Saturday, March 3, 2012

Evolusi Tudung Sekolah di Malaysia



Memilih kerjaya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (bunyi hebat sikit) memaksa aku berhadapan dengan pelajar. Selain dari mendidik, mengajar dan membuat observation tentang tingkahlaku dan attitude mereka, aku juga mengambil kesempatan melihat cara pelajar sekolah hari ini berfesyen. Sedar tak sedar, tudung sekolah telah berevolusi sama ada dari sudut material tetapi juga fesyen. Aku masuk sekolah darjah satu terus pakai tudung. Maklumlah, anak ustaz bakhanggg. Makanya secara tidak langsung dapatlah aku mengimbas kembali fesyen-fesyen tudung dari zaman aku bersekolah sehingga hari ini di mana aku masih lagi berada di dalam persekitaran sekolah.



Aku mula bersekolah rendah pada bulan dua belas tahun 1989. Ketika itu sesi persekolahan yang baru bermula pada bulan dua belas dan berakhir pada bulan sepuluh, kalau tak silap akulah. Bulan sebelas cuti akhir tahun. Tapi kemudiannya ditukar dan aku pun tak sedar masa bila dia tukar. Memandangkan aku merupakan anak kepada seorang ustaz sudah pasti aku memakai tudung untuk ke sekolah. Aku bersekolah di sesi petang dan memandangkan aku tinggal di sebuah bandar, aku mendapati kesedaran memakai tudung ketika itu agak rendah. Kesudahannya aku merupakan satu-satunya umat yang pakai tudung. Tudung ketika zaman tu tak macam tudung sekarang. Lebih kurang macam serkup saja. Ada tali kat belakang. Bini Ustaz bila ikat mesti buat reben.

Tudung jenis scarf


Aku ingat nak upload gambar zaman aku sekolah tapi macam lucu dan sudah pasti aku akan dibahankan oleh pembaca-pembaca blog aku yang memang suka sangat kalau dapat peluang gelakkan aku. Selain daripada ada tali kat belakang, dekat bahagian atas ada bunga-bunga kecil yang timbul. Nampak comel juga tapi sebenarnya dah kalau yang pakai tu comel, comel ja semua benda yang dia pakai. Ekekeke. Tapi yang paling aku tak puas hati guru kelas aku suka cakap aku pakai topi. Tapi sebab masa tu masih kanak-kanak dan jiwa suci berhati mulia maka sekadar senyum-senyum walaupun tak berapa puas hati.



Setelah dua tahun, tudung sekolah berevolusi menjadi seperti tudung labuh yang ada hari ni. Cumanya tak besar. Tudung tiga segi yang didatangkan dalam dua jenis material. Satu, tudung kain licin yang suka buat perangai. Aku selalu juga naik angin sebab susah nak lipat dan dibentukkan. Kalau dan berjaya bentuk kepala rasa macam nak bekukan kepala supaya tak bergerak-gerak. Kalau angin tiup mula rasa berdebar-debar risau tudung terkelepek terus jadi tak cantik dan radar marah akan meningkat secara tiba-tiba. Maka untuk menyelesaikan masalah Bini Ustaz akan selit jarum kiri dan kanan tapi jarum yang diselit bukan jarum peniti. Dulu-dulu jarum yang jenis ada kepala. Ada macam-macam warna dan aku kalau calour tak sepasang, tak sama mula nak tarik muka tunjuk protes. Nampak tak, kecik-kecik lagi suka melawa. Hahaha.

Tudung lipat bulat tapi masih tak berjaya tutup dahi jendul


Selain tudung kain licin, ada juga tudung dari material kain jersi. Biasanya tudung jenis ini ada kerawang di hujung. Tudung jenis ini pandai menjaga akhlak, tak buat perangai dan sungguh beradun. Boleh lipat dan bentuk dengan mudah dah selalu rasa semangat nak pi sekolah. Ya, tudung memainkan peranan yang penting. Kalau dia duk buat perangai mula terganggu mood nak pi sekolah.

