Thursday, May 17, 2012

Zalora Malaysia - Apa neraka yang telah anda lakukan



Ramai yang menulis blog kerana berkongsi pengalaman masing-masing. Aku juga bila ada yang aku rasa menarik untuk dikongsi, jari jemari tergedik-gedik nak menaip. Kalau datang semangat nak menaip masa tengah mandi, sambil berdiri bawah shower jari jemari di dinding scribble isi-isi penting. Ok. Cukuplah aku cerita sampai situ supaya adegan lain di bilik mandi tidak tercerita. Kahkahkah.


Sebenarnya terasa seperti mahu mencarut dari A mula menaip sehingga tamat entri ini. Tapi nanti para pembaca  yang punya blog sudah pasti akan menulis entri pengalaman membaca entri yang paling teruk dan didedikasikan kepada aku. Walaupun aku ada juga gaya-gaya macam gila glamer, tapi itu semua pura-pura sahaja. Dan kalau mahu glamer pun, tak payahlah glamer kerana mencarut. Cukuplah glamer sehingga dapat Anugerah Guru Paling Popular suatu ketika dulu. Ok, yang itu cerita lain kali.


Aku adalah antara gadis-gadis yang gemar memakai sneakers apabila keluar berjimba. Sebelum ini aku memakai jenama Mickey Mouse yang aku beli di Suria KLCC beberapa tahun lalu ketika aku belajar di UIA. Gila dah lama sebab aku grad pun tahun 2007. Maka sudah pasti sneakers kesayangan sudah reput tapi sumpah memang banyak jasanya untuk aku.


Bulan Mac yang lalu dengan berat hati mungkin akibat pertambahan berat badan sebenarnya, aku melemparkan sneakers tersebut ke dalam tong sampah yang tidak ada lambang recycle. Mula-mula macam nak berkabung kerana sedih meruntun jiwa tapi tak payahlah emo sangat maka aku memulakan aktiviti pencarian sneakers. Aku bukan jenis suka window shopping belek dari satu kedai ke satu kedai. Kalau aku masuk mana-mana kedai, cukup sekadar sekali lalu seperti melakukan ibadah sa'ie cuma aku hanya berjalan dan tidaklah berlari-lari anak. Kalau berkenan, terus tanya size. Dan beli. Tanpa fikir harga. Ok. Tipu saja. Kalau atas 200 ringgit aku tak beli sebab itu mahal kerana jenama, bukan kualiti. Cewah. Padahal takut hujung bulan poket kempis maka tak dapat berjimba tengok wayang secara marathon.


Tetapi sungguh hampa kerana tidak ada satu pun yang berkenan di hati. Oh, sungguh memilih aku rupanya. Mula-mula macam nak beli sahaja yang cikai-cikai tapi aku tahu sudahnya kasut tersebut hanya menjadi hiasan di dalam almari kasut dan secara tidak langsung mengundang bebelan Bini Ustaz. Bini Ustaz sudah pasti akan menyokong hujahnya dengan dalil "Kana mubazzirin ikhwanu shayatin" -___-


Sungguh mencabar rupanya mencari sneakers yang aku lihat terus jatuh cinta. Sehinggalah akhirnya di suatu pagi Jumaat 13 April ketika aku sedang online aku terperasan iklan Zalora Malaysia. Sungguh banyak promosi tentang Zalora sehingga di blog Hanis Zalikha ada voucher RM30 dan aku pun kerana punya banyak masa lapang mula menggodeh-godeh website tersebut...dan bermulalah episod neraka bersama Zalora.


Merata-rata ada iklan bajet macam bagus sangat padahal...
Kan dah pangkah tanda aku benci menyampah tak hengat


Sejam jugak aku melihat-lihat sneakers yang ada akhirnya aku memilih kasut brand Anna Field. Aku bukanlah reti sangat bab-bab jenama ni tapi sungguhlah aku telah jatuh cinta pandang pertama dan harganya aku rasa tak perlulah sehingga aku nak tunggu gaji bagai. Aku pun tanpa berlengah terus membuat bayaran kerana sungguh teruja.

Aku baru print screen jam 8.32 malam yang lalu


Lama juga aku tunggu 16 haribulan baru reply kata dah process aku punya item. Dan aku mula menanam harapan tanpa sedar mereka hanya menanam tebu di pinggir bibir. Syaiton sungguh!




Setiap kali balik sekolah Bini Ustaz akan aku cari dan tanya dah sampai ke belum kasut aku. Dalam mimpi pun aku dah terbayang kasut tersebut. Sungguh jatuh cinta. Bila keluar tengok wayang di Gurney Plaza, berusaha menahan nafsu dari masuk ke kedai kasut kerana bimbang gagal menahan iman yang tidak dapat diwarisi maka membeli sepasang sneakers yang lain. Sungguh tidak rela berpaling tadah.


Tapi punya aku tunggu dan tunggu haram tak sampai pun dan pada perkiraan aku macam dah lebih 14 hari. Dengan menggunakan handphone aku yang cikai tapi kredit banyak nak arwah (iklan mintak sponsor handphone) terus aku call dia punya customer service yang bajet macam sopan panggil aku ma'am. Dia suruh aku tunggu sampai 4 Mei. Ya, 4 Mei hadirin sekalian. Dan dari neraka paras satu, rupanya episod neraka ini akan terus ke paras ketiga.


Sehingga 5 Mei aku tunggu pun tak sampai-sampai juga. Durjanalah engkau Zalora mencabul kepercayaan aku. Dan masih menggunakan handphone cikai (murid-murid, sila kumpul duit secara berjemaah dan bagi hadiah sempena hari guru. Belated tak usah kira, yang penting tecer suka) aku call sekali lagi customer service dan kali ni katanya item aku all the way from Europe maka ambil masa.

DAH KALAU AMBIL MASA YANG PANJANG DUK JANJI 7-14 HARI BEKERJA TU BUAT APA HAH BANGANG???


Berbekalkan iman tak dapat diwarisi yang ada, aku sabar lagi. Kata-kata di atas hanya terbuku di dalam hati walaupun rasa macam dah nak bagi buku lima kat minah customer service tu. Dan akhirnya, terburailah tahap marah aku dan terus aku melampiaskan rasa marah aku di Facebooknya.


Pada 9 Mei, customer servicenya dengan muka tembok haram tak tau malu call aku di petang hari selepas aku balik sekolah. Guess what? Tak payah nak guess guess sangatlah, ayuh mencarut pada mereka kerana setelah simpan duit aku dekat sebulan dan dapat untung dua tiga sen dia kata item yang aku order OUT OF STOCK. Tapi hari ni aku print screen gambar kasut tu kenapa ada lagi size 4 padahal kata dan habis. Ni nak dajalkan siapa lagi Zalora???? Sungguh bangang dan durjana dirimu Zalora!



