Monday, January 16, 2012

Benarkah Nabi Muhammad buta huruf?


Aku dilahirkan di dalam keluarga yang sangat pentingkan pendidikan agama. Dari kecik sampai dah besar tak berapa nak besar, sepasang telinga aku memang banyak diperdengarkan dengan bahan-bahan berasaskan agama. Kecik-kecik dulu masa naik kereta dengan Ustaz, mesti pasang orang mengaji atau pun ceramah-ceramah agama. Dan aku dan adik-beradik yang lain diam tak berkutik dan redha sahaja dengar apa yang Ustaz pasang dalam kereta. Kalau Ustaz pasang lagu pun, lagu-lagu Umm Kulthum, penyanyi Egypt yang jujurnya aku tak tau tang mana yang sedap sangat suara dia. Mungkin sebab masa tu aku kecik lagi. Tak reti nak feeling menghayati bagai.

Agak dah besar sikit, bila naik kereta kakak aku baru reti nak dengar siaran radio lagu omputeh, melayu bagai.  Dan masa tu pun Ustaz dah tua dan kesedaran aku terhadap sirah nabi sangatlah rendah maka tak ada pula aku bertanya kepada beliau. Sobs.



Kenapa tiba-tiba aku rasa intro aku sungguh tak ada kaitan dengan tajuk entri. Tak apalah. Abaikan saja. Yang penting, dulu-dulu masa Ustaz masih belum arwah aku tak terfikir nak tanya. Bila dah besar, banyak membaca, dah pandai otak bergeliga baru terfikir nak tanya tapi aku tak pernah dapat jawapan. Aku juga pernah tanya kepada beberapa ustaz di sekolah lama aku dulu tapi tak ada jawapan. Cakap pusing sana sini tapi tetap tak menjawab soalan.

Sejak dari kecil aku disogokkan dengan cerita Nabi Muhammad seorang yang buta huruf. Baginda tak pandai membaca dan dalilnya adalah berdasarkan peristiwa ketika Jibril datang menyampaikan wahyu.

Pada aku, adalah sesuatu yang tidak logik sekiranyanya dikatakan Nabi Muhammad tidak pandai membaca. Berdasarkan apa yang ustaz ustazah cerita dalam kelas, Nabi Muhammad dijaga oleh bapa saudaranya Abu Talib selepas kematian datuknya Abdul Mutalib.

Abu Talib merupakan seorang saudagar yang kaya raya, sangat dihormati dan datang dari susur galur bangsawan. Oleh yang demikian pada aku adalah mustahil seorang pakcik yang kaya raya dan dihormati tidak memberi pendidikan asas kepada anak saudaranya yakni Nabi Muhammad. Melainkan Nabi Muhammad dibenci oleh bapa saudaranya maka logik sekiranya baginda tidak menerima sebarang pelajaran. Tetapi berdasarkan sirah, baginda sangat disayangi oleh bapa saudaranya dan daripada bapa saudaranya, baginda mewarisi kepandaian berniaga.

Apabila menginjak dewasa, Nabi Muhammad dikenali sebagai seorang yang bijak berniaga. Makanya pada aku, seandainya seseorang itu bijak berniaga, seperti agak bertentangan sekiranya dikatakan tidak pandai membaca atau buta huruf.

Selain itu, berdasarkan sirah nabi-nabi terdahulu, aku lihat Allah memilih para nabi dari kalangan yang hebat belaka. Kesemuanya menghampiri kesempurnaan dan aku juga percaya Nabi Muhammad seorang yang bijak pandai sehingga diangkat sebagai kekasih Allah. Dan kerana aku percaya baginda seorang yang bijak pandai, aku juga percaya baginda boleh membaca dan tidak buta huruf.

Ketika aku belajar di universiti, seorang pensyarah aku yang bukan berasal dari Malaysia tidak pernah menggambarkan Nabi Muhammad sebagai seorang yang buta huruf. Sebenarnya, bila aku recall balik lecture Dr Usman ni yang menyebabkan aku terfikir - benarkah Nabi Muhammad buta huruf?

