Friday, February 3, 2012

Tabiat-tabiat pemanduan yang mendapat carutan


Hai, apa khabar semua? Ada tak yang rindukan penulisan aku yang biasanya dipengaruhi unsur-unsur emosi tidak stabil atau dalam bahasa perempuan dipanggil PMS, dan juga sarcasm yang walaupun tak makan cili tiba-tiba terlekat cili di gigi. Dan-dan termalu sendiri atau rasa macam nak ambil pisau tikam diri sendiri. Aku sebenarnya sengaja tak hapdet blog sebab aku geram SBPA ditangguhkan sehingga ke satu tempoh yang aku faham sangat tempoh pilihanraya lettew. Tersembelit hajat aku nak beli kereta baru. Maka aku terpaksa menangguhkan ke satu tempoh lain hajat membeli kereta baru. Ciskek betul laaaa.

Memandangkan aku dah sebut pasal kereta, aku dengan penuh emosi yang tak berapa nak stabil nak listkan jenis-jenis driver yang mendapat carutan. Siapa yang biasa naik kereta dengan aku memang tahulah macam mana mulut aku ketika memandu. Pesanan penaja untuk diri sendiri - jangan memandu dengan bakal mak mentua atau bapa mentua kerana nescaya mengundang ketidakrestuan dari mereka. Aku antara manusia yang biasa dan kerap memandu jauh maka kerana itu telah menemui pelbagai jenis tabiat pemanduan yang layak diberikan carutan secara live.



1) Ibarat pondan tapi mengaku lelaki tulen
Suka hati akulah nak bagi nama apa. Sebagai guru bahasa aku mesti belajar cara menggunakan metafora. Situasinya beginilah. Kalau jalan ada dua lane, bawa slow tapi tak adalah mengalahkan siput babi. Gila apa bawa slow mengalahkan siput babi. Meter tak bergerak ka hapa? Sebelum aku melalut adalah wajar aku menyambung description bagi kategori pondan tapi mengaku tulen. Bila dah ada dua lane, bawa slow tapi drive lane kanan. Huiii memang aku mencarut tambah-tambah kalau time kita tengah sedap tekan minyak.



Aku bukanlah pengamal gender bias tapi kebiasaannya mereka yang berperangai begini adalah lelaki. Jeling rear-view mirror nampak driver perempuan biasa dia buat tak tahu. Apa dia ingat orang perempuan tak reti overtake keretakah? Biasanya driver di belakang akan memberi isyarat highbeam yang bermaksud tepi-tepi kereta aku laju nih dan sekiranya driver di hadapan adalah kategori pondan tetapi mengaku lelaki tulen yang agak kritikal mereka sangat lampi dan tidak faham isyarat begini. Maka isyarat highbeam akan diberikan secara berkali-kali yang dialog tersiratnya berbunyi awat lembab sangat hang ni, tepilah bangang dan kalau aku memang tidak teragak-agak hon kan saja sekali dua biar dia dapat malu. Agak dah lepas hon baru reti nak masuk lane kiri, masa tengah potong tu aku pun hon panjang sekali biar dia dapat malu. Kahkahkah.



2) Earth hour for 24-hour
Driver begini memang sayangkan alam sekitar sehingga nak bagi signal pun tak sanggup. Cahaya dan lampu signal pun menjejaskan alam sekitar. Ahhhh kenapa manusia bodoh bangang begini diluluskan lesen mereka? Sungguh sakit hati mereka yang tak reti bagi signal.


Terus teranglah aku dah banyak kali hampir accident akibat dari mereka yang tak reti bagi signal. Nak masuk simpang, terus sahaja masuk tanpa bagi signal. Nak memotong bajet dia sorang pemandu terhandal maka pun tak reti bagi signal. Ini lelaki perempuan sama sahaja. Apa susah sangatkah nak bagi signal?  Percayalah, tak ada satu makhluk pun yang suka sekiranya anda tak beri signal apabila tiba masanya. Aku ulang, beri signal apabila tiba masanya sahaja. Macam biasa, bila aku jumpa makhluk-makhluk begini aku memberi hon panjang tanda hoi signal ada letak tang mana dengan tanda seruan yang mungkin letih untuk dikira.



