Friday, June 22, 2012

Perkara-perkara yang dilakukan ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau



Remaja ini, sudah lama tidak membuat entri berbentuk kajian. Selain kerana kesibukkan berjimba dan menonton wayang secara marathon, segmen ini juga tidak mendapat tajaan dari mana-mana pihak maka sudah pasti menyebabkan aku kekurangan sumber untuk membuat kajian. Mereka menuduh aku membuat kajian yang remeh temeh dan tidak membawa sebarang kebaikkan atau maslahah mursalah (hentam). Tuduhan melulu dari mereka menyebabkan aku berkecil hati dan terguris perasaan lantas membuat keputusan untuk tidak menghapdet blog dengan entri berbentuk kajian. Tetapi setelah berfikir dengan mendalam sehingga hampir lemas dek kedalaman berfikir tersebut, aku bangkit dari kekecewaan yang lalu dan menaja diri sendiri untuk membuat entri sebegini. Maka dengan jayanya, aku berjaya menghimpun kekuatan, masa, tenaga, dan wang ringgit dan aku curahkan dengan menghasilkan entri ini. Okay. Aku tipu. Sengaja aku mereka-reka cerita supaya dapat menghasilkan entri yang panjang di samping aku sebenarnya agak tepu kerana gagal menghapdet blog secara istiqamah.


Semenjak bulan Mac yang lalu, aku kerap berjimba dengan menonton wayang secara marathon. Tempat favourite aku adalah GSC Gurney kerana caramel popcornnya menepati nafsu makanku. Memandangkan aku tinggal di Baling, maka perjalanan ke Penang memerlukan aku menempuh traffic lights lebih dari 15. Sebelum sampai BKE sahaja sudah sembilan. Oh, sungguh gigih aku mengira. Maka, aku dengan jayanya membuat pemerhatian terhadap pemandu-pemandu di Malaysia. Ayuh kita lihat apakah perkara-perkara yang menjadi kebiasaan dilakukan oleh pemandu-pemandu di Malaysia ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau.




1) Membelek wajah
Membelek wajah dilakukan tak kira pemandu lelaki mahupun perempuan dan termasuklah aku. Hihihi. Sambil berpura-pura membetulkan rear mirror hasrat di hati adalah untuk membelek wajah. Aku juga selalu membetul-betulkan posisi tudung supaya ia terletak elok dan tidak membuat perangai. Sekiranya di pagi hari, ada juga wanita-wanita yang mengeluarkan segala alat solek dan menggunakan masa menunggu tersebut dengan bermekap. Sekali-sekala mata akan menjeling pada lampu isyarat di hadapan kerana bimbang akan dihon oleh pemandu yang berada di belakang sekiranya lambat bergerak apabila lampu telah bertukar kepada hijau. Aku pula antara manusia yang tak boleh kalau ada jerawat secara tiba-tiba muncul di wajah tanpa memberikan salam. Makanya setiap kali berada dalam situasi begini sudah pasti aku akan menggunakan masa senggang dengan membelek jerawat tersebut. Aku cuba memastikan kadar tumbesarannya terkawal dan tidak menjadi terlalu obvious. 


Lelaki juga sebenarnya kerap membelek wajah sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Aku syak mereka hendak bertemu gadis maka sudah pasti penampilan wajah memainkan peranan yang penting. Mungkin juga sebelum keluar telah mandi dan melakukan aktiviti mengeshave kumis di wajah maka di dalam kereta ingin melihat hasilnya. Sebab aku baik hati, aku juga syak mungkin ada sebahagian yang mahu jumpa client nak present projek atau tender juta-juta maka sudah pasti wajah mesti nampak bersih.





2) Beramas mesra
Penantian di lampu isyarat juga telah menjadikan sepasang mata yang aku ada menjadi saksi pasangan bercinta beramas mesra. Tak payahlah cerita. Masing-masing dah besar belaka maka tak perlu nak mohon buat pencerahan.




3) Menggunakan telefon bimbit
Okay, ini aku mengaku memang buat especially kalau dapat sms yang panjang berjela dan memerlukan pembacaan yang teliti. Terima kasih traffic lights kerana tanpa lampu merah anda sudah pasti aku tidak dapat memberikan fokus kepada sms yang dihantar. Aku juga selalu menggunakan kesempatan ini membalas sms yang memerlukan penerangan yang panjang berjela kerana sebagai perempuan yang akalnya cuma satu, membuat dua tiga perkara dalam satu masa sungguh aku belum cemerlang sepenuhnya.

Kepada yang tinggal di negeri Kedah kebanyyakkan anda pasti familiar dengan simpang empat JPJ Sungai Petani. Pernah satu hari yang aku sudah tak ingat bila, tatkala lampu isyarat bertukar hijau kereta di hadapanku tidak bergerak. Aku pula memang ada kepantangan dengan pemandu yang sungguh lembab dan tak berapa nak cerdik memberikan tindak balas kepada lampu hijau dan di dalam hati laju sahaja aku cakapkan bodoh. Dengan iman senipis kulit bawang aku tidak mengehon atau mengepin kereta beliau dan menghusnuzon beliau - mungkin dia bawa kereta manual maka lambat sikit nak masuk gear. Tetapi setelah hampir 20 saat (aku bantai saja) tak bergerak-gerak sehingga kereta di belakang mengehon aku secara berjemaah (aku terasa mereka hon aku, bukan yang di hadapan aku kerana aku tidak mengehon pemandu yang dihadapan aku), aku dengan tak berapa nak pantas mengehon kereta di hadapan sambil menekan-nekan pedal minyak tanda protes. Tahukah anda pemandu di hadapan aku bukan sahaja lembab tetapi juga ada masalah pendengaran kerana masih tidak bergerak walaupun telah dihon secara berjemaah. Dan tatkala dia mula bergerak lampu sudah menjadi merah semula dan aku yakin pemandu di hadapan aku telah menerima makian secara berjemaah. Aku mungkin jemaah yang paling lantang ketika itu. Hahaha. Hasil pemerhatian yang dilakukan dengan cara overtake kereta tersebut, pemandu tersebut rupanya sedang bercakap di telefon dan pemandu tersebut jantinanya lelaki. Ceh! Konon suka cakap perempuan bawa kereta macam siput, lampi dan tak terer macam lelaki. Seksis tau lelaki-lelaki nih.



4) Mengorek hidung
Ini adalah perkara yang cukup tak senonoh kerana mengorek hidung dengan bersungguh-sungguh ketika menunggu di lampu isyarat. Tak kira lelaki, mahupun perempuan termasuklah Cina, India dan Melayu. Mungkin mereka ingat mereka di dalam kereta maka itu adalah comfort zone dan mereka memiliki seratus peratus privacy tetapi lupakah mereka cermin kereta yang ditinted tersebut tidak mampu melindungi aksi mengorek hidung mereka. Ada yang korek dan lihat di hujung jari. Ada juga yang korek dan gosok-gosok hujung jari. Dan yang paling hebat selepas korek, lihat hujung jari, turunkan tingkap dan gosok-gosok hujung jari. Gosok-gosok hujung jari tu bahasa tersirat. Bahasa tersiratnya buang tahi hidung. Tobat aih aku tak berkenan.



Ada lagi perkara-perkara lain yang dilakukan tetapi aku sudah malas untuk menaip. Sudahlah entri ini terperam lebih dari seminggu kerana aku gagal mengumpul kekuatan untuk menghapdet blog. Sebelum aku mempublishkan entri ini, antara perkara-perkara lain yang dilakukan adalah minum air, mencari barang dalam handbag, mengambil barang yang terjatuh dan macam-macam lagi yang anda buatlah pemerhatian sendiri. Tapi atas semua (above all), paling comel adalah budak-budak belajar mengira apabila melihat countdown traffic lights. Bersungguh-sungguh mengira dan emak dan ayah biasanya turut serta mengira sebagai tanda menyokong kesungguhan anak.


























: Tapi kadang-kadang annoying juga kalau aku tengah cakap kat handphone sekuat hati dia mengira.





9 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

aku biasa nampak yang korek hidung. jangan korek bulan puasa dah le. haha!

Hikaru Yui said...

saya fix mata kat kaki..sebab nak tgk benda apa kena pijak benda apa kena tekan, gear nak tarik mana blablabla...ayah saya kata benda2 mcm tu kena bg biasa dah dan jgn tengok2.. hahah kalau xtengok mana nak nampak


*mesti ashraf shafii gembira sampai ke bulan sbb tcher dah update*

TecerWidad said...

@Rapunzeel Cikilolo tak sengaja tak apa. tak batal puasa. maklumlah, benda dah jadi tabiat. kehkehkeh

TecerWidad said...

@Hikaru Yui bawa manual susah. bawa la auto. senang banyak dan bila dah terer mesti henfon di tangan.




*malu ngan ilham brother a.k.a acap*

konooooonnnn

ilhambrothers said...

hahaha..memang eja dia beramas ka tecer?konpius..hahaha..amboi,malu la semua tau ni. HAHA

Izuan Kunang-Kunang said...

Huiyooooooo!!! Baling tu hometown saya!! *ttbe takde kaitan~

TecerWidad said...

@ilhambrothers dilihat pada awajah anada, anda sangat naif dan ia terbukti dengan soalan anda.

memang beramas mesra term yang digunakan. beramah mesra guna mulut cakap2 saja. tapi kalau beramas mesra guna tangan guna mulut buat benda lain. paham dak? kehkehkeh

TecerWidad said...

@Izuan Kunang-Kunang Agak la tak berkaitan. Tapi takpa dah biasa komen yg takdak kaitan ni. kehkehkeh

Wawa Amran said...

Paling kerap wat No 3.. sampai terkadang tak perasan pun dah hijau.. Kena hon! padan muka hehe =P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...