Sekarang ni isu nak refund pula. Sila baca email dari mereka yang sungguh terserlah bodoh dan bangangnya.



Dan bila aku klik dekat attachment tu, ini yang keluar.



Berdegar-degar konon siap dengan attchment bagai padahal tu transaction yang aku bayar masa aku beli kasut tu. Tengok tarikhlah BANGANG.


Sekarang ni sungguh aku rasa nak ke consumer tribunal. Aku dah consult dengan pegawai SKMM suruh pantau Zalora yang aku rasa banyak sungguh unsur-unsur penipuan.





Jadinya motif aku buat entri ni selain melampiaskan marah yang ada aku harap mereka yang baca JANGAN BELI APA PUN DARI ZALORA.

Aku tak adanya nak nasihat suruh berhati-hati kalau nak beli dengan Zalora. Dengan yang lain, ya, sila berhati-hati. Tapi kalau dengan Zalora, TAK PAYAH BELI LANGSUNG.


JANGAN BELI APA-APA DARI ZALORA.
JANGAN!








p.s. Sila share entri ini supaya tidak ada yang tertipu dengan dakyah mereka


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku ada mendapat komen-komen yang tidak menyeronokkan dengan mengatakan aku bodoh, tak cerdik, sengal kerana tidak menggunakan COD. Oleh kerana aku ini jenis mencarut dalam hati, makanya suka untuk aku memberitahu anda yang sesuka hati panggil aku dengan adjektif-adjektif yang sungguh tidak enak dan kalau Bini Ustaz sedah pasti mulut anda dicilinya, ketika membelian ini dilakukan, perkhidmatan COD hanya untuk sekitar Lembah Klang. Aku duduk lembah gunung Baling. Beratus kilometer dari KL sinun. Makanya adakah aku punya pilihan lain? Tak ada. Nada. Kepada yang menuduh aku bodoh dan adjektif-adjektif lain yang sewaktu dengannya, sila maki diri sekarang kerana anda sedang bercakap depan cermin. Mohon tengok tarikh entri dan buat kajian sebelum aku panggil anda bebal.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thank you for dropping your comments and and i m extremely sorry m not able to attend your comment one by one. Indeed I never thought this entry would be read by thousands of people.


As a rational human being (though being a teacher sometime drives me crazy), my advice is, don't solely depend on what i have blogged. Some bloggers and online shoppers managed to get their items and as what has happened to me, perhaps it was not my day. 

Don't bother this entry if you feel to give it a try. Most probably PMS was the contributing factor why my entry seemed to be so emotional..hehe.
Somehow I was overwhelmed by dissatisfaction due to poor customer service provided by them. 

Toodles!







173 comments:

meonism said...

cangak lagi tecer jom duduk bantah!

TecerWidad said...

@meonism agak-agak ada dak yang mai semubuq water canon.

ka nak buat tarian punggung depan ofis depa?

Hikaru Yui said...

marah bebenor ni... sabar2 pi ambik wuduk..hehe

TecerWidad said...

@Hikaru Yui jangan kata ambil wudhuk. yassin pun dah baca

afifaa. said...

Sbb tu kita takut nak beli barang2 melalui online ni. Huhu.

Sabar kak :)

TecerWidad said...

@afifaa. takut kerana salah. kesalahan apa yang anda dah lakukan? hahaha

Muhammad Faris 'Azim said...

saya juga pernah ditipu disebabakan perniagaan internet. :(

TecerWidad said...

@Muhammad Faris 'Azim kongsi pengalaman anda di blog masing2. hihihi

kisah hati said...

beli kat kedai lagi senang kan tecer hulur duit terus dapat xyah tggu2....huhu

Anak Kedah said...

ni adik aidid muaddib...hasan ali sila ambik peranan

Wawa Amran said...

Wawa pernah try beli dgn KL Premium Outlet, ok service die.. Org melayu tp bagus lar bisnes die.. teratur.. Pernah hampir beli jam dekat SuperBuy tp sebab xde stok, die refund duit.. Pun bagus service.. Duit refund on time..

Mata penaku Habis dakwat said...

seriously, u should complain btl2. eeee i yg bc your entry ni pun rasa geram giler. iklan n promoso sikit punye gedegang! itu mmg sungguh menipu pengguna. plus, mcm kite da xde keje lain nk dok cek email n updates from em. *marah sbb pernah experience bnda2 begini*

nurr said...

hadoiii...sy baru je beli 1 barang ptg smlm..pastu baru t'baca feedback -ve pasal zalora nih..mmg pon bila buat payment sume, dh email..xde pon die email blk ckp dh dpt payment ke ape..xpe2 tunggu lg minggu nih..kalo x smpai gak, xde la kasut raya...huwaaaaaa

Scha Nur said...

Naiz,

Zalora peram bag aku dekat 3minggu. nasib baik zalora kat kl, kalau kat penang mmg kene bako.

kbai.

TecerWidad said...

@Scha Nur sukalah dia dapat dividen duit yg dah dibayar

TecerWidad said...

@nurr zalora ni memang jenis suka ngabeskan duit kita suruh call dia selalu.

zulhusni sherhutdin said...

mmg nk kna bwat dduk,brguling dan bantah...

bunga kikin said...

Thanks for info...huaaaa....Ada terniat nak beli kat zalora..sbb tgok barang2 semua menawan abissss lah....tp upanya service x menawan mcm barang...gudbye zalora!

✿Ummi Myra✿ said...

Nasib baik trbace entry ni...teringin gk nk bli zalora ni..pong pang pong pang dlm ikln...rupenye hampeh..tq da info kak

✿Ummi Myra✿ said...

Nasib baik trbace entry ni...teringin gk nk bli zalora ni..pong pang pong pang dlm ikln...rupenye hampeh..tq da info kak

Akmar said...

dah beli 5kali dengan zalora, setakat ni no problem lagi. but 1 thing korg kena ingat as a safety precaution, jgn bayar guna m2u, cimb clicks or whatsoever. zalora ni kan boleh bayar COD. so masa dia hantar dekat rumah kita tu, kita boleh check dulu quality, saiz barang etc, and then baru bayar.

Aman said...

