Thursday, December 22, 2011

Tanda-tanda tahun baru akan tiba


Dunia berakhir 2012? Bila pula masalah kelemumur akan berakhir? Macam hapa punya iklan. Tapi inilah aku. Asal benda nama iklan aku selalu ingat dialog dan siap boleh nyanyi tanpa salah lirik. Kalau Malaysia ada buat rancangan jangan lupa lirik versi iklan sumpah aku boleh menang. Eceh. Cakap nak hebat.

Tahun 2012 akan menjelang dalam masa beberapa hari saja lagi. Untuk aku yang bergelar guru sudah mula rasa berdebar-debar kerana tahun depan suasana pasti berlainan dan aku berjumpa pelajar baru yang perangainya sudah pasti buat aku mengucap dan istighfar panjang. Tahun baru merupakan peristiwa penting dalam hidup kita memandangkan akan berlaku pertambahan umur secara amnya dan khasnya untuk guru-guru akan berlaku pertambahan gaji *ehem*. Aku sebenarnya tak tau nak buat intro macam mana maka baca sajalah.


1) Dapat kalender percuma
Aktiviti menghabiskan wang ringgit di kedai runcit mungkin kurang bagi mereka yang tinggal di bandar. Tetapi macam aku yang cuma ada Pasaraya Aneka dan Baling Mini Market maka kedai runcit merupakan alternatif pilihan untuk membeli barang runcit. Okey, aku pi kadang-kadang saja kalau dah terdesak. Bini Ustaz memang pembeli tegar. Maka sebagai pelanggan tetap, cara mudah tauke kedai menghargai sudah pasti dengan memberi kalendar percuma sempena tahun baru yang bakal menjelang. Kalender pun jenis cokia saja tapi belajar bersyukur dapat free dan biasa memang aku calaih buat tanda hari-hari penting terutamanya bila Aunty Flow datang.

Mana-mana mak ayah kerja kerajaan, sila rujuk jadual ini bila nak mintak duit belanja
Bagi mereka yang membeli insurans atau menyimpan wang dengan jumlah besar dengan mana-mana bank juga akan menerima kalendar sebagai tanda anda dihargai. Aku pun dapat juga. Tapi bukan dari mana-mana bank atau syarikat insurans. Aku dapat yang kecik-kecik kalau beli facial wash, toner semua tu yang setakat boleh selit dalam purse. Takpa aku jenis redha. Benda free.


2) Year End Sale
Ini memang tiap-tiap tahun sengaja nak habiskan duit aku. Iklan lelaki kurus kering perasan artis popular kena kejar konon nak autograph *sain kat dada pelis* tetapi akhirnya kena pijak, itu merupakan isyarat untuk aku berjimat-cermat lepas ni nak belanja besar. Kahkahkah. Sungguh kurang sifat mazmumah. Sale hujung tahun lebih meriah berbanding hari raya. Mungkin sebab masing-masing nak habiskan stok yang ada. Dan aku yang mudah terpengaruh sudah pasti tanpa ragu-ragu taburkan duit beli benda takdak pekdah. Kerana itu aku tak dapat kumpul duit dari kecil  sebab tengok Twisties yang tiga kupang dari jauh aku dah tergedik-gedik nak beli. Kalau aku kuatkan iman dari kecik, tak mustahil aku boleh beli batu permata harga juta-juta. Kahkahkah lagi.

3) Menanam azam dan resolusi baru
Aku juga suka blogwalking tapi tak adalah nak tinggal jejak atau mencarut dan bagi komen yang bagi orang sakit hati. Maka sempena tahun baru yang akan muncul tak berapa lama lagi dapat aku lihat dah ramai yang up entri tentang azam baru dan apa yang ingin dicapai. Aku antara manusia yang tak berapa reti nak azam. Aku cuma ada to-do-list yang aku update setiap bulan dan kira cincai bolehlah anggap macam azam jugak.


Bagus orang yang ada azam dan selalu berusaha keras nak capai. Tetapi sungguh keji mereka yang up entri azam tahun baru sekadar nak ada sesuatu untuk pengunjung baca sedangkan apa yang dicerita sekadar boneka. Ramai juga yang aku lihat tanam azam nak kawen. Aku pun nak kawen jugak tapi takdak calon. Sekian.


