Thursday, February 16, 2012

Sembang kencang




Aku memang selalu buat lawatan sambil menghabiskan duit di sebuah kedai peralatan komputer yang tauke kedainya merupakan anak kepada jiran aku. Sebagai jiran yang mengamalkan nilai-nilai murni maka sudah pasti aku memberi sokongan penuh kepada jiran tetangga yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan tetapi terhad kepada yang halal sahaja.


Arakian suatu hari aku menjejakkan kaki ke sana kerana mahu mencetak (mula-mula aku tulis memerin tapi sungguh tak comel bunyinya) beberapa dokumen kerana ketika itu masih belum ada printer. Motif di sini nak bagitau aku dah ada printer.


Memandangkan banyak juga benda yang hendak dicetak (diperin), maka sebagai seorang manusia yang boleh tahan ramahnya aku berbual-bual dengan pekerja-pekerja kedai tersebut. Sesi perbualan yang aku cipta disertai seorang jejaka dan seorang gadis yang memang kedua-duanya lebih muda berbanding aku *maksudnya aku pun masih muda*.  Memandangkan ada seorang jejaka dan seorang gadis, maka yang jejaka aku akan bahasakan sebagai pakwe dan si gadis aku bahasakan sebagai awek.


Dari satu topik ke satu topik maka si pakwe tanya perasaan aku menjadi guru di dalam situasi yang agak meruncing. Eceh. Saja aku tokok tambah nak bagi sedap sikit. Sebenarnya pakwe tu maksudkan budak-budak zaman sekarang nakal dia lain macam sikit.


Sebagai seorang guru yang tidak suka mengata pelajar-pelajarnya, maka jawapan aku adalah jawapan standard seorang guru yang dalam kelompok tidak mengata pelajar-pelajarnya - 'Biasa la. Agak tak tahan bubuh jugak dua tiga das. Kalau yang jenis tak mai sekolah tu yang tak reti nak buat macam mana'.




Si awek yang asalnya tak adalah ramah sangat tiba-tiba datang semangat berkobar-kobar macam pahlawan perang cuba memberi tunjuk ajar kepada aku


"Ala, akak kena jadi psycho, baru budak-budak tu dengar cakap akak."


Aku tenung muka awek tu lama-lama. Oh, baru aku perasan, aku lagi comel dari dia. Ok, tak ada kaitan.


"Cikgu saya dulu pun jadi psycho lepas tu dia psycho kami semua." Bersungguh-sungguh si awek cuba meyakinkan aku.


Aku belek wajah dia pulak. Ada jerawat tiga biji. Dua di dagu, satu di dahi macam spot light. Oh, pun tak dak kaitan.


Aku senyum sumbing. Maksudnya senyum yang macam tak berapa ikhlas dan kalau masa tu ada orang ambil gambar, sumpah huduh. Aku akan menggunakan semua jenis paksaan agar gambar tersebut di-delete.Memang tak cantik atau dalam bahasa mudahnya, hodoh bangang.


Kebetulan urusan aku dah selesai. Aku pun ambil semua dokumen, susun-susun, ketuk-ketuk atas meja, kelip dengan klip kertas, simpan dalam fail. Hulur duit dekat pakwe, dapat duit balance, buka zip tepi handbag, campak saja.


Dalam hati, berbolak balik. Nak cakap, tak mau cakap. Nak cakap tak mau cakap. Sambil berfikir, kaki dan berjalan tapi buka langkah kecil-kecil supaya lambat sampai kat pintu. Tarik nafas panjang-panjang, dan aku pun toleh ke arah si awek yang duduk mengadap komputer di hadapannya.


"Dik, nanti adik balik tengok maksud psycho as a noun. Kalau akak psycho, dan-dan kena berhenti kerja."


Lepas tu sekali lagi aku tayang senyum huduh aku tu.









:Psycho is a person afflicted with psychosis or chronic mental disorder with abnormal or violent social behaviour.


11 comments:

Hikaru Yui said...

budak2 sekolah slalu kata org yg rajinn study tu psycho...

jeles lah tu..hehe

Kayun.Zack said...

hehe. mesti awek itu terkedu. sedap la cara tecer karang balik cerita, haha saya buleh bayang sebijik2 adegan ni berlaku cemana. haha

Muhammad Faris 'Azim said...

entry yang sangat bes !

serius. :)

-wos- said...

hahhahhahahha.

maksud dia guna Psychology kot?

apa la cikgu dia buat sampai dia jadi psycho sampai lagu tu..

TecerWidad said...

@Hikaru Yui mesti hang termasuk dalam golongan yang dikata??? kakakakaka

TecerWidad said...

@Kayun.Zack ok, nantikan kemunculan novel tecer di pasaran. eceh. dan dan.




:sembang kencangggggg

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim bagi la award. kakakaka

TecerWidad said...

@-wos- terrer hang wos. memang dia nak maksudkan psychology. tapi menggunkan singkatan yang tak sesuai. takdak org ajaq dia kot yang psycho tu singkatan psychopath.

suffiakmal said...

kah kah kah, tatau nak kata apa sbb lawak gila. bahasa mmg kelas mariaaa

TecerWidad said...

@suffiakmal boleh buat part time jadik wartawan melodi pasni. kakakaka

Hikaru Yui said...

@TecerWidad kahkahkah dulu la duluuu la ni kita plak yg dok kata psycho kat orang..haiyooo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...