Friday, January 13, 2012

Tanda-tanda seorang pelajar nak jadi pengawas



Sebagai seorang rakyat Malaysia yang boleh tahanlah tahap cintakan negaranya, aku menghabiskan sesi persekolahan aku secara total di bumi Malaysia. Tambahan pula aku mempunyai perut yang sangat kasihkan nasi berbanding makanan-makanan lain maka memilih untuk berada di Malaysia adalah lebih afdhal. Bukanlah aku ingin katakan tempat lain tak ada nasi, tetapi harganya mungkin lebih mahal. Ahhh cakap banyak pun tak guna sebab aku sebenarnya bukan ada banyak duit nak berhijrah negara lain. Kahkahkah.
ihsan kekasih gelap


Oleh yang demikian sudah pasti sudah pasti aku cukup arif dengan setiap entiti yang terdapat di sekolah bermula dari peringkat tertinggi sehinggalah entiti-entiti di kalangan pelajar. Tambahan pula sehingga hari ini hidup aku masih lagi bergelumang dengan entiti-entiti begini maka sekaligus menambahkan ilmu yang sedia ada dan secara tidak langsung telah merajinkan aku untuk membuat satu kajian tentang satu entiti yang sangat popular tetapi tidak begitu disukai yakni pengawas. Hahahaha.

Kali ini aku telah membuat kajian tentang tanda-tanda seorang pelajar nak jadi pengawas. Kebiasaannya pengawas dilantik bukan dari kalangan tingkatan satu melainkan sekolah baru yang semua rakyatnya tingkatan satu belaka. Oleh yang demikian, tanda-tanda ini dapat dilihat ketika mereka di tingkatan satu di mana guru-guru akan mula melakukan pemerhatian untuk memilih para pengawas bagi sesi tahun berikutnya. Ayuh kita lihat dan baca secara senyap.



1) Pulun
Pulun adalah satu adjektif yang sangat berkait rapat dengan seorang pelajar yang mahu menjadi pengawas. Sikap pulun ini ditunjukkan apabila mereka bersama guru dan ini dilakukan untuk mendapat perhatian dari guru terbabit supaya sedar mereka sungguh bertanjak untuk dijadikan pengawas. Sebagai contoh, sewaktu sesi gotong-royong secara tiba-tiba mereka akan menunjukkan sikap rajin. Contoh mudah, kalau yang lelaki selama ni nak pegang penyapu ibarat perlu memegang najis mughalazah. Seboleh-bolehnya nak elak sebab rasa susah sangat nak samak.

Tetapi tatkala ternampak kelibat guru, sudah pasti batang penyapu bertukar menjadi sahabat akrab dan akan terus menyapu sambil mulut bising suruh orang lain tepi-tepi, nak sapu pun susah. Contoh lain, apabila guru meminta tolong sudah pasti diri tanpa sebarang paksaan mengangkat tangan. Padahal kalau kawan minta tolong biasanya pura-pura tak dengar. Kalau mak ayah yang minta tolong boleh jadi buat-buat tidur. Nampak tak kepulunan yang ditunjukkan di sini? Pulun yang maha pulun sehingga secara tidak langsung mendatangkan kejian dan umpatan dari rakan-rakan.



2) Jilat bontot
Ini adalah perbuatan yang tidak asing bagi pelajar-pelajar yang menunjukkan tanda-tanda mahu menjadi pengawas. Memandangkan mereka hanyalah pelajar biasa, mereka akan jilat bontot mereka-mereka yang telah menjadi pengawas supaya selepas itu nama mereka meniti di bibir-bibir sang pengawas dan tidak mustahil memudahkan mereka untuk merealisasikan impian menjadi pengawas - jawatan yang menjadi dambaan dan akan bertukar menjadi dambaan pilu sekiranya impian tidak tertunai. Sobs.

