Monday, January 23, 2012

Tanda-tanda manusia nak jadi tuhan


Amacam tajuk? Biasalah. Semenjak berkawan dengan retis tajuk mesti gempak. Saja kadang-kadang nak juga rasa perasaan retis-retis yang selalu keluarkan statement kontroversi walaupun tiap-tiap minggu dinasihatkan untuk meningkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi.


Dan semenjak dua menjak ni memandangkan sungguh banyak cuti umum, cuti peristiwa dan cuti berganti, aku meluangkan masa dengan bersosial tanpa melupakan Tuhan Yang Esa. Oh, jangan salah faham aku tidaklah bersosial dengan keluar berjimba bersama rakan tetapi aku bersosial secara maya. Ya, melalui dunia siber aku bersosial dari satu website ke satu website seperti zaman kanak-kanak kurang rasa malu dan berjalan ke rumah makcik pakcik di kampung padahal haram tak kenal demi mendapatkan duit raya walaupun sekupang.  Bersosial begini tidak perlu nak hello atau roger kata nak datang. Masuk saja tak beri salam pun tak apa. Kalau bagi salam nanti orang kata kau gila tiba-tiba depan notebook bagi salam gaya biasa orang Melayu. Okay, aku pun tak faham apa yang aku duk mengarut tang ni. Tak ada kaitan pun padahalnya. Bahasa mudahnya, bila berblog walking baru nampak ramai rupanya yang nak jadi tuhan. Dan bila kita bersembang dengan kawan-kawan atau yang kita tak berapa nak kawan pun, ramai juga nak jadi tuhan rupanya.



1) Ini dialog kawan aku yang nak jadi tuhan.
"Widad, hang bila lagi nak kahwin? Hang jangan memilih sangat. 
Esok-esok hang sampai tua tak menikah. Jadi anak dara tua duk sorang-sorang."

Wahhh. Hebat hang Tipah. Nampak tak ciri-ciri tuhan di situ. Boleh tahu apa akan jadi kalau aku tak menikah. Oh, please-lah kawan-kawanku dan mereka yang aku tak berapa kawan sekalian. Jodoh itu urusan Tuhan, urusan Allah. Makanya tak perlulah anda nak melawan kekuasaanNya dengan mempersoalkan perkara-perkara begini kerana apabila anda mempersoalkan perkara-perkara berkaitan jodoh, itu tanda anda nak jadi tuhan. Aku antara manusia yang paling tak gemar membincangkan bab-bab kahwin. Apa anda fikir aku tak ada perasaan nak kahwin? Aku ada perasaan nak kahwin, cuma buat masa ni aku tak anggap kahwin adalah satu priority. Bagi yang dah berkahwin terutama yang perempuan jangan nak sibuk hal aku yang bujang. Jaga suami anda masing-masing. Aku bukan nak jadi tuhan, tapi sila sedar, suami anda bukan hak milik kekal atau free hold. Sila sentap dengan statement aku. Sekian.



2) Tanda-tanda manusia nak jadi tuhan juga boleh dilihat melalui polisi-polisi yang dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa dan jawatan. Sebagai contoh, Petronas. Melalui apa yang diberitahu, Petronas tidak membenarkan perkahwinan sesama staff Petronas. Huiii, ini namanya nak menidakkan kuasa tuhan. Dan bila menidakkan kuasa tuhan, itu tandanya nak jadi tuhan. Ini pun berkaitan jodoh. Dah kalau jodohnya dengan orang di sekelilingnya, siapa kita nak menolak atau melawan takdir. Kononnya sebab mahu kekayaan dikongsi bersama. Dah kalau nak kongsi sangat, pada aku mungkin lebih afdhal dijadikan wang saku kepada pelajar-pelajar universiti melalui memberian zakat. Kan molek gitu? Eceh



3) Aku selalu juga blog walking di blog-blog yang bloggernya menunjukkan ciri-ciri mahu menjadi peserta imam muda. Selalu up entri-entri berunsurkan keagamaan yang kalau sekali dua aku baca, wah kalau aku ada anak mungkin aku booking buat menantu. Tapi bila lama-lama baca, hui jangan kata imam muda, rancangan makmum muda pun boleh jadi tersingkir di minggu pertama. Sebagai contoh, sekarang ni dah ramai retis-retis dah berubah ke arah kebaikkan. Dah pakai tudung, dah tutup aurat. Tapi tiba-tiba boleh pula si blogger ini buat entri akak retis akan terus tanggung dosa selagi gambar-gambar atau filem yang dia tak tutup aurat ditayangkan kepada umum. Wah wah wah, tuhannya hang nih. Dosa pahala urusan Allah. Makanya siapalah kita untuk judge perkara-perkara begini. Adalah lebih afdhal kita mendoakan semoga akak retis istiqamah dalam menutup aurat dari sibuk membincangkan dosa pahala akak retis sedangkan kita sendiri pun belum tahu nasib di akhirat.



