Friday, January 6, 2012

Jenis-jenis novel yang aku menyampah


Membaca amalan mulia. Maka kerana itu aku antara manusia yang rajin membaca. Dari majalah, buku, novel dan Al-Quran *uhuk uhuk* semuanya aku baca. Tapi adalah keji untuk mereka yang memilih untuk membaca bahan lucah dan menggunapakai dalil membaca amalan mulia sebagai alasan untuk disandarkan perbuatan mereka.. Haruslah secara berjemaah kita menyimbah asid sahaja untuk orang begini. Aku mula membaca novel seawal usia 9 tahun. Novel pertama yang aku baca adalah Saat Rindu Berdetik karya Zuraidah Othman dan kesudahannya aku menangis bengkak mata. Setelah itu, aku meneruskan pembacaan novel-novel lain yang biasanya dibeli oleh kakak-kakakku, dan apabila adik aku turut serta dalam hobi yang mulia ini, maka dia juga turut menyumbang he arah pembelian novel-novel yang ada.



Di usia yang tidak berapa hari lagi nak masuk 29, aku telah membaca ratusan novel, mungkin jugak dah ribu, dan novel-novel tulisan Zuraidah Othman adalah yang paling dekat di hati aku. Walaupun nama Hlovate mendominasi carta-carta peminat novel, tetapi beliau tidak dapat melawan keoseman Zuraidah Othman.  Memandangkan aku telah menghabiskan lebih dari 2/3 hidup aku dengan membaca novel, aku dengan sesuka hati aku ingin berkongsi jenis-jenis novel yang aku tak suka.



1) Heroin cantik melampau
Kebanyakkan novel-novel Melayu suka menampilkan heroin yang cantik tahap melampau. Kecantikkan yang melampau dari hujung kaki sehingga hujung rambut dan menjadi igauan jejaka-jejaka yang ditampilkan di dalam novel tersebut. Mungkin ada yang akan melemparkan tuduhan aku cemburu. Oh pelis lah. No point of being jeles untuk watak tak logik begitu. Memandangkan watak heroin mempunyai wajah cantik jelita mengalahkan Miss Universe, maka kesemua jejaka tak kira watak baik atau jahat akan menggilai heroin tersebut dan sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkannya. Oh, sungguh tak logik dan tak dapat diterima dek akal. Sebagai contoh yang realistik, di kampung ini, ada seorang akak yang cukup cun. Memang ramailah yang berkenan tapi tak adalah sampai sekampung nak kan dia kerana aku pun hot dan cun juga maka ada juga yang nak dengan aku. Kahkahkah.

Selain itu, heroin juga digambarkan sebagai hamba Allah yang tidak berparut - flawless. Apakah? Setahu aku mereka yang mendapat pendidikan di Malaysia sudah pasti menerima suntikan BCG semasa tahun enam yang sudah pasti juga meninggalkan parut di bahu.

2) Hero yang sempurna
Selain dari heroin yang cantik melampau, sudah pasti pembaca disaji dengan hero atau pakwe yang sempurna dan gadis-gadis tak kuat iman *tidak termasuk aku* mulalah berangan untuk mendapat pakwe atau suami sebegitu rupa. Dan selagi tak dapat, tak mau kawen bagai. Wake up, girls. Tak ada lelaki sesempurna itu - yang ada harta berjuta, mak ayah dato tan sri, melancong overseas macam pergi pasar malam, wajah kacak membunuh, seorang yang beriman dan rajin baca Quran, yang kalau si gadis merajuk dipujuk dengan jambangan bunga, yang tolong jaga anak bila isteri sibuk, tak merokok, yang tolong bangun malam buat susu anak tukar lampin bagai, tak pandang perempuan lain, tak gatal dan macam-macam lagi sikap mahmudah yang sudah pasti menjadi dambaan gadis-gadis.