Oh ya, jilat bontot di sini tidak dimaksudkan dalam konteks secara literal. Tetapi ia bermaksud seseorang yang mengikut sahaja arahan orang lain dan sanggup mengorbankan prinsip diri demi memperoleh habuan. Biasa boleh dilihat dalam sebuah parti politik yang sudah melebihi umur pencen itu. Hihihi.




3) Tukang kipas, tukang ampu, kaki bodek
Mereka yang menjadi tukang kipas dan tukang ampu memiliki kosa kata adjektif yang sangat luas terutamanya yang berbentuk positif dan acap kali digunakan secara istiqamah apabila berhadapan dengan mereka yang telah menjadi pengawas. Mereka akan memuji tanpa rasa letih. Melalui aktviti mengipas, mengampu dan membodek, ia dapat menjana kepopularitian positif di kalangan pengawas dan memudahkan mereka menempa nama di dalam organisasi pengawas. Selain itu ada juga sebilangan kecil yang sanggup menjadi pencacai untuk para pengawas. Suruh sahaja basuh baju, beli makanan, kemas katil, mereka tidak akan menganggap sebagai membuli, tetapi lebih kepada pertolongan yang terselit seribu makna.

Oleh yang demikian, kepada para pengawas adalah diharapkan anda tidak kelabu mata dengan pujian yang diberikan kerana tidak mustahil kebanyakkannya bermuka-muka. Boleh jadi juga ada yang mempunyai talam sepuluh muka maka adalah lebih afdhal anda tidak suggestkan nama mereka sebagai calon pengawas dan menganggap mereka menyokong anda melalui pujian yang diberikan.



4) Jadi spy
Menjadi spy boleh diibaratkan sebagai training untuk dijadikan pengawas di masa hadapan. Setiap perincian dimaklumkan dan ada juga yang jenis menokok tambah demi meraih pujian dan secara tidak langsung menjadikan impian menjadi lebih cerah dan mudah digapai. Mereka menjadi spy guru atau para pengawas. Melalui jawatan ini, sudah pasti ia menampakkan ciri-ciri mereka ini dipercayai oleh rakyat biasa tetapi dalam masa yang sama mereka akan berpaling tadah dari rakan-rakan seperjuangan yang bukan pengawas. Oh, agak keji mereka ini. Mungkin yang lebih afdhal menasihati rakan seperjuangan tetapi seandainya tidak diendahkan barulah dilaporkan.


5) Kaki mengadu
Ahhh di kalangan adik-beradik pun pasti ada seorang yang kaki mengadu. Sikit-sikit nak mengadu sehingga kita rasa macam nak terajang atau sekiranya mengadu secara berlebihan mahu sahaja disentet atau disimbah asid. Hahaha. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang menunjukkan tanda-tanda mahu menjadi pengawas. Mereka ada sikap suka mengadu walaupun perkara kecil atau boleh jadi juga bila dah jadi pengawas pun masih terbawa-bawa sikap kaki mengadu walaupun depan kita cakap settled. Pasti mengundang cacian melibatkan najis mughalazah yang juga tahun kelahiran aku mengikut zodiak kaum cina.

Bagi si kaki mengadu ni, ayat yang paling mesra di bibir mereka adalah nanti aku report kat prefect atau aku report kat cikgu kot atau yang lebih mesra di telinga aku adalah aku habaq kat pengawas satgi kot diikuti beberapa tanda seruan di hujungnya.




Ini merupakan tanda-tanda yang dapat dilihat oleh mata kasar aku. Aku pasti ada lagi beberapa tanda yang aku tak berapa perasan tetapi sebenarnya menjurus ke arah mahu menjadi pengawas. Sekiranya ditanya kepada aku, aku tidak akan memilih pelajar sebegini sebagai pengawas kerana sudah pasti ketokohan yang ditunjukkan adalah fake dan apabila dilantik menjadi pengawas masih terbawa-bawa sikap begini. Kerana itulah ada yang selama ini depan aku senyum dan bagi salam, tunduk kepala tanda hormat tapi belakang aku berani carutkan aku padahal tak sedar SPM pun belum lepas. Apa dia ingat dia ketua pengawas dia hebat sangat? Apa dia ingat dia kumpulan Black Jack aku boleh terkincin. Ahh tak redha aku dengan ilmu yang aku bagi di atas perbuatan anda.