3) Pemberi signal tegar
Yang ini kebanyakkannya mereka yang menunggang motosikal. Biasanya dah hampir satu kilometer kita ikut di belakang dia masih tak belok dan baru kita tahu, oh signal dia sakit barangkali. Aku kadang-kadang tertunggu-tunggu bila masanya mereka ini hendak membelok kerana memberi signal secara istiqamah. Kerana itulah aku dah pesan tadi, beri atau guna signal apabila perlu sahaja. Aku pernah bergaduh dengan seorang pakcik tua naik motorsikal. Aku nak keluar simpang dan kurang dari 200 meter aku nampak motor pakcik tua tu terpasang signal ke arah simpang yang aku nak keluar. Maka kerana itu pantas sahaja aku tekan minyak dan keluar dari simpang tetapi nyaris pakcik tua itu melanggar kereta aku kerana rupanya signal terpasang itu adalam false alarm. Kebetulan aku buka tingkap pakcik tua jerit dan mencarut pada aku dan aku terus ambil keputusan berhenti di tepi jalan. Pakcik tua juga berhenti dan sambung marah. Siap lekehkan aku kerana kebetulan tanda P masih ada di kereta. Oleh kerana aku ada sense of respect aku tak marah tapi terus aku point dekat motor dia. Kebetulan dia tak matikan enjin maka lampu signalnya masih liplap-liplap. Terkedu pakcik tu terus mintak maaf. Ya pakcik tua, kalau pakcik tua baca entry ni, nak marah orang, nak sindir orang, sila cermin diri sendiri agar tidak termalu. Sekian.



4) Hati besar, jiwa lebar kalah jalan raya
Aku masih meneruskan ciri-ciri guru bahasa menggunakan metafora. Memandu di waktu pagi mahu ke sekolah dan dalam hati ingin segera sampai maka kalau ada kereta yang dipandu perlahan aku akan segera overtake tanpa membahayakan nyawa sesiapa. Eceh. Bajet pemandu berhemah. Tetapi ada pemandu yang berhati besar dan berjiwa lebar kalah jalan raya. Hampir setiap pagi aku akan nampak kereta kancil warna biru yang dari segi fizikalnya nampak agak usang dan hampir setiap pagi juga hati jadi panas dan mendidih dengan pemanduan pakcik kereta kancil biru usang ni. Kereta yang dipandu kecil saja cc pun tak sampai seribu tapi bawa kereta makan jalan. Bawa kereta sampai makan jalan lane satu lagi maka aku yang terkejar-kejar nak ke sekolah payah nak potong. Ikut hati mahu saja aku turunkan tingkap dan menjerit tanda marah tapi kerana tidak mahu spoil mood yang berkobar-kobar nak mengajar dengan penuh cemerlang maka aku pendamkan sahaja.



5) Pembuli
Zaman kanak-kanak aku ingat di sekolah sahaja ada pembuli. Salah rupanya anggapan aku yang serba naif ini. Pembuli ada di mana-mana. Di jalan raya, di rumah dan di dalam dunia blog juga ada pembuli. Pembuli di jalan raya sangat keji ya tuan puan adik-adik sekalian dan memang layak diberi carutan. Biasanya pembuli-pembuli di jalan raya ni juga kaum Adam yang jenis bingai tak berapa nak cerdik.



Aksi membuli yang biasa dilakukan adalah menghimpit kenderaan-kenderaan lain, memandu secara fast and furious dan aku bersangka mereka ni tak ada duit mungkin nak masuk lumba kat litar. Selain dari pemandu-pemandu kereta, pemandu-pemandu bas dan lori juga kerap melakukan aksi buli di jalan raya kerana sedar kenderaan yang dipandu lebih besar. Memang tak aci dan di dalam hati dan-dan muncul perasaan nak mencaci.