Sekiranya dikaitkan dengan peristiwa penerimaan wahyu yang pertama di mana Jibril meminta baginda membaca, pada aku Nabi Muhammad tidak dapat membaca kerana baginda perlu membaca dengan menyebut nama tuhan, yakni Allah. Aku sebenarnya tak berapa reti nak explain bab ini. Tapi, dalam bahasa mudahnya, ia merupakan kali pertama Nabi Muhammad menerima wahyu, kali pertama untuk baginda memperakui keesaan Allah maka sudah pasti ia sesuatu perkara yang berat diibaratkan sebagai transition dan intermission di dalam kehidupan baginda. Faham dak? Kalau tak faham lain kali aku cerita lagi.

Aku menimbulkan persoalan ini bukan kerana terpengaruh dakyah agama lain tetapi aku cuma nakkan kepastian. Sebabnya selama aku belajar ni, dah terlalu banyak benda yang kita tak berapa nak betul. Aku ulang, tak berapa nak betul, bukannya totally wrong. Contohnya rukun Islam. Dari kecik aku belajaq yang pertama mengucap syahadah, kedua menunaikan solat, ketiga berpuasa, keempat mengeluarkan zakat dan kelima menunaikan haji.

Tapi dah masuk universiti, lecturer aku ajaq - pertama kedua sama. Ketiga mengeluarkan zakat dan keempat berpuasa dan kelima menunaikan haji. Bila aku fikir balik yang lecturer aku ajaq lagi betoi sebab dalam Al-Quran ayat waaqimussolah dikembarkan dengan watu'tizzakat. Tak pula berkembar dengan suruhan berpuasa. Kan?

Nama-nama isteri nabi pun macam tu jugak. Ustaz ustazah aku semua kata ada Siti kat depan padahal tak ada pun. Pendek kata sebab tu aku tak berapa percaya kalau dikatakan Nabi Muhammad seorang yang buta huruf melainkan ada dalil atau peristiwa, atau apa-apa sahaja yang boleh menyokongnya.


Tolong betulkan aku kalau aku salah. 
Aku kan anak ustaz yang sekolah agama tetapi iman tak dapat diwarisi -____-




Update: Terima kasih atas komen anda :')










11 comments:

Hikaru Yui said...

yg saya belajar plak.. mmg nabi kita buta huruf..dan mmg sifat baginda ialah ummiy.. tp segala kehebatan baginda, dan hadis semua tu ialah wahyu dari allah..

kan nabi tak bercakap melainkan ia diwahyukan.. camtula lebih kurg dalam quran ada sebut kn?

sebabnya.. ada org kata quran itu rekaan nabi.. sbb quran itu mmg benda yg klu nak direka org tu mesti tahu baca tulis bagai.. tp quran bukan dari nabi. quran dari allah.. nabi xreka quran sbb nak reka cmna baginda kan ummiy..

haaa cmtulah lebih kurang..

pasal nama isteri nabi plak.. boleh ja nak letak siti ke tak mau letak ke sebab siti maksudnya cik atau panggilan utk org perempuan.. mcm org kita ada cik kiah.. org dulu ada siti aisyah..

pjg plak komennya.. xmau buat entry balas tgh examlah katakan..hehe

kip said...

“Dan kamu (Muhammad) tidak pernah membaca satu kitab pun sebelumnya dan tidak pernah menulis satu kitab pun dengan tangan kananmu.” (Q S Al-Ankabuut: 48)“

kip said...

Ummi membawa makna buta huruf tidak boleh menulis, membaca dan mengira.

Bagaimanapun sifat ini janganlah dilihat dalam suasana sekarang yang moden, di mana sifat itu dianggap sebagai kecacatan dan keaiban.

Sebaliknya perlu dilihat dalam suasana ketika itu dan sebagai mukjizat untuk menjadi bukti bahawa al-Quran bukanlah dari atau ciptaan Nabi SAW seperti firman Allah: “(Andai kamu boleh membaca dan menulis) pasti ragulah orang-orang yang mengingkarimu.”