17 comments:

Kayun.Zack said...

ekekeke. tp betui la tecer kalau org hat betui2 rajin tolong kan, nmpk keikhlasannya tu. bkn kata cg mntk tlg ja dia tlg tp kwn mntk tlg pn dia snggup susah payah. hehe tp hat fake tu pun nmpk jugak, dan andai cg2 x nmpk pun tp kwn2 tauuuu perangai sebenaq dia. apalah makna kehidupan asrama andai dibenci kwn2 kerana perangai sendiri yg over mcm2 tuh. hehe

Faiqah Umaira said...

negara ini besar, pengawas beriban, mungkin tak semua pengawas yang memiliki sifat seumpama ini. Saya percaya memang ramai pengawas yang memiliki sifat2 diatas tapi saya kenal pengawas yang bukan seperti yang disebut di atas dan pasti ada lagi yang bukan macam ni

TecerWidad said...

@Kayun.Zack memang pun sebab zaman tecer kat sekolah, mmg ada manusia jenis fake begini. tak layak dijadikan pengawas.

TecerWidad said...

@Faiqah Umaira sila baca entri ini sekali lagi. tapi i do care to explain - ini adalah tanda2 mereka yg nak jadi pengawas tapi xd kredibiliti pun padahal. i didnt say semua pengawas ada perangai mcm ni.

again, pls re-read the entry or in future read it thoroughly. thank u.

Hikaru Yui said...

kahkah... pengawas batch AXIS terkecuali..kumpulan black jack tu pabenda? persatuan batch ke?

TecerWidad said...

@Hikaru Yui mcm kumpulan bad boy batch anda. bukan semua ahli kumpulan tu yg tecer tak suka, tapi ada la dua tiga yg rasa mcm nak bagi kaki kat muka

Nur Hazlin said...

masuk sekolah menengah terus taubat taknak jadi pengawas. kehkeh.

p/s : ayat bawah tu sentap. cikgu tak redha dengan ilmu yg dia bg, bahaya woo.

TecerWidad said...

@Nur Hazlin kalau yg jadi pengawas jenis berakhlak mulia dan tidak berpura2 sudah pasti tidak ada yg mengeji. selalunya pengawas yg ok ni adalah pengawas yg dia tak expect pun dia akan jadi pengawas.

p/s sebab mereka telah mencarutkan diriku dgn menconteng di white board asrama. tak sedar spm pun tak pas lagi. jahat2 mulut diriku, diriku tidak pernah carut-carutkan cikgu2 yg mengajar diriku. sobs

meonism said...

pehh isu pengawas tak habis lagi rupanya..

bila nak ulas pasal pengawas pusat sumber pulak tecer kakakaka

TecerWidad said...

@meonism pengawas pusat sumber tak cukup glamer. hahaha.

nanti nak buat pasal badar pulak. hihihihi

LensaHp said...

Jadi pengawas? Apa barang? Tak rock laa... Hahaha...

Pak Ngah Din said...

siapa yg ada ciri2 kat atas tu boleh la apply jadi author kat utusan meloya

TecerWidad said...

@LensaHp Barang terbuangggg. hahahaha

TecerWidad said...

@Pak Ngah Din what a thought. good one pak ngah. kipidap. hahaha

kisah hati said...

hehe nice post..boley x tecer wat entry fesyen plajar2 dskolah.umumnya uniform diorang sama la kan,tp mest ade yg cba tuk lain dr yg lain hggalah thap myampah hehe

TecerWidad said...

@kisah hati i loikeeee

Muhammad Iqbal said...

baca tajuk entri pun tergelak dah, hahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...