6) Pemanduan tersembelit
Yang ini biasanya perempuan tapi lelaki pun ada juga. Kalau dia jalan raya biasa mungkin rasa nak marah dan mencarut kurang. Tapi kalau di highway memang mengundang carutan ringan secara live. Mereka yang memandu seperti orang sembelit ini ini biasa suka membrek tanpa sebab munasarawak. Bukan ada manusia melintas, bukan ada kenderaan kat depan, bukan ada apa-apa pun di hadapan tapi tiba-tiba brek. Aku yang biasanya jarang bawa slow sudah pasti terkejut  dan secara automatik terjentat dah kalau tiba-tiba orang depan brek. Sekiranya di higway, bila ada eksiden memang ramai yang suka buat tabiat sembelit nih. Benci tau dak? Kerap juga berlaku di kawasan ada traffic light. Traffic light di depan dari jarak 300 meter aku nampak hijau dan kalau aku sudah pasti aku tekan lebih sikit minyak. Tapi tiba-tiba orang di depan aku bawa sambil brek-brek pula dan aku tanpa tapi-tapi terus mencarut secara ringan.



Kalau nak cerita tabiat-tabiat pemanduan orang kita, mungkin dua hari cerita baru habis. Macam-macam perangai yang menyebabkan tidak berkenan di hati. Ini baru tentang driving, belum cerita bab parking yang sudah pasti layak juga diberikan carutan. Oh ya, ada yang tanya aku, kalau aku mencarut aku sebut apa. Kahkahkah dah takdak soalan lain nak tanya. Mungkin sebab aku selalu sebut phrase carutan ringan maka mengundang pertanyaan. Aku sebut benda-benda biasa saja. Dah nama pun ringan.


Sebagai pemandu yang boleh tahanlah hemahnya aku ni, aku menyeru kepada para pemandu supaya memandu dengan berhati-hati dan mengamalkan sikap terpuji. Biar cepat tapi selamat. Tak ada maknanya nak lambat-lambat. Kalau di highway biasanya kereta dipandu laju. Tapi dalam bawa laju-laju tu, bila nak bayar tol sanggup pula beratur di lorong tunai. Dah kalau nak laju, pakailah SmartTag, takpun TouchNgo. Sungguh tak berapa cerdik. Laju kononnnn, kereta api warna merah, PIIIIRAAAHHH.








10 comments:

Nalisa Syahira said...

wa pemandu berhemah . hahaha

Muhammad Faris 'Azim said...

baru setahun jagung membawa kereta. tak dapat nak komen situasi sebenar jalan raya. tapi, paling sakit hati untuk yang malas bagi signal. :)

Hikaru Yui said...

bawak kereta ayah ada tepi... bawak sorang2 xpnah lagi kecuali pusing2 kat laman rumah...

betapa berhemahnya saya..kahkah

Kayun.Zack said...

saya ada lesennn jugak, tp tak besa bwk kereta ke mana2 kecuali kereta yg disediakan institut memandu. hihihiiii.

*pengguna kenderaan awam yg plg setia & mengharapkan lrt & monorel ada di seluruh msia supaya x perlu beli kereta langsung kelak. haha angan2 kot*

TecerWidad said...

@Nalisa Syahira ya, sungguh benar bagai dikata. cubalah jadi co-pilot diriku. eceh

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim memang bangang mereka yg tak bagi signal tu.

harap2 bila dah selalu bawa kereta kelak menjadi pemandu yg tak kurang ohsem mcm tecer. eceh. kakakaka

TecerWidad said...

@Hikaru Yui sangat! memang sangat berhemah! kahkahkah

TecerWidad said...

@Kayun.Zack tunggu la ratus2 tahun lagi. tapi bila fikir dua kali mcm lawak kalau ada lrt. kat tempat tecer ada kwsn nama landak. bayangkan naik lrt, 'next station, landak. stesen berikutnya, landak'. kakakaka

afqh said...

no 2 tu nama lainnya kete diskaun; beli takde signal ha5
sebagai penunggang motosikal yg bersemangat, saya mewakili semua penunggang seluruh malaysia memohon maap bagi perkara ke 3 tu (ok tak ayat sy cikgu? ha5) biasanya org naik moto ni tak selalu tengok meter sebab meter di bawah, bukan di depan macam kete. Lagi 1 signal moto takde bunyi. kadang2 tak ingat.
walau apapun kami tetap bersalah ha5

KADsekeping said...

semua tu pernah berlaku kat aku... mmg sangat menyakitkan hati. mana2 kereta yang menyakitkan hati tu, akan ku aim.. InsyaAllah.. dalam masa terdekat adalah ukiran di body kereta tu.. terima kasih. hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...