Saturday, December 17, 2011

Setem Pulau Pinang satu



Sebelum Ustaz berpencen dan aku adik beradik-beradik menetap di Kedah, aku tinggal di Penang dan sempat bertadika dan bersekolah di sana. Selama di Penang aku kawan dengan Faridah Mansor, anak lecturer USM yang pandai serba serbi dan dengar-dengar dia masuk TKC dan jadi doktor. Aku pun kurang pasti tang yang jadi doktor sebab dah lama tak contact.

Sebelum aku pindah, kami tukar-tukar alamat dan janji nak tulis surat. Biasalah budak-budak. Jakun baru belajar tulis surat kiriman tidak rasmi.

Lebih kurang lepas sebulan dua aku pindah aku dapat surat dari Faridah dan aku memang eksaited tahap dewa terus beli samput kertas pen bagai nak balas surat. Aku pun tak ingat apa yang aku tulis tapi sudah pasti inti patinya tentang aku yang baru pindah ke Kedah dan yang memang aku ingat, aku ikut sejibik sejibon format surat kiriman tidak rasmi. Kahkahkah. Skema tak hengat.


Bila dan tulis surat dan siap dengan signature aku pun nak pos surat. Dah siap tulis alamat mintak kat Bini Ustaz nak naik basikal pergi pejabat pos. Wah, konfiden memang tahap tertinggi.

Sampai depan pejabat pos, letak basikal tepi tangga dan beratur kat kaunter Setem dan Pelbagai. Kejap-kejap aku belek surat yang aku pegang dan tengok duit di tangan.

Sampai saja turn aku, kerana tak cukup tinggi, aku kena menginjat sikit supaya pakcik di kaunter nampak wajah aku dengan lebih jelas. Kalau tak nampak dahi, mata dan hidung sahaja.


Pakcik kaunter terus tanya nak apa dan ada dik di belakang.

"Pakcik, bagi setem Pulau Pinang satu."

Kahkahkahkah pakcik kaunter tu gelak kat aku. Aku buat muka nak menangis. Pakcik kaunter tu lepas dah gelakkan aku dia cakap setem Pulau Pinang tak ada. Aku memang sedih dan terus kayuh basikal balik rumah.

Sampai rumah aku cerita kat Bini Ustaz dan dia pun bantai gelakkan aku sampai nak putus nyawa.

Dan bila aku teringat balik cerita ni, memang aku pun gelak kat diri aku sendiri. Mana la aku tau. Aku ingat kalau nak pos kena guna setem berdasarkan alamat negeri yang ditulis kat sampul. Nak pos ke Pulau Pinang, beli setem Pulau Pinang. Nak pos ke Selangor, pakai setem Selangor. Noob sungguh aku rupanya.


Ayuh gelakkan aku secara berjemaah.




14 comments:

yui92 said...

kahkahkah jenuh la nak kirim surat kat ostrolia

MissCapitalA said...

hahahahahhaahhhaaha :D bez ah bantai gelak tergolek2.ade gak eh fahaman cenggini^^

TecerWidad said...

@yui92 Ya. Sumpah tak boleh hantar surat ke Israel

TecerWidad said...

@MissCapitalA Tanda-tanda menjadi manusia hebat. Hahahah.

Wawa Amran said...

Hahaah! Cute sungguh! hahaha!

TecerWidad said...

@Wawa Amran Biar noob janji comel. Kahkahkah

Muhammad Faris 'Azim Ab Razak said...

haha. :)

Muhammad Faris 'Azim Ab Razak said...

:)

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim Ab Razak *senyum tak perlu kata apa-apa*

Kayun.Zack said...

lepaih tu tecer tak hantaq balik la surat kat Faridah Mansor? hehe

TecerWidad said...

@Kayun.Zack Hantaq. Tapi suruh kakak yang post sebab tak sanggup nak hadapi pakcik kat kaunter setem. Malu yang amat!

cdah said...

ahahahahahah....noob sgguh

TecerWidad said...

@cdah sobs

ayobkelubi said...

aku baru ..hahahaha...baca..hahahaha.hang punya...hahahahahaha...story...serupa haram..hahahaha..kalau aku jadi..hahahaha.pakcik pos tu..hahahahahaha...aku sakat hang...hahahahah.setem pulau pinang takdak...hahahahaha.setem kedah boleh?...hahahahaha.hahahahah.hahahahahahahahahhahahahahahahahahahahaha.

*keluar ayak mata*.

hahahahahahahaha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...