4) Selain menunjukkan ciri-ciri mahu menjadi tuhan, ada juga yang jenis yang suka bersangka buruk dengan tuhan. Ciri-ciri manusia yang bersangka buruk dengan tuhan adalah melalui tutur kata yang kalau kita dengar mungkin biasa saja tapi bila fikir dengan mendalam berbekalkan ilmu agama yang dipelajari melalui kelas Kafa, kelas fardhu ain dan ceramah-ceramah yang tak ada permit mungkin kita sedar mereka ini bukan sahaja bersangka buruk dengan manusia, dengan tuhan pun nak bersangka buruk. Sebelum ada yang tak faham, haruslah aku sebagai anak ustaz yang imannya tak dapat diwarisi memberi contoh agar dapat menjana pemikiran yang cerdas di samping mengamalkan pengambilan omega di dalam diet seharian. Berbalik kepada contoh mereka yang bersangka buruk adalah melalui kata-kata 'Aku ni semayang tunggang terbalik tak tau la Allah terima ka dak'. Ya hadirin hadirat yang dirahmati Allah, kata-kata begini menunjukkan anda bersangka buruk denganNya. Adalah lebih mulia kita mendoakan amalan kita diterima dan menjauhi sikap bersangka buruk dengan Yang Esa.



I don't know how should I end my entry. Afterall writing a conclusion is when you have got tired of thinking. Hahaha. Few people been asking aku ni nak jadi retis ka? Oh my, why should I opt to be a celebrity? Celebrity is a person who works hard all his life to become well known,, then wears dark glasses to avoid being recognised. LOL. Apakah? Closure yang takdak kena mengena dengan tajuk entri? All is said and done, so stop being judgemental guys because in a way sometimes, whether you realise it or not, it seems some of you tend to overpower and overshadow His power.








12 comments:

Kayun.Zack said...

ohh baru tauu kakitangan petronas x dubenarkan berkhawin sesama sendiri. tsk tsk, kalau jatuh cinta parah jugak la cmtu. huhu

lieyana said...

suka suka entry ni !! :D

-wos- said...

mana butang like?
aku nak tekan sampai jari aku lebam pun takpa.

terbaek.

TecerWidad said...

@Kayun.Zack Dulu tak apa. yang semenjak bila ntah ada polisi nih. rezeki utk kita mengorat staff petronas. LOL

TecerWidad said...

@lieyana takdak pulak like button kan? hahaha

TecerWidad said...

@-wos- aku takut aku riak pulak satgi. dan aku tak suka kalau jari hg lebam. nanti tak mustahil hg akan buat tu sebagai alasan utk tak hapdet blog. kakakaka

- AnaK Mak Cik T - said...

the limitation is only to those who joined Petronas on & after 16 June 2010 (or is it 2009?)...entah tak ingat dah weh; sbb tak jatuh dlm kategori tuh :P

Btw, menurut makluman some banks dah lama dah ada polisi nih. Jadi kecoh sket since ada yg masuk kejer kat Pet sesama dah berjanji zaman kat UTP lagi...

Boleh jer nak kawin tapi salah sorang kena resign. That's the human law which we are yet to understand WHY?

Tapi bak kata tecer widad; bolehlah hampa mai ngorat engineer2 baru Pet. Kalau rasa nak yang dah lama engineer dan masih membujang pun ada jugak...kah kah kah...

Hikaru Yui said...

maybe sbb dah ramai sgt yg berani xikut tuhan.. so nak cuba jadi tuhan la plak =p=p

wa iya nauzubillah

Wawa Amran said...

thanks Kak! dpt byk reminder from this entri =)

TecerWidad said...

@- AnaK Mak Cik T - i loikeee

TecerWidad said...

@Hikaru Yui insof

TecerWidad said...

@Wawa Amran ya kah? mekasih dikkk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...