THANKSS .....THIS IS MY FIRST TIME BUYING FROM INTERNET BUT I THINK ITS JUST A TECHNICAL PROBLEM BUT ITS TRUE YANG ABG PUN TERKENA JUGA RUPANYER.....KASUT NIKE YG DI TEMPAH MASIH DLM STOK TP BILA DAH BAYAR CAKAP CALL XDPT N LAST2 XDE STOK PULA .....SEDIHNYERRR

MakCik Muda said...

perghhh..memang marah btoi nie..sabar2..setakat nie tak pernah beli apa2 lg lah from zalora,niat di hati tu dulu adalah..skarang takut lah pulak..

Enna Banana said...

memang dari sejak azali, sejak si zalora ni muncul i memang tak minat habis-habisan. barang semua dah la mahal! padahal semua tu MADE IN CHINA je pun!

i know because i do have my own online shop, i know where the products come from and the important is I KNOW THE EXACT PRICE AND COST FOR EACH PRODUCT SOLD.

by the way, here just a little bit advise
when you do online shopping the main thing you should master is " you have to know the online shop background clearly and check out their feedback left from their customers "

have a nice day! :)

pikah W said...

walao.. selamat terbaca nie..
ari tuh ade gak terniat nak beli kat zalora,, tapi tengok harge cam mahal je.. aku back off..

aida seruan said...

Alamak...sy dah trpurchase barang di zalora...baru baca pagi ni....huhuhu...Jgn la je pd sy...huhu

aida seruan said...

Alamak dah tr beli barang di zalora...baru je baca pagi ni...harap2 x jadi pada saya....

fina fento said...

Saya kena kat Lazada. Satu company dengan Zalora nih. 18 hari baru sampai. ada yang sampai sebulan lebih barang tak sampai2.

http://fentomatte.blogspot.com/2012/07/selepas-18-hari-baru-dapat-email-dari.html

Amira Anorah said...

thank God baca ni dulu..kalau tak mesti dah terbeli. Kalau musim raya macam ni.. perh perh... raya tahun depan lah baru dapat gamaknya. tu kalau dapat, kalau tak , dapat sakit hati je laa :3

Nora Karim said...

Kesiannya tecer... mmg kena share info ni...

Nora Karim said...

Kesiannya tecer... mmg kena share info ni...

MASYITAH MD.HASSAN said...

u should do police report

marinahunny said...

ticer, nak share post ni kat blog blog akak blh? Nyaris nak beli ari tu

Lady Qay said...

kesimpulannya, did you get ur money back? buat penat badan ja shopping dgn zalora eh..wpun iklan d tv meletops...

safiyyah osman said...

Selamat!bru ingt nk shopping kt zalora...klu dok buat kt org mcmni..sat jala bisnes dia hidup...sengal gila..xleh blah dh deltd komen org pastu ckp wall dia problem..hahaha...senoi btoi.

Ct Noraishah said...

baru je rancang nak beli. thnkx for info

Kasmawati Jaafar said...

iklan kemain gempak!

Nurul Aula said...

Tq so much for sharing. Saya pun nyaris2 la terbeli bukan murah OMG!!

Lya Colours said...

salam. nasib baik terbaca entry ni. sebab hari tu ada usha2 zalora punya handbag. nasib tak beli u. huhuhu

numuli said...

Aritu saje test market beli brg kt zalora. Beli getah rambut sinma harga rm5.69. Alhamdullilah berjaya smpi. Bila baca cte ni buat kn sy terpkir mgkin brg murah2 je kot diorg nk anta. Yg mahal pending. Hummmm

numuli said...

Aritu saje test market belu brg kt zalora. Beli getah rambut sinma harga RM5.69. Alhamdulliah berjaya smpi. Gdex yg anta kt rumah. Tp bila baca blk cte ni buatkn sy tpikir mgkin dorg anta brg2 yg murah2 je kot. Yg mahal2 dorg telan. Huh.

Mama Zharfan said...

tq for this entry :) tak jd me nak beli apa2 pun dari zalora ni

Nana said...

tak pernah lg bli kat zalora
tp ada kawan pernah beli so far ok lg
xpe la ati2 pasni

Hariz said...

Entri yang baik (kecuali kata-kata beremosi yg tegar). Bagus, galakkan entri-entri membuka kesedaran umum seperti ini. Sila cuba entri saya berkenaan membeli di eBay dan berjimat serta perbandingan harga. http://harizrasol.blogspot.com/2012/07/photostory-kenapa-anda-tidak-cuba-ini.html

Jue Jaynee said...

amat sadis penjual itu..

Tecer, camne nak masuk kan attachment mcm tecer buat tu?

afni+hafiz=dani said...

benda sama jadi kat aku. tunggu punya tunggu, kata 14 hari. tapi tetiba out of stock. padahal baju yg sama sampai skang ada kat website diorang.

nur anis said...

baru teringat nak beli kat zalora..tapi...takpelah..kirim salam je lah..thanks tau bagi tahu...

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Aritu Lazada, now Zalora..
HAHA.. 2 2 x leh pakai =p

www.shahrulhairy.com

anonymous said...

aku bli nk dekat 10 brg dah..xde mende ponnn....takdir Allah tentukan nk kau kene..nk wat cmne..ye dakk..bersabarlah..

AlyzaFisol said...

sib baik tak beli pape kat zalora lagi...ade dengar2 jugak pasal zalora sebelum ni, tp takde kepastian...lepas tgk awk punya, menyakinkan sye untuk tidak beli ape2 dr zalora...thanks for sharing...

Rara Joe said...

first time beli. Services tiptop. maybe sebab tak ramai yang tahu kot. second time beli terus dapat bad services. janji nak reply email within 24 hours, in the end after 48 hours pun tak reply gaks. I hate zalora!

teha said...

Ada member kakak saya nak apply kerja dekat zalora... Punya la strict interview susah gila katanya... Padahal org tu graduate punya org.... Nak org yg bagus2... Tapi buat kerja mcm ni.. Nasib dia x dapat kerja situ....

teha said...

Member kakak saya apply kerja situ.. Dia dah Ada experience kerja la dalam bisnes ni, in fact, dia graduated Dari uni... Dia kata, interview dekat zalora ni sgt strict... Sebab dia ni company based in us...
Igt kan, kalau dah mcm tu susah nak dapat kerja kat sini, service dia tip top ten la... Tapi.. Cettt.... Nasib baik x pernah shop dekat situ... Cuci mata je hilang kan stress... Nasib baik jugak member kakak x dapat kerja dekat zalora.... Mcm ni rupanya dia layan customer..... Lepas ni jadi mcm lazada. Ape ntah ye yg kuat membohong jugak tu.... Geram betul...

cik aqma said...

i pon kena tipu jgk dngan zalora nie.order dari bulan 5 lagi.smpai sekarang xsmpai2 kasut 2.

hantu kasut said...

