Wednesday, May 30, 2012

Hari Guru dan bukti aku tidak syok sendiri





Kerjaya sebagai guru memang awesome apabila mendapat pengiktirafan seluruh Malaysia dengan sambutan Hari Guru pada 16 Mei. World's Teachers' Day pula pada 5 Oktober dan untunglah boleh sambut dua kali macam raya orang Islam. Hihihi. Tapi yang 5 Oktober tu mungkin aku syok sendiri tak ada siapa nak wish. Tak usah risau. Aku jenis berdikari. Boleh wish kat diri sendiri tanpa mengharap ihsan atau simpati dari yang tak sudi (rhyme).


Maka pada 16 Mei yang lalu sekolah kesayangan aku telah mengadakan sambutan Hari Guru separa liar. Memang seronok kerana tak perlu mengajar di samping dapat bersuka ria bersama rakan-rakan dan dapat hadiah yang banyak. Itu tanda aku disayangi oleh pelajar-pelajar aku walaupun aku garang kadang macam mak tiri. Biasalah. Marah-marah sayang.


Oleh kerana ini sekolah kampung, sekolah biasa-biasa saja maka persiapan memang harapkan cikgu-cikgu dan team pengawas. Di sini boleh aplikasikan konsep Wonderpets - Apa yang penting? KERJAAASAMA! Ya, huruf A ada lebih dari sekali sebab di situ sebutan mesti dua harakat.


Aku sebagai Timbalan Kelab Guru dan Staf bolehlah macam orang penting kena rancang dan buat itu ini. Tapi sumpah aku bukan buat apa sangat sebab Pengerusinya cikgu baru posting sudah pasti semangat buat kerja berkobar-kobar sambil berlatarbelakangkan lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh. Aku buat sikit-sikit dan yang mana perlu sahaja. Nama pun timbalan maka tak elok overrule ketua.


Di hari kejadian, cikgu-cikgu yang super awesome berarak dari pintu pagar sekolah sambil bergelak ketawa dan berbual mesra. Sebagai yang berdarah muda dan wajah tak kurang hangat, aku sentiasa memberikan aksi bajet comel kerana kamera ada di mana-mana. Ternyata dengan mengamalkan prinsip sentiasa bersedia gambar-gambar yang diambil menjadi cantik belaka terutamanya kalau aku menjadi sebahagian dari subjek di dalam gambar. Kahkahkah.


Lepas dah ucapan dan nyanyi bagai, tukar baju dan bersedia untuk acara sukaneka di padang. Tahukah para pembaca majoriti guru hanya miming ketika menyanyikan lagu tema hari guru. Lagu tema hari guru tahun ini memang tak dekat di hati apa lagi di bibir maka aku hanya pura-pura sekadar bunyikan suku kata terakhir sahaja.



Acara di padang, cikgu-cikgu tak kurang suka main tipu. Hahaha. Kumpulan aku hebat-hebat belaka tapi bukan rezeki maka tak menang nombor satu. Main kukuq nyok (kukur kelapa), isi air dalam betol, kupas buah epal, belon isi air dan macam-macam lagi yang aku pun tak berapa nak ingat. Tapi masing-masing ada perangai budak-budak - main nak menang dan bertepuk bersorak dan terkinja-kinja bila menang. Ok, tipu. Yang muda-muda sahaja perangai macam tu terutamanya aku. Kahkahkah.


Sudah letih terkinja-kinja di padang maka acara mentekedarah tanpa melupakan bacaan doa. Menu memang sedap sehingga aku tambah berkali-kali. Mungkin kerana pakai tracksuit dan pinggangnya getah maka makan banyak mana pun tidak sedar kerana sifat getah yang cerdik yakni berkembang mengikut pembesaran diameter.


Setelah makan-makan bersambung pula acara di dewan. Tak ramai guru masuk ke dalam dewan kerana dewannya tak besar mana. Aku dalam paksa tak paksa memang kena masuk kerana aku akan menyampaikan anugerah guru paling kacak. Anugerah disampaikan berselang-seli dengan persembahan pelajar dan guru. Mereka yang menyanyi memang naik syeikh dan seperti gila mikrofon sebab ada iringan gitar bagai. Aku sekadar tukang sorak dan tepuk tangan kuat-kuat tanda sokongan moral. Sekali-sekala ada juga aku tergelak-gelak melihat kepulunan mereka yang buat persembahan. Hahahah.



Sebelum aku mengakhiri entri ini, ayuh kita lihat guru-guru yang memenangi anugerah-anugerah yang dipertandingkan. Cek cek cekidaaaauttt


1) Anugerah Guru Paling Sporting 2012 & Anugerah Guru Paling Penyayang 2012

Gila tamak kaunselor sekolah aku dua sekali dia sapu. Hahaha. Tapi ini adalah undian maka konsep jari menjadi juri kita terima sahaja. Kahkahkah. Aku berharap aku dapat yang paling sporting tapi jenis tak sedar diri perangai serupa mak tiri siapa nak undi.


