Tuesday, January 17, 2012

Diari seorang guru



Tet. Tenenenet. Tenenenenet. Pap!
Tu bunyi jam. Biasa la, zaman sekarang. Kunci jam pakai handphone. Bini Ustaz yang konon dulu tak reti pasal handphone pun dah terer kunci jam pakai handphone. Hari sekolah bangun pukul 6.15 pagi. Dalam kepala memang duk terbayang alangkah bestnya kalau cuti. Boleh sambung tidoq. Ok, selimut babi. Geli. Bangun sikat rambut dan terus semangat sembahyang subuh. Sembahyang subuh saja la semangat. Tang nak pi sekolah tu, tak dak lagi semangat.

6.30 pagi
Mandi. Sambil mandi pikiaq hari ni nak mengajaq apa. Lepas tu pikiaq sama nak beli nasi lemak dak sebab lauk kantin selalu tak best.


6.55 pagi
Dah siap pakai baju tudung bagai. Aku bersiap tak lama. Tak dak sapu blusher, eye shadow bagai. Cukup takat sapu bedak johnson baby sebab aku jenis confident. Aku cukup cantik dah. Kahkahkah. Sebelum pi sekolah salam dengan Bini Ustaz dulu :')


7.05 pagi
Singgah beli nasi lemak. Muka mesti garang time beli nasi lemak supaya tak dak sapa nak beramah mesra time aku kalut nak pi sekolah.


7.30 pagi
Sampai sekolah. Duduk-duduk. Buat  lesson plan. Jadual yang bahagia sebab tak dak kelas pagi buta. Dah siap RPH bergosip bersama rakan tercinta. Hahaha. Ala, gosip murahan ja. Perangai budak-budak dalam kelas, perangai anak di rumah. Ni biasa geng-geng yang dah jadi mak. Aku yang bujang tadah telinga dan ambil pedoman >__<


8.30 pagi
Makan di kantin. Wajib order teh o panas nipis. Perut dah gembira baru boleh mengajar dengan semangat. Oh ya, sesi makan-makan sudah pasti ada unsur gosip kecil-kecilan. Tapi masih gosip-gosip ringan.


9.00 - 1.20 tengah hari *nampak sangat dah malas nak taip*
Dipenuhi dengan sesi mengajar secara berkobar ibarat panglima perang yang sedang berjihad. Bukan panglima perang yang suka-suka hati nak ludah muka orang. Kahkahkah. Kalau ada waktu senggang, tulis reflection siap-siap dan buat lesson plan untuk esok dan hari-hari berikutnya. Sambil menulis, sambil langgah ayaq masak. Oh ya, sebagai seorang yang mementingkan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat, setiap hari membawa air kosong 1.5 liter dan habis diminum sebelum jam 2.00 petang *patutlah aku sentiasa cantik menawan. Kahkahkah*


2.20 petang
Pukul 1.20 petang dah boleh balik tapi kadang-kadang terlajak duk kat sekolah lama sangat sebab bersembang dengan rakan-rakan tercinta. Bersembang dan bergosip sambil makan kerepek atau apa-apa yang ada di meja. Oh ya lagi sekali. Sekolah ni tak dak orang duk gosip pasal cikgu tu, pasal cikgu ni. Tak dak cikgu nak mengata budak tu jahat, budak tu teruk. Habis-habis pun cuma kata budak buat perangai. Bahagia sungguh dapat team cikgu macam ni :') Dah balik rumah sembahyang zohor dan tidoq. Letih pompang pompang kat sekolah so dah balik rumah is recovery time. Recovery lah sangatttt. Pui


3.15 petang
Tidoq tak lama. Dalam setengah jam sudah. Makan nasi. Bahagia yang seterusnya bila dah balik Bini Ustaz dah masak :') Makan sambil tengok tv dan sembang dengan Bini Ustaz. Tak lupa diselitkan unsur pujian terhadap masakan yang dihidang supaya Bini Ustaz lebih bersemangat untuk masak pada hari-hari berikutnya.


4.30 petang
Tengok tv sambil mentekedarah kerepek pisang. Kaki bersilang letak atas meja.


5.15 petang
Dah sembahyang asar, keluar jogging. Kata amalkan gaya hidup yang sihat. Kahkahkah. Tapi memang aku jogging petang-petang. Kalau hujan saja aku duk terperap dalam rumah sambil online. Kalau agak nak gedik, aku aerobic lagu Waka Waka. Perasan seksi masa tu. Tak pa la. Aku buat kat rumah sorang-sorang dalam bilik. Tak dak sapa nampak. Allah nampak pun dia tak marah sebab aku tak gedik depan jantan.


6.57 petang
Dah siap mandi. Layan Akasia tv3. Sambil tengok tv, minum milo panas. Kalau aku berasa perut buat perangai, aku makan siap-siap. Aku malam jarang makan. Jadinya takut malam-malam nak tidoq menggigil satu badan, sebelum pukul lapan aku minum atau makan benda yang tak daklah berat sangat.