Haiii baca u punye entry mcm dejavu lak! Sebijik storyline like my case. Adegan dgn cust svc pun sama huhuhu. Tu sbb diorg boleh iklan kat tv bagai.. Sbb dh byk duit org dia scam!

hantu kasut said...

Haiii baca u punye entry mcm dejavu lak! Sebijik storyline like my case. Adegan dgn cust svc pun sama huhuhu. Tu sbb diorg boleh iklan kat tv bagai.. Sbb dh byk duit org dia scam!

hantu kasut said...

Haiii baca u punye entry mcm dejavu lak! Sebijik storyline like my case. Adegan dgn cust svc pun sama huhuhu. Tu sbb diorg boleh iklan kat tv bagai.. Sbb dh byk duit org dia scam!

Adam Haiqal said...

Alhamdulillah, saya juga pelanggan tetap di ZALORA.COM.MY. Setakat ini,tiada lagi masalah lambat sampai ataupun tidak pernah sampai. Mungkin saya belum terkena lagi. Tapi terima kasih kerana sharing info nya. Pnedapat saya, tidak semestinya ZALORA shja yang bermasalah. Kalau kita tgk blog2 online lain pun,ada mslh mereka sendiri. :)

pn seri said...

tenkiu tecer..nasib tak terpedaya nak beli baju jovian!!kalau tak naya jek!!

Mrs Dwen said...

La hai..hang kah widad?budak uia?aku kawan pah ngan bit,hani,sya sume.wa..rindu ko.!anyway,aku pun hampir2 nak beli brg kat zalora tuh..selalu aku beli kay mysale je.tu pun dr oversea gak.tapi delivery dia mahal.sib baiklah aku takbeli kat zalora.sbb aku pun kaki online shopping gak.aku tinggalkan blog kat sini.sapa2 yg nak income lebih starting rm 4500+nak kurus+nak sihat,boleh gi my blog
http://aniezzainal.blogspot.com/
-kawan lama -anie uia.

ayobkelubi said...

OMG!OMG! nasib baik tak beli lagik kauuu..

Akma Azlin said...

Salam, widad ni cos benl ke? sama batch dgn Im (halimatussaadiah) ke?

I grad 2006.

oubu said...

rasanya zalora ni guna cara dropshipping lah...
Kalau dropshipping mmg macamnilah caranya sebab barang tu takde kat dia...
Dah bayar, barulah dia minta supplier poskan...

Fiksyida said...

Hahaha. Sabarr.. Neway, thanks utk entri ni. Memang takkan beli dari Zalora ni..

Umi Nazrah said...

yewwww seramnya merasai pengalaman u, dear. berat mata membaca, berat lagi yg mengalaminya :(

suffer8zine said...

mak ai tajuk, betul2 marah ni, pape pun thanks!

Akid azami said...

zalora penipu!!

Ahmad Ridhwan said...

bagus info ni..semoga ramai yg xkan terkena dgn penipuan sykt ni..bagus..bagus..

Ckelat Blog's said...

saya menangis teresak-esak baca cerita ni :'( sungguh menyedihkan zalora ni... suruh dia jual ayam golek bermadu berperencah berperisa berwarna berbau berempah secara online lps ni :'(

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kemain iklan kt TV.. tp service camni ekk???

ayue said...

i punye barang xsamapi lg da 11 hari ni..
baru terjumpe blog ni sbb dok search pe org kata tentang zalora.
takut jd mcm u..nauzubillah...

Ckelat Blog's said...

menyedihkan~

Rawkzell said...

memang pon, kalau beli online memang camni, banyak circumtances yang ada. Nak elok beli la walk in, boleh try2.. tak besar boleh tuka, lau sempit boleh diet.

Mohd.Arizal Mohamed said...

lpas bca trus aku tnya kt tunang aku, pnah purchase brang tak kt zalora ni. tunang aku ckp xpnah sbab x cantik langsung.

✿ YaYa ✿ said...

ya Allah.. syukur sngt baca entry ni.. baru plan nak beli kasut raya kat zalora.. thanks teacher!

marmarn said...

a friend of mine experience this kind of problem but from different online shopping page. the salesman kept giving lot of excuses. i advised her to make a police report and later make a tribunal report. When she went to police station to make a report, the police advised her to wait and further nego with the salesman. my friend gave the salesman contact number and therefore the police made a call. luckily, after the attempt of police report, the salesman finally made full refund.

don't let people make money out of nothing. know your right and make use of it. i believe if you take action, you can help others as well from being scammed :)

gudluk!

Daniel Timbang Kilo said...

ya allah...mengucap pnjg sy...timakasi la kt empunye blog ni kuarkn entry ni..sy klu x nk bli dah secare o9 brg kt zalora ni...iklan die xsilap sy ade kuar kt t.v jap.. org umh sy dah tngk dah web zalora..mmg kompom nk bli dah..nsib bek la xbli lg... "salamat ana punya fulus la..." timakaseh..timakaseh...timakaseh...

Daniel Timbang Kilo said...

ya allah...mengucap pnjg sy...timakasi la kt empunye blog ni kuarkn entry ni..sy klu x nk bli dah secare o9 brg kt zalora ni...iklan die xsilap sy ade kuar kt t.v jap.. org umh sy dah tngk dah web zalora..mmg kompom nk bli dah..nsib bek la xbli lg... "salamat ana punya fulus la..." timakaseh..timakaseh...timakaseh...

Cik Eka said...

pehh iklan berdegar-degar..nasib tak penah beli...

lagipun saya malas nak beli kalau cara nak beli pun cam menyusahkan...

saya biasa beli on9,saya akan tengok dulu dia punya owner.perati lama sikit,tgok feedback customers
klu ok bru bli..

kesian awak...sakit hati kn

Phat said...

tp iklan dia mmg bersepah2 kan..minggu lepas kawan phat beli cepat pulak dapat barang tp byk kes cam gini la..baru ingat nk rembat satu raket tenis..x jd la beli kat kedai je la gamak nya

Aishah Fadzil said...

kalau mcm 2 sy advice pg aj tribunal pengguna.. sy pon pernah bt report kat tribunal pengguna tp 2 pasal mak andam sy xblh pakai.. brg bnyk xd tp duit dah bayar habis.. geram gak.. alhamdulillah kes menang.. dapat refund 1k.. tp 2 pon depa bayar installment.. spi skrg xhbs byr lg...

Nisa Kay said...

Saya tak pernah beli barang dari ZALORA ni pun...
Sebabnye, bila saya usha barang2 kat situ banyak yang tak lawa pun, dah tu harga mahal nak mampus macam tak masuk akal. Ehh ter-emo lak aku. Hahaha. Bukan tak mampu, mampu sangat tapi rasa tak berbaloi langsung kalau macam ni.