Ini bererti kalau kamu boleh menulis pasti beberapa orang yang bodoh akan ragu, lalu akan berkata: “Kamu hanyalah mengetahui ini dari kitab-kitab sebelumnya yang diambil dari para nabi, padahal mereka mengetahui bahawa Nabi ini buta huruf, tidak pandai menulis, “Dan mereka berkata: ‘Ini adalah dongeng-dongeng masa lalu yang dituliskannya.”

Ditanya pada Al-Marwadi: Apakah bentuk mukjizat diutusnya seorang Nabi yang ummi? Maka jawabnya demi tiga sebab:

Pertama: Untuk menunjukkan sesuainya keadaan dia dengan khabar dari nabi-nabi sebelumnya.

Kedua: Supaya keadaannya sesuai dengan keadaan mereka (kaumnya) sehingga lebih memungkinkan diterima.

Ketiga: Untuk menghindari buruk sangka dalam mengajarkan apa-apa yang didakwahkannya daripada kitab yang dia baca dan hikmah-hikmah yang dia sampaikan.”

source :: http://cintanabi.com/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=20&Itemid=1

Kayun.Zack said...

oh, nanti saya nak tanya soalan tecer ni kat ustaz tempat saya mengaji jugakla tecer. kita bg ada byk sumber lepastu kita bincang noh.

abdullah said...

Bagi pendapat saya nabi Muhammad tidak lah buta huruf tetapi Nabi Muhammad buta huruf terhadap bahasa Allah swt ia itu AlQuran kerana Ayat atau bahasa yang di wahyukan kepada Nabi Muhammad berbeza dengan bahasa arab itu sendiri dan dengan itu Allah perintah malaikat turun mengajar Nabi Muhammad membaca alQuran begitu juga menulis huruf berserta kan ayat Allah......(MAAF KALAU SALAH TOLONG BETULKAN) ASTAGFIRULLAH AHLAZIMM

TecerWidad said...

@abdullah Ya, inilah yang diriku nak cuba sampaikan. Terima kasih.

OT girls said...

@kip

tumpang tnya, ayat ni dr surah ape ye?

Preface said...

Cube bayangkan anda seorang yg bute huruf. Pastu saye tunjuk kamu huruf ni --> A. Anda semestinye akan identify huruf ni dengan simbolnye sahaje. Maknenye, anda tengok huruf 2 semacam bentuk lukisan, pelik. Anda pn tidak akan dapat meneka bahawa sebutannye adalah "Aayy", btul x?

Klau x paham cube paham lagi ini sume theory dalam bidang Information Theory.

Ok, blum abis lagi. Dalam al-quran ade ayat-ayat biasenye di awal Surah yang dimane diturunkan huruf2 arab secara individu, cthnye YAA-SINN, TOO-HAA, dsb..Jika Nabi bute huruf, bolekah die membaca huruf2 Arab tersebut?

TecerWidad said...

@Preface Minta maaflah. Saya tak dapat point apa yang cik nih nak sampaikan. sila cuba lagi

Preface said...

Ok memang susah skit nk paham sbb agak kompleks kebenaran ni. Saye pn x tau ape yg cik x phm. Klau bole nyatakan ape yg x paham 2 supaye sy bole explain.

Tapi ape yg sy cube smpaikan ialah Nabi kita memang bkn seorang yg bute huruf. And memang da diberi bukti dlm Al-Quran sendiri. Cume hijab je yg menutupi dr kite btul2 memikirkan kebenaran 2.

lycanus said...

ya betol nabi muhamad bute huruf..buktinya apabila turunnya wahyu pertama yang berbunyi ikraq kalau dimelayukan maksudnya bacalah..tp sya pernah terbaca bahawa bahasa arab sagt tggi tatabahasa nya..iqraq yg dimaksudkan dlm surah itu ialah ikutlah.(sila bca sirah dimana nabi muhamad s.a.w terpaksa mengulangi ayat tersebut beberapa kali sebelum berjaya..dan baginda dapt menghafal seluruh isi alquran bersesuaian dgn sifat baginda yg fatonah iaitu cerdik..harap dapt memebantu@@..haha..skema x penjelasan aku dan aku nak hadiah.sekian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...