8.02 malam
Sembahyang maghrib. Kalau rajin baca Quran. Kalau malas lipat baju. Kalau malas malas, duk saja atas katil belek kuku sambil berangan. Agak dah masuk waktu isyak, terus sembahyang.


9.01 malam
Mengadap laptop. Sambil buat kerja online update blog dan melawat kawasan. Macam wakil rakyat dak? Ok, dak. Melawat kawasan tu maksudnya melawat blog-blog yang berkenan di hati. Kadang-kadang time ni jugak Bini Ustaz naik atas masuk bilik mintak tolong taip surat, buat minit mesyuarat bagai. Aku setiausaha kehormat Bini Ustaz. Untung ada anak macam aku. Walaupun tak berapa nak solehah tapi mudah minta tolong. Biasa la, aku memang suka puji diri sendiri. Hihihi


10.37 malam
Masuk tempat syaiton. Gosok gigi, cuci muka dan cepat-cepat keluaq. Tempat syaiton tak elok duk lama-lama *tazkirah selingan*. Kemas beg nak pi sekolah. Susun netbook, pencil case molek-molek macam tuan dia. Bersedia untuk tidoq. Tapi hati tak berapa tenang jadinya biasa online barang 15 minit baru tutup lampu. Hahaha.


Biasanya aku tak tau aku tidoq pukul berapa. Tapi dalam pukul 11.00 lebih aku dah tutup lampu. Siap tau dia tidoq pukul berapa memang terer. Terer la sebab dah pejam mata pun tau pukul berapa. Hebak mung!



Inilah yang aku lalui setiap kali hari persekolahan. Nampak macam bosan tapi sangat awesome sebenaqnya. Hahaha. Memang aku selalu tak bersemangat nak pi sekolah. Tapi bila dah pi sekolah, bersemangat mengajar sampai lajak ambil waktu orang. Tapi kadang-kadang saja la aku terlajak. Bila dah berjumpa kawan, balik rumah lambat sikit pun tak pa. Tambah-tambah dapat kawan yang bukan jenis bermuka-muka dan tak mengata :')

Bermuka-muka? Ala, bermuka-muka yang depan kita ajak makan sekali, ajak bersembang, mai mintak tolong buat dokumentasi tapi kemudiannya cakap yang bukan-bukan pasai kita. Adaaa, sapa kata tak dak manusia macam ni di kalangan cikgu? Cikgu bukannya nabiiii. Eh eh, ni awat tetiba jadi emosi nih. Oh, tetiba Aunty Flow mai melawat. Esok boleh mangkit lambat sikit.







12 comments:

biques said...

haha...beat entry nie..bru prasan kwujudan blog tecer...sjak bla dilahirkan ni..??

Hikaru Yui said...

seronoknya jadi cilgu..haha dulu dalam borang2 universiti mmg ada ambik tesl.. tp xpalah bnda dah lepas pun kn?

Muhammad Faris 'Azim said...

buat pulak bandingan dengan seharian cikgu SBP. :)

Pak Ngah said...

lepas ni bila TW dah berumah tangga dan ada anak sendiri...TW kena ambik alih tempat & tggng jawab bini Ustad pulakkk....kahkahkah...bila nak berumah dan bertangga?

Kayun.Zack said...

seriously solihin pernah apply tesl? keh3.

teo o panas nipis tu teh cmpuq limau nipis ka tecer. hehe

harap2 jadual saya esok gini jugak. keh3 sbb dlm otak ada byk benda nk wat lepas balik skolah. ekeke

TecerWidad said...

@biques ia lahir tanpa suami. maka harus dirahsiakan untuk menutup aib. kahkahkah

TecerWidad said...

@Hikaru Yui masih boleh jadi cikgu untuk anak2 anda kelak. amacam? berhikmah dak?

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim tiada bandingan sebenaqnya. tunggu nanti tecer buat

TecerWidad said...

@Pak Ngah rumah dah ada, tangga pun dah ada. tuan rumah dan tangga ja tak dak. puan rumah dan tangga dah lama bersedia.

tempat dan tanggungjwb bini ustaz dilakukan ketika hari cuti. kami mengaplikasikan sistem shift dan on-call. kahkahkah

TecerWidad said...

@Kayun.Zack solihin: tak daklah serius sgt *saja tlg jwb*

teh o nipis campuq limau kalau ada limau nipis free atas meja kat bilik guru. kahkahkah nampak sgt berkira, nak yg free saja.

kalau nak jadual mcm ni, sila masuk sekolah harian luar bandar. terima kasih. hihihi

Faiqah Umaira said...

best baca entri diari cikgu ni, <3 sama macam apa yg cikgu saya cerita :)

Wawa Amran said...

Jadual akak lg relax.. Wawa wat keje sampai 11 malam.. adeh~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...