Saya pun gila online shopping and pernah jugak kena pengalaman lebih kurang macam ni. Pendek kata, sekarang ni kalau saya nak online shop, saya check betul2 background dia and kalau ade je komen yang negative saya terus decide takkan shopping dah kat situ.

Hehee peace!

aNiss :):) said...

BARU JER NAK BELI. THANKS :DD

O'gosh said...

fuh..tima kasih..nasib saya teragak2 nak membeli kat zalora ni betul....kalaux.mau hilang pahala hari2 menunggukan barang zalora ni...

waheedi salih said...

aku nyage online gak,kcik2 je..xreti aku nak nipu2,stakat ni xde komplen pun..jgn slhkn smua,kalo seko ni xbtol..

https://www.facebook.com/88bags

http://88bags.blogspot.com/

travelogmswiki said...

Oh! Media bring me here. Chow!?

waheedi salih said...

aku nyage dlm talian gak (kcik2 je),xreti plak aku nak nipu2..stakat ni xde pun pelanggan komplen..sbb seko ni abis smua kena tempias..
jmput msuk :

http://88bags.blogspot.com/

https://www.facebook.com/88bags

Nazrul Izzat said...

tak jugak eh...
aku hari ahad lepas order, then bank in sume, and harinih dah sampai dah barang tu, kne follow up dengan dorang once korang dah bank in,
rsenyer barang2 tu from other country kot n tak de dgn dorang, thats y lmbat sampai..

Nazrul Izzat said...

tak jugak eh...
aku hari ahad lepas order, then bank in sume, and harinih dah sampai dah barang tu, kne follow up dengan dorang once korang dah bank in,
rsenyer barang2 tu from other country kot n tak de dgn dorang, thats y lmbat sampai..

Nazrul Izzat said...

tak jugak eh...
aku hari ahad lepas order, then bank in sume, and harinih dah sampai dah barang tu, kne follow up dengan dorang once korang dah bank in,
rsenyer barang2 tu from other country kot n tak de dgn dorang, thats y lmbat sampai..

SiBudakKurus said...

fuhhh nseb xbli lg kt zalora

Jintan Merah said...

saya hampir nak terbeli sehelai tshirt dari zalora ni. Baru niat tadi pagi dn petang ni lepas baca enrty ni terus cancel niat. Thanks kak for dis gorgeous entry.

Fuhhh! Media said...

Hohohoo seram seyh, skang ni pon byk shoping online.. kasi serang sama itu kedai kak!

Anden Fauzan said...

XDE NK KOMEN APA, JUST NK SUH BUAT REPORT. WELL, SEMUA ORANG NK BERDEMO KAT JALAN RAYA. BENDA MCM NI PON.. LETS BERDEMO!

Yousof said...

Iklan dia boleh dikatakan setiap hari kita boleh denar dekat radio. Dekat blog pun boleh tahan kerap dia muncul.. Tapi kalau macam ni la servis diaoarang, aku sokong entri ni 100%! ;)

Aku pernah rasa macam yang kau rasa masa nak beli t-shirt online tapi tak ada la berminggu-minggu macam ni. Serius tak best bila kita dah berangan nak dapat barang tu tiba² dia bagitau yang stock dah habis. Indah sungguh perasaan masa tu.

tamertomey said...

haha... nampaknya memang bengang giler admin nih tahap langit ketujuh syaithon iblis laknatullah.... Anyway, Selamat Ramadhan Kareem:)

HIGH ACES AIZAT said...

Salam. Thanks for sharing. Sebenarnya saya dan wife dah serik nak shopping online ni. Before this my wife beli 2pcs of MP4 player dekat GRO*P*N. And benda yang sama jadi mcm u. Cakap wrong batch hantar la,bla bla bla.. And we mintak refund byk plak cekadak die. I bg masa lg seminggu lg utk benda tu smpi,otherwise i will make police report and tribunal pengguna. Dah 2 bulan this "ding-dong" hanging. Rase mcm nk g office diorg mengamuk je.Alamat pulak xde. Kesudahannye,serik nk beli online dah!tq,kbai.

HIGH ACES AIZAT said...

Salam. Thanks for sharing. Sebenarnya saya dan wife dah serik nak shopping online ni. Before this my wife beli 2pcs of MP4 player dekat GRO*P*N. And benda yang sama jadi mcm u. Cakap wrong batch hantar la,bla bla bla.. And we mintak refund byk plak cekadak die. I bg masa lg seminggu lg utk benda tu smpi,otherwise i will make police report and tribunal pengguna. Dah 2 bulan this "ding-dong" hanging. Rase mcm nk g office diorg mengamuk je.Alamat pulak xde. Kesudahannye,serik nk beli online dah!tq,kbai.

nad said...

lain kali beli kat fashion valet. 3 hari je dh dpt barang..sgt efficient

Muhammad Ariff Mohamad Nizam said...

selamat hanya usha usha je. tak beli lagi. terima kasih utk kupasan ni. :)

Ms Bery said...
This comment has been removed by the author.
zulkarnaim naim said...

kenapa kamu semua ada masalah dgn zaloza>....... saya ni kira pelangan yg bertuah laaaa>>>>> sebab last month aku ada beli kasut dgn zalora. duit dh bayar esok nya kasut sampai.. tapi best nya lepas 3 days zalora refund balik duit aku...... hahahahaha sooooo dpt kasut freeeeeeee le akuuuuuuuuu RM 6**

zulkarnaim naim said...

aku ni pembeli yg brtuah dgn ZALORA.
sbab last month aku beli kasut... payment dh buat and esok nye barang smpi.... tapi yg best nyeeeee lpas 3 days ZALORA refund balik duit aku... hahahahahah so kira nye aku dpt ksut freeee leeeeee....sape nk bagi bebbb. RM 6**

OrangBiasa said...

erk! but sy da 2 kali berurusan dengan Zalora. Takde plak mengalami masalah seperti ini.
http://fazzmiee.blogspot.com/2012/06/my-zaloras-experience_29.html

nazz muaz said...

Alhamdulillah la... Aku da 3 kali beli kat zalora.... Buat masa ni ok jer.. Sampai on time... Last ari tu aku order selipar jamban rege 19.inggit... Order hari isnin... Hari rabu dh sampai... Tapi semua aku amik C.O.D la... Atleast klo dia lambat sampai tak de la nk butthurt sgt... sbb bleh beli kat kedai lain... Munkin aku tk terkena lagi... Tp klu dia datang bukan pada hari yg dia janji... Mmg aku suh dia pegi balik je... Malas nk layan..

kak mah said...

nNampaknya kenalah berhati-hati ni.

