Tuesday, December 20, 2011

Sebab-sebab pelajar biasa tak suka pengawas


Pengawas dan pelajar sekolah adalah dua entiti yang kebiasaannya tidak seia sekata sehati berdansa serasi bersama. Sebagai rakyat Malaysia sudah pasti aku pernah bersekolah dan terpaksa menghadapi kehidupan bersama entiti bergelar pengawas. Pergh ayat macam scary the mary.


Semasa di sekolah rendah, aku biasa-biasa sahaja dengan geng pengawas kerana biasalah semua pun budak-budak kecil hati suci belaka. Tetapi bila dah naik sekolah menengah, welcome to the real world. Masa ni kawan-kawan yang dapat title pengawas dah pandai tunjuk taring menyebabkan ramai rakyat biasa rasa sakit hati dan memupuk perasaan tidak suka pada mereka. Untuk pengetahuan anda, aku juga pernah menjadi pengawas tapi setahun sahaja kerana tidak suka dengan sikap rakan-rakan yang berada dalam team pengawas kerana lebih ramai yang hipokrit berbanding yang benar-benar suci. Maka kerana perasaan sakit hati dan rasa ditindas, pengawas adalah golongan yang sering diumpat dan dikeji. Ayuh kita lihat sebab-sebab pelajar biasa tak suka pengawas.


1) Bajet bagus
Mereka yang terpilih menjadi pengawas biasanya mempunyai perasaan diri lebih bagus dari orang lain. Titik. Ya. Itu sahaja yang datang dalam fikiran mereka dan tidak ramai yang sedar ia datang dengan satu tanggungjawab yang besar. Apabila perasaan bajet bagus mendominasi diri, mereka mula memilih kawan. Perhatikan persekitaran anda. Kebiasaannya pengawas cuma berkawan dengan pengawas sahaja dan mungkin sebilangan kecil sahaja yang mengekalkan persahabatan dengan mereka yang bukan pengawas. Kalau yang ini budak lelaki aku tak nampak sangat. Tapi kalau budak perempuan memang jelas dan nyata. Selain itu, kerana sikap bajet bagus yang tersemai dan dibaja secara konsisten, mereka kadang-kadang bersikap lebih sudu dari kuah. Dalam bahasa mudah, tindakan mereka mengalahkan guru-guru yang ada.



2) Sombong dan besar kepala
Segelintir dari geng pengawas mempunyai sikap sombong yang terus terang aku sebagai cikgu pun menyampah rasa nak bagi sedas dua. Selain sombong dengan mereka yang bukan pengawas, mereka juga sombong dengan guru-guru yang bukan dari lembaga disiplin atau mana-mana guru yang kerap berurusan dengan pengawas.

Ada suatu ketika aku memanggil seorang pengawas yang juga Penolong Ketua Pengawas dan memberi penerangan tentang perubahan perhimpunan memandangkan aku guru bertugas dan pengetua dah bagi teguran. Dia datang jumpa aku bersama kawan dia yang ada title pengawas jugak. Aku pun lepas dah briefing bagai dan minah tu pun angguk-angguk so aku anggap dia faham dan akan buat. Sekali bila time perhimpunan haram dia tak buat dan tak pasal-pasal pengetua tegur sekali lagi. Bila aku panggil kawan dia yang teman masa time aku panggil tu, budak tu cakap, minah Penolong KP tu cakap tak payah buat apa yang aku cakap sebab aku bukan cikgu disiplin dan bukan cikgu protokol. Sumpah aku maki berbakul-bakul dalam hati.

Nampak tak betapa sombong dan besar kepala perangai. Kalau aku dan cikgu-cikgu biasa ni minta tolong pun dia buat halai-balai (bena tak bena) saja tapi kalau warden, cikgu disiplin tak cukup kaki tangan dia nak tolong. Kalau dengan cikgu pun dah tunjuk lagak, inikan pula dengan kawan-kawan yang bukan pengawas.



3) Suka mencari kesalahan
Sukacita aku nak tekankan di sini, tugas pengawas bukan mencari kesalahan macam cikgu bahasa marking esei pelajar. Kalau dah nampak salah baru tegur atau rasa nak ambil nama, ambillah. Kalau dah kena ambil nama, jangan lupa bagi tau mak bapak masing-masing sebab kena pi Jabatan Pendaftaran buat nama baru. Ok, tak lawak.
Pengawas ni ada sebahagian besar yang suka mencari salah orang. Kadang-kadang benda yang kita buat tak salah tapi dia akan argue untuk buktikan kita ni memang bersalah dan panggil Karpal Singh pun dia hebat lagi. Zaman aku belajar dahulu memang ada geng pengawas yang sentiasa duk mengekor budak-budak nakal termasuklah aku sampai aku pi tandas nak terberak pun dia ikut. Gila kuasa tahap dewa ingat boleh menang award kalau dapat listkan kesalahan orang paling banyak. Untuk aku kalau dah nampak barulah tegur. Ini dah mengalahkan perisik. Dah tu kalau sekali kita buat salah sampai kiamat dia kata kita bersalah bukan jenis nak bagi peluang. Apa dia ingat dia pengawas dia maksum? Kadang-kadang pengawas lain yang tangkap kita, tapi pengawas-pengawas lain yang tunjuk lagak dan mula nak mengungkit kesalahan lepas walaupun yang dah lepas tu dah dihukum.



