Tuesday, February 28, 2012

Chat strong


Amacam tajuk? Dengan khidmat kekasih gelap, sembang kencang ditranslate-kan menjadi chat strong. Walaupun macam harang tapi dek kerana frasanya yang pada aku agak catchy maka aku gunakan juga. Tapi amaran keras kepada mereka yang masih perlu menulis karangan Bahasa Inggeris jangan nak pandai-pandai guna frasa chat strong dalam karangan kerana mungkin anda bakal diketawakan secara berjemaah oleh rakan-rakan anda dan guru Bahasa Inggeris anda juga boleh terkena sawan jangka terpendek.



Zaman aku di matrik, aku ada boyfriend yang rupanya ala-ala Bollywood. Maksudnya tak adalah gelap tapi tak juga cerah. Suram-suram juga warnanya tapi hidung yang ada sungguh Bollywood dan kalau yang tak cukup penyangkut baju boleh juga nak pinjam. Kalau dikira dari rupa, memang tip top lah dan encik boyfriend ini bekerja dengan sebuah syarikat milik lelaki berbangsa Eropah. Wahhh, tiba-tiba aku ada macam feeling novel Alaf 21. Macam pakwe dalam novel bak heanggg. Rupa kacak, kerja kat kompeni besar konon gah lah sangat. Oh ya, encik boyfriend jawatannya lebih kurang macam engineer dan ini menambahkan lagi ciri-ciri Alaf 21 yang sedia ada.



Encik boyfriend aku suka nak menunjukkan kehebatannya berbahasa omputeh sebab mood everyday-speak-English-at-work sudah menyerap di dalam badan mengalahkan cerita rasukan ablasa. Kadang-kadang sampai naik syeikh dan aku sebagai cik girlfriend yang bajet comel dan berhati mulia sudah pasti melayan saja. Tapi dalam hati ada juga aku nak tergelak sebab bukan betul sangat pun dia cakap, tapi tak apalah, yang penting effort. Aku pun dua kali lima juga padahal. Paling tak tahan kalau aku sebut 'She don't' atau 'He don't' cepat-cepat mulutnya tegur 'doesn't doesn't' yang aku tahu sengaja sebut dua kali diiringi senyum perli bajet dia hebat sangat lah tuuuuu. Tak apa, ada hari Tuhan balas.



Dan satu hari, encik boyfriend nak datang ambil di hostel. Macam biasa bila nak datang ambil sudah pasti handphone menjadi alat telekomunikasi penting untuk menghapdet kedudukan, jarak dan keadaan trafik. Aku pula di bilik menunggu dengan sabar sambil tangan menggenggam erat handphone ibarat menanti panggilan dari rakan yang meminta kita menjawab soalan dalam rancangan 'Who wants to be a millionaire' untuk soalan yang bernilai ribu-ribu jugalah.


Handphone 3310 aku berbunyi lagu Daddy Cool yang sungguh catchy dan untuk zaman ketika itu, handphone 3310 antara yang tercanggih dan bukanlah handphone mampu milik untuk seorang pelajar seperti aku. Nasib aku jadi part-timer kat koperasi kolej aku dan disupport oleh encik boyfriend maka dapatlah aku memiliki handphone idaman ramai yang kalau kau tinggal rata-rata, adalah si tangan panjang yang nak mencuri.


Secatchy tone handphone aku, secatchy itu jugalah aku menekan butang answer. Encik boyfriend, dengan gaya seperti inspektor dalam Gerak Khas terus memberikan maklumat terkini,







'Five minutes again.'








dan terus memutuskan talian..









dan aku yang masih di hujung talian....









KAHKAHKAHKAHKAH










bajetomputehsangatlewtuew











14 comments:

Muhammad Faris 'Azim said...

lawak gila. serius :)

Hikaru Yui said...

kahkahkah maybe dy tgh kalut kot so xsempat nak pikiaq precise terms =p

Kayun.Zack said...

sebijik2 punya translation mcm guna google translate yg x berapa nk membantu tu.

lg satu tecer! ingatan tecer sgt kuat! adore you xD hehe

zaid sang juara said...

kahkahkahkahkahkah!band 6 tuuh

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim eh, janganlah serius sangat. i takut siyes siyes sangat nih *cakap dengan mood gedik-gedik*

TecerWidad said...

@Hikaru Yui berapa dia bayaq suh backup nih? kakakaka

TecerWidad said...

@Kayun.Zack walaupun tak membantu, tapi menjadi bahan hiburan ringan dikala takdak benda nak buat.

ingatan bagus utk benda ntahapapa. cuba tanya hukum tajwid. tobat ah gagap dan confirm lepas tu pura2 pengsan sebab nak cover malu tak boleh jawab.

TecerWidad said...

@zaid sang juara Tecer syak dia band 10.

Hikaru Yui said...

kahkah saya dah agak semua org yg baca akan gelak dia..so kesian ngat aih... maka saya pun rela hati back up pi la skit2 =p=p=p

TecerWidad said...

@Hikaru Yui bajetprslettew

-wos- said...

kena puji jugak dia.
keyakinan diri yang tinggi tu yang mahai.

*tak sampai ati nak gelak. sbb aku pun miskin berbahasa omputeh.uhuks

TecerWidad said...

@-wos- Baiklah wos.Haruslah hang sedar aku pun bukanlah pencakap teragung bahasa inggeris tapi kalau sekali sekala dapat gelakkan orang, aku jarang lepaskan peluang. Tambah-tambah kalau orang yang selalu bahankan aku.Hahahaha.

-wos- said...

betul jugak.
kalau terlebih konfiden pun boleh menjurus ke arah 'annoying' pulak..

ya dak?

TecerWidad said...

@-wos-

Sungguh benar bagai dikata

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...