JungRara said...

tq for sharing...i baru bercita2 nk beli ngan zalora..huu

YUYUE MELISSA said...

nasib tak orderrrrrrrrrrrrrrrr lagi...... fuhhhhhh.... thank u sebab share !

Salwati Sapei said...

omg..baru nak berjinak2 surf zalora, seb baik terjumpa entry nie..tq:)

Yani said...

Hampeh..nsib bek x bli lg..hangen!!klu bli utk ksut raya,confirm smpai lpas raya..hoh!tq 4 info tecer!!

Sabrina Jasman said...

tak semua orang terkena dgn Zalora's inefficiency in dealing customer's items. I bought lots of things from Zalora, and Alhamdulillah, so far, tak ada masalah. Yeah, diaorg mmg lembab sikit kadang2 for certain brands/products sbb maybe the items are not in their warehouse, thus, have to wait for the item to arrive to them, then only ship to us, the customers. And plus, kadang2, kita beli brg 2-3 items, different brand, dia amek masa utk sampai. kadang2 diaorg shipkan dulu satu item, then lagi satu item diaorg ship later.

Ada sekali tu, barang da habis, kena refund. After few phone calls and emails, they refund straight to my account but it takes few days sbb their company's account are different and handle by different people.

Tapi, so far buying items from Zalora, semuanya ok. in fact, I love Zalora hehe :D

Lily said...

masa first time shopping kt zalora ni,sy order kasut harga 70 something,disebabkn ada voucher RM20,sy byr RM50 something je la...tggu dkat 3minggu xsmpai2,sy suruh bf sy tolong kol customer service..diorg ckp brg 2 out of stock jgak..pas2 diorg ckp nnti diorg msukkn RM70 something 2 dlm store credit n diorg tmbh lg RM20..total RM90something...pas2 sy order balik kasut nose je sbb brand malaysia,sy pk xde msalah kot klu order brand yg mmg supplier dia kt malaysia..sy order b4 4.30ptg...alhamdulillah esoknya smpai...nsib baik xrugi pape...untung lg RM40 ada la...

Sabrina Jasman said...

tak semua orang terkena dgn Zalora's inefficiency in dealing customer's items. I bought lots of things from Zalora, and Alhamdulillah, so far, tak ada masalah. Yeah, diaorg mmg lembab sikit kadang2 for certain brands/products sbb maybe the items are not in their warehouse, thus, have to wait for the item to arrive to them, then only ship to us, the customers. And plus, kadang2, kita beli brg 2-3 items, different brand, dia amek masa utk sampai. kadang2 diaorg shipkan dulu satu item, then lagi satu item diaorg ship later.

Ada sekali tu, barang da habis, kena refund. After few phone calls and emails, they refund straight to my account but it takes few days sbb their company's account are different and handle by different people.

Tapi, so far buying items from Zalora, semuanya ok. in fact, I love Zalora hehe :D

Along ku sayang said...

Thanks 4 sharing..nak kena bgtau adik i ni...ada dgr ura2 dia nk shopping kat ZALORA... nama cam best je ye...tapi penTIPU ye..

Ain Z said...

Salam :)
Kite pon ade beli kat zalora . Dah purchase , hari ni baya esok dapat . Unfortunately , barang tu tak fit dengan badan gemok ni ha so mintak tukar . Tapi kalau nak hantar balik barang tu kat zalora , customer yang kene tanggong sume perbelanjaan tu . WTF ? Haaa yang kite sedihnye kite hantar dah hari ke-9 baru die terime tu pon sebab kite yang kol . Kalau tak , senyap jea lah si zalora ni rembat duit dengan barang orang . Pehhh ! Servis die okay cume lambat kot sebab ade barang dari oversea . Thanks share this very informative story :) Kbai

Hidayah Ahmad said...

Okay saya tak beli.. Terima kasih kerana sudi berkongsi

@cu SaYaNg said...

baru tergerak ati nk beli kasut raya kat situ sebab tengok iklan punye la gah...dlm tv3 pun byk iklan dia...thanks a lot ya kongsi pengalaman u

iMah said...

fuh.. selamat dr zalora..
thank u so much...

fathinlee said...

Aku penah gak nak usha zalora ni, tapi sebelum tu usha comment n review kat fb,dorang, mak aiii berlambak komen negatif dari positif tsk tsk. ni pengalaman aku, beli ngn thepoplook, aku order, tapi payment asik cancel, tak lepas lepas,nak dijadikan cerita pagi tu aku dah nak fly balik malaysia dah, so, aku pun buat bodoh je la ngn order tu.sampai2 malaysia, akak aku cakap poplook call dia tanya kenapa aku bayar sampai 6 kali untuk satu dress. CEH ! menangis aku, dah la berita tu lambat sampai sebab flight aku mau dekat sehari gak la.tapi ye la sebab insiden ni la aku boleh cakap THEPOPLOOK terbaik sebab lepas tu dia confirmkan ngn aku balik, then refund duit aku yang aku terlebih bayar sampai 6 kali.next weeknyam dress aku pun sampai,TERIMA KASIH POPLOOK !

Nurul Syafiqa said...

Tgk iklan mcm hebat kebabom je

PrIsOnEr said...

fuh,nasib baik x prnah bli barang online kat malaysia...ari 2 hampir2 nk beli...klu kat uk...2-3 hari dh smpai...plg lame pun sminggu.....

Unknown said...

cikgu, lain kali kalo nak bli brg on9, tengok kedey dia tang manaa...
saye penah gak beli barang2 on9 tapi make sure kedey dia di dalam Malaysia dan bukan di obersea... kalau kedai di obersea, ni la jadinyaa... especially di Eropah, memang depa amek sambil lewa jaaaa pelanggan dari Asia ni.. (Termasuk Singapore)

ARIF said...

Email nya sama macam lazada.com sama2 menipu

♥♀Misz Ezatty♀♥~ said...

salam sis, sy pernah membuat pembelian dengan zalora ni. mule2 call la nak order. tapi hampeh.org yg jwb tepun tu xdpt bg info yang betul pasal details yg sy nak pasal beg tu. tapi hati dah berkenan kat beg tu so xpela. isi jela form daftar account. place order and terus byr pakai card credit. alhamdulillah brg sampai. tapi, dpt pakai beg tu dlm seminggu dua je. lepas tu, zip dia dah rosak. tak berkualiti sgt brg2 dia. so, me and my mom dah mcm mls nak beli thru zalora. better pergi terus ke kedai dapat pegang brg, tgk dgn mata sendiri. pastu cash and carry. lagi puas hati.

nurfauzi said...

Zalora pun buat hal ye.
sebelum ni terdengar pasal Lazada. ramai jugak blogger yang komen.

cknuraini said...

teruknye ZALORA...xsangka..PENIPU BESAR ZALORA NIH...BERDOSA BERSAR amek duit org...mula2 teruja jgk nk shopping kat ZALORA...naseb x tershopping...BYE2 ZALORA...

KyLe Al-Yamani said...

salam saya baru terbaca entry ni lps kawan share.saya mmg ade berniat nk beli barang kt situ.lps baca ni terus CANCEL.btw saya dh share cerita awak ni kt my main page n twitter.20k++ people will see it.hope zalora website will be taken down soon . jemput2 lah follow my blog when free.have a nice day :)

nurdani said...

nasib baik tahu fasal perkara ni, sebab kakak saya memang nak sangat beli barang Zalora neraka ni.

harus berhati2 dengan online shopping penipu macam ni.

Soulsurfer said...

BOYCOTT ZALORA MALAYSIA

https://www.facebook.com/pages/Zalora-Malaysia/401609719902819

Soulsurfer said...

https://www.facebook.com/pages/Zalora-Malaysia/401609719902819

dora8pocoyo said...

thanx for sharing..i also had the same experience in online shopping! i respect those big stores that use the system of adding to cart n choose the sizes,but it turned out to be something stupid in return..i placed an order at one of the famous muslimah wear store in our country,but i didnt make any payment yet..the next day,i made another order because i wanted to add one more blouse n i paid using my credit card..then,they said that any information about the order could be done via email,but the admin called my phone number during working hours,even sms me..and it took a long time just to confirm the order..ok,then about the courier,i had to ask the admin again via sms about the tracking no because she didn't display or inform any info about that..and the most stupid thing was,she posted both of the two orders!so i received two same blouses!--i juz paid the second one..and because of my honesty,i sms her again and said that i received one extra blouse ..and she wanted me to return it by using my own money!!then,on the next day,she sms me n asked if i wanted to keep the blouse,then she would give a special price,so i agreed and paid..at the end of the story,i had two same blouses=(

aku super lady said...

alamak! sy baru je terbeli 3 pasang kasut dr zalora isnin lepas. sampai skrg (kamis) xdpt2 lg..tp blm call diorg lg. dahle byr rm112. nak je COD tp die blh cod area klang valley je. sy duk kwsn slgor.
Haritu baca blog hanis zalikha yg dia pi kedai si zalora ni buat potoshoot ke apa. lps tu dia promo kaw2 barang2 si zalora. tu yg menambahkan lg keyakinan sy nak bersoping sana 2... last2 camni plak service diorg. waaaaaaaa menyesal! serius menyesal!

Nur Fatihah Aishah said...

Salam.. Saya pernah sekali beli barang melalui Zalora ni tapi alhamdulillah la sbb barang saya sampai dengan selamat, heheh. Tp Minggu lepas saya ada beli barang melalui Lazada, khabarnyanya kedua dua online shop ni under company yg sama. Risau pulak bila baca perkara mcm ni berlaku sbb barang yg saya beli tu bukan kepalang harganya, bapa saya dah check dgn bank, katanya mereka dah charge credit card bapa saya. Lagi pun dah nak seminggu ni tp barang saya still tak sampai. Aduii..

aDdiE said...

teruknya grammar representative zalora... iklan kt tv mcm gempak, tp xleh nk hire a good english speaking / writing customer service team... looks very dodgy, hope it doesn't happen to others

Gieyana said...

xpernah beli kt sini..selalunya beli shawl jer..i suka beli benda yg leh pegang n belek2..risau tkut terkena..:-)

Sue Unnie.. said...

tenkiu utk info tuh :)

Wanita Bertudung Hitam said...

thanks for sharing..hampir terbeli baju kurung kat zalora!

Haslina Harun said...

susah nak percaya peniaga on9 ni..akak jarang beli tapi anak beli oklah pulak ..

FiZ said...

thanx for sharing.tak sangka pula depa macam tu.sekarang ni gah iklannya.

QA's ~ mamapapa said...

uhuhu!!!banyak sangat den gar feedback tak manis pasala shopping with Zalora....:(

Aliff Haikal said...

saya suka entry nI !

TecerWidad said...

Dear friends and beloved commentators,
Thank you for dropping your comments and and i m extremely sorry m not able to attend your comment one by one. Indeed I never thought this entry would be read by thousands of people.

As a rational human being (though being a teacher sometime drives me crazy), my advice is, don't solely depend on what i have blogged. Some bloggers and online shoppers managed to get their items and as what has happened to me, perhaps it was not my day.

Don't bother this entry if you feel to give it a try. Most probably PMS was the contributing factor why my entry seemed to be so emotional..hehe.
Somehow I was overwhelmed by dissatisfaction due to poor customer service provided by them.

Toodles!

Siti Raudzah Mohd Halmi said...

Hi..bkn nk menambah entri..tp just nk advice..i pernah bli dgn lazada..alhamdulillah, brg smp dpn opis. Dlm tempoh 8hr klau xsilap. And the price more than rm700. Cume yg i nk highlight: I BAYAR CASH ON DELIVERY. Bkn i tak leh pkai cdt kd or online pymt, tp ada option COD, so i pilih terms tu utk shopping. I nmpk kebaikan online shopping ni ialah kdg2 hrga brgnye mmg murah... Apapun, ikut ht msg2. Advice i ttp satu, klau ada COD terms, gunakannya.. Wasalam

Siti Raudzah Mohd Halmi said...

Hi..bkn nk menambah entri..tp just nk advice..i pernah bli dgn lazada..alhamdulillah, brg smp dpn opis. Dlm tempoh 8hr klau xsilap. And the price more than rm700. Cume yg i nk highlight: I BAYAR CASH ON DELIVERY. Bkn i tak leh pkai cdt kd or online pymt, tp ada option COD, so i pilih terms tu utk shopping. I nmpk kebaikan online shopping ni ialah kdg2 hrga brgnye mmg murah... Apapun, ikut ht msg2. Advice i ttp satu, klau ada COD terms, gunakannya.. Wasalam

Azham Vsvc said...

I read the same thing too....order sekian lama barang x sampai...bila call out of stock...tp pembayaran dah dibuat.....tak leh refund huhuhu...kena pilih brg lain....

NaOMi said...

dari smlm dok buka katup web zalora...dh pilih kasut yg berkenan..nasib baek member forward e mail psl n3 nie..lau tak pakai capal la thn nie..

TecerWidad said...

@Siti Raudzah Mohd Halmi As for zalora, COD is applicable for those yg duduk Klang Valley saja. I ni nun jauh di utara. Kalau dia cakap satu Malaysia takkanlah saya tak cukup cerdik tak pilih COD...tak gitu?

kopi-tarik said...

tak penah beli lg kat zalora. tp kalau nak shop online, i suggest try thepoplook.com. mmg service sgt bagus. customer service efficient. ada skali beli dress kat situ, diorg pos kt rumah tp xde org. so the thing got returned kt diorg.
i email mintak die pos balik, laju je reply. senang je takde mslh. mmg sgt prompt.
and diorg siap detail kan method utk delivery semula.

popkandaa said...

hi blogger dapat tak refund? saya dah beli something kt Lazada, takot tak dapat refund because i spend 1k++

Kotak Kata said...

zalora... lazada... groupin... agak2 wang trekumpul tu untuk SIAPA ?? huhuhu... licik sungguh pusing-pusing jana duit. Tahniahlah kepada Kaum yg berselindung tuh.

Julie Anne said...

@Kotak Kata kenapa perlu sebut pasal perkauman bila cakap pasal perniagaan eh? seriously i don't get it

keindahanalam said...

wah saya pon terjebak baca blog ni sbb Zalora ni. Sbb member ada post kt FB dia. So teringat aku pon ada pengalaman rs nak &&#*&@% je customer service kat satu company online, tp masa tu kt UK. sila baca entry:
http://keindahanalam.wordpress.com/2011/01/24/cerita-beli-online/

dan juga http://keindahanalam.wordpress.com/2011/02/17/bayar-pon-kau/

mmg hangin la...siap buat2 bodo. tah berapa kali kena call pehtu duit call tu kita pulak tanggung. Itu kat europe boleh ada clause:

Consumer Protection (Distance Selling) Regulations 2000″ in the title of your letter and to mention that “Under the Consumer Protection (Distance Selling) Regulations 2000 if a trader cancelled an order, the trader should provide full refund to their customer within 30 days”

tapi tak sure pulak sejauh mana implementation perlindungan hak pengguna kat Malaysia. Kalau ada boleh je buat yg sama.

OrangBiasa said...

@Kotak Kata why do we need to be racist? hurmm

Jacklye said...

baru ingat nak beli blackberry kat zalora..wow...kalau tak melayang rm 1000...tq for the sharing bro..u save my day..

TecerWidad said...

@Jacklye Bro? I was born as a female and until today I have no plan to undergo transgender surgery. Hewhewhew.

.::: Princess MOMOY :::. said...

thx sharing
fuh...nasib baik baju raya Jovian Mandagie tu x sempat nak beli sebab tak ada size
kalau tak mungkin terima nasib sama
abes raya tak sampai2
naya jer

.::: Princess MOMOY :::. said...

thx sharing
fuh...nasib baik baju raya Jovian Mandagie tu x sempat nak beli sebab tak ada size
kalau tak mungkin terima nasib sama
abes raya tak sampai2
naya jer

Misz Mieza said...

Ish2.. Macam ni pon ada? Macam2 cara orang sekarang menipu semata2 nak kaut untung lebih..

Cik Yaya said...

rasenyer dia patut tambah notes kat citu, -the order will be deliver 7-14 business day ONLY IF THE PRODUCT IN MALAYSIA....-hehe..

Marccus Màrcchiato 犸轲丝 said...

patut tengok post ni sebelum order =.= aku kena case sama ni... ishh
http://blog.marccus.net/2012/08/bad-online-shopping-experience-in-zalora-malaysia/

Cik Sara said...

well saya pun [ernah terkena dgn LAZADA..silapnya saya patut baca komen2 kat fb lazada..tpi tk baca..last brg 2 minggu tk dpt2..bila dah ugut nk buat report sanasni..bru dorang kol nk refund duit balik..tk cukup dgn tu, dorang block sya dari post komen kat situ!!! well lazada & zalora 1 company..ni la bis klu org luar yg buat..ladaza filipina pun sama teruk..indon lagi la..sbb dh tau LAZADA ni 1 company ngan ZALORA, so serik dh bnk beli..last tgk customrs Zalora pun kena mcm Lazada..kata 300 ORANG ASSISTANT...agakanya 300 tu dok pulun kat ZALORA smpi LAZADA diabaikan.dorang share 1 warehouse oky..ADA CUSTOMERS KAT LAZADA SBLM NI DPT BATU..LAZADA ANTAR BATU!

Son Karin said...

aku juga menjalankan perniagaan online, tapi market international la,malas nk layan market malaysia pengalaman aku, mat saleh rilek jer tunggu barang 1 bulan baru sampai, kalau kita refund pon mereka boleh terima, orang malaysia, tunggu 2 minggu pon dah kecoh

57d1ceca-f014-11e1-9526-000bcdcb8a73 said...

saya pelanggan zalora jugak..tak tahu plak ada problem camni. tp my trick untuk shopping di zalora adalah bayar tunai bila dia hantar barang ke rumah. alhamdulillah..sampai elok je..sebab nak duit kot..hehehe

norzibeautilicioushouse said...

salam.maaf,,norzi nak maklumkn pd semua....norzi beautilicious house dalam MISI mencari 222 Blogger Bertuah dgn beberapa hADIAH menarik, kalau tak keberatan, jemput sertai di
http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/2012/08/pencarian-222-blogger-bertuah-sempena-2.html

NabiKuMuhammad said...

salam, kepada mereka yg suka shopping online. kami ade jual barang bundle. try la usha page kami. kot ade yg berkenan. "LIKE" skali ye. TQ! ;)

http://www.facebook.com/pages/TheWearHouz/439961379380528

Jαnnαhツ said...

alhamdulillah. mujur tak jadi beli bag dari zalora hari tu. lau tak habis duit. wuhu

Lo fa said...

nasib baik x beli..nyaris2 nak beli bila tgk baju JM aritu tp bl tgk detailing pada baju i thought it is not worth to spend my rm 400 to buy a simple modern baju kurung with simple glued beadings~

Miss Yaty said...

kesiannya awk..ish terok betul sistem dorang..memang kena boikot zalora..yang pelik makin meriah iklan zalora tu..siap lam tv bagai..

syida said...

Tq tecer ...tq for sharing. Sy suka Zawara..CS awesome .

Anonymous said...

lenkali kalau nak beli barang online.. pastikan COD.. dapat barang baru bayar..

Ibu Gebu said...

Tma ksh la me war2 kn kisah ni

Ibu Gebu said...

Tma ksih la br kongsi kisah ni..

sekolah perak said...

Saya pernah beli dengan zalora, ok je...
kalau nak diskaun 15% masukkan code ni: ZBAP1Gp

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...