4) Memperbesarkan benda remeh
Hanya sebilangan kecil pengawas yang ada sikap toleransi dan boleh maafkan kesalahan pertama. Yang lain kebanyakkannya memang jenis mengamalkan konsep tak-ada-maaf-bagimu. Pengawas-pengawas sekalian, anda diberi jawatan pengawas untuk menjaga kerukunan sekolah di samping mengurangkan beban guru disiplin. Maka benda-benda remeh belajarlah selesaikan sendiri tak perlu guna emosi dan mengungkit itu ini. Kadang-kadang sebab nampak dua orang pelajar tak pakai sarung kaki pergi dewan makan semua pelajar perempuan dipanggilnya sampai terganggu waktu tidur dan rehat aku. Kan lagi baik hang panggil budak dua orang tu dari duk ganggu yang lain-lain. Pulak tu siap announce nama yang buat salah atau kalau tak announce pun dia sindir-sindir sampai semua orang tahu siapa. Sebab tu lah aku sebagai pelajar biasa tak ada jawatan cukup meluat dengan pengawas-pengawas ni kerana perangai dan sikap mereka yang konon macam lindungan kaabah.


5)Mengadu domba
Mengadu domba adalah perbuatan yang keji tapi inilah amalan dalam kebanyakkan geng pengawas. Point ini sebenarnya relate dengan point keempat. Kalau kes curi, gaduh, tak sembahyang atau tak puasa bolehlah nak mengadu. Ini setakat benda kecil lewat naik riadah pun nak bising. Ada kawan aku dulu yang pengawas yang aku senang dengan perangai dia. Kisahnya aku dan kawan-kawan aku suka gila berriadah dan selalu lewat naik berbanding yang lain. Kalau pengawas lain sudah pasti aku tak ada nama dan berkemungkinan didenda oleh warden. Tapi pengawas yang kawan aku ni chill sahaja kerana dia tahu walaupun aku lewat naik dorm tapi aku turun makan dan pergi sembahyang on time. Ini kalau tak boleh dapat nama orang buat salah bersiap sedia di perhimpunan anda akan diminta tunggu cikgu nak jumpa. Bukan apa, kalau aku naik awal pun bukan boleh aku pi mandi terus sebab ramai gila beratur sebab masing-masing baru naik.



6) Cakap tak serupa bikin
Pengawas adalah antara manusia yang paling banyak putar belit. Macam pemimpin yang ada hari ni. Banyak sungguh putar belit atau cakap tak serupa bikin. Depan kawan cakap lain belakang kawan cakap lain. Ini satu kisah benar. Seorang pengawas lelaki telah terajang seorang pelajar biasa kerana pelajar biasa itu tak dengar arahan yang diberikan. Awal-awal lagi dah tunjuk perangai macam neraka sebab orang tak dengar arahan pun sampai diterajang. Hang tak dengar cakap mak pak hang ada mak pang hang terajang ka? Okey, sambung balik. Dah diterajang yang bukan pengawas balas dan kemudian si pengawas ni balas lagi dan si ketua pengawas datang leraikan. Oleh kerana dah jadi 2-1, pengawas score 2, si bukan pengawas bubuh satu kali saja, setelah dibincangkan maka dua-dua pihak setuju tak payah panjangkan cerita maklumlah sebelum tu dah ada kena buang, batch pengawas tu jugak. Tetiba esok tu budak biasa kena panggil dan si ketua pengawas mulut macam haram tu pi report padahal konon sebelum tu dia yang nasihat tak oayah panjangkan pada cikgu. Sumpah aku maki secara live. Tak ada lagi mencarut ringan atau di dalam hati.




Kalau nak cerita semua perkara yang menyebabkan pelajar biasa tak suka pengawas, mungkin tujuh hari tujuh malam pun tak habis. Contoh paling mudah kalau pergi prep semua pelajar kalut macam lipas kudung tapi pengawas rileks saja sebab kalau cikgu tanya kenapa lambat skema jawapan dah ada - saya pengawas bertugas. Aku macam nak mencarut saja sebab pernah sekali aku jadi guru bertugas dan tengok mereka yang lewat ke prep lebih ramai pengawas dari pelajar biasa. Bila ditanya itulah jawapan yang aku terima dan macam tak logik satu hari dekat 10 orang pengawas bertugas. Tapi aku bukan jenis manusia yang nak besarkan benda kecil. Tak perlu nak gelapkan masa depan orang lain kerana kesalahan kecil yang aku rasa lebih elok aku berikan teguran dan esok-esok dia buat lagi baru aku ambil tindakan.

