Thursday, December 29, 2011

Tips menjimatkan kenduri kahwin



Dewasa ini sudah menjadi trend mengadakan kenduri kahwin secara besar-besaran. Bagi yang berduit memang tak ada masalah. Bagi mereka yang tidak berduit sudah pasti memikirkan seribu satu cara untuk menjimatkan wang. Ada yang sungguh berani membuat pinjaman peribadi semata-mata mahu mengadakan majlis yang gah gemilang sekaligus dinobatkan sebagai wedding of the year. Mereka yang jenis berani mati pula sudah pasti mencari abang tak kandung yang mempunyai wang berkoyan atau lebih manja dipanggil along.



Memandangkan aku antara rakyat Malaysia yang masih bujang, maka aku seringkali berfikir secara mendalam tentang bagaimana mahu menjimatkan wang ringgit untuk majlis perkahwinan aku kelak. Setelah menghabiskan masa bertahun lamanya *nampak tak, aku dari dulu lagi memang rancang nak menikah* aku telah menemui beberapa cara untuk menjimatkan majlis kenduri kahwin aku kelak dan ia juga tidak memerlukan anda bersusah payah buat passport dan menyeberang melepasi sempadan. Dan sebagai seorang manusia yang tidak pentingkan diri, maka aku rasa adalah wajar untuk kongsikan tips ini bersama anda.


1) Pemilihan tempat
Pemilihan tempat adalah perkara ketiga yang aku fikirkan setelah (sekiranya) aku menemui calon yang sesuai  dan hubungan terjalin mendapat restu Bini Ustaz dan bakal mentua. Tapi kalau dapat kahwin dengan anak yatim piatu mungkin lebih gembira kerana hari raya tak perlu bergaduh balik kampung siapa. Ah, kalau dia sayang aku raya kat mana pun dia tak kisah janji aku ada. Tak gitu? Hahahaha. Okay, tak fokus. Pemilihan tempat penting kerana zaman sekarang aku lihat sudah tidak ramai yang gemar mengadakan kenduri di rumah. Alasannya malas nak kemas rumah dan tak letih sangat maka dewan serbaguna biasanya menjadi pilihan. Kalau berduit memanglah ok mahu sewa dewan. Tapi bagi mereka yang berduit, bagaimana? Mudah sahaja.



Pilihlah berkahwin sewaktu musim banjir maka anda dapat menggunakan tempat pemindahan mangsa banjir atau bahasa inggerisnya shelter for flood victims. Menjadi advantage besar sekiranya anda dapat mengadakan majlis kenduri kahwin anda. Anda tak perlu mist fan, stand fan atau apa-apa fan untuk menyejukkan keadaan kerana hujan renyai-renyai di luar sudah pasti menyejukkan suasana. Makanan juga boleh jadi disponsor memandangkan sewaktu musim banjir anda dapat lihat ramai orang-orang politik datang berbakti (lah sangat) menyumbangkan itu ini dan sekaligus masak secara berjemaah. Orang-orang tv dan surat khabar pasti turut serta mengambil gambar anda dan situ anda dapat mengecapi populariti kerana majlis anda mendapat liputan secara tergendala dan gambar-gambar perkahwinan anda terdapat di surat khabar. Boleh jadi juga anda akan ditemuramah kerana kesanggupan anda mengadakan majlis ketika musim banjir. Glamer bukan? Tetamu juga tak perlu diundang dengan mengedarkan kad jemputan sebaliknya cukup sekadar cakap kuat sikit maka pasti ramai yang tahu.