Sekiranya watak begini benar-benar wujud, sudah pasti mendapat anugerah Tokoh Maal Hijrah atau Tokoh Belia atau anugerah-anugerah lain. Maka untuk novel yang watak heronya sebegini sudah pasti mengundang kejian dari aku kerana aku tidak suka cerita yang tidak logik. Ya, pada aku tidak logik untuk wujudnya jejaka yang begini sempurna.



3) Ending yang lame dan cliché
Aku bukanlah jenis manusia yang kalau baca novel, baca ending dulu. Aku tidak kisah kesudahan cerita yang sedih dan tak menyebelahi si hero dan heroin kerana aku percaya kepada bercinta tidak semestinya memiliki. Cewah. Ya, dalam dunia ni mana ada semua benda kita dapat. Mana ada semua benda berakhir dengan kegembiraan. Akhirat pun ada syurga neraka yang melambangkan happy ending atau sad ending. Makanya, apabila membaca novel, aku baca dari mula sampai habis. Mungkin ada juga yang aku skip macam cerita Hlovate part psychology atau benda-benda yang aku rasa tidak ada kepentingan. Iklan dan promosi: Cerita Zuraidah Othman tak ada benda yang tak penting atau meleret-leret macam tu.

Oleh yang demikian, adalah menjadi spoiler besar sekiranya belum separuh pun aku baca aku sudah dapat meneka kesudahan ceritanya. Tak ada sebarang twist untuk jalan cerita yang ditulis yang sudah pasti membuatkan aku menyesal kemudiannya kerana membeli novel yang sungguh lame dan cliche begini.



4) Cerita yang banyak adegan 'tiba-tiba'
Membaca novel yang penuh dengan ketiba-tibaan adalah sungguh menyampah. Pada aku penulis yang memasukkan adegan tiba-tiba secara jamak adalah penulis yang malas dan nak habiskan cerita dengan cepat dan memilih jalan mudah begini. Watak yang tak ada tiba-tiba diwujudkan untuk memastikan si hero dan heroin dapat bersatu. Plot ceritanya juga tiba-tiba menyimpang dari landasan supaya endingnya menggembirakan. Aku sebenarnya tak begitu arif untuk bercerita panjang untuk point ini tetapi walau apa pun, aku memang tak suka dan menyampah jalan cerita yang mempunyai adegan 'tiba-tiba' demi merealisasikan cinta si heo dan heroin. Kebiasaannya plot dan watak tiba-tiba begini akan memberi keinsafan kepada watak antagonist atau mereka yang menjadi penghalang kepada pengkhiran yang menggembirakan kepada hero dan heroin.



5) Tajuk yang takdak kena mengena dengan jalan cerita
Ramai penulis gemar menggunaka metafora yang tinggi bagi pemilihan tajuk-tajuk novel. Sebagai pembaca novel, aku akan mencari connection antara tajuk dan jalan cerita. Namun kadang-kala aku menjadi marah secara tiba-tiba kerana tidak dapat mencari hubung kait antara tajuk dan jalan cerita. Novel-novel Ahadiat Akashah dan Zuraidah Othman biasanya mempunyai tajuk yang sangat mudah untuk difahami dan sudah pasti mempunyai hubung kait dengan jalan cerita yang ditulis.

Sebagai contoh, memetik kata-kata seorang blogger, dia juga tidak dapat mencari connection tajuk Ombak Rindu dan juga jalan ceritanya. Hahaha. Sungguh aku bersetuju. Mamposlah aku akan dikeji dan dicerca oleh kipas susah mati Ombak Rindu dan Fauziah Ashaari. Kahkahkah



6)  Oxymoron
Oxymoron adalah sesuatu yang bertentangan. Contoh mudah, seseorang yang mengaku alim dan beriman tapi sembahyang pun culas. Dari konteks novel pula, oxymoron berlaku apabila si penulis memasukkan unsur-unsur lawak dan watak yang dikaitkan dengan situasi lawak juga ketawa berdekah-dekah kononnya lawak sangat sampai sakit pundi dan abdomen. Tetapi aku sebagai pembaca senyum pun tidak. Aku sendiri dah jadi macam Chef Wan sewaktu mengkritik Raja Lawak Mega, tercari-cari tang mananya aku nak gelak, tang mananya yang lawak? Makanya kadang kala aku mengambil tindakan untuk tidak meneruskan pembacaan dan menangguhkan episod untuk membaca cerita tersebut sehingga tamat.