Aku tahu entri aku beremosi tetapi apakan daya, aku bukan heartless. Aku memang dilahirkan punya perasaan dan kalau tak puas hati, buatlah entri balas. Hahaha. Aku tak marah pengawas yang ambil tindakan bila aku bersalah tapi aku benci pengawas yang ambil tindakan yang aku sendiri tidak jelas dengan salah aku atau dia memang sengaja nak salahkan aku. Aku sendiri pening dengan ayat aku. Mampoih pi lah. Sebagai seorang pelajar biasa di zaman aku bersekolah, aku berhak menzahirkan ketidakpuasan hati aku supaya pengawas yang ada hari ini bersikap mulia dan tak perlu nak tunjuk lagak. Percayalah, kami tak minta anda jadi sporting, kami cuma minta anda ada sikap tolak ansur dan tidak mengadu domba. Yang mana anda boleh selesaikan, sila selesaikan dan dari situ kami nilai kredibiliti anda sebagai pengawas yang layak dihormati.


30 comments:

$afuan $abri said...

perghhhh~
dahsyatnya esei tecer widad :D
nice entry woahhh, terpesona tahap belacan sy baca

btw saya pown pengawas masa form 1 ngan form 2, ada la nampak perangai-perangai neraka tu huhu

TecerWidad said...

@$afuan $abri tinggi sangat metafora tahap belacan sampai tecer pun tak tercapai akal. kahkahkah.

tecer tak cakap semua, tapi sebilangan besar perangai yang rasa mcam nak simbah asid. ekekeke

Sabriza Hassan Assa'ari said...
This comment has been removed by the author.
Sabriza Hassan Assa'ari said...

waktu saya sekolah saya pun tak suka pengawas. budak jahat memang macam tu agaknya. tapi rasanya pengawas-pengawas tu pun macam tak suka saya. eh.

Pak Ngah Din said...

saya tak suka pengawas sebab saya tak ada awek pengawas

TecerWidad said...

@Sabriza Hassan Assa'ari Jangan kata zaman sekolah, dah jadi cikgu pun masih tak suka mereka.

TecerWidad said...

@Pak Ngah Din Ya. Kalau ada pun pasti rasa nak break up. haha

meonism said...

no 6 tu paling neraka..
jenis pengawas dengan murid biasa tak boleh kawtim

sama2 pengawas boleh pulak kawtim

para pengawas, entri ini merupakan satu tumbukan padu ke muka anda sendiri!

yui92 said...

kahkahkah saya dulu teringin taw nak jadi pengawas.. pengawas cool lah =p=p

tp kalau mcm tcher cerita tu mmg xcool pun.. ada pulak dia xikut arahan tcher sbb bukan cgu pengawas.. apa la hal @.@

Muhammad Faris 'Azim Ab Razak said...

setuju dengan semuanya. :)
nice entry dan reveal perangai pengawas yang sebenarnya. haha.

TecerWidad said...

@meonism Yes meon. Kawtim.This is the word I was looking for tapi puas pikiaq haram tak dapat.

Ya, memang tumbukan maha padu ibarat tumbukkan terakhir otromen cosmos yang memusnahkan raksaksa.

TecerWidad said...

@yui92 Ada segelintir yang cool. Mungkin anda? hahaha

Kayun.Zack said...

hehe tecer dulu saya suka tidoq kat dorm pengawas ali (07-08). tapi curi2 jugak la sebab ada dorm pengawas hat lain telah menegur pengawas2 ali (07-08) yg mmbenarkan saya tidoq dalam dorm depa tuh. saya rasa tu la pengawas yg cool. hihihi

TecerWidad said...

@Kayun.Zack Tidoq bilik orang pun nak bising. Lain la lepas kita pi tidoq ada kes curi ka, boleh la nak tegur-tegur.

Wawa Amran said...

My school years byk jd prefect dr murid biasa.. Perangai di atas ade lar sikit2 tmbh2 perasan bgs tue tp sbb duduk dlm kalangan pengawas2 elit yg jauh lbh hbt, sy jd pengawas yg low profile hehehehe~

Tp mmg bagos ape, kalu tak xde lar terpilih jd pengawas muahhaha =P (alasan Wawa slaluau bg kt bdk biasa yg mengata bila kene penalti)

z.a.h.i.e.r.a said...

wah . sukasuka .pengawas memang macam taik sikit . huh! dah dapat title terus tnggal kawan2 yang takde jawatan *MPP lagi bagus kan?*

Afif :D said...