2) Buat bulan puasa
Mengadakan majlis perkahwinan di bulan puasa juga antara tips untuk menjimatkan kos kenduri kahwin. Aku tahu akan ada yang kata makruh menikah bulan Ramadhan. Menikah tu buatlah bulan lain. Bulan Ramadhan bulan mulia buat kenduri kahwin. Aku selalu terbayang mengadakan kenduri kahwin time sahur. Start pukul tiga sampai azan Subuh saja. Tak payah masak banyak-banyak sebab tak ada yang lahap sangat time bersahur. Zaman sekarang kalau kenduri kahwin agak dah petang sikit ada macam-macam menu selain dari nasi seperti laksa, bihun sup, kuih muih, teh tarik dan lain-lain. Dengan mengadakan kenduri kahwin di bulan Ramadhan dan waktu sahur anda tidak perlu bersusah payah menyediakan menu-menu tambahan yang sudah pasti melibatkan kos yang besar tetapi adalah sangat afdhal digantikan dengan buah tamar kerana mereka yang sampai di hujung waktu boleh menjamah sebiji dua bagi mengelakkan keterlanjuran tidak berpuasa di siang harinya.

Pengantin perempuan juga sekaligus dapat menjimatkan kos make-up kerana kebiasaannya di waktu sahur masing-masing dalam keadaan separa sedar dan mata pun lali-lali lagi maka sudah pasti tidak dapat mengamati wajah pengantin perempuan secara detail.



3) Door gift yang tak merapu-rapu
Zaman abang aku kahwin 16 tahun yang lalu mudah sahaja. Semua tetamu dapat bunga telur bagi yang dewasa. Budak-budak dapat gula-gula buat ubat sakit gigi dalam lima biji. Tapi zaman sekarang dah lain. Kerepk, jajan, gula-gula, bunga telur, sapu tangan, sabun dan macam-macam disumbat dalam satu beg. Tak mustahil 20 tahun akan datang pembungkus door gift besat kampit beras lima kilo.

Ntah hapa ke bendanya nih orang buat door gift aku pun tak tau
Maka bagi menjimatkan kenduri kahwin anda, tidak perlulah berkelakuan seperti syaiton dengan membazir meletakkan pelbagai jenis benda di dalam beg door gift untuk tetamu. Yang paling aku tak puas hati ada yang letak macam-macam jenis kerepek dan kerepek memang turns me on. Tapi sungguh kecewa dan menyebabkan mencarut ringan apabila kerepek yang diletakkan dah masuk angin atau lemau. Zaman sekarang nak bagi telur pun dah tak praktikal kerana telur pun boleh tahan mahal. Kalau nak bagi kerepek pastikan tak lemau kerana kelak anda akan dikeji oleh para tetamu dan aku pula jenis memori tiptop maka setiap kali lalu di hadapan rumah kenduri tersebut sudah pasti aku akan mengungkit kisah kerepek lemau. Hahahaha. Paling mudah bagi saja gula-gula atau agar-agar sirap yang letak dalam tupperware kecik tu.



4) Kahwin secara berjemaah
Bersembahyang secara berjemaah dituntut dalam agama kita. Makan secara berjemaah juga dituntut. Maka tidak ada salahnya kita mengaplikasikan konsep berjemaah di dalam majlis kenduri kahwin. Berkahwin beramai-ramai menjimatkan dari segi jamuan makan untuk tetamu jemputan. Sebagai contoh, keluarga Bini Ustaz menetap di sebuah kampung yang secara puratanya terdapat 100 buah keluarga. Kira cincai satu keluarga bajet dalam RM10. Sekiranya enam orang anak Bini Ustaz melangsungkan perkahwinan secara serentak, 100 buah keluarga tersebut dijemput sekali sahaja berbanding kenduri kahwin secara persendirian maka 100 buah keluarga tersebut dapat hadir enam kali, dimana mengikut perkiraan ilmu hisab, RM10x100x6 dan jumlahnya sudah mencecah enam ribu. Tetapi dengan mengaplikasikan konsep berjemaah, Bini Ustaz dapat menjimatkan lima ribu. Tetapi untuk para lelaki mengaplikasikan konsep berkahwin secara berjemaah di mana pengantin perempuannya empat dan pengantin lelakinya seorang sahaja memang tak sesuai dan tidak mustahil mengundang kejian dan carutan secara berjemaah dari para tetamu termasuklah mentua, ipar duai dan biras anda.