4) Iklan tahun baru
Selain iklan Year-End-Sale lelaki kena pijak, iklan tahun baru juga mula muncul di kaca tv dan sudah pasti beberapa artis diberi peluang mengucapkan selamat tahun baru kepada penonton bajet orang hadap sangat nak tengok padahal ganggu cerita aku nak tengok saja. Jenis-jenis iklan yang bagus bawak pekdah layan jugak nak tengok. Kalau dulu iklan Petronas selalu menyentuh perasaan dan buat diri rasa insaf tetapi percayalah, semuanya hanya sementara. Dah habis iklan, habislah keinsafan. Huhuhu.


5) Hiburan melampau
Tahun baru negara kita yang sangat Islamik ini sudah pasti disambut dengan budaya hedonism atau bahasa mudahnya hiburan yang melebih-lebih yang sungguh duniawi. KLCC, Bukit Bintang antara spot untuk remaja-remaja kanyiaq nak sambut tahun baru. Aku pun pernah pi sebab nak rasa apa yang seronok tapi sumpahlah haram tak best. Sudahlah sesak, busuk asap, dan lebih ramai Indon. Kalau Indon yang jenis Nicholas Saputra mau jugak aku cuci mata. Di tv pun sama juga. Astro Fiesta pun ada sediakan konsert-konsert yang memang takkan tambahkan pahala. Aku pun bukan baik sangat. Tapi tak payahlah nak berkonsert bagai. Kalau setakat tunjuk cerita best-best kat tv pun dah cukup bagus. Takdak la rasa rugi duk bayar bil Astro tiap-tiap bulan sebab setakat tayang benda yang dah diulang-ulang, tak payah ada Astry b.yond pun tak pa. Tak payah rakam. Tunggu ja, tak lama ada la dia (Astro) ulang.





Tahun baru yang bakal yang bakap tiba dalam masa beberapa hari sahaja lagi mungkin dinanti bagi mereka yang ada plan besar macam nak menikah atau bini tengah mengandung nak dapat anak. Untuk aku, biasa sahaja. Suka tak suka kena juga hadapi tahun baru. Harap-harap gaji naik seperti yang dijangka maka boleh sambar kereta baru *ada hati tuh*. Bagi yang nak masuk sekolah tak berapa hari dah tu, sila jangan mengada nak mintak baju baru, beg baru, kasut baru. Belasah saja yang mana masih boleh dipakai. Selamat berkawan dengan syaiton bagi mereka yang tak reti berjimat.



12 comments:

Nalisa Syahira said...

tiap kali tahun baru mesti ada azam baru , tapi tak pernah tercapai , haha .

Kayun.Zack said...

kah3, baru dapat kalendar free dri kedai buku. perkara pertama tengok, senarai cuti sekolah. hoho

penghujung tahun maksudnya dah nak masuk mengaji balik dah la gutu. adoi.

TecerWidad said...

@Nalisa Syahira Jadi azam untuk tahun depan adalah berazam untuk tidak berazam apa-apa. Kahkahkah

TecerWidad said...

@Kayun.Zack Tecer dah tak sabar bak balik sekolah kerana cuti begini hanya menambahkan lemak-lemak sahaja kerana makan yang sesuap untuk hari ini dan sesuap lagi untuk masa depan.

Wawa Amran said...

Harap dpt posting bagi tahun baru hehe~

Wooohoo! Nak naik kereta baru! =P

Hikaru Yui said...

azam taon lepas pun xcapai lg tcher... kahkah

tp benda best psal tahun baru ialah birthday.. saya mengharapkan hadiah sebijik iPad...hehe

TecerWidad said...

@Wawa Amran Aaaaaaaaaaaaaaaaaaamiiiiiiiiiinnnnnnnn

TecerWidad said...

@Hikaru Yui iPad yang orang pompuan pakai tiap-tiap bulan tu ka? kahkahkah

ilhambrothers said...

bila masuk tahun baru gak,mula la nak cari tarikh2 'keramat'..*konon 11.11.11 kalau tahun depan?12.12.12
haha

TecerWidad said...

@ilhambrothers Tecer memang tak carilah sebab the groom is still pending. Uhuk uhuk

ilhambrothers said...

@TecerWidad uhuk2..nak terbstuk gak..siapakah gerangan groom itu..

TecerWidad said...

@ilhambrothers Namapun pending. tak boleh cerita banyak la

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...