Tuesday, May 29, 2012

Sebab-sebab aku seronok di SMK Kuala Pegang




Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat posting kedua. Kahkahkah. Posting pertama sekadar menambah pilu di hati dan sakit di jiwa. Yang best tu ada tapi tak banyak mana sebab ada yang disangka rakan rupanya hanya berpura-pura. Tengok, kan dah buka episod luka. Dalam hati tetap sayang Kak Ain dan Kak Zai *peluk peluk dan cium pipi*



Kalau ada yang kata silap besar aku ke Kuala Pegang, silap anda lebih besar. Besar mana? Besar cakerawala. Masa kecik-kecik kalau nak lawan yang paling gah memang nak sebut cakerawala akibat pengaruh Alam dan Manusia. Zaman la ni belajar Kajian Tempatan kot. Aku pun tak berapa pasti sebab aku cikgu sekolah menengah. Ya, di Kuala Pegang memang best. Best yang sampai ada cikgu-cikgu yang dapat posting pertama di sini sampai sekarang tak pernah tukar. Sebab apa? Sebab best. Best yang macam mana? Mai nak habaq



1) Tidak ada sesi mengumpat di belakang tadbir
Aktiviti bergosip sudah menjadi sebahagian besar dalam hidup ramai manusia termasuk aku. Memang aku mengaku aku selalu bergosip. Dan dalam bergosip kadang-kadang terselit mengumpat. Tapi di sini jarang-jarang. Sungguh jarang sekali mengumpat orang. Masing-masing cerita hal masing-masing tak ada nak mengumpat melainkan bila ada isu. Isu pun tak ada besar mana. Memang kat mana-mana ada tak puas hati. Contoh mudah, aku dengan Bini Ustaz pun selalu ada tak puas hati. Tapi tak adalah sampai berhari-hari nak marah merajuk bagai.

Makanya di sini memang tak pernah ada isu besar yang boleh buat cikgu-cikgu masam muka. Kalau kita ada buat silap pun dia tak ada 'mark' kita dan sampai bila-bila pun memang nak tuju ke kita. Tak ada. Memang tak ada. Kalau ada yang tak puas hati, cakap sekali, mengadu sikit, settle. Tak ada nak jaja cerita sana sini tak puas hati itu begini dan terus rasa benci. Benci is tak ada. Makanya mengumpat pun tak ada juga. Sebab biasanya mengumpat ni jadi bila kita start tak suka dan benci.



2) Masuk lambat dan balik awal
Pukul 7.40 pagi baru masuk dan seawal 1.20 dah boleh balik. Sila cemburu. Ada juga hari-hari tertentu aku balik pukul 2.00 lebih lebih tapi paling lewat pun pukul 3.30 petang. Sungguh syurga dunia dan sila teruskan kecemburuan anda. Kerja memang sentiasa ada sebab cikgu zaman sekarang memang lebih banyak buat pengkeranian dari mengajar sehingga berpeluh ketiak di dalam kelas. Tapi prinsip aku mudah. Kerja ni sampai kiamat pun tak habis. Yang mana boleh tangguh, buat-buat tak nampak. Kahkahkah. Yang penting, bukan kerjasama. Yang penting boleh balik awal dan tak ada siapa nak halang.



3) Kawan-kawan yang satu frequency
Kawan-kawan di sini semuanya satu kepala. Tak ada geng ustazah yang cuma kawan dengan ustazah, geng cikgu BI yang geng dengan cikgu BI sahaja. Panjang kata, tak ada kumpulan-kumpulan yang mengamalkan assobiyah atau berpuak-puak. Semua boleh masuk belaka tak kira warna kulit mahu pun bangsa dan agama. Makanya kerana itu aku sungguh bahagia.



Gambar di atas sebagai bukti. Kahkahkah. Macam proceedings mahkamah nak tunjuk bukti bagai. Kalau tanya aku yang mana satu, aku yang tak berapa nak tinggi pakai baju tema kek lapis. Yang kanan adalah best friend, cikgu Interim yang dah posting ke Pahang. Hubungan kami terhalang kerana KPM yang menjauhkan dia dari aku. Berhari-hari juga muka aku masam ketat kerana sudah tidak ada rival untuk menagih perhatian Bishrun. Kahkahkah. Siapa Bihsrun? Bishrun anak kakak baju oren sebelah kiri, yang baru darjah lima. Kak Nishah ni ustazah. Ya, ustazah pembaca sekalian. Sekolah anda ada ustazah posing begini? Oh, sumpah best. Melawak merapu tanpa terguris di hati and that makes me happy (rhyme).



