perkahwinan tanpa paksaan kerana bagi pra-dewasa kenduri kahwin adalah tempat untuk bertemu jodoh, manakala golongan dewasa perlu hadir tambah-tambah yang belum kahwin (macam aku) sebab nanti kenduri mereka tak ada yang hadir. Bagi kumpulan post-dewasa ini adalah tempat untuk mereka bertemu sahabat di samping mencari jodoh untuk anak-anak mereka.



Aku adalah manusia yang gemar menghadiri kenduri kahwin. Matlamat aku hanya satu. Makan percuma! Ya, aku suka benda percuma terutamanya makanan yang sedap-sedap. In fact rasa home-made air sirap adalah tidak sama dengan kenduri-made air sirap. Rasa sedap yang berbeza. Berikutan kekerapan aku menghadiri kenduri kahwin secara istiqamah, maka dapat aku simpulkan terdapat beberapa perkara yang menjadi spoiler di kenduri kahwin. Spoiler ini adalah untuk tuan rumah termasuk pasangan pengantin. Cekidauttt.



1) Sudah menjadi kelaziman bagi pasangan pengantin untuk menjemput rakan-rakan untuk memeriahkan kenduri kahwin mereka. Mereka yang memiliki Facebook akan mengupload kad dan mengetag rakan-rakan yang ada. Tidak cukup dengan itu ada yang membuat page event apa tak tau sebab aku tak ada Facebook maka aku tak boleh nak ulas panjang-panjang. Maka di sini apa yang mungkin menjadi spoiler adalah apabila anda membuat tindakan mengundang bekas teman wanita atau teman lelaki anda.


Bagi pengantin lelaki menjemput bekas (-bekas) awek anda mungkin menjadi spoiler besar terutamanya dek kerana sudah lama tidak bertemu tiba-tiba bekas awek anda hadir dengan wajah lebih jelita dari biasa dan lebih ump berbanding isteri anda. Jangan lupa syaitan ada di mana-mana dan ketika itu syaitan akan menghasut anda membisikkan kata-kata penuh sesalan. Begitu juga pasangan pengantin perempuan. Tiba-tiba datang pula bekas pakwe anda yang kini sudah kaya raya harta berjuta dan single pula sudah pasti menjadi spoiler bagi perasan anda yang ingin bergembira di hari anda. Dengarlah nasihat Barney Stinson How I Met Your Mother jangan jemput ex anda ke majlis perkahwinan anda kerana lebih banyak spoiler berbanding keberuntungan.



2) Kenduri kahwin dan makanan adalah perkaitan yang sangat rapat. Jangan tak tahu ramai pengunjung kenduri kahwin tahan lapar dari pagi dan mahu balun secukupnya di kenduri kahwin. Ok, mungkin tak ramai tapi kalau aku memang aku simpan perut dan melantak secara besar-besaran tanpa rasa malu. Aku juga okay sahaja untuk bangun dan tambah bagi kenduri yang mengamalkan konsep buffet atau minta tambahkan nasi kepada petugas-petugas kenduri bagi yang mengamalkan konsep hidang. Maka tuan rumah perlu memastikan kuantiti makanan mencukupi bagi tetamu-tetamu yang hadir. Menjadi spoiler dan malu besar sekiranya makanan tidak mencukupi dan tetamu pula masih hadir tanpa putus-putus. Jangan tak tahu sudah pasti akan ada yang mengata dan kenduri rumah anda yang akan datang tetamu akan makan sedikit sahaja maka mungkin berlaku episod tidak habis pula dan sudah pasti menjadi spoiler juga.



3) Hujung tahun merupakan cuti panjang dan untuk seorang cikgu seperti aku memang berseronok di rumah dan menambahkan hormon-hormon malas yang sudah sedia ada. Paras hormon malas meningkat secara mengejut dan tanpa kawalan apabila cuaca mendung hujan turun renyai-renyai sepanjang hari. Sebenarnya point aku di sini adalah cuaca hujan lebat guruh berdentum turut menjadi spoiler untuk kenduri kahwin. Aku tidak suka menggunakan terma cuaca kurang baik sebab pada aku semuanya baik sahaja (mode: berhikmah).



Hujat lebat boleh menyebabkan tanah menjadi becak dan lecah. Tanah lembik dan gadis-gadis yang datang pakai high heels akan berjalan penuh debaran takut yang dipakai tenggelam terlekat pula dan menjadi mangsa ketawa secara berjemaah. Hahaha. Aku memang selalu tumpang gelak tambah pula aku pakai flats shoes maka tidak ada masalah kasut lemas dan terlekat pula. Hujan lebat mungkin menjadi spoiler untuk tuan rumah kerana secara tidak langsung akan berlaku pengurangan kedatangan tetamu dan mengakibatkan makanan dibazirkan di penghujung hari. Sebenarnya Bini Ustaz juga suka menggunakan alasan hujat lebat untuk tidak pergi kenduri kerana bahaya memandu dalam hujan lebat padahal dalam hati terselit juga malas walaupun sedikit. Maka petua yang diamalkan biasanya pengantin akan melempar baju ke atas bumbung rumah dan kononnya cuaca akan terang sepanjang hari. Tak tahulah kalau ada doa yang perlu diamalkan semasa melempar baju dan aku pula dalam mood malas tak mahu gunakan khidmat kekasih gelapku, Abang Google. Tapi kalau dah nak hujan tu hujan jugak. Kun fayakun.



