Tuesday, March 13, 2012

Entri paling berguna


Assalamualaikum.
Salam sejahtera.
Salam perpaduan.


Menaipnya aku di sini adalah tak lain tak bukan untuk mengemaskini blog sendiri yang sekian lama terabai. Sila jangan nilai mengatakan aku tidak bertanggungjawab kerana mengabaikan blog sendiri. Berblog itu bukan fardhu ain. Maka tak salah kalau aku abaikannya. Dosa pun tidak (aku harap).


Sebelum aku meneruskan ke pokok pangkal isi cerita, haruslah aku cerita kenapa aku jarang menghapdet blog. Bagi yang tidak berminat, boleh terus langkau ke perenggan yang bermula dengan huruf M. Dewasa ini beban seorang guru sudah tidak sama seperti guru zaman mak-mak ayah-ayah kita. Maka sungguh aku rasa terbeban sehingga mengajar pun dah jadi perkara kedua. Boleh kata hari-hari ada saja kerja pengkeranian yang cikgu kena buat yang secara tidak langsung merencatkan kerajinan aku menghapdet blog. Lelaki beriman, kaya dan bujang sila masuk meminang dan arahkan aku berhenti kerja kerana sesungguhnya kalau boleh bermalas-malasan di rumah sungguh bagai di syurga dunia. Lelaki tak handsome pun tak pa. Tak handsome, boleh tutup lampu.


Tahukah sekarang attendance perlu diregisterkan secara on-line. Dapat pula kelas belakang yang nombor ic sendiri pun tak ingat. Kelas yang depan-depan boleh mintak ketua kelas tolong hantar ke pejabat. Kelas aku pula dalam seminggu ada juga lambat sekali dua kes ketua kelas tak datang atau terlupa. Alasan terlupa tu kadang-kadang buat aku nak mencarut secara live tetapi kerana mengamalkan nilai-nilai murni, sabar diletakkan di hadapan. Lagipun anak ustaz. Walaupun iman tak dapat diwarisi, harus juga berusaha meningkatkan iman (tazkirah diri sendiri). Aku pun tak faham macam mana boleh terlupa sedangkan hari-hari dia kena buat. Mungkin lepas ni kena suruh amalkan diet ikan. Barulah al-'aqlul salim fil jismi salim.


Tak cukup dengan attendance, keputusan periksa ujian bagai kena online jugak. Online yang sekolah satu hal, yang KPM satu hal. Dah jadi dua hal kat situ. Paling nak mencarut bila kita dah update datang pula es you peperiksaan kata kita tak hapdet lagi. Pun kena sabar lagi dan online lagi sekali dan hapdet satu-satu. Katanya sekarang ni kementerian dalam percubaan nak adakan jawatan pembantu guru. Ada dua tiga sekolah (bukan di dalam daerah aku) dah dapat. Tapi bertambah sakit hati bila pembantu guru diletakkan di pejabat. Ewah ewah. Tak cukupkah kerani lima orang yang ada pembantu guru pun nak dicekau. Takpa, kat akhirat nanti, sila jawab dengan Tuhan. Sekian.


Makanya apabila asyik kena sabar-sabar, balik rumah terus otak jammed. Nak buat buat pun tak lalu. Buku budak pun selalu miss nak tanda. Cara nak hilangkan stress haruslah tidur dengan nyenyak tanpa gangguan. Kalau datang angin rajin, buka blog dan tekan new post. Duduk khayal dalam lima minit, tak dapat idea. Sungguh otak dah tepu.


Tapi hari ini sungguh berkobar-kobar. Matlamat nak hasilkan entri paling berguna. Jadinya ada idea dak nak suruh aku hapdet pasal apa?






p.s. Aku harap entri ni cukup berguna. Kalau tak berguna untuk anda, biarlah berguna untuk aku.







4 comments:

Muhammad Faris 'Azim said...

biar betul sampai ada yang tak ingat ic?


kena bukak kelas tahfiz ic lah macam ni. :)




apapaun, mulia sungguh pekerjaan seorang guru ini. :)

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim thank you for the comment sebab sekarang your comment has generated some ideas for my new entry.

Kayun.Zack said...

tecer tecer, la ni sistem mmg kena update online saja noh. hehe, masa p pbs seminggu kat skolah tu, heboh gak cg2 dok cakap kata nk update mrkh peksa budak2 tp sistem apa ntah x aktif lg. hehe.

TecerWidad said...

@Kayun.Zack Semua nak online, tapi pihak pentadbir dan org kementerian nama nak sediakan kemudahan internet yang hebat...haremmmm.

Output nak yang hebat tapi nak buat investment kedekut!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...