5) Pemilihan busana pengantin
Bagi gadis-gadis sudah pasti membayangkan memakai busana pengatin yang disewa atau dijahit khas dan itu belum masuk kos make-up. Ramai gadis yang tidak biasa bermake up risau dengan penampilan wajah di hari kejadian. Bimbang wajah disolek menjadi tepung gomak kerana memilih mak andam yang dalam otak kalau make-up bagi putih selepuk baru cantik padahal haram tak segak pun. Makanya bagi mengelakkan anda diumpat di kenduri kahwin di samping menjimatkan kos, anda boleh memilih memakai purdah. Yang kelihatan cuma sepasang mata anda dan bolehlah calit sikit eye-liner atau eye-shadow. Siap. Itu sahaja. Jimat bukan?







Ramai yang beranggapan nak kahwin sekali sahaja maka boleh mengikut tabiat syaiton dan membazir untuk perkara yang bukan-bukan. Maka untuk aku yang ada sikap kedekut kerana hutang PTPTipu yang aku bayar sekadar bunganya sahaja sudah pasti memikirkan cara-cara menjimatkan kenduri kahwin aku. Sudah pasti anda mempunyai idea lain untuk menjadikan kenduri kahwin anda kelak. Tetapi andai aku ditakdirkan bertemu jodoh dengan sang suami yang berduit dan berharta mungkin aku boleh pau dia lebih sikit. Dah ada duit banyak, kalau tak habiskan untuk aku, untuk sapa lagi. Sekiranya anda mempunyai tips lain, ayuh kongsikan bersama atau buat entri balas.






16 comments:

hayati hashim said...

I likeeee... pesal bru wt tips, i dh kawen dh. haha.. Tp alhamdulilah... Xde unsur2 saudara syaitan d c2..

hayati hashim said...
This comment has been removed by the author.
TecerWidad said...

@hayati hashim Tahniah kerana tidak bersahabat dengan syaiton. Tak apa, tips ini boleh diaplikasi untuk anak kelak. hihihi

Wawa Amran said...

Good tips.. Wawa pun penatnak ikot peredaranzaman.. Paling tak suka part door gift.. Naik pening pikir nak letak ape.. Kerepek2 yg x lemau akan menjadi pilihan dr bg brg merepek yg akhirnya ke tong sampah jua.. Rasa xnk bersanding tp tue lar.. hrmmm~

Hikaru Yui said...

kahkahkah xtahan nak kawen dalam bah...

tp kawen time bulan posa tu mmg ada dibuat org kn?

Muhammad Faris 'Azim said...

orang kata nak jimat buat buffet. jangan buat kenduri hidang. :)

TecerWidad said...

@Wawa Amran sewa sofa yang stylish sket, letak bunga kiri kanan, siap. hihihi. sebab motif nak ada port amek gambaq ja kan? hahaha

TecerWidad said...

@Hikaru Yui tak penah lagi dijemput. tapi ada dak yang buat time sahur. kot kalau tecer buat bleh masuk malaysia's book of records *gila glamer*

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim buat hidang boleh recycle lauk yang tak terusik. buffet biasa ada jenis makhluk yang tamak haloba boh lauk segunung tapi makan secoet. tu yg selalu lauk jadi tak cukup. *emo*

armouris said...

info tentang kahwin - Permata Yang Hilang - Panduan Hubungan Suami Isteri Melayu Islam

TecerWidad said...

@armouris tak best

Muhammad Faris 'Azim said...

ntah. kadang2 ramai yang pentingkan diri sendiri. :(

Wawa Amran said...

Tue lar kan.. Letak sofa & bunga kiri kanan jer senang.. macam tunang baru nie, letak curtains nak tutup dinding & letak bunga kanan kiri,letak kusyen untuk duduk.. Tak yah buat pelamin.. Bua sendiri jer Jimat kos =)

Pak Ngah Din said...

gua paling bengang bila kat AMF depa wat kenduri tak jemput...

TecerWidad said...

@Pak Ngah Din Lain kali lalu kerap-kerap sikit depan dewan tu.

aida-myasara said...

like2... telur ganti sumi yang mcm nata tu... mak sy buat doorgift pakai botol terbuang jek...

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...