7) Nama panjang berjela
Nama yang panjang berjela sehingga nak untuk nak tulis dalam kad pengenalan pun dah terlebih aksara. Kalau tak panjang pun, nama mesti berirama kurang-kurang dua patah perkataan. Nama panggilan pun yang glamer-glamer saja. Ada sorang penulis tu, kalau tak guna nama kerabat, anak dato, tengku, puteri, syarifah bagai memang tak sah. Sungguh aku rasa menyampah. Apa ingat yang nama panjang saja muka lawa. Nama aku lima huruf saja, tapi betapa comelnya aku, tuhan saja yang tahu. Hahahaha. Perasan gilos.





Membaca novel sebenarnya mampu menurunkan kadar stress. Tetapi dengan situasi-situasi di atas, sudah pasti sebenarnya ia menambahkan kadar stress dan menyebabkan aku rasa aku telah membazirkan duit untuk membeli novel sebegini. Masalah ini juga boleh jadi sebab ramai sangat nak jadi penulis novel. Kerana itu juga, pada pendapat aku novel-novel yang menjadi lambakan di pasaran adalah lebih banyak yang tidak berkualiti dan tidak berbaloi untuk dibaca. Zuraidah Othman, sila terbitkan novel baru kerana tahap ketagihan aku sudah tidak terkawal kerana sudah lebih tiga tahun tidak membaca novel anda. Kepada Alaf21, sila kreatif dalam menghasilkan cover novel yang menarik kerana aku sudah terperasan ada dua novel berkongsi cover yang sama, warna sahaja yang berbeza.







27 comments:

Hikaru Yui said...

kahkahkah... saya baca gak tp xla smpai berpuluh apalah lg beratus dan beribu.. nasib baik kbsm wajibkan kaji novel klu x mmg xbaca dah..

tp saya bca novel omputih lg byk drpd novel melayu..ohoho bajet mat saleh

Wawa Amran said...

Wawa sama lar dgn Yui.. Ada lar baca tp x lar sampai beratus beribuwalaupun adik & Mak banyak beli novel.. Novel first baca novel Cinta Pertama.. Jalan cerita ok cuma tak minat nama Carl Zafran haha! Kadang2 novel yg menimbulkn rasa meluat atau menyampah yg menyebabkan stress akan diletak tepi tanpa perlu dikhatamkan hehe~

TecerWidad said...

@Hikaru Yui Patutlah terer english.

TecerWidad said...

@Wawa Amran Novel Norhayati Berahim memang selalu nama nak hebat.

Ekmi Rabat said...

saya pulak tak suka baca novel sebab cerita panjang dan meleret. lebih prefer bc manga jepun yg baca aksi. cewa. Tapi dalam sikit2 novel yg saya bca tu mmg ada yg leh relate dgn list di atas. Tang hero kacak sume tuh. Kita pun jadi automatik nk berherokan hero tu dan nama yg pnjg. betul sgt! sampai ada yg terpengaruh letak anak mcm watak novel.

Kayun.Zack said...

aha tecer, cakap pasai novel kan, teringat2 pulak novel sehangat asmara yg hilang apabila dipinjam oleh senior di asrama. hilang la satu koleksi novel aisya sofea. tsk tsk.

TecerWidad said...

@Ekmi Rabat Mudah terpengaruh sungguh sampai letak anak nama watak dalam novel. Nama-nama nabi atau nama-nama Allah tak dak pulak yang nak ikut.