Tudung dari material jersi



Bila dah naik darjah lima, semua sudah pakai tudung licin. Tudung dari kain jersi sudah tak glamer maka secara terpaksa aku pun mengucapkan selamat tinggal. Tetapi tudung kain licin ini sudah tak begitu licin. Tudungnya sudah sedikit berat dan agak mudah dibentuk. Zaman kanak-kanak biasalah, semua tudung lipat bulat saja. Kadang-kadang terlebih nak bulat sampai jadi bersegi maka menutup dahi. Bila teringat memang nak tergelak tapi bila ingat dosa pula, ok, tak baik gelakkan orang.

Namun demikian, apabila menjejakkan kaki ke sekolah menengah, tudung mula berevolusi dari segi cara ia dibentuk. Ada yang nampak comel, ada yang nampak ntahapapa sehinggakan menjadi mangsa kutukan pelajar lelaki yang dia ingat dia handsome sangat pakai songkok tinggi buat senget sebelah macam style P.Ramlee.


1) Bentuk bulat
Tudung dilipat bulat dan jarum peniti diselit di kiri dan kanan. Ya, zaman aku belajar di sekolah agama, kami pelajar perempuan diwajibkan melipat (bentukkan) tudung dan pakai jarum di kiri dan kanan. Masa zaman sekolah rasa nak marah tapi bila dah besar bersyukur sebab sesungguhnya aku memang tak boleh kalau tak lipat tudung maka setiap masa nampak kemas. Budak perempuan pakai tudung tapi tak lipat dan tak bentuk nampak hodoh dan serabai dan hilang comel.


Biasa student yang naive dan baik-baik memang lipat tudung biar jadi bulat saja. Memang selalunya akan nampak comel dan baik dengan lipatan tudung jenis begini.

2) Bentuk muncung
Aku tak tahu kenapa zaman aku sekolah budak perempuan yang lipat tudung jadi muncung dikatakan sedikit nakal. Ok, untuk aku mungkin applicable -___- Apabila menginjak remaja mula sedar dan ada kesedaran untuk nampak cantik dan comel sesuai dengan peningkatan usia. Memandangkan memiliki wajah bujur tak berapa nak sireh maka sedar lipat bulat sungguh tak comel kerana itru beralih kepada lipatan jenis muncung.



Tudung yang dilipat muncung juga kadang-kala menjadi teguran sebilangan ustazah. Aku juga tak faham apa rationalnya mereka menegur tapi pada aku lipatan dan bentuk tudung sebenarnya bergantung pada bentuk muka dan wajah. Fesyen ini dipanggil lipatan muncung kerana bentuk di bahagaian atas (rujuk bahagian yang dibulat warna merah dalam gambar). Masa aku di sekolah asal nampak cermin mesti berhenti sam bil guna jari telunjuk sebelah kanan tolak-tolak ke atas bahagian lipatan tudung supaya muncungnya sentiasa memunjung dengan tajam. Mungkin waktu tu aku fikir, lagi tajam muncung tudung, lagi segak. Kahkahkah.


3) Lipat sebelah
Ini fesyen budak malas. Aku selalu tengok kakak aku buat. Cara biasa melipat tudung adalah tudung dilipat ke dalam tetapi fesyen lipat sebelah ini, bahagian tepi tudung sama ada sebelah kiri atau kanan di tarik ke luar. Secara automatik ia akan menghasilkan bentuk atau lipatan tudung yang tajam. Tapi awas, ia hanya di lipat di salah satu bahagian. Lipat dua-dua belah tak cukup cun katanya.


4) Selit plastik keras
Bagi yang baru-baru belajar palai tudung tak reti nak lipat tudung mengambil inisiatif menyelitkan plastik keras yang dipotong menjadi rectangle. Hasilnya tudung akan dibentuk cantik, sedikit membujur tetapi dua kali pandang nampak macam serombong kapal. Kahkahkah. Tak baik betul mulut. Maka aku rasa kecacatan kecil itu menyebabkan fesyen ini tidak begitu mendapat perhatian dan kurang mendapat sambuatn dan hasilnya tidak kekal lama.



Zaman sekarang budak sekolah masih pakai tudung licin. Ada yang sangat licin sampai nak dibentuk pun payah, ada yang jenis keras sikit maka mudah dibentuk dan cikgu yang tengok pun tak rasa serabut dan meluat. Walaupun majoriti perempuan hari ini memakai tudung dari material jersi yang ada awning, peraturan sekolah tidak membenarkan para pelajar memakai tudung tersebut. Ada macam-macam nama untuk tudung tersebut tapi aku memang panggil tudung Indon. Aku syak tudung ini berevolusi dari fesyen selit kertas keras yang tidak mendapat sambutan ketika zaman aku bersekolah dahulu.