4) Tak ada pilih kasih
Di sekolah yang lama, cikgu-cikgu pangkat tinggi dan yang otai memang pilih kasih. Aku dan beberapa orang rakan memang selalu jadi mangsa. Asal aku yang buat banyak sangat yang tak kena. Komen membina tak berapa nak ada, komen nak menjatuhkan sentiasa tersedia. Pengetuanya ok dan aku memang suka bekerja dengan pengetua. Yang bukan pengetua pula memang biasa ada perangai lebih sudu dari kuah.


Tapi di sini tak rasa dibeza-bezakan. Layanan diberi sama rata. Agihan kerja pun tak berat sebelah. Kadang-kadang ada dua tiga orang dapat bahagian susah tapi memang akan ada yang offer nak tolong. Aku pun tak pernah nampak pengetuanya, penolong-penolong kanannya atau guru-guru kanan favour siapa-siapa.


5) Ada mesin OMR
SMK Kuala Pegang orang kata sekolah kampung. PK HEM Integrasi kata sekolah pedalaman banyak budak samseng dan apa pun tak ada. Cikai-cikai sekolah aku, ada mesin semak kertas OMR wokeh. Kau ada? Aku dah tak ada nak tebuk-tebuk lubang buat master. Sekarang ni semua masuk mesin siap dengan analisis item boleh print out. Sila cemburu. Kahkahkah.



Mula-mula masuk dulu memang rasa tak berapa best sebab hati teringat kawan-kawan yang super awesome di sekolah lama. Tapi bila dah lama-lama di sini, colleagues di sini pun best-best juga. Kalau dulu memang dalam hati nak pindah sekolah yang dekat sikit dengan rumah, tapi sekarang tak pindah pun tak apa. Walaupun sekolah kampung, walaupun sekolah pedalaman, walaupun orang kata cikai, aku sayang SMK Kuala Pegang. Kawan-kawan yang best memang payah dicari. Tapi kalau jenis iri hati penuh hasad dengki, mana-mana pun ada!









10 comments:

ilhambrothers said...

ok,pasai mesin OMR tu,saya lama dah pikiaq,adakah kerja menebuk itu lebih efisien.. XD haha

Muhammad Faris 'Azim said...

untunglah ada mesin OMR. :(

Hikaru Yui said...

hahah good for you.... yg lepas tu bole buat kenangan terindah.. yg ada ni boleh buat kenangan yg laaagiii indah =p

TecerWidad said...

@ilhambrothers Itulah. Sungguh meluat nak tebuk lubang bagai. SMK Kuala Pegang memang awesome sebab ada mesin OMR.

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim Sekolah ada title SBT lagi kaya dari sekolah kampung yang PK HEM awak cakap sekolah pedalaman apa pun tak dak.

TecerWidad said...

@Hikaru Yui Yang indah tu tak berapa nak banyak masalahnya.... sobs

AmALiNa aFIqAh said...

ahaa. dak maktab saya ada buat praktikum kat kuala pegang. tapi sk kuala pegang la. dia kata kat situ xde ckgu yang puak2 jugak. huhu.

untunglah..

sumpitaNCrawlers said...

ummm..jenuh teman mikir mana tempatnya Kuala Pegang ni. Rasa sangat familiarlah macam pernah lalu..

rupa2nya Kuala Pegang ni sekitar area Kupang, Baling. Patutlah familiar...

Cikgu Fatin said...

Walaupun sy bukan cikgu SMK Kuala Pegang, sy sgt baik dgn salah seorang cikgunya, Pn Roslaini aka Kak Ros. Sgt baik hati dan very helpful. Seorang cikgu pun dah blh mencerminkan peribadi cikgu2 yg lain kan. :-)

TecerWidad said...

@Cikgu Fatin Mohon jangan dibandingkan diriku dengan Kak Ros kerana sesungguhnya diri ini hanya punya satu peratus kerajinan beliau. Hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...