Perfect ! Haha . Btw , A yang dah mati tu pun pengawas jugak kan ? :PP Eh yang tidor bilik prefect tu memang kelebihan okeyyyyyy . Jangan jealous okeyyyyyyyyyyyyyy . Peace yawww ! :D

TecerWidad said...

@Wawa Amran Kami tak nafikan kebagusan anda, cuma tak perlu berlagak maksum. Hahahaha. Acah saja.

Ok sebenarnya entri ni lebih kepada mereka yang sekolah berasrama. Yang lari dari asrama tak berapa nak applicable dalam konteks ini. Hihihihi

TecerWidad said...

@z.a.h.i.e.r.a Nah kau macam taik terus. Ekekeke. MPP ni bolehlah. Masa melobi bukan main. Dah menang tak buat apa pun. Ok, bukan semua la. Ada jugak yang macam taik. Kahkahkah

TecerWidad said...

@Afif :D Dia pengawas yang cool gitew. Ekekeke.

Kami tak jeles pun pengawas ada bilik sendiri cuma sekali sekala nak pi tumpang tidoq takkan tak boleh. Nabi pun bagi anak menakan tidoq tempat dia inikan pulak setakat pengawas. Takyah nak sembang lebat sangatlah.

Afif :D said...

Alele lebat pulak . Benda dah peraturan nak buat cemaneeeeeee . Selagi boleh ikut kita ikut . Tak gitu ? Selagi tak langgar syarak ? :D

TecerWidad said...

@Afif :D Itulah namanya ada tolak ansur. Bukan benda besar pun. Yang herannya kalau pengawas datang tidur bilik kita yang rakyat biasa tak ada sapa pun nak marah. Tak ada sapa pun nak mengadu domba.

Mungkin anda antara pengawas yang kurang kredibiliti maka tidak layak untuk dihormati. Serve u right.

Ni kalau rasa tak puas hati sila buat entri balas.

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim Ab Razak *tepuk meja * Tapi pathetic betul masih ada pengawas yang tak dapat terima kenyataan tentang inilah sikap kebanyakkan pengawas.

Afif :D said...

@TecerWidad
Dah nama amanah benda sebesar biji sawi pun kira amanah . Ye dak ? Ayah teacher pun mesti ada ajaq . Takkan tak ajaq kot kan ? Haha . Alele terasa ka ? Mana ada tak puas hati pun . Komen jeeeee . Peaceeeee ! :DDDD

TecerWidad said...

@Afif :D Orang macam hang ni sampai kiamat pun takkan faham maksud tolak ansur. No point of terasa budak kanyiaq macam hang.

Amanah yang aku bawa sebagai cikgu adalah mendidik dan mengajar supaya student dapat A bahasa inggeris. Tapi ada yang tak boleh-boleh maka kena ada sikap tolak ansur dia memang tak boleh sebab dia ada masalah lemah fikiran maka tak boleh paksa dan buat mengadu domba mengadu dekat guru kanan pengetua bagai. Tu nama dia tolak ansur.

Mak pak hang nak hang dapat straight As tapi kalau hang tak dapat, maka mak ayah hang tolak ansur dah kebolehan hang setakat tu saja.

Tu maknanya tolak ansur. Kalau tak faham jugak pi turun darjah satu.

hang ni kalau kawen pun, bini takleh beranak tobat hang takdak tolak ansur. Sebab amanah orang kawen nak ramaikan umat. Sebesar biji sawi pun dikira. Maka ceraikan bini nak langsaikan amanah punya pasal.


Boleh dak komen pakai otak. Toksah duk komen bajet bagus *sahlah hang memang pengawas yang semua perangai yang disenaraikan*

Afif :D said...

@TecerWidad

Alele terasa banyak nampak ? Haha . Cakap pasai dorm , dorm la . pandai tukaq topik pulek yeeeee . Eh dah nama pun teacher , USM lagi tuu , memang pandai la kan . Hihi .

Memang la kalau sudent tu lemah fikiran kita kena tolak ansur . Ni bab dorm ni , dah ada dorm sendiri p tdor dorm sendiri boleh kan ? Hihi .

meonism said...

aku dpat rasakan hang pengawas yang power afif! kipidap

TecerWidad said...

@Afif :D I types the above comment to explain the concept of tolak-ansur, win-win-situation.

Pengawas pun ada dorm sendiri, tapi dia mai tidoq dorm kita tak dak siapa bising.

Pengawas lain mai tidoq dorm kawan dia pun dia tak bising.

Useless cakap dengan budak macam hang.

And tang mananya aku nak terasa?

meonism said...

ahhhh dulu taim kecik-kecik mak hang buat bilik kat hang, hang nak tidoq dalam bilik mak hang jugak

nseb baik mak hang kawtim

TecerWidad said...

@meonism Thank you meon. Great minds think alike.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...