4) Sudah menjadi trend di kalangan sebahagian tuan rumah suka menjemput orang besar dan kenamaan untuk memeriahkan kenduri kahwin yang bakal berlangsung. Sebenarnya perkara ini menjadi spoiler untuk pasangan pengantin kerana anda bukan lagi raja sehari dan tidak lagi menjadi centre of attraction. Perkara ini dapat aku lihat semasa kawan aku kahwin kerana bapanya merupakan wakil rakyat (ketika itu) dan menjemput menteri besar Kedah (ketika itu). Sekarang ni pakat dah jadi pembangkang belaka kerana tak cukup majoriti nak pegang negeri. Hahahaha. Okay. Berbalik kepada situasi ketika itu, kebanyakkan tetamu yang datang sibuk nak salam dengan MB berbanding pasangan pengantin. Deejay yang ada pun duk bagi ulasan pasal MB berbanding pasangan pengantin yang sedang makan-makan. Kalau aku yang jadi pengantin sudah pasti aku akan mencarut ringan di dalam hati. Maka aku rasa kalau nak jemput orang besar atau mana-mana MP, boleh sahaja asalkan merka jenis yang low profile. Tak perlu nak bersiap meja bagai dan tak kisah makan bersama rakyat yang sebelum ini dah pangkah untuk mereka.





Menjadikan sebuah majlis perkahwinan sempurna tanpa sebarang cacat cela adalah mustahil. Apa yang aku listkan di sini adalah hanya dari pandangan aku yang tidak maksum. Mungkin pada orang lain tidak menjadi spoiler. Sebenarnya ada lagi yang aku nak tulis tetapi memandangkan Bini Ustaz dah panggil aku untuk menjadi drivernya ke kenduri kahwin, maka ini sahaja yang aku dapat taipkan. Tapi nak kata aku malas pun aku tak kisah. Sebab memang ada juga mode malas kerana cuaca yang suram macam pukul 9.00 pagi padahal dah tengah hari, kalau boleh nak duduk atas katil sambil godeh-godeh internet *background lagu The Lazy Song*







13 comments:

Wawa Amran said...

Kad kawen Wawa nanti kene tulis "menjemput Tecer Widad & Khairul Bariyyah" lar.. =P

TecerWidad said...

@Wawa AmranBaca kali pertama tak berapa nak faham, kali kedua baru faham. Hahaha. *slow mung nih* Tapi kalau iman kuat dan tabah maka panjangkanlah undangan kepadanya.


p.s jangan guna jemput. jemput tu maksudnya wawa kena mai amek baru kami pi kenduri. kalau undang, kami dipanggil untuk terut serta tanpa perlu wawa mai jemput.

Tapi dah kalau memang wawa nak mai jemput kami ok jaaaaa

yui92 said...

kahkahkah... kena berhati2 plan majlis tu nnti =p=p=p

Muhammad Faris 'Azim Ab Razak said...

Rumah banjir pun boleh jadi spoiler. :)

TecerWidad said...

@yui92Ya. Di samping berhati-hati, perlu juga perancangan yang tidak makan hati mana-mana pihak terutama pasangan sendiri.

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim Ab Razak Kalau banjir boleh buat kat shelter for flood victims.. Untung tak payah bawa keluar duit untuk makan sebab semua orang dah sedia. Hahahaha

Muhammad Faris 'Azim Ab Razak said...

@TecerWidadbetul jugak!

Wawa Amran said...

@TecerWidad Xpe lar, sampai masa ada lar kad nya..

Alamak bahasa sgt teruk... Asal lar erkk.. Betul2 mengundang.. Malu*

Xdan nk p jemput lar tecer.. Kelam kabut kt sini, nk p kedah bukan dekat hehehe~

TecerWidad said...

@Wawa Amran Biasalah. Akak lagi selalu typo. Love bite jadi love nite. kahkahkah

Pak Ngah Din said...

TecerWidad ...ni petanda baik yg menyatakan tak lama lagi boleh merasa nasik minyak kat umah ustaz & bini ustaz

Kayun.Zack said...

selalu lepas kenuri kawin mesti ada lagi kisah2 yg akan hangat diperkatakan org2 kampung buat beberapa hari. (my kampung la,haha)

TecerWidad said...

@Kayun.Zack Mana-mana kampung, taman, apartment, flat semua sama saja. Hahahah

Wawa Amran said...

@TecerWidad Wawa salu typo dkt twitter smpai org tak percaya teruknya typo haha!
Mengundang ex yg bakal kawen or dh kawen xpe kan =P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...