Kaunselor memang kena jenis penyayang sebab nak tunjuk dia concern dan ambil berat. By the way, ini merupakan antara rakan untuk berjimba di masa senggang. Keluar makan-makan dan sembang merapu-rapu secara berjemaah.

Iklan penaja : Dua jejaka yakni yang paling kiri (Badri) dan di tengah (Zalman) masih bujang. Sila tinggalkan pesanan di ruangan komen sekiranya berminat. Tidak sesuai untuk aku kerana mereka ini adik-adik belaka.




2) Anugerah Guru Paling Tegas 2012

Tegas dan garang adalah adjektif yang sangat berkait rapat. Tapi konsep ini tidak applicable untuk pemenang Anugerah Guru Paling Tegas 2012 kerana di mata aku dia hanya tegas dan tidaklah garang. Sebab itu aku rasa dia antara Penolong Kanan HEM yang awesome pernah aku jumpa.



Kau tengok dari sisi saja sudah nampak aura tegasnya. Budak-budak kalau diugut dengan nama Cikgu Sahak memang naik bulu roma dan mungkin juga bulu-bulu yang lain. Maksud aku bulu ketiak. Jangan fikir yang lain. Nama sebenar Ishak tapi dah kalau orang utara terus jadi Sahak.



3) Anugerah Guru Paling Kacak 2012

Berbekalkan wajah anak mami, walaupun sudah berkahwin tetapi berjaya menewakan cikgu-cikgu bujang yang lain dengan menggondol Anugerah Guru Paling Kacak. Ini juga antara kawan-kawan berjimba di waktu malam dengan makan-makan secara berjemaah dan bayar asing-asing.


Isterinya juga satu sekolah dan selalu dikatakan bestfriend aku kerana kami sering kelihatan bersama. Hujung minggu aku kadang-kala diluangkan bersama mereka sekeluarga dengan membeli-belah tingkap di Penang.


Ada lagi anugerah-anugerah lain untuk guru-guru Pendidikan Khas dan juga staf sekolah. Che Ros yang suka mengusik dan cakap merapu telah mendapat Anugerah Staf Paling Popular. Memang aku tak nafikan dia memang popular kerana sikap selamba badaknya tak heran ke dunia dan melawak tanpa sempadan.


Sebelum aku tamatkan entri ini mungkin ada yang tertanya apa yang bukti aku tidak syok sendiri. Kalau tak tertanya pun tak apalah. Buat-buat saja kerana nak ambil hati aku. Hehehe. Aku manusia yang mempunyai daya keyakinan yang tinggi dan sangat berdikari maka aku selalu memuji diri sendiri tanpa mengenal erti perasan. Hahaha. Selama ini ada juga aku terfikir aku syok sendiri tapi hari guru telah mengubah segalanya. Cewahhhh. Terimalah dengan hati yang terbuka dan redha apabila aku dianugerahkan...



..tak berapa clear???





KAHKAHKAH




Sila jangan maki aku dengan penutup yang memuji diri sendiri.
KAHKAHKAH









10 comments:

ilhambrothers said...

anugerah guru cantik! aww~hahaha.. :D

Muhammad Faris 'Azim said...

err,, no komen. :)

Hikaru Yui said...

sungguh enjoyable skali entry ni...

lepas ni buleh la buat entry tips kecantikan ke apa..dah ada testimoni canggih punya ni..kahkah

meonism said...

yang menang anugerah guru paling tegas tu, cara dia tuck in memang tegas! kah kah kah

sempena menang anugerah guru tercantik, mohon buat video cara lilit tudung ala-ala hana tajima..kah kah kah

TecerWidad said...

@ilhambrothers *mata ke atas, tangan ke dada*

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim tapi komen juga kenapa? kenapa? why? walimaza?

TecerWidad said...

@Hikaru Yui Tak boleh kongsi kelak cikgu lain bakal merampas takhta tersebut. kahkahkah

TecerWidad said...

@meonism Dikhuatiri akan menyebabkan tecer mati tercekik kerana sungguh tak pandai bab2 membelit. Tambahan pula tecer pengguna tegar tudung jenis ikan maka tak sesuai dibelit2

AmALiNa aFIqAh said...

hehe. nape takde button like kat sini? hehe
like entry ni sangat2.

done follow you :)

TecerWidad said...

@AmALiNa aFIqAh cukuplah sekadar like di hati. takut mengundang riak dan takbur kelak dibenci *statement bajet anak ustaz*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...