Tuesday, March 13, 2012

Kisah budak-budak kelas belakang



Sekali sekala hapdet tentang sekolah, kisah kelas belakang selalu ada terselit. Ada yang macam tak percaya, sungguhkah budak kelas belakang di sekolah harian tempat aku mengajar gitu sekali gayanya. Layan bukti sekejap.



Memandangkan aku sendiri otak tepu tak tau nak hapdet apa, maka boleh juga aku berkongsi-kisah-kisah yang aku alami sendiri tanpa ada unsur fitnah mahupun kejian atau cemuhan.



1) Tak aptudet
Mereka tak aptudet dengan branded stuff.  Tak perlulah aku nak ulang cerita. nanti nampak sangat aku ni otak tepu tak ada idea nak hapdet sampai ulang cerita-cerita lama dan sanggup pula taip dua kali.




2) Biodata
Ada satu ketika aku masuk kelas nak mintak biodata mereka. Belum habis explain dah tanya biodata tu apa. *___*. Lepas dah habis explain semua pakat kalut cari kertas. Ada sorang budak lelaki duduk tepi tingkap badan bulat-bulat tak buat apa. Dah la pesen mata kuyu memang mengundang kesian. Maka aku terus pi dekat dia, tanya,

'Ni pasaipa tak buat apa ni?'

Diam. Muka macam nak menangis.

'Awat ni? Kalau tak habaq macam mana saya nak tolong?'

'Saya tak tau nama mak saya...' teruih ayaq mata dia berlenang. Aku pun cuak jugak tapi tetap nak tanya.

'Pasaipa tak tau nama mak? Mak ada dak gi?'

'Mak ada.'

'Dah tu?'

'Chek tak dok ngan mak' teruuih dia bahasa diri dia Chek. Chek tu maksudnya saya.

'Mak pi mana?'

'Mak duk kat Nibong Tebal.' Dalam ayaq mata duk bercambah keluaq gagah dia jawab soalan aku.

'Mak tak balik ka mai tengok?'

'Dakkkkk' lagi laju ayaq mata dia turun sampai aku pun dah takmau tanya apa dah. Kawan-kawan yang kenal dia bagitau dia duduk dengan tokwan. Memang tak pernah jumpa mak dia. Tapi dia tau mak dia da lagi. Tiba-tiba aku rasa syahdu. Sungguh kesian. Wei mak, baliklah tengok anak ni. Dah reti beranak retilah jugak bagi kasih sayang. Anak dah besar godang umur 13 takkan tak mau mai tengok langsung.




3) Nombor oh nombor
Awal bulan tiga PK HEM mintak aku isi buku daftar enrolmen pelajar baru. Dah pegang kelas form 1, sumpahlah semua budak dalam kelas tu budak baru. Dalam aku semangat nak isi, ada pulak yang tak bagi nombor ic (rhyme). Terus aku angkut buku pi kelas niat nak tanya dengan harapan budak tu boleh bagi terus nombor ic secara live.

'Tecer, saya tak ingat nombor kad pengenalan'

Aduhailahnya. Nombor ic sendiri pun tak ingat. Terus aku suruh dia pi telefon rumah, minta nombor ic. Siap aku pesan, suruh bawa pen dan kertas. Tak suruh, tak dibawanya. Tapi, budak tu buat aku sedih dua kali;

'Tecer, nombor tepon mak saya pun saya tak ingat'

*Nak kata apa??????*



4) Nama
Kelas belakang yang aku pegang ni ada 30 orang. Dalam tiga puluh orang tu aku perasan ada sorang budak laki yang kalau aku tengok buku, kertas jawapan dia cuma tulis Sharul. Nama diberi Muhamad Sharul Niezam bin Zakaria. Sekali sekala kalau aku teringat aku pesan suruh tulis nama penuh tapi Sharul tetap dengan nama pendek dia saja. Sebab aku tak berapa puas hati aku panggil dia tanya kenapa tak tulis nama penuh,

'Saya tak reti eja cikgu. Sharul tu pun puaih saya hapai'


*Nak kata apa??????*






Setakat 8 bulan aku di sini, ini adalah antara perkara-perkara yang sungguh-aku-tak-boleh-lupa. Pernah jugak aku tanya apa tema kemerdekaan. Dia boleh jawab peperangan! Mungkin dia ingat dia duduk di Palestine. Sungguhpun budak-budak ni tak cerdik, aku tak pernah kata mereka bodoh. Habis marah pun aku kata 'tak cerdik'. Aku jaga mulut aku dari kata mereka bodoh sebab aku percaya pada karma. Ini aku dengar ada guru yang mengajar di SBP sambil turun tingkap marah budak-budak dan dipanggilnya lembu. Tak kisahlah bagaimana salahpun manusia, janganlah nak samakan dengan binatang. Janganlah dipanggil bodoh atau bahlul atau apa saja yang sewaktu dengannya. Kalau satu hari ini pelajar dah besar panjang, berselisih tepi jalan tapi tak tegur anda, mungkin silapnya datang dari anda sendiri.






16 comments:

Muhammad Faris 'Azim said...

1) Dah la ada TYPO dalam komen buat malu macam apa lagi. "apapaun" *_*

2) Bukan niat di hati nak mengutuk budak kelas belakang tapi tak sengaja membangkitkan semangat tecer menulis entry baru.

3) Sentap gila perenggan last tu. Sadis sungguh. -,-

Kayun.Zack said...

tecer, masa p pbs tu saya p skolah yg terletak d pedalaman jgak la. yg dilantik jd pengawas kt skolah tu pn, anak2 cg yg ramai (sebab depa nmpk kemaih sikit gamaknya la).

satu darjah kt situ, satu kelas ja. kira xdak la kelas depan blkg kn. semua dlm satu kelas ja. ada budak2 hat tulih nama pendek depa ja. bila saya tanya, sama la tecer, depa x pandai eja nama penuh ngan nama ayah depa. huhu.

tp hat plg mencabar la kn tecer bila kelas ni bercampur aduk pelajar yg berbeza tahap penerimaan pembelajarannya. setengah ikut cakap tumpu perhatian buat kerja, setengah hilang tumpuan dh mula berjalan merata p tempat geng dia. hat naik atas meja pn ada.

tp yg pasti....bila nmpk kamera semua bulehh duduk senyap2 angkat peace nk tgkp gmbq. hehe

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim

1) Typo itu menambahkan kecomelan anda. percayalahhhh :p


2)Tecer pun tak rasa anda kutuk. Memang niat nak berkongsi cerita saja supaya cikgu2 yang tak pernah masuk mengajar sekolah kampung jangan mudah label student dengan adjektif2 yang negatif. Kebetulan tanya, maka terus dapat idea.

3) Yang perenggan last tu ditujukan untuk para guru khasnya dan mereka yang menjadi boss atau ada orang bawahan. Tu point entri tecer sebenaqnya. Hihihi

TecerWidad said...

@Kayun.Zack Hahaha. Comel sungguh sebab boleh angkat peace bagai.

Kalau sekolah kecik memang camtulah. Budak bercampur aduk sampai cikgu pun tak tau nak fokus mana satu.

Muhammad Faris 'Azim said...

@TecerWidad- errr.. no komen. (tapi dah tulis walaupun no comment)

-wos- said...

murid2 gu tu penyumbang pahala.
harap hang tabah.

*buleh dak komen lagu tu? tapi ya la..

Nak kata apa lagi??????*

hehehhe

TecerWidad said...

@-wos- Harapnya lagu tu lah. Kadang-kadang rasa macam nak ajaq depa mengenal ABC, mengenal suku kata, biaq boleh baca. Tapi pihak pentadbiran tak setuju sebab ajaq kena ikut syllabus padahal aku duk syok sendiri saja bila mengajaq sebab depa bukan faham. Sedih laaa




p.s Komen hang selalu buat aku gelak

afifaa. said...

Teringin nak jadi dikgu. T______T Cita- cita zaman kecik lagi.

Oh hai cikgu ;)

afifaa. said...

Teringin nak jadi dikgu. T______T Cita- cita zaman kecik lagi.

Oh hai cikgu ;)

Muhammad Iqbal said...

ayat last tu ramai guru perlu sadarkan diri :)

oh budak-budak kuala pegang. Kampungku!

Muhammad Hazieq said...

Guru yang membawa turun tingkap dan memanggil anak muridnya lembu, sounds familiar .
Hahaha .

TecerWidad said...

@Muhammad Hazieq Hahahaha *gelak you-know-what-i-mean-

TecerWidad said...

@afifaa. Hai yang minat jadi cikgu!

TecerWidad said...

@Muhammad Iqbal Ya. Tecer juga senantiasa sedar. Eceh

afqh said...

macam2 hal ha5

Anasyg said...

Apa itu kemerdekaan... =Peperangan...hehe lawak tang ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...