Budak zaman sekarang bila pakai tudung suka nak sanggul rambut tinggi-tinggi padahal rambut sejemput sahaja. Sekali tengok macam orang dalam pantang. Kalau tudungnya labuh mungkin boleh dimaafkan, ini tudung singkat bukan setakat nampak dua tali tapi kalau toleh laju-laju boleh nampak leher tengkuk segala.





Setiap perkara yang ada di dunia ini akan berevolusi. Manusia juga berevolusi. Tapi bukan macam teori Darwin yang tak cerdik tu. Makanya sudah pasti tudung juga berevolusi. Pesanan aku untuk semua perempuan, tak pakai tudung tak dosa, yang tak tutup aurat tu yang berdosa. Agak tak jumpa tudung lilit dengan selimut pun jadikkkk.






12 comments:

ilhambrothers said...

toleh laju-laju boleh menyebabkan sakit di bahagian leher.. :p

TecerWidad said...

@ilhambrothers laju macam siput babi saja. jangan laju macam kuda. memang bahaya. hihihi

Muhammad Faris 'Azim said...

adakah itu gambar tecer waktu kecik2?

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim gitulah lebih kurang. hihihihi

Hikaru Yui said...

laaa budak sekolah mmg ada yg pakai tudung endon tu ka? huduh aih..haha

xlama lagi mungkin shawl akan dipakai macam budak2 arab di sini umur tadika dah pandai belit tengkok..

tp cantik tudung jenis ni..=p=p

TecerWidad said...

@Hikaru Yui Ada jugak. budak sekolah rendah tak terkira.

Pakai tudung belit2 ni bukan semua org sesuai. kalau belit kat tecer, harang tak elok

-wos- said...

aku pernah letak manila kad yg di potong memanjang dlm tudung skolah. gila bulat habaqhangg.. tapi tu masa form 1. bila dah pandai meghela aku berenti pakai pesen tu. tak jelita.

aku pernah sapu lilin kat depan tudung utk senang di bentuk. (Sampai la ni pun kalau pakai tudung bawal aku dok sapu lilin lagi).

utk bagi tudung kelihatan tajam lalu memberikan efek bujur sirih di wajah, aku suka menggunakan kaedah memuncungkan mulut kendian tiup ke atas hingga angin tiupan itu terkena bahagian depan tudung.

lebih mudah dari menggunakan jari dan kesannya juga lebih efektif.

cubalah.

TecerWidad said...

@-wos- kahkahkah, tak menahan aku komen hang macam iklan kat tv.

aku pun selalu jugak buat mulut muncung tiup ke atas tu. tapi setelah bertemu dengan kiwi kleen, segalanya telah berubah. tidak perlu lagi meniup ke atas atau menggunakan jari telunjuk.

terima kasih kiwi kleen!

-wos- said...

kiwi kleeeennn?

info baru.
hmm.. menarik.
cer buat entry tutorial buleh?

ini siriyes.
tapi nak tergelak pulak.
kehkeh

TecerWidad said...

@-wos- Aku malu nak featurekan wajah diblog. kakaka.

Hang carik kiwi kleen botol kaler biru. warna kuning dan pink kemenjadiannya efek bujur kurang berkesan.

iron tudung baju macam biasa. pastu bahagian yang kita nak lipat buat efek muncing *maksudnya di bahagian tengah* hang sembuq lah kiwi kleen tu. jgn lupa goncang dulu. lepas tu hang iron lagi sekali *ibarat macam kita sembung ayaq nak bagi mudah hilang kedut*

aku advise hang sembuq blah dalam. sebab nanti dia macam ada serbuk putih macam kanji. makanya bahagian nak lipat tu akan jadi keras sikit dan mudah dibentuk sekaligus efek muncung datang dalam package.

selamat mencuba!

Kayun.Zack said...

saya amik tips dari komen2 kat sini. hik3

TecerWidad said...

@Kayun.Zack nothing is free. pay me! pay me!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...