Tiba-tiba teringat ada kawan yang kata nama abdul kadir tu nama kampung. harus saja aku carutkan, tapi bila ingt, kesian. cetek ilmu rupanya.kuikuikui

TecerWidad said...

@Kayun.Zack cari dia kat facebook, mintak dia ganti. hahahaha

meonism said...

pehh cerita pasal novel ni..dulu saya pinjam buku heri poter..baca sekerat dah malaih

saya layan movie teroih ikot bab mana saya berenti

kisah hati said...

dulu saya pon suke baca nvel, tp sy memilih.sy akan bc blurb die betul2 baru baca..klau nama die bukan2,tgku, shrfah,pteri la mmg dh ilang mood nak baca sbab dah tau cter pasal ape..pmbaca terbawa2 watak lelaki dlm realiti sbab yg tulis tu pompuan so die bulih cipta watak llaki yg pompuan idamkan.cuba baca karya pnulis llaki,mest lainkan.lagi satu crta cliche,kawen kontrak,cinta kontrak..myampah!.crta terbaru yg sy rase btul2 njoy cter jaja n din..hehe sweet..

Muhammad Faris 'Azim said...

sy tak penah abiskan bacaan novel walaupun novel sekolah....


teruk kan?

TecerWidad said...

@meonism tecer memang dah agak dah.

kalau hang kata hang baca sampai habes, boleh jadi terkena heart attack atau stroke mcm zikir.

TecerWidad said...

@kisah hati kalau baca penulis lelaki pun lebih kurang jugak. tobat ah nak buat watak kacak membunuh satu kampung nak kan dia.

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim biasa la tu. boleh kawan dengan meon. hahahaha

missyatt said...

setuju!novel2 zuraidah othman memang mabeles!

zaid sang juara said...

mohon tecer cari karya PTS tulisan bahruddin bekri.lawak2 belaka.

karya agung dia diari mat despatch*sdah bkira2 mahu msukkan dlm list bedtime story utk anak2 kelak

*mak i pon follow novel dia taww wakakaa

TecerWidad said...

@missyatt akhirnya jumpa jugak hamba Allah yang sealiran dgnku.

org buta novel saja kata zuraidah othman tak best. kahkahkah

blog-tips-kurus said...

novel abg RAM tu best tapi kadang2 tambah stress gak. haha!

TecerWidad said...

@blog-tips-kurus stress sebab tak leh teka kesudahan ceritaaaa, kan?

cerkLeng said...

satu lagi..kalau novel melayu ni.hero heroin semua nak mixed blood.nama semua nak ala-ala matsaleh.macam dkt malaysia ni ramai mixed blood plak.menyampah i.

Cik Eka said...

memang sangat setuju.dari sehari ke sehari nak tulis entry pasal ni..hahaha

bab nama,kemain panjang.semua nama moden.baik lelaki mahupun perempuan.
lepastu mula la memuji semua sempurna.

lepastu semua sempurna sungguh.

Cik Eka said...

@cerkLeng

sokong awak..hehehehehe
pastu mixed dan cantik,tinggi lampai,wajahnya mulus,bibir merah dan mungil,hehehehe

TecerWidad said...

@cerkLeng Dai saja berasa mixed blood tu cantik...Paling lucu konon darah campuran tapi cakap omputeh berterabur...kakakaka

TecerWidad said...

@Cik Eka Boleh tulis dari perspektif anda pula. Bab nama panjang satu hal...itu belum lagi kalau penulis terpengaruh dengan cerita korea hindustan bagai...

Anasyg said...

suka tang nama pjg berjela ngan pangkat bagai nak rak tu teacher, mmg saya pfft-ed kan aje. Blog teacher best ^^,

Carly Rose said...

Hey!!! Jangan kamu kutuk novel...!!!

Carly Rose said...

Saye suke bace novel... Salah satu hobi